Showing posts with label Ehwal Kubur. Show all posts
Showing posts with label Ehwal Kubur. Show all posts

Ehwal Kubur - Ruh Melawat Jasad dan Kubur


Makam Nabi Allah Yusuf

Nabi s.a.w telah bersabda apabila keluar ruh itu daripada badan anak adam maka apabila lalu 3 hari berkata ruh itu, hai tuhanku izin olehmu bagiku hingga aku berjalan kepada kubur dan aku tilik kepada jasadku dan adalah memberi Izin akan Allah Taala baginya. Maka datang ia kepada kuburnya dan menilik ia kepadanya daripada jauh dan sesungguhnya telah mengalir daripada dua lubang hidungnya dan daripada mulutnya itu darah maka menangislah dengan tangisan yang panjang. Kemudian berkata ia wahai jasadku yang miskin, hai kekasihku adakah engkau ingat akan beberapa hari hidup engkau,
bermula rumah inilah rumah yang liar, dan rumah bala dan rumah terpencil dan rumah dukacita dan rumah menyesal, dan berjalanlah ia.

Bila Izrail Datang Memanggil - Keluar Nyawa Daripada Badan



Makam Puteri Rasulullah

Apabila hamba itu hampir mati, masuk atasnya empat orang Malaikat.
1) Memberi salam السلام عليكم akan malaikat yang pertama dan berkata, aku yang diwakilkan dengan rezeki engkau, aku tuntut dalam bumi daripada masyrik dan magrib, tiada aku dapat daripadanya rezeki engkau akan suatu jua pun.
2) Memberi salam السلام عليكم akan malaikat yang kedua dan berkata, aku yang diwakilkan dengan minuman daripada air dan lainnya, aku tuntut dalam bumi daripada masyrik dan magrib, tiada aku dapat
daripadanya minuman  engkau akan satu titik jua pun.

Ehwal Mimpi

 
48:27
Surah Al Fatah : 27
   "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjid Haram, Insyaa Allah dalam keadaan aman."  

12:4
Surah Yusuf : 4
 "Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang"


Nabi s.a.w Bersabda:-
Setelah aku, tidak ada lagi kenabian kecuali khabar-khabar gembira yang dilihat dalam mimpi   
oleh sesorang mukimin atau ia diperlihatkan kepadanya"
10:64
Surah Yunus : 64
"Bagi mereka berita gembira didalam kehidupan di dunia dan di akhirat."

Ehwal Kubur - Talkin


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.


Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk ALLAH akan jahanam dan binasa, melainkan zat ALLAH Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat ALLAH Taala.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji ALLAH yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.


Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan ALLAH, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH.


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba ALLAH Taala, sebagaimana kamu juga hamba ALLAH Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.


Hendaklah kamu jawab begini:
ALLAH Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: ( لاإله إلا الله محمد رسول الله )


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan
dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi ALLAH Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan ALLAH Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan ALLAH menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam
kubur ini.


Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya ALLAH Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.


Al-Fatihah..



Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"


Firman ALLAH swt,  Surah Al-A'sr
103:1103:2
103:3


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Seterusnya [Next]:- Ehwal Mimpi

Seterusnya Ehwal Kubur [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Jawab Roh

Ehwal Kubur - Fasal pada menyatakan Malaikat yang dahulu daripada Munkar & Nangkir


Daripada Abdullah bin Salam, masuk atas mayat itu malaikat dahulu daripada masuk malaikat Munkar and Nangkir, berkilat2 cahaya mukanya seperti matahari iaitu namanya Rauman. 
Masuklah ia atas mayat kemudian  duduk ia maka berkata ia bagi mayat itu, suratkan olehmu barang yang engkau amalkan daripada sekelian kebajikan dan daripada segala kejahatan, 
Maka berkata mayat itu  dengan apa suatu yang aku suratkan demikian qalamku dan dakwatku,?
Maka berkata  ia baginya, air liur engkau itu dakwatnya dan qalam engkau itu anak jari engkau. 
Maka berkata mayat itu atas apa suatu yang aku suratkan? 

Keluasan Neraka

http://www.jalansufi.com/


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang Kepada Nabi saw ada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan Selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

 Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari oranglaki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai" Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.