Langit & Bumi Diciptakan Dalam Enam Masa

بسم الله الرحمن الرحيم


6masa

 Pernahkah anda terfikir bagaimana alam semesta ini terbentuk? Pernahkah anda terfikir alam semesta yang luas ini, adakah kosong sahaja selain Bumi yang ditempati manusia serta hidupan yang lainnya?

Sebenarnya planet-planet yang disahkan kosong oleh proba angkasa, satelit peninjau atau apa saja perkakas pemantauan itu memiliki RAHSIA YANG TERSEMBUNYI…

Fikirkan, ribuan planet jutaan bintang… hanya tandus atau dipenuhi gas beracun tanpa apa-apa makhluk??

PENCIPTAAN ALAM SEMESTA.

ITU KUNCINYA. 

Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Penciptaan alam semesta itu adalah kunci kepada jawapan mengapa Tuhan tidak menciptakannya sekaligus atau sekelip mata sahaja atau hanya dengan  SATU MASA sahaja.

Semuanya kembali kepada persoalan KEHENDAK Tuhan.

Ada sebab mengapa Tuhan menjadikan alam semesta ini DALAM 6 MASA.

Jika kita mengetahui bagaimana penciptaan langit dan bumi pasti hati kita akan tunduk kepada-Nya. Allah mengkhabarkan bahawa langit dan bumi diciptakan dalam enam masa.

Meskipun sukar untuk dicerna akal, tetapi Allah dengan kebesaran-Nya menjelaskan peristiwa penciptaan langit dan bumi ini agar manusia mengambil pelajaran. Tidaklah Allah menciptakan langit dan bumi kecuali dengan tujuan yang benar.

Berikut penjelasan Al-Qur’an tentang penciptaan langit dan bumi:

“Sungguh, Tuhanmu (adalah) Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat. (Dia ciptakan) matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya. Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam.” (QS. Al-A’raf Ayat 54)

Maksud “langit dan bumi” dalam ayat ini adalah semua yang ada di alam ini termasuk alam yang ada di antara langit dan bumi. Adapun makna enam masa dalam ayat ini bukanlah enam hari yang kita tahu ketika ini, tetapi enam masa sebelum penciptaan langit dan bumi. Dalam sesetengah tafsir (seperti tafsir kementerian agama Indonesia) menyebutkan bahawa sehari di sisi Allah sama dengan 1000 tahun sebagaimana firman-Nya:

“Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.” (Al-Hajj: 47)

Ada pula menyebutkan 50,000 tahun seperti dalam firman-Nya:
“Para Malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan, dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun.” (Al-Ma’arij: 4)

Tidak mampu dibayangkan betapa lamanya waktu tersebut. Yang pasti, semua makhluk-Nya termasuk matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya.

Diterangkan, Allah menciptakan gunung-gunung yang kukuh di atas bumi. Dia memberkati dan menentukan kadar makanan penghuninya dalam empat masa yang sama (cukup) sesuai bagi siapa yang memerlukannya. Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan bumi itu masih merupakan asap, Allah berkata kepadanya dan kepada bumi:

“Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka atau terpaksa.

Keduanya menjawab: “Kami datang dengan suka.” Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang terdekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Mahaperkasa lagi Maha Mengetahui.”

 Alam Yang Dicipta Untuk ‘Berkembang’

Navigate-the-Universe

Apakah kunci kepada masalah alam semesta ini diciptakan dalam 6 MASA?

Kuncinya ialah cara penciptaan alam semesta itu sendiri yang diaturkan (setup) supaya tercipta dengan cara berkembang ‘perlahan-lahan’ bukannya tercipta sekaligus.

Penjelasan dalam ilmu sains seterusnya ini mungkin boleh menjelaskan bagaimana penciptaan langit dan bumi dalam enam hari (masa) menurut ilmu sains .Menurut ahli sains Alessandro Marconi (2003) keenam masa itu sebagai berikut:

1. Masa Pertama yakni masa sejak ‘Dentuman Besar (Big Bang) dari Singularity, sampai terpisahnya Daya Graviti dari Daya Tunggal (Superforce), ruang-masa mula memisah. Namun Kontinuum Ruang-masa yang lahir masih wujud samar-samar, di mana tenaga-jisim dan ruang-masa tidak jelas bezanya.

2. Masa Kedua Terbentuknya perkembangan alam semesta, namun alam semesta ini masih belum jelas bentuknya, dan disebut sebagai Cosmic Soup (Sup Kosmos). Daya Nuklear-Kuat memisahkan diri dari Daya Elektro-Lemah, serta mula terbentuknya zarah-zarah asas: quarks, antiquarks, dan sebagainya. Alam semesta mulai mengembang.

3. Masa Ketiga Masa terbentuknya inti-inti atom di alam semesta ini. Daya Nuklear-Lemah mulai terpisah dengan Daya Elektromagnetik. Inti-inti atom seperti proton, netron, dan meson tersusun dari quark-quark ini. Masa ini dikenali sebagai masa pembentukan inti-inti atom (Nucleosyntheses). Ruang, masa serta jisim dan tenaga, mulai terlihat terpisah.

4. Masa Keempat Elektron-elektron mulai terbentuk, namun masih dalam keadaan bebas, belum terikat oleh nukleus atom untuk membentuk atom yang stabil.

5. Masa Kelima Terbentuknya atom-atom yang stabil, memisahnya jisim dan radiasi, dan Alam Semesta, terus mengembang dan mulai nampak lutsinar.

6. Masa Keenam Alam Semesta terus mengembang, atom-atom mulai membentuk kumpulan jasad menjadi molekul-molekul, makro-molekul, kemudian membentuk proto-galaksi, galaksi-galaksi, bintang-bintang, sistem-sistem suria dan planet-planet.

Dari ayat di atas dapat disimpulkan:

1. Penciptaan Bumi berasal dari gumpalan-gumpalan seperti asap adalah dua masa. Dan penciptaan tanah, bukit-bukit, gunung-gunung serta tumbuh-tumbuhan dan bintang dalam dua masa pula. Dengan demikian sempurnalah penciptaan bumi dan segala isinya dalam empat masa.

2. Penciptaan langit berasal dari gumpalan-gumpalan kabut itu dengan segala isinya dalam dua masa pula. Adapun bagaimana prosesnya, Al-Qur’an tidak menjelaskannya secara terperinci dan kewajiban para ahli untuk menyelidikinya.

Kemudian setelah selesai penciptaan langit dan bumi, Allah bersemayam di atas ‘Arsy. Tentang bagaimana Allah bersemayam di atas ‘Arsy-Nya tidaklah dapat disamakan atau digambarkan seperti bersemayamnya seorang raja di atas singgasananya, kerana Allah tidak boleh disamakan dan dimisalkan dengan makhluk-Nya. Demikianlah proses penciptaan langit dan bumi yang patut kita ketahui.

Allah menciptakannya dengan keseimbangan dan keserasian. Tidak ada perlanggaran atau perempuhan satu dengan yang lainnya. Maha Suci Allah Tuhan semesta alam. Hanya Dia-lah yang patut disembah.

Dengan menciptakan alam semesta ini dengan 6 masa juga, perincian (detail) proses penciptaan alam ini juga dapat diselidiki oleh manusia dengan mengkaji jejak-jejak penciptaan alam ini melalui pembentukan Lohong Hitam, bintang, Nebula, galaksi dan jasad-jasad langit yang lain. Ini juga mampu menghindarkan sangkaan-sangkaan manusia bahawa alam semesta ini tercipta secara ‘magic‘ atau secara semulajadi (nature). Ada proses dan aturannya.

Apabila manusia menyedari betapa menakjubnya proses penciptaan alam semesta ini maka sudah pasti akan terdetik dalam hati mereka: Siapakah yang amat hebat yang menciptakan semua ini?

Tenaga Gelap Yang Ditembak Laser Kosmos


darkforce

 Kita nampaknya berhidup di dalam ‘ALAM YANG BERHIDUP’. Apakah maksud kata-kata ini?

Perhatikan sekeliling anda. Perhatikan langit. Jika anda merenung-renungkan dengan tenang, dapatkah anda merasakan setiap denyut nadi alam ini?

Di langit sana, terdapat sesuatu yang ‘bekerja’. Semua berlaku secara automatik, seolah-olah memiliki MINDA BAWAH SEDAR.

Seperti anda sudah pandai memandu kereta, anda tidak berfikir secara satu persatu bagaimana memandu, atau seorang pemain gitar yang handal sedang menggoreng gitarnya, adakah dia perlu berfikir seperti mengeja not muzik satu persatu? Tidak, latihan menyebabkan semua kemahiran diresap ke MINDA BAWAH SEDAR.

Anda hidup di dalam ‘sesuatu’ yang berhidup.

 SEPERTI BAYI DI DALAM KANDUNGAN!

 BACA SELANJUTNYA MISTERI INI.

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Membaca pendapat-pendapat para cendekiawan agama dan sesetengah ulama sebagaimana yang kami kongsikan sebelum ini memang agak sukar dicerna dan kami akui agak kontroversi juga pandangan sesetengah dari mereka. Namun kami sudah sarankan anda untuk merujuk hal-hal demikian dengan para agamawan di tempat anda.

Namun begitu, bertuahnya penciptaan langit dan bumi serta alam semesta memang banyak diceritakan di dalam kitab suci Al-Quran. Maka ini sudah cukup untuk kita jadikan panduan utama dalam mencari pengetahuan asas dalam subjek ini. Mari kita perhatikan ayat-ayat yang berikut.

Seperti dalam surah Al-Anbiyaa ayat 30.

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”

Baca juga surah Al-Anbiyaa ayat 31.

“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.”

sky night

Kemudian perhatikan firman Allah dalam surat Al-Hijr ayat 16 sampai ayat 22 :

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan

Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya)”

“Dan Kami menjaganya dari tiap-tiap syaitan yang terkutuk.”

“Kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.”

“Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran.”

“Dan Kami telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan (Kami menciptakan pula) makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezki kepadanya.”

“Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu”

“Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.”

Holographic-Universe

 

Kami tertarik dengan ayat “Kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.”

Di sini terdapat dua perkara:

1) Syaitan yang mencuri-curi berita yang dapat didengar 

2) Syaitan dikejar oleh semburan api yang terang

Ini adalah perkara ghaib yang jarang diketahui dan dikaji oleh manusia khasnya umat Islam. Adakah ada ayat lain di dalam Al-Quran yang menghuraikan atau sekurang-kurangnya menceritakan topik yang sama?

 Penjelasan Yang Lain

foton4

Bertuahnya, ianya ada dijelaskan lagi dalam ayat yang lain!

Firman Allah SWT dalam Surah al-Jinn (8-9):

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala(8). Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya(9).

Kita akan sambung perbincangan ini dalam artikel seterusnya.

‘Imperial Guards’ & Senjata Pemusnah Syaitan



foton guard

 Alam Matriks manusia dibatasi dengan sempadan-sempadan tertentu yang tidak mampu dijangkau oleh keupayaan manusia KECUALI DENGAN KEKUATAN dan kekuatan ini hanya mampu dicapai dengan ILMU.

Namun ada makhluk-makhluk lain yang berlainan dimensi dan bahan asas mereka, memiliki keupayaan tertentu yang mampu untuk menjangkau titik-titik tertentu di spektrum terjauh alam Matriks manusia ini. Di sinilah grid-grid tersembunyi yang menempatkan…

THE IMPERIAL GUARDS.

Ada maklumat-maklumat penting yang diketahui oleh para pengawal ini yang ingin diselidiki oleh makhluk-makhluk bertenaga tinggi itu.

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Langit-langit itu sebenarnya memiliki sistemnya sendiri. Sama ada yang kita nampak atau tersembunyi di sebalik lapis-lapis alam yang tersembunyi. ‘Tersembunyi’ kerana deria kita tidak mampu mengesannya dalam julat tertentu.

Topik langit yang memiliki pengawal dari kalangan malaikat dan kisah syaitan yang mencuri dengar maklumat-maklumat di langit menariknya memang muncul lebih sekali di dalam Al-Quran, seperti yang telah disentuh dalam sumber dari pejabat agama Wilayah Persekutuan ini.

Menurut Bayan Al-Falak (19), setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai peranannya masing-masing, termasuklah fenomena langit seperti hujan meteor. Menurut ahli tafsir, perkataan syihaaban yang terkandung di dalam surah al-Jinn bermaksud api yang menyala merujuk kepada meteor (Ibn Asyur). Firman Allah SWT dalam Surah al-Jinn (8-9):

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala(8). Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya(9).

Menurut Tafsir al-Jalalain, ayat di atas merupakan perkataan jin itu sendiri, jin menyatakan, “kami telah cuba mencuri pendengaran di langit yang penuh dengan malaikat dan bintang-bintang yang membakar”. Peristiwa ini berlaku sebelum Nabi SAW diutus menjadi Rasul kerana jin boleh mencuri dengar berita langit sebelum Nabi SAW diutus menjadi Rasul. Selepas Nabi SAW menjadi Rasul, sesiapa yang cuba mendengar berita dari langit akan dipanah oleh api (meteor-meteor yang bersedia untuk membunuhnya). Tafsiran ini jelas menunjukkan bahawa syaitan yang cuba mencuri dengar berita di langit (di antara Allah SWT dan malaikat) akan direjam dengan api yang menyala iaitu meteor.

 Percakapan Penduduk Langit

penduduklangit2

Berdasarkan ayat 8-9 surah Jinn di atas, ketika mana Nabi SAW diutus menjadi Rasul dan ketika waktu turunnya al-Quran, jin mendengar percakapan penduduk langit seperti mana kebiasaan sebelumnya. Akan tetapi kali ini, jin mendapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya yang terdiri daripada malaikat yang menjaga dari kecurian berita langit. Jin juga mendapati di sana terdapat bintang yang membakar yang turut juga menghalangi kecurian dengar berita langit.

Sesungguhnya jin dihalang mencuri dengar berita langit ini bermula selepas diutusnya Nabi menjadi Rasul atas alasan tidak dapat mencuri sesuatu pun dari al-Quran dan mencampuradukkannya supaya tidak tahu mana yang benar. Sehingga kini, jika terdapat jin yang curi-curi dengar berita langit, akan di direjam dengan bintang yang terbakar yang akan binasakan atau memusnahkannya.

(Tafsir Munir)

Jika dilihat dari pandangan sains, meteor ialah jisim yang jatuh melalui atmosfera bumi dan aktiviti pergeserannya dengan udara yang menghasilkan haba[1]. Meteor juga merupakan garisan atau jalur-jalur cahaya yang berlegar di ruang langit iaitu di lapisan ionosfera yang mana ianya terbentuk dalam garisan optik yang membentuk seperti nyalaan api[2]. Hakikatnya, hujan meteor merupakan fenomena yang berkaitan kilatan cahaya yang boleh dilihat pada waktu malam dengan lebih jelas pada waktu tertentu.

Selain daripada menjadi tatapan umum tanda kebesaran Allah SWT, meteor juga mempunyai peranan yang besar kepada umat manusia. Antara peranan meteor ialah menjadi agen penghantar air di bumi. Jika dilihat jumlah air dibumi mesti pernah terfikir bagaimana air sebanyak ini diperoleh di bumi. Pada tahun 1986 seorang ahli fizik menyatakan hipotesisnya dengan membawa data yang menunjukkan lubang lubang di atmosfera bumi pada sebelum ini terhasil daripada ribuan komet yang membawa air. Meteor atau komet itu mengandungi bahan daripada molekul air (H2O), ammonia (NH3), karbondioksida (CO2) dan metana (CH4). Allah SWT juga menyebut dalam firman-Nya dalam Surah al-Nur (43):

Maksudnya: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Ayat ini kita dapat fahami maksud ais itu datang dalam bentuk komet dan meteor yang jatuh ke bumi. Penelitian dilakukan pada spektrum komet Halley dan komet lain bahawa isotop hidrogen dan deutrium pada H2O air laut adalah sama dengan H2O pada komet- komet. Kekuasaan Allah SWT itu sahajalah yang berupaya menghadirkan air dan juga berupaya menghilangkanya.

Selain itu, meteor juga menjadi agen yang menghantar besi atau logam di bumi. Berdasarkan firman Allah SWT Surah al-Hadid (25):

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah SWT serta menolong Rasul-rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

 Hakikat Besi

hlobeam

Penemuan moden saat ini menunjukkan besi merupakan suatu bahan yang tidak boleh diproses sekiranya tidak mencapai suatu suhu yang tinggi. Logam itu memerlukan pelakuran yang sangat tinggi yang hanya boleh diperoleh melalui bintang-bintang raksasa. Bintang yang sudah mencapai hadnya atau tidak boleh melakurkan apa apa bahan lagi akan meledak dan intinya bertaburan. Pada awal pembentukan bumi, meteor meteor yang jatuh ke bumi membawa inti besi dan logam itu ke bumi[3].

Kesimpulannya, pemerhatian dan kajian yang mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran yang berkaitan alam semesta dan fenomena-fenomena yang berlaku mampu menyedarkan manusia tentang hebatnya ciptaan Allah SWT. Dengan merendahkan diri sambil merenung langit dan muhasabah diri manusia mampu memahami maksud ayat-ayat Allah SWT yang berkaitan bagi menambahkan keimanan terhadap Allah SWT.

Apa yang kami dapati dari penjelasan di atas, seolah-olah hujan meteor itu adalah apa yang kita nampak sebagai manusia dengan mata kasar kita. Namun ada ‘sesuatu’ di sebalik semua itu, berdasarkan ayat-ayat mengenai malaikat penjaga langit serta api yang mengejar syaitan yang mencuri-curi dengar percakapan penduduk langit.

Misteri Penduduk Langit



penduduklangittitl

 Di dalam kitab suci, ada dijelaskan tentang para syaitan yang mencuri dengar percakapan penduduk langit dan para malaikat yang menjaga langit.

Persoalannya sekarang, adakah ‘penduduk langit’ itu makhluk yang lain dari para malaikat?

Jika ya,

SIAPAKAH MEREKA ITU???

Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Di dalam Al-Quran yakni dalam Surah al-Jinn (8-9) ada menyebutkan:

Bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala(8). Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya(9).

Perkara ini ada kaitan dengan ayat 18 surah al-Hijr:

Kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang

Juga ada kaitan dengan ayat 8 surah as-Shaffat:

Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru.

Daripada ayat-ayat di atas, nampaknya para ulama al-Quran telah bersepakat untuk merujuk kepada sumber pendengaran/maklumat/berita yang cuba dicuri-curi dengar oleh para syaitan tersebut sebagai malaikat jua.

Menariknya, permasalahan ini ada terkandung dalam sumber dari pejabat mufti Wilayah Persekutuan juga.

 Kematian Malaikat

humalight

Menurut pejabat mufti Wilayah Persekutuan, pada asasnya, setiap makhluk akan mati dan binasa. Allah SWT berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ ﴿٢٦﴾ وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Maksudnya: Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Surah al-Rahman (26-27)

Imam Ibn Kathir dalam menjelaskan ayat ini menyebut: Allah SWT mengkhabarkan bahawa seluruh penghuni bumi akan pergi dan mati secara keseluruhan. Demikian juga halnya dengan penghuni langit, kecuali yang dikehendaki oleh Allah SWT. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/110)

Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili mentafsirkan ayat ini dengan berkata: Semua apa yang ada di bumi mulai dari manusia hingga semua makhluk hidup yang ada, begitu juga para penduduk langit kecuali makhluk yang dikehendaki oleh Allah SWT, seluruhnya akan binasa, fana dan mati. Kehidupan mereka semua akan berakhir. Tiada yang kekal kecuali hanya Zat Allah SWT yang memiliki Keagungan dan Kebesaran. Kefanaan dan kebinasaan adalah sebuah keyakinan dan hal yang pasti bagi seluruh makhluk di langit dan bumi pada hari Kiamat. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 14/243)

Imam al-Qurtubi dalam menjelaskan ayat ini menukilkan bahawa Ibn Abbas R.Anhuma berkata:

لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ قَالَتِ الْمَلاَئِكَةُ : هَلَكَ أهْلُ الأَرْضِ. فَأَنْزَلَ اللهُ تَعَالَى : { كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ } فَأَيْقَنَتِ الْمَلاَئِكَةُ بالْهَلاَكِ

Maksudnya: Tatkala turun ayat ini (كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ), malaikat berkata, “Binasalah penduduk bumi.” Lalu turunlah ayat “كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ”, maka malaikat pun yakin dan sedar bahawa mereka juga fana’ dan akan binasa. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 17/165 dan al-Kasyf wa al-Bayan ‘an Tafsir al-Quran, 9/182)

Sesungguhnya para malaikat juga akan mengalami kematian dan inilah pendapat majoriti ulama. Imam al-Munawi telah menukilkan ijma’ tentang perkara dalam kitabnya Faidh al-Qadir (3/561).

Allah SWT berfirman dalam ayat lain:

كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ

Maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.”

Surah al-Qasas (88)

Imam al-Tabari menjelaskan, sebahagian ulama’ menyebut, makna ayat ini adalah segala sesuatu itu pasti binasa kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran, 6/53)

Imam Ibn Kathir berkata, firman Allah SWT “كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ” ini mengkhabarkan bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah Zat yang kekal (الدائم), tetap (الباقي), hidup, yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang mematikan makhluk-Nya dan Zat yang tidak akan mati. Ini seperti yang ditegaskan Allah SWT pada ayat “كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ ﴿٢٦﴾ وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ”. Perkataan “وَجْهُ” di sini bermaksud Zat iaitu Allah. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 3/403)

Allah SWT turut berfirman:

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ

Maksudnya: Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);

Surah al-Zumar (68)

Imam Ibn Kathir menjelaskan: “Tiupan ini adalah tiupan yang kedua, iaitu tiupan kematian di mana penghuni langit dan bumi yang hidup akan mati, kecuali mereka yang dikehendaki oleh Allah. Ini sebagaimana telah disebut penegasan dan pentafsirannya dalam hadis sangkakala yang masyhur. Kemudian baki ruh-ruh makhluk-Nya digenggam, sehingga makhluk yang mati paling akhir adalah malaikat Maut. Dan tinggallah Rabb Yang Maha Hidup (الحي) lagi Maha Berdiri sendiri (القيوم), yang Maha Awal dan Dia juga Yang Maha Kekal pada akhirnya selama-lamanya.

Dia berfirman: “لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ” (Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?) (Surah Ghafir: 16). Dia berfirman sebanyak tiga kali, lalu Dia sendiri yang menjawabnya secara langsung dengan firman-Nya: “لِلَّـهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ” (Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!) (Surah Ghafir: 16). Yakni, Dia-lah yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia telah mengatasi segala sesuatu dan telah memutuskan kebinasaan atas segala sesuatu. Kemudian makhluk yang pertama kali dihidupkan kembali adalah Israfil yang diperintahkan untuk meniup sangkakala kali ketiga sebagai tiupan kebangkitan. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/69)

Imam al-Suyuti di dalam kitab al-Haba’ik fi Akhbar al-Mala’ik berkata: “Aku ditanya: ‘Adakah para malaikat akan mati ketika tiupan sangkakala?’ Jawabnya: Ya. Allah SWT berfirman: “وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ” (Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah).

Kami (Imam al-Suyuti) telah jelaskan bahawa yang dikecualikan adalah Malaikat Pembawa Arasy, Jibril, Israfil, Mikail dan Malaikat Pencabut Nyawa, mereka semua akan mati setelah itu. Dan telah disebutkan daripada Wahb bin Munabbih bahawa malaikat-malaikat tersebut adalah makhluk yang pertama kali diciptakan dan yang terakhir dimatikan serta yang pertama kali dibangkitkan. Kemudian dikuatkan perkataannya tersebut dengan nas (dalil) akan kematian penduduk langit dan bumi, sehingga malaikat Jibril, Israfil, pembawa Arasy kemudian yang terakhir adalah malaikat pencabut nyawa.” (Lihat al-Haba’ik fi Akhbar al-Mala’ik, hlm. 91)

Siapakah yang Dikecualikan oleh Allah daripada Menerima Kematian Ketika Tiupan Sangkakala?

Para ulama’ telah khilaf, siapakah yang dikecualikan oleh Allah kepada beberapa pendapat:

Imam Ahmad berpendapat, mereka yang di dalam syurga dari kalangan bidadari dan al-wildan. Sebahagian muridnya menambah, penjaga syurga iaitu Ridhwan dan penjaga neraka, iaitu Malik.

Muqatil dan sebahagian ulama’ berpendapat, mereka adalah Jibril, Mika’il, Israfil dan Malakul Maut. Sebahagian mereka menambah, malaikat yang menanggung Arasy.
Abu al-Abbas al-Qurtubi memberi pendapat yang berlainan dengan katanya: “Dikehendaki (dengan yang dikecualikan ialah) semua orang yang telah mati kerana mereka tiada kesan dan rasa. Justeru, mereka tidaklah ada lagi kematian ketika itu.”

 Perbincangan

timevortex

Cuma persoalan yang tinggal, ya kita tahu malaikat adalah sah penduduk langit menurut tafsiran ulama namun adakah sebenarnya malaikat adalah sebahagian dari penduduk langit atau memang seluruhnya penduduk langit itu adalah malaikat.

Adakah seperti ini: penduduk langit=malaikat?

Ketertarikan para syaitan untuk mendengar-dengar percakapan di langit itu seolah-olah mereka mampu mengesan ‘suara’ para penghuni langit dan dengan itu terdapat pengawal dari kalangan malaikat ditugaskan untuk menjaga langit.

Dari sisi yang lain, seolah-olah kelakuan penghuni langit itu adalah bebas, seakan-akan mampu bersembang atau bergosip-gosip berita-berita sensasi sebagai contoh sehingga menjadi tarikan kepada syaitan untuk cuba mencuri dengar. Jika sepenuhnya syaitan memang tidak mampu mendengar apa jua berita langit, sudah tentu aksi para syaitan ini tidak terakam di dalam kitab suci sehingga ‘terpaksa’ menugaskan malaikat tertentu untuk menjadi pengawal dan merejam syaitan-syaitan itu dengan pancaran api yang membakar.

Macam manusia, mereka tidak mampu mendengar percakapan ini, maka tidak ada tarikan untuk manusia ‘cuba mencuri dengar’.

Ini adalah salah satu misteri yang sangat menarik berkaitan syaitan, penduduk langit dan malaikat.








No comments:

Post a Comment