NurHidayat


ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ۬ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan Nur Hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (24:35).

2. Surah 68:1 Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis.

3. Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arasy”.

4. Dan dalam riwayat ibn ‘Asakir, marfu’, bahawa perkara awal yang dijadikan Allah ialah Qalam, kemudian “Nun”, bekas dakwat, kemudian firmanNya, "Tulislah, apa yang akan ada dan yang ada. "

5. Dan diriwayatkan oleh ibn Jarir bahawa baginda s.a.w. bersabda: Nun, Demi Qalam dan apa yang mereka tulis. Katanya: Lauh daripada nur, Qalam daripada nur, yang menulis tentang apa yang ada sehingga hari Kiamat.

6. Dalam “al-Najm”, al-Hakim al-Tirmidhi meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa “Perkara awal yang dijadikan Allah ialah Qalam; kemudian Nun, iaitu Bekas Dakwat, kemudian firmanNya; Tulislah, katanya :Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya: "Tulislah apa yang ada, dan yang akan ada sampai ke Hari Kiamat." Itulah firmannya: "Nun. Demi Qalam dan apa yang mereka tulis." Kemudian dikhatamkan atas mulut Qalam, lalu ia tidak berkata-kata, tidak berkata-kata sampai Kiamat. Kemudian Allah jadikan akal, Kemudian firmanNya; Demi KekuasaanKu dan KehebatranKu, Aku akan sempurnakan engkau dalam kalangan yang aku kasihi. Dan aku akan kurangkan engkau dalam kalangan mereka yang aku murkai.

7. Kata al-Laqqani dalam Syarah Jauharahnya: Qalam adalah jisim nurani (daripada nur), yang dijadikan Allah, lalu Ia perintahkan supaya ia menulis apa yang ada dan yang akan ada sampai Kiamat; ia tidak menjazamkan untuk menentukan hakikatnya; dalam setengah athar, perkara terawal yang Allah jadikan ialah Qalam, kemudian diperintahnya menulis tiap-tiap sesuatu, dalam setengah athar Allah menjadikan “yara” (seperti Qalam), atau Qasab, seperti Batang, kemudian dijadikan daripadanya Qalam. Dalam satu riwayat perkara awal yang dituliskan oleh Qalam ialah ‘Aku Maha penerima taubat, Aku menerima taubat mereka yang bertaubat’.

8. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan bonda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab baginda: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah jadikan sebelum segala sesuatu Nur Nabi engkau daripada NurNya , kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat cara yang dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz), tiada Qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia. Maka bila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam, daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia jadikan ‘Arasy, kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi , maka daripada juzu’ yang pertyama Ia jadikan malaikat penanggung ‘Arasy, daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat yang baki lagi.Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi yang pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya Syurga dan Neraka.Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian : yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada yang kedua cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah,daripada yang ketiga dijadikanNya nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah’, demikian hadith dalam “al-Mawahib”( iaitu al-Mawahib al-Laduniyyah karangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai rujukan itu).

9. Al-Hafiz Abu Ya’la al-Hamadani : yang asah ialah ‘Arasy sebelum daripada Qalam, mengikut riwayat yang sabit dalam kitab “Sahih” dari ibn ‘Umar; katanya : Sabda Rasulullah s.a.w :Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan langit-langit dan bumi lima puluh ribu tahun, ‘Arasynya atas air; ini sarih atau nyata dalam perkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan ‘Arasy; takdir ada pada awal mula tercipta Qalam; maka hadith ‘Ubaidah bin al-samit , marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah Qalam, kemudian Ia berfirman: Tulislah, kata Qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis? FirmanNya, “Tulislah takdir segala sesuatu” (Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi; dianggapnya sahih).

10. Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arasy”.

11. Dalam Kitab “Nazm al-Mutanathir min al-Hadith al-Mutawatir” oleh Imam Muhammad bin Ja’far al-Kattani rh, dalam ‘kitab al-iman sampai kitab al-manaqib’, no.194 di bawah hadith:”awwalu ma khalaqa’Llah”, Al-Amir dalam bahas berkenaan dengan wujud, dalam syarahnya ke atas “Jauharah al-Laqqani”, bahawa hadith tentang itu mutawatir.

Katanya: boleh dijawab berkenaan dengan percanggahan yang ada ini, bahawa nur Muhammad itu awal hakiki, yang lainnya awal secara idafi, atau bandingan, secara nisbah, tiap-tiap satu daripada (yang lainnya ) dijadikan sebelum daripada yang terdiri daripada jenisnya; maka ‘Arasy sebelum daripada jisim-jisim yang kasar, akal sebelum daripada jisim-jisim yang halus (latif), ‘yara’ awal daripada makhluk tumbuhan (nabatiah), demikianlah.Allah Maha Mengetahui.

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah berkata Nabi s.a.w awal-awal yang dijadikan Allah Taala itu Cahaya-Ku, maka cahaya ku itupun sujud bagi Allah Taala, maka firmanNya hai Nur Muhammad daripadaku, sujudlah engkau selama 100,000 tahun maka cahayaku pun sujud selama 100,000 tahun lamanya. Kemudian maka firman Allah Taala, Hai Nur Muhammad bangkitlah engkau dengan firman ku, maka ia bangkitlah ia daripada sujudnya, maka firmannya lagi hai Nur Muhammad bagi ummat mu ku fardukan sembahayang lima waktu dengan dia.
Se-bermula kejadian cahaya ku itu maka dijadikan Allah Taala bagi seekor burung yang indah rupanya, daripada burung itu, bermula:-
Kepalanya Amirrul Mukminin Ali r.a.h,
Mata kirinya Amirull Mukminin Hassan r.a.h dan
Lehernya itu Siti Fatimah r.a.h dan
Lengan yang kanan itu Syaidina Abu Bakar r.a.h dan
Lengan yang kiri itu Syaidina Omar r.a.h dan
Ekor burung itu Amirrul Mukminin Osman r.a.h
Dada burung itu Syaidinna Hamzah r.a.h
Kanan burung itu Siti Khadijah r.a.h
Kiri burung itu Siti Aysiah r.ah

Kemudian firman Allah taala Hai Nur Kekasih ku, ku jadikan tujuh laut:-

Pertamanya laut Ilmu
Kedua laut Latif
Ketiga laut Sabar
Keempat laut Akal
Kelima laut Fikir
Keenam laut Rahmat
Ketujuh laut Cahaya.

Kemudian firman Allah taala hai cahaya ku Nur Muhammad kekasihku pergilah engkau kepada sekelian laut itu 100,000 tahun engkau berenanglah, maka Nur Muhammad itupun pergilah. Firman Allah lagi taala keluarlah engkau daripada laut, maka Nur Muhammad itupun keluar daripada sekelian laut. Firman Allah lagi Hai Nur Muhammad engkau gerakkan dirimu, maka keluarlah air peluhnya.

Bermula dua titis air daripada Mata Cahayaku yang Kanan, titisan pertama menjadikan Allah Taala akan Jibril a.s dan titisan yang kedua menjadikan Mikail.

Dua titisan daripada titik air mata Cahayaku yang kiri itu, setitik yang pertama menjadikan Allah Taala akan israfil a.s dan daripada titik yang kedua menjadikan Allah taala akan Izrail a.s.
Dan dua titis daripada telinga Cahayaku yang kanan itu setitk yang pertama menjadikan Allah Taala akan Luh Mahfus dan titisan yang kedua menjadikan Allah Taala akan Qalam.
Dan dua titis daripada telinga Cahayaku yang kiri itutitisan yang pertama menjadikan Allah Taala akan Arash dan titisan yang kedua itu Kursy.
Dan delapan titis daripada hidung Cahayaku menjadikan lapan pangkat syurga dengan isinya.
Dua titis air daripada leher Cahayaku menjadikan Allah Taala akan Matahari dan titis yang kedua Bulan.

Dan lima titisan daripada tangan Cahayaku yang kanan, titis yang pertama menjadikan Allah akan angina Har-har, titisan kedua angina Par-Par, titisan ketiga angina Rafak, titisan yang keempat angina Sirrul Insan dan titisan yang kelima menjadikan Allah Taala akan roh yang lain.

Dan lima titisan daripada tangan Cahayaku yang kiri, titis yang pertama menjadikan Allah taala akan Sirratul Muntaha, titis yang kedua menjadikan Allah taala akan pohon kayu Daufi, dan titis yang ketiga akan Sungai KalKausar, titis yang keempat menjadikan akan “Hattamun Sulaiman a.s” dan titis yang kelima menjadikan Allah Taala akan Maqam Ibrahim.

Kemudian maka adalah Allah taala menjadikan empat unsur daripada empat perkara, yang pertama itu Air, kedua Api, dan yang ketiga Angin dan yang keempat Tanah. Maka firman Allah taala Hai Nur Muhammad, empat perkara ini kujadikan kerana mu,

Maka Nur Muhammad pun pergilah kepada Angin dengan Izin Allah taala, maka dilihat oleh Nur Muhammad itu kepada Angin itu sangat membesarkan dirinya, lantas Nur Muhammad pun memberi salam dan bertanya kepada Angin, wahai Angin mengapa engkau membesarkan diri engkau, maka sahut Angin siapa engkau maka sahut Nur Muhammad aku seorang hamba Allah, Angin pun berkata yang ia juga hamba yang daif, maka ujar Nur Muhammad mengapa engkau sangat membesarkan dirimu, jawab Angin aku berbuat barang sekehandak ku. Jawab Nur Muhammad engkau Angin tidak dapat berbuat sekehandakmu kerana engkau hamba orang pelayaran kerana seorang manusia pun tidak nampak akan engkau, kemudian jawab angin engkau jua tiada cela. Maka Nur Muhammad pun mengucap Istifar kepada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Kuasa serta memohon keampunan dan mengakui dirinya yang lemah dan daif. Maka Angin itupun tahulah ia akan Nur Muhammad itu hamba lagi persuruhnya. Kata Angin hai Nur Muhammad aku percaya akan dikau maka wajiblah bagiku masuk akan agama mu dan ajarkanlah olehmu Kalimah Syahadat selama-lamanya untuk ku.

Maka Nur Muhammad itupun pergi kepada Api, dan dilihatnya api itu terlalu gembira dan membesarkan dirinya, lalu ia memberi salam dan bertanya hai Api mengapa engkau sangat-samgat membesarkan diri dan sangat akan gembiranya. Maka jawab Api siapa engkau, jawab Nur Muhammad aku hamba Allah maka aku hamba yang hina, Nur Muhammad bertanya lagi mengapa engkau terlalu gembira dan membesarkan diri, maka ujar api aku berbuat sekehandakku, kata Nur Muhammad adakah dirimu itu celaka atau tiada, jawab api celaka juga, maka kata Nur Muhammad api yang membunuh itu air dan menyucikan engkau itu angin, maka kata api engkau sahaja yang tiada cela, maka Nur Muhammad pun mengucap Tasbih dan Istifar kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan tiada sekutu baginya. Maka api itupun tahu yang Nur Muhammad itu Hamba Allah lagi persuruhnya, kemudian mengajarkan Nur Muhammad akan Kalimah Syahadah kepada api atas kehendaknya.

Kemudian Nur Muhammad pun pergi kepada Air dan dilihatnya air itu dalam keadaan terlalu gembira dan membesar-besarkan dirinya. Lantas memberi salam Nur Muhammad kepada air dan bertanya mengapakah engkau terlalu gembira dan membesarkan diri, jawab air siapakah engkau, jawab Nur Muhammad akulah hamba Allah yang lemah lagi daif, bertanya lagi Nur Muhammad mengapa engkau membesarkan dirimu, jawab air aku berbuat sekehandak ku, Tanya Nur Muhammad lagi mengapa begitu sedangkan engkau mempunyai cela iaitu membasuh cemar-cemar segala najis, maka ujar air engkau jua yang tiada cela, Maka Nur Muhammad itu beristifat kepada Tuhan yang kuasa lagi maha tinggi dan mengajarkan air kalimah Syahadaah seperti mana yang air pinta.

Kemudian Nur Muhammad itu pun pergi kepada Tanah dan meberi salam ia dan dijawab oleh tanah serta katanya Ya Nur Muhammad. Dilihat Nur Muhammad tanah itu merendahkan diri dengan tangannya yang takzimnya serta berkata hai Nur Muhammad terlalu Maha Baik segala aturan tuan hamba kepada Hadrat Allah Taala, maka Nur Muhammad itu lalu dipeluk dan diciumnya maka dibawa persembah kepada hadrat Allah Taala, Ya Rob Ya Maulana, Ya tuhanku dan terlebih tahu engkau wahai tuhanku bahawa Tanah itu hambamu yang pilihannya, kerana keempat itu aku sertakan dengan hambamu yang daif ya Tuhanku. Inilah Nabi Allah ADAM a.s dijadikan Allah Taala daripada emapt tabiat itu, dan segala manusia itu setengah tabiat api, angin, air dan tabiat tanah.

Maka sabda Nabi s.a.s barang siapa daripada ummatku ada menaruh peri kejadian cahayaku ini atau membaca dia dari permulaan sehingga datang kesudahannya bahwasanya Allah Taala anugrahkan ia daripada kebajikan pahala seperti membaca empat buah kita yang pertama Taurat, Injil Zabur dan AlQuran, dan lagi pahalanya seperti empat Malaikat yang Mukoribbin iaitu Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail dan lagi seperti orang yang naik haji ke Biatullah, tujuh orang yang mati syahid dalam perang sabilillah pahalanya. Barang siapa menaruh atau membaca akan dia, tiada berpindah daripada didalam dunia jikalau belum melihat akan tempatnya di dalam Syurga… Insyallah..

Bi"ismillah hi jabbar jabarokah......saat ZAT ALLAH menerangkan kepada NUR MUHAMMAD dengan beberapa keterangan yang tiada kekurangan,maka berfirman lagi zat ALLAH.."ya nur yang bernama muhammad engkau titik kan lah air NUKTAH engkau buat menjadi malaikat yang 4,maka;
- apabila engkau menitik kan yang pertama bernama NUR MADA,

- dan apabila engkau menitik kan yang kedua bernama NUR WADI,
- dan apabila engkau menitik kan yang ketiga bernama NUR MANI,
- dan apabila engkau menitik kan yang ke empat bernama NUR MANIKAM,
- dan apabila engkau mengatakan "IYAKUN FAYAKUN" jadilah jibroil maka menjadilah JIBROIL,
- dan apabila engkau berkata IYAKUN FAYAKUN jadilah MIKAIL maka menjadilah MIKAIL,
- dan apabila engkau berkata IYAKUN FAYAKUN jadilah ISROFIL maka menjadilah ISROFIL,
- dan jika engkau berkata IYAKUN FAYAKUN jadilah IZRAIL maka menjadilah IZRAIL.

dan berfirman lagi zat ALLAH kepada nur muhammad,engkau perintahkan perintahkan kepada malaikat JIBROIL dan engkau jadikan dari pada anasarnya yaitu "BUMI"

dan engkau jadikan dari pada anasarnya MIKAIL itu yaitu "AIR"


dan engkau jadikan dari pada anasarnya ISROFIL itu yaitu"ANGIN"

dan engkau jadikan dari pada anasarnya IZRAIL itu yaitu "API"

dan engkau perintahkan ya NUR MUHAMMAD kepada jibroil untuk mengambil qursainun/qursany di alam akbar/alam kaffah supaya memperkuat lembagan ADAM,

dan engkau perintahkan kepada MIKAIL untuk mengambil air dari alam MULLAH untuk menghidupkan jiwa ADAM,

dan engkau perintahkan ya nur muhammad kepada malaikat ISROFIL untuk mengambil angin di alam IZZATI supaya memperbuat tubuh ADAM

dan engkau perintahkan kepada IZRAIL untuk mengambil api di alam AMARAH untuk memperkuat lembaga ADAM.

"JIBRIL, MIKAIL, ISROFIL, IZRAIL
KAFFAH, MULLAH, KALLAM, IZZATI
KUDUS, KIDAM, KOMPEH, DEROJA
KIROMAN, KATIBIN, MUNGKAR, MUKKOROBIN"
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Kelajuan cahaya (nur) tidak akan berubah kepada aku, hatta jika aku bergerak 1 saat lewat daripada kelajuan itu, ia tetap dengan kelajuan 1,079,252,484.80km/h. Sehingga aku bergerak sama dengan kelajuan itu, WAKTU akan terhenti. (Israk dan Mihraj). Semakin aku cuba untuk lebih laju lagi (tenaga), yang bertambah bukan kelajuan tetapi lebihan tenaga itu menjadi jisim. Sama ada disedari ataupun tidak, kita sentiasa tetap pada kelajuan cahaya.

2. Malaikat mengamati aku, menjadikan aku sebuah alam tepu (jisim) dan jika malaikat meninggalkan aku, maka aku menjadi gelombang cahaya. Dimana aku mampu mengolah diri jasmani ke rohani. Mati aku - malaikat meninggalkan pengawasan terhadap aku (Jisim). Tika saat itu perjalanan itu hanya dalam Mimpi.

3. Setiap detik fikir (rohani) / niat terpancar gelombang ke seluruh maya, dan disambut oleh malaikat yang AKAN mengamatinya untuk menjadikan ia pada satu ketika satu masa kenyataan, (jisim).

4. Aku semestinya mampu untuk memadamkan atau mengalihkan pandang para pengamat / permerhati / malaikat, baru aku mampu untuk bergerak sebagai gelombang (menjadi rohani), terhentinya waktu, kembali ke hadratnya pada awal kejadian. Jika tidak, para pengamat akan memerhatikan aku sehingga aku mati, barulah aku mampu untuk menjadi rohani. Silauan cahaya ku menyilaukan  pandangan pengamat / permerhati pada aku.

5. Para pengamat malaikat diperhati oleh ALLAH dan dia tidak sesekali MEMERHATI Allah.

6. Tutup mata hitam aku, terbalikkan ke atas, lidah menongkat langit bagi memghubungkan diri aku(Roh) kembali ke hadratnya (Cahaya/Nur).

7. Dunia ini diuruskan oleh Allah (Cahaya/Nur) yang sentiasa bergerak merangkumi segala cakrawala dan seluruh jagat.

8. NUR (Cahaya) Muhammad
  1. Pena
  2. lawh al mahfoudh
  3. Arsy
  4. Ku bahagika kepada empat bahagian
    • Malaikat Penyangga Arsh
    • Kursi
    • Seluruh malaikat dan langit seisinya
    • Ku bahagikan kepada empat bahagian
      • Membuat semua langit
      • Bumi
      • Jinn dan Api
      • Ku bahagikan kepada empat bahagian
        1. Cahaya airmuka orang beriman
        2. Cahaya didalam jantung mereka - ilmu ilahi
        3. Cahaya tawhid pada lidahnya (hu Allahu ahad)
        4. Berbagai cahaya dari ruh Muhammad saw yang lain.
9. Agama itu Ilham / fikiran / akal / Jibrail. Beragama itu berakal, berihlam, berfikiran dan berjibril. Dan ilham itu akan turun ke "Mata hati".

10. Teling itu pintu dunia/sir, Mata itu tingkap dunia/sir, Masukilah ke sir melalui pintunya dengan menuntup pintu dunia secara tidak langsung membuka pintu sir/hati. Dengarkan kata-kata dari hati nurani itu, Kerana Jibrail memberikan wahyunya ke hati Rasulullah s.a.w.

11. Roh masuk ke badan melalui umbun-umbun, dan turun ke bawah hingga ke hujung kaki dan keluarnya Roh dari badan bermula dari Hujung Jari. Apa yang anda rasa ketika menutup mata terbalik ke atas dengan lidah menyentuh lelangit?. Itulah hakikat segala sesuatu bagaimana dunia ini ditakbir dengan begitu tersusun sekali, bagaikan jaringan sesawang (internet) yang menghubungi setiap keakuan pada jagad raya ini. Ianya sentiasa bergerak (proton dan electron) sentiasa bertindak balas umpama sebuah gelombang yang teramat besar. Shingga membawa keakuan itu kembali ke Asal Kejadian iaitu Nur Muhammad.

******************************************************. Allah itu cahaya sekelian alam
. Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang.
. Cahaya asas , Merah, Biru, Kuning
. Merah+Kuning = Jingga/Oren, Kuning+Biru = Hijau, Biru+Merah=Unggu/Indigo
. Jumlah semua warna itu 7, 
. Sifat Maani = Sifat yang ada pada zat yang menyebabkan zat itu dihukum dengan sifat. (Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami', Bashir dan Kalam)
. Sifat Maknawaiaah = hal yang wajib selama mana zat itu bersifat dengan sifat maani. (Qadirun, Muridun, Alimun, Hayyun, Sami'un, Basir'un, Mutakalimun).
Kesimpulannya dimanakah letaknya cahaya yang 7 itu pada sifat maani ini?.
Cahaya Hitam? - Titik Hitam itu NurAllah
Cahaya lutsinar?



Tarik nafas kita sehingga ke alam Qudsi (Akal) dan maqam "Qalbu Qausani"(antara dua kening)- rapatkan dagu ke dada, naikkan bahu, maka secara automatiknya, laluan nafas ke tulang sulbi terbuka dan nyatakan dalam "hati" 
Hapuskan wujudku yang kasar kepada wujudku yang batin kepada wujud zat, hanya kepada CAHAYA zat semata-mata zuhudku.
Hembuskan hafas sedikit lalu hirup sedikit sebanyak 4x dan hembusan yang kelima sehingga hujung nafas, kemudian masukkan kedua-dua tangan ke celah ketiak peluklah seluruh angota dengan kemas sekemasnya.

Cahaya Merah - Terpancar dari tulang sulbi terus memenuhi sekitar kawasannya, perlahan-lahan meliputi kedua-dua peha, bulu kulit, urat, darah, daging, tulang dan turun ke bawah dan keluar melalui tapak kaki bersama cahaya -ve.
Cahaya Oren - Terpancar dari kemaluan (alif) melitupi seluruh system peranakan, naik keatas memenuhi ruang dada dan ke jantung lalu keluar melalui jantung bersama cahaya -ve.
Cahaya Kuning - Terpancar dari pusat memenuhi seluruh perut, turun ke system perkumohan(qubul dan dubur) serta usus, lalu ke jantung dan keluar melalunya bersama cahaya -ve.
Cahaya Hijau - Masuk melalui Jantung, memenuhi jantung, hati, paru-paru dan semua ruang dada, naik ke atas bahu, memenuhi kedua-dua tangan hingga ke jari, turun melitupi seluruh badan hingga ke jari kaki, naik ke atas tengkok, memenuhi kerongkong/tekak/mulut/gigi, ke hidung, dua mata, telinga, akal dan roh, keluar melalu paru-paru.
Cahaya Biru - Masuk melalui kerongkong, memenuhi ruang dada, dan terus ke Jantung sehingga tercipta satu lohong cahaya biru yang penuh antara Kerongkong dan Jantung.
Cahaya Indigo - Masuk melalui antara 2 kening, memenuhi akal dan roh, seluruh angota kepala dan turun melalui kerongkong, memenuhi dada, paru-paru dan terus ke Jantung.
Cahaya Ilahi (Putih) - Masuk terus ke alam Qudsi (Akal) memenuhi Maqam Qalbu Quasaini (antara 2 kening) dan menyinari seluruh angota kepala, leher, memenuhi selluruh ruang dada, paru-paru, hati dan jantung.