Hadis 40 (H31~H.Akhir)


Hadis 40 - Imam An-Nawawi -

HADIS 31

عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي t قال: (( جاء رجل إلى النبي e فقال: یا رسول
الله! دلني على عمل إذا عملتع أحبني الله وأحبني الناس. فقال: ازهد في الدنيا یحبك الله،
وازهد فيما عند الناس یحبك الناس )) حدیث حسن رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة.

Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik ( Hadis ini adalah daripada riwayat Khalid ibn ‘Umar dan al-Qurasyie daripada Sufian daripada al-Thauri Abu Hazim daripada Sahl. Al-Imam Ahmad berkata berkenaan dengan Khalid : Dia adakah orang yang mungkar dalam riwayatnya, dia meriwayatkan cerita-cerita batil. Ibnu Ma‘in pula berkata dia adalah pendusta. Saleh ibn Muhammad dan Ibnu ‘Adie menghubungkannya (Khalid) sebagai orang yang mereka-reka hadis palsu. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.

Hadis 40 (H21 ~ H30)


Hadis 40 - Imam An-Nawawi -

HADIS 21
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله t قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.

Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis :

1) Makna Istiqomah :
- perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
- (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan - beriltizam. (Fusshilat : 30).
2) Kelebihan Istiqomah :
- diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
- diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).

Hadis 40 (H11 ~ H20)


Hadis 40 - Imam An-Nawawi -

HADIS 11

عن أبي محمد الحسنِ بْنِ علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَیْحَانَتِ هِ
رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( دَعْ مَا یَرِیْبُكَ إِلَى مَ ا
لاَ یَرِیْبُكَ)) رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حدیث حسن صحيح.


Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.
Pokok Perbincangan Hadis :

1) Menjauhi perkara syubhaat : menjaga marwah dan diri dari terjatuh kepada yang haram - wara’. langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.
2) Wara’ salaf terhadap perkara syubhaat : kisah Abu Bakar makan sesuatu yang syubhaat. kisah Umar Al-Khattab dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri.
3) Meninggalkan perkara khilaf bukan semestinya wara’ : dalam perkara-perkara yang ada rukhsah - ikut lebih baik. yakin dalam suci dan syak dalam hadas - hadis (kentut yakin keluar angin).

Hadis 40 (H4 ~ H10)


Hadis 40- Imam An-Nawawi -
HADIS 4


عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis 40 (Muqaddimah, H1 ~ H3)


Hadis 40- Imam An-Nawawi -


MUQADDIMAH AL-IMAM AN-NAWAWI


الحمد لله رب العالمين، قيوم السموات والأرضين، مدبر الخلائق أجمعين، باعث الرسل
صلواته وسلامه عليهم إلى المكلفين، لهدایتهم وبيان شرائع الدین، بالدلائل القطعية
وواضحات البراهين، أحمده على جميع نعمه وأسأله المزید من فضله وآرمه.
وأشهد أن لا إله إلا الله الواحد القهار الكریم الغفار.
وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله وحبيبه وخليله، أفضل المخلوقين المكرم بالقرآن
العزیز المعجزة المستمرة على تعاقب السنين، وبالسنن المستنيرة للمسترشدین،
المخصوص بجوامع الكلم وسماحة الدین، صلوات الله وسلامه عليه وعلى سائر النبيين
والمرسلين وآل آل وسائر الصالحين. أما بعد،


Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas.
Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya.
Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.

Nafas Dan Zikir


Sabda Nabi S.A.W yaitu "Barangsiapa keluar masuk nafas dengan tiada zikir ALLAH maka sia-sialah ia". Bermula nafas itu atas dua langkah, satu Naik dan kedua Turun. Maka tatkala naiknya itu sampai kepada 7 petala langit maka berkata “Wan Nuzuulu Yajrii Ilal Ardhi Fa Qoola HUWALLOH”. Dan tatkala turun kepada 7 petala bumi maka nafas Nabi itu bunyinya ALLAH. Tatkala masuk pujinya HUWA. Tatkala ia terhenti seketika antara keluar masuk Tanaffas namanya, pujinya AH.. AH. Tatkala ia tidur atau mati Nufus namanya Haqqu Daa'im.

Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub



Yang Pertama : QOSAD

Adapun sebenar-benar Qosad itu Sebenar-Benar Niat. Niat itu yang tiada huruf dan suara, itulah yang Sebenar-Benar Niat. Yang ada huruf dan suara itu bukannya Niat yaitu Adam. Yang sebenar-benar tiada huruf dan suara itu, itulah Zat ALLAH Ta’ala, itulah Niat Yang Sebenar-Benarnya. Dan asal Niat dan tempat Niat pun inilah yang Niat, Berniat Sebenar-Benar Tuhan Mutlaq Yang Bersifat Zat Wajibul Wujud Kholiqun Nas lagi Bersifat Kamil. Wallohu A’lam.

Yang Kedua: TA’RUDH

Adapun Ta’rudh itu menyatakan Fardhu. Adapun sebenar-benar Fardhu itu Tajalli Sifat ALLAH, artinya Nyata ALLAH, yaitu Nur Muhammad, A’yanu Thabitah pun ia, Wujud Idhofi pun ia, Insan Kamil pun ia. Inilah ialah (Dialah) Yang Sebenar-Benar Fardhu.

Tajalli Waktu


Ikhsan dari sahabatku sangbogoroyo_007

Inilah fashal Fi’il Nabi S.A.W, maka sabda Rasulullah kepada Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali Radhiallohu ‘Anhum “Barangsiapa mengetahui Tajalli Waktu ini maka sempurnalah sembahyang dan makrifatnya dan jikalau tiada mengetahui maka tiada sah sembahyang dan makrifatnya, dan inilah yang bernama Fardhu. Maka inilah yang asal Fardhu inilah Tajalli Waktu”. Sembah Ali “Ya junjunganku! apa sebab waktu Subuh itu 2 rakaat, dan waktu Zohor 4 rakaat, dan waktu Asar 4 rakaat dan waktu Maghrib 3 rakaat dan waktu Isya' 4 rakaat?”. Maka sabda Rasulullah S.A.W. “Ya Ali! Waktu Subuh 2 rakaat itu kerana Tajalli Zat dan SifatNya. Waktu Zohor 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan itu 4 perkara yaitu Wujud, Ilmu, Nur dan Syuhud. Waktu Asar 4 rakaat kerana Tajalli Hamba itu 4 perkara yaitu Api, Angin, Tanah dan Air. Waktu Maghrib 3 rakaat kerana Tajalli Tuhan itu 3 perkara yaitu Ahadiyat, Wahdah dan Wahidiyat artinya Zat, Sifat dan Af’al. Waktu Isya^ itu 4 rakaat kerana Tajalli Hamba itu 4 perkara yaitu Di Wadi Madi Manikam”.

Usuluddin - Kenyataan Sifat 20


Bagi mengesakan Zat, Sifat Salbiah digunakan sebagai perisai untuk menangkis sebarang serangan dari pihak yang bertujuan untuk menyamakan, menyengutukan ataupun menduakan Zat ALLAH Taala dengan apa jua sekalipun.

Setelah dapat ia menafikan manusia ada kuasa dan kehendak untuk bergerak atau diam maka dikatakan ia telah dapat pula mengesakan ALLAH Taala pada Af'alnya pada sifat Kamalat ALLAH Taala pada ZatNya.

Harus bagi ALLAH menghidup atau mematikan, sesungguhnya manusia itu, bodoh, lemah, nafsu, pekak, buta dan bisu. Setelah yakin dengan sebenar-benar yakin maka barulah seorang itu dapat mengesakan ALLAH pada sifat kamalat ALLAH Taala. Sifat inilah yang dinamakan Sifat Maani.

Salah satu ciri sifat ini ia berada berada diluar fikiran kerana itu, tidaklah untuk digambarkan dengan akal fikiran kita akan bagaimana sifat kamalat yang tujuh ini berfungsi. Sebagai contoh bagaimana ALLAH melihat, akal tidak terpakai dalam kontek ini bagi memikirkan bagaimana ALLAH Taala melihat. Akan tetapi wajib kita sebagai umat Islam beriman dengan sifat ini, dalil al-qur'an : 'Dan ALLAH Maha Melihat apa yang kamu kerjakan'. Noktah. !

Maka pada tubuh atau jasad anak Adam itulah zahirnya segala perbuatan ALLAH Taala melalui Sifat Maknawiyah yang tujuh iaitu keadaan yang hidup, keadaan yang tahu, keadaan yang berkuasa, keadaan yang berkehendak, keadaan yang mendengar, keadan yang melihat dan keadaan berkata-kata.

Ketujuh sifat Maknawiyah ini lalu dikatakan tidak memberi bekas. Hal ini ditegaskan dalam al-Qur'an : 'Aku tidak menghendaki rezeki dari kamu, bahkan Akulah yang memberi rezeki kepada mu'

Lalu adalah pembahagian pada sifat ALLAH Taala kepada dua yakni Istighna dan Iftiqqar iaitu sifat Maha Kaya ALLAH dan Berhajat segala sesutu kepada sifat Kaya ALLAH ini.

Andaikata tiada ALLAH Taala ciptakan Nabi Adam As maka tiadalah manusia dimuka bumi ini bagi menzahir sifat Kaya ALLAH Taala.

Setelah diciptakan Manusia dan Jin maka diperintahkan kepada kedua golongan ini supaya beribadat kepadaNya sebagaimana firmanNya bermaksud : 'Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu'.

Bersabda Nabi Muhammad : 'syariat itu perkataanku, tarekat itu perbuatanku, hakikat kenyataanku dan makrifah itu meliputi seluruh anggota tubuh badanku'.

Berkata Rasulullah saw : 'Syariat itu perkataan ku', maka dapat difahami ia sebagai khabar gembira dan peringatan atau ancaman. Umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad itu maksum, maknanya terpelihara perbuatan zahir batinnya dari segala dosa, lalu dikatakan tidaklah Baginda berkata melalui nafsu, akan tetapi dengan iradat ALLAH Taala, namanya wahyu.

Justeru dari 'perkataan' ini lahir pula dua iaitu perintah dan larangan. Perintahnya supaya tidak menyekutukan ALLAH Taala dengan sesuatu pada setiap perbuatan zahir batin. Keduanya mestilah saling lazim melazimi antara satu sama lain, supaya terlepas dari perumpamaan 'cakap tidak serupa bikin'. Perbuatan yang nyata, maka dinamakan perbuatan yang zahir, manakala yang tidak nyata pula dinamakan perbuatan yang batin. Inilah yang saya faham dengan maksud hadis 'Tarekat itu perbuatanku'.

ALLAH Taala ciptakan sekelian Jin dan Manusia supaya beribadat hanya kepadaNya, selain dariNya syirik namanya, neraka tempat kekalnya diakhirat kelak. Selain daripada perintah beribadat, manusia dan jin juga diperintahkan supaya mengingati hanya Dia pada setiap detik, dikiaskan pada masa berdiri, duduk dan baring.

Banyak cara orang mengingati ALLAH Taala, Zikir Namanya. Dibahagikan kepada beberapa bahagian, zikir jihar, zikir khafi dan Zikir Tanpa hurup tanpa suara. Ucapan yang zahir ditangkap oleh kedua malaikat lalu dicatitkan,, manakala yang batin hanya ALLAH Taala yang tahu.

Dalam Solat, rukun qalbi tempat nya dihati, neracanya sifat ilmu bermula dengan sifat kehendak Aallah Taala, rukun qauli nyata sifat kalam, neracanya pada sifat samak, rukun fekli pula nyata pada qudrat dan Iradat, neracanya pada sifat basar.

Samada sedar atau tidak inilah yang terjadi pada kita setiap detik dan ketika samada kita sedar atau tidak.. Niat ada padanya tiga bahagian, pertama tanpa huruf tanpa suara, kedua lintasan sedetik dihati dengan kehendak ALLAH Taala untuk melakukan perbuatan samada perbuatan itu baik atau tidak baik dan terakhir lafaz pada niat itu sendiri iaiatu dinyatakan misalnya semasa mengatakan 'ussalli.....'.

Kemudian bila dilaksanakan maka 'nyatalah' pada kita 'perbuatan dan kelakuan' ALLAH Taala yang terjadi keatas diri hamba dengan 'sendirinya' semasa hamba itu mendirikan ibadah solat fardu atau apa jua perlakuan zahir batin diluar solat.

Dalil al-quran : 'ALLAH menghidupkan dan mematikan' ; 'Kami membacakan ( al-qur'an ) kepadamu maka tidak akan lupa, kecuali kalau ALLAH menghendaki. Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi'; 'ALLAH Maha berkuasa berbuat apa yang dikehendakiNya'. Rasanya dalil al-qur'an ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allahlah yang memberi petunjuk dan Dia jualah yang menyesatkan. Manusia tak boleh buat apa-apa.

Asas tauhid itu adalah nafi dan isbat maka wajib dinafikan ada perbuatan dan kelakuan pada diri hamba yang zahir dalam usuluddin, tasauf namanya pada diri yang batin dari satu peringkat keperingkat yang lebih tinggi. Pada saya inilah yang dimaksudkan dengan ungkapan 'Wujud Hanya ALLAH' iaitu bermula dengan wujud hanya af'al ALLAH ( gerak dan diam ), kedua wujud hanya asmak (semua yang bernama kembali ia kepada yang empunya nama ) ALLAH, ketiga wujud hanya sifat ( qudrat, iradat, ilmu, hayat, samak, basar, kalam ) ALLAH dan paling atas wujud hanya zat kerana terhimpun pada af'al, asmak dan sifat seperti dalil al-qur'an 'aku datang dari ALLAH datang kepada ALLAH aku kembali'. Pada saya inilah maksud hadis 'hakikat itu pakianku'

Dilarangkan sekeras-kerasnya kita memisahkan antara zat, sifat, asmak dan af'al; dalil Aku beserta kamu walau dimana sahaja kamu berada'.

Pada saya (شهود الوحد فى الكثره)(شهود الكثرة فى الوحدة)'pandang satu pada yang banyak' atau pandang banyak pada yang satu' masih lagi berkisar pada tahap tauhid - dapatkah dia tauhid kelas ini 'DIA MEMANDANG DENGAN MATA KEPALA DAN JUGA MATA HATI PADA AF'AL DAN KELAKUAN YANG BERLAKU SAMADA PADA DIRINYA SENDIRI ZAHIR BATIN ATAU PADA SEKELIAN 'ALAM INI ZAHIR BATIN ADALAH PERBUATAN DAN KELAKUAN ALLAH TAALA YANG TERJADI DENGAN SENDIRINYA'.

Yang perlu pada setiap individu adalah YAKIN. Jika berada pada iman taklid, berusaha supaya naik kepada iman 'ainul dan begitulah sterusnya sehinggalah tahap paling tinggi iaitu kamalul yakin.

Keempat mahzab diasaskan oleh Imam Malik, Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Ahmad Hambal. Diantara keempatnya Imam Ahmad Hambal yang paling muda ( wafat : sekitar 241 Hijrah ).

Ilmu Tauhid pula mulanya diasaskan dan disusun oleh Imam Abu Hassan As-Shaari dan dikemaskini / dilengkapkan oleh Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan seterusnya diperakui oleh jumhur ulamak selepas kewafatan kedua-dua imam tersebut. Imam Abu Hassan As-Ashaari dan Imam Abu Mansur Al-AMaturidi wafat pada sekitar 15 dan 24 tahun selepas Al-Hallaj wafat. Imam Abu Kassim Al-Junaid pula wafat pada sekitar 15 tahun sebelum wafatnya Al-Hallaj manakala Sheikh Abdul Qadir Jalaini lahir 160 tahun dan Syeikh Abu Yazid Bustami wafat sewaktu Al-Hallaj berusia pada sekitar 15 - 16 tahun.


Dari fakta sejarah yang diperakui Imam Abu Mansur Al-Maturidi telah menyususn serta melengkapkan secara tersusun Ilmu Tauhid yang diajar kepada masyarakat umum sehinggalah kepada umat Islam dewasa ini.
 
Ini bermakna cara-cara penyampaian Ilmu Tauhid disampai dan dipelajari oleh Islam selepas kewafatan Imam Ahmad Hambal sehingga tahun 333 Hijrah ( tarikh kewafatan Imam Abu Mansur Al-Maturidi ) ada kemungkinan tidak sama dengan cara yang dipelajari oleh umat Islam selepas tahun 333 Hijrah.
 
Dari fakta ini saya berpendapat kebangkitan mempelajari ilmu Feqah begitu kuat dikalangan umat Islam berpandukan kitab-ktab Feqah yang dikarang oleh Ulamak-Ulamak Feqah yang didorong oleh kitab-kitab yang dikarang oleh keempat Imam iaitu Imam Malik, Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Ahmad Hambal.

Dalam tempoh yang sama juga lahirnya beberapa tokoh tasauf besar dan terbilang seperti Rabi'atul Adawiyah, Sheikh Abu Yazid Busthomi, Sahl Ibn Abdullah, Sheikh Abu Kassin Al-Junaid, Zunnun Al-Misri dan banyak lagi ahli sufi yang amat dikenali sehingga ke hari ini.

Seperti mana yang diketahui tingkah laku ahli-ahli sufi ini begitu sukar untuk difahami oleh mereka-meraka yang tidak sealiran dengan perjalanan kesufian.

Kebanyakan dari ahli-ahli sufi ini suka mengungkapkan kata-kata yang pelik lagi sukar untuk difahami oleh orang kebanyakan, antaranya :
 
'Siapa yang tidak kenal kepada tuan? Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada ALLAH telah memenuhi seluruhku, hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada syaitan.' : Rabi'atul Adawiyah

'Aku melihat dan mengetahui Tuhan dengan Tuhan dan sekiranya tidak karena Tuhan aku tidak melihat dan tidak tahu Tuhan.' : Zunnun al-Misri

'Aku mengetahui Tuhan melalui diriku hingga aku hancur, kemudian aku mengetahui-Nya melalui diri-Nya dan akupun hidup. Ia membuat aku gila pada diriku hingga aku mati. Kemudian Ia membuat aku gila kepada diri-Nya, dan akupun hidup. Gila pada diriku adalah fana' dan gila pada diri-Mu adalah baqa' (kelanjutan hidup).' : Sheikh Abu Yazid Busthomi

Tentu saja orang akan membuat berbagai tanggapan tentang sesuatu yang diucapkan oleh orang lain yang dia sendiri tidak dapat memahaminya sepenuhnya.

Lihatlah saja daripada kenyataan Rabi'atul Adawiyah ; Rasulullah sendiri tidak ada tempat dihatinya dikala dia sedang mabuk dengan cintanya kepada ALLAH Taala.

Sulit sekali untuk difahami cara-cara ahli-ahli sufi mengkhabarkan pendapat mereka dan bahasa-bahasa yang mereka gunakan untuk memberitau orang lain tentang apa yang mereka lalui, apa lagi untuk difahami oleh orang lain.

Pada saya pertembungan antara dua golongan yang berbeza aliran ini dapat difahami melalui firman ALLAH Taala bermaksud :

1 'Dan ( ingatlah) Musa berkata kepada muridnya : "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai kepertemuan dua buah lautan ; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun".
 
2 'Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.

3 Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya : "Bawalah kemari makanan kita ; sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita"

4 Muridnya menjawab : "Tahukah kamu tetakala kita mencari tempat berlindung dibatu tadi, maka sesungguhnya aku lupa ( menceritakan tentang ) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakan kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya kelaut dengan cara yang aneh sekali".

5 Musa berkata : "Itulah ( tempat ) yang kita cari". Lalu keduanya kembali mengikut jejak mereka semula.

6 Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba diantara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami

7 Musa berkata kepada Khidir : "Bolehkah aku mengikutmu supaya kamu kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar diantara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu"

8 Dia menjawab : "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku"

9 'Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ?'

10 Musa berkata : "Insya ALLAH kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam suatu urusan pun"

11 Dia berkata : "Jika kamu mengikutku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu sampai aku sendiri menerangkannya kepada mu".

 

12 Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya. Musa berkata : "Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnay kamu menenggelamkan penumpangnya?. Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar".

13 Dia ( Khidir ) berkata : "Bukankah aku telah berkata : "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku ".

14 Musa berkata : " Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam hidupku".

15 Maka berjalanlah keduanya ; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata : "Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan kerana dia membunuh orang lain ?. Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar".

16 Khidir berkata : "Bukankah aku telah berkata : "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku ?".

17 Musa berkata : "Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali ) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku mengikutimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku".

18 Maka berjalanlah keduanya ; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan didalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata : Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu".

19 Khidir berkata : " Inilah perpisahan antara aku dengan kamu ; Aku akan memberitahu kan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya"

20 "Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja dilaut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana dihadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera"

21 "Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khuatir bahawa dia akan mendorong kedua orang tuanya kepada kesesatan dan kekafiran"

22 "Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya ( kepada kedua ibubapanya"

23 "Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim dikota itu, dan dibawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanan itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu ; dan bukan aku melakukannya menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya"

24 'Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba DIANTARA HAMBA-HAMBA Kami, yang telah Kami berikan kepadanya RAHMAT dari SISI Kami, dan yang telah kami AJARKAN kepadanya ILMU DARI SISI kami'

Sebaiknya kita jadikan satu ikhtibar akan perkara yang terjadi kepada Nabi Musa As betapa peranan limu laduni ( ilham terus dari ALLAH Taala ), tentang Kurnia, Petunjuk atau Hidayah dan juga Rahmat ALLAH Taala.

Siapalah kita untuk dibandingkan dengan Nabi Musa Kalamullah, ALLAH Taala kurniakan sembilan mukjizat sebagai bukti akan Kenabiannya.

Lihatlah betapa hebat Qudrat dan Iradat ALLAH Taala, hanya dengan sebatang tongkat dapat terbelah Lautan Merah.

Semua orang Islam percaya apabila diceritakan Nabi Musa dengan Izin ALLAH Taala mampu membelah Lautan Merah kerana ada diceritakan didalam Al-Qur'an, akan tetapi sukar sekali untuk mempercayai yang terjadi kepada mereka yang terpilih tetapi tidak dinyatakan didalam Al-Qur'an.

Sheikh Yazid Busthomi berkata tentang fana' : 'Aku mengetahui Tuhan melalui diriku hingga aku hancur, kemudian aku mengetahuiNya melalui diriNya dan akupun hidup'.
Fana' bermakna lenyap atau binasa atau ada juga orang mengatakan ghaib. Bila digunakan bahasa kiasan maka menjadilah ia seperti 'binasa af'al hamba dalam af'al ALLAH jika seorang itu berada pada tauhid af'al, atau 'ghaib kelakuan hamba dalam sifat ALLAH' apabila dia telah dapat mengesakan ALLAH Taala pada sifatNya.

Dua rangkap ayat ini pendek tapi lihatlah betapa indahnya susunan kata-kata yang diucapkan oleh Sheikh Abu Yazid Busthomi ini walaupun ia sulit untuk difahami dan renungkanlah bagaimana beliau membezakan antara ilmu dengan makrifah.

Yang dikatakan beriman dengan ALLAH Ta'ala kita beriman kepada tiga bahagian iaitu af'al, asmak, sifat dan ZatNya sebagaimana firman ALLAH Taala bermaksud :

1 Tentang tauhid Af'al - 'Bukan engkau yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang ketika kamu melempar, tapi ALLAH yang melempar' - Af'al

2 Tentang tauhid Asmak - 'Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi'

3 Tentang tauhid Sifat - "Mahasuci Engkau, tiadalah y ang kami ketahui kecuali apa yang Engkau beritahu'

4 Tentang tauhid Zat - 'Kemana sahaja engkau hadapkan wajahmu, disitulah Zat ALLAH'

5 Tentang Makrifah - 'dan Kami ajarkan dia ilmu dari sisi Kami' .

Kembali ke [Back to]:-Perjalanan Hidup Ku...