Fasal pada menyatakan sembahayang

Tetakala itu Baginda Rasulullah s.a.w sedang duduk daripada Masjidil Haram, lantas seorang sahabat datang memberi salam akan Rasulullah, maka ia pun melihat akan dia, tetapi tiada mengenal akan dia, maka bertanyalah hai mukmin tahukah engkau akan perkara sembahayang? Jawab Baginda Rasulullah InsyaAllah tahu hamba dengan Izin Allah, Maka ujar orang tua itu, dahulu daripada sembahayang itu berapa perkara?
Jawab Rasulullah lapan perkara Fradunya
1. Suci tubuhnya
2. Mengambil air sembahayang
3. Memakai kain yang suci,
4. Duduk ditempat yang suci
5. Mengadap Kiblat
6. Membaca akan waktunya
7. Nyata akan waktunya
8. Membilang akan raakatnya

Kata orang tua itu hai Amirul Mukminin berapa fardu didalam sembahayang?Jawab Baginda Rasulullah pada rekaat yang pertama 14 fardunya

Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi- IV

Telah berkata Nabi s.a.w awal-awal yang dijadikan Allah Taala itu Cahaya-Ku, maka cahaya ku itupun sujud bagi Allah Taala, maka firmanNya hai Nur Muhammad daripadaku, sujudlah engkau selama 100,000 tahun maka cahayaku pun sujud selama 100,000 tahun lamanya. Kemudian maka firman Allah Taala, Hai Nur Muhammad bangkitlah engkau dengan firman ku, maka ia bangkitlah ia daripada sujudnya, maka firmannya lagi hai Nur Muhammad bagi ummat mu ku fardukan sembahayang lima waktu dengan dia.

Se-bermula kejadian cahaya ku itu maka dijadikan Allah Taala bagi seekor burung yang indah rupanya, daripada burung itu, bermula:-

Kepalanya Amirrul Mukminin Ali r.a.h,
Mata kirinya Amirull Mukminin Hassan r.a.h dan
Lehernya itu Siti Fatimah r.a.h dan
Lengan yang kanan itu Syaidina Abu Bakar r.a.h dan
Lengan yang kiri itu Syaidina Omar r.a.h dan
Ekor burung itu Amirrul Mukminin Osman r.a.h
Dada burung itu Syaidinna Hamzah r.a.h
Kanan burung itu Siti Khadijah r.a.h
Kiri burung itu Siti Aysiah r.ah
Kemudian firman Allah taala Hai Nur Kekasih ku, ku jadikan tujuh laut:-

Pertamanya laut Amalan
Kedua laut Latif
Ketiga laut Khaabar
Keempat laut Badi
Kelima laut Fakir
Keenam laut Cahaya
Ketujuh laut ……..

بِسْمِ اللَّهِ - Kalimah Pertama

Badiuzzaman Said Nursi

Kalimah Pertama
بسم الله الرحمن الرحيم
Lafaz bismillah بِسْمِ اللَّهِ induk bagi segala kebaikan, permulaan bagi setiap urusan. Kita juga memulakan dengan bismillah. Wahai diri, ketahuilah sesungguhnya kalimah yang indah dan berkat ini, di samping menjadi syiar Islam, ia juga zikir seluruh makhluk yang ada mengikut bahasanya sendiri. Andainya engkau mahu mengetahui sejauhmana kandungan ucapan bismillah yang mempunyai kekuatan agung yang tidak pernah luput dan betapa luas keberkatannya yang tidak pernah berakhir, maka dengarlah wahai diri akan hikayat perumpamaan yang ringkas ini.


Sesungguhnya seorang badwi yang berkelana (bermusafir) di padang pasir, tentunya berlindung dengan ketua kabilah, bernaung di bawah naungannya agar terselamat dari segala kejahatan musuh, agar terlaksana segala tugasnya serta memperolehi segala keperluannya. Sekiranya tidak, maka ia akan kekal keseorangan, terpinga-pinga dan tercengang-cengang di hadapan musuh yang terlalu ramai dan keperluannya yang tidak terbatas.

Fasal menyatakan kejadian sejuk, air beku dan embun

Fasal menyatakan kejadian sejuk, air beku dan embun

Adapun segala perkara itu dijadikan Allah Taala suatu bukit yang sejuk dan air beku tiada mengetahui besanya itu hanya Allah taala juga yang mengetahui dan mengawali seorang Malaikat, apabila dikehendaki Allah taala menurunkan sejuk kepada pihak bumi, maka Malaikat itu pun menurunkan dia dan jadilah embun dan hujan batu di sana dengan izin Allah dan tiada diturunkan setiti embuk itu melainkan disukat dan ditimbangnya.

Fasal menyatakan kejadina Kilat dan Halilitar dan Guruh.

Kata Ibnu Abbas bahawasanya datang sesorang bertanya kepada Rasulullah, katanya Ya Rasulullah ceritakan hamba kejadian kilat halilitar dan guruh, Maka jawab Rasulullah, Satu Malaikat yang megawali awan da pada tanganya beberapa cemati daripada api, maka dipalunya akan awan itu dengan cemati, itulah guruh dan kilat, maka sembahnya ya Rasulullah suara siapa yang berbunyi itu,
maka sabdanya iaitu suara seorang malaikat bernama Malik Ar road dan kata Syaidina ali k.a.h.w.h bahawasanya kilat itu palu Malaikat akan awan dengan beberapa cemati daripada besi dan guruh itu suara daripada tasbih Malaikat tetaka memarahi akan awan dan bertasbih apabila bersalahan awan itu dengan dia lalu bertempiklah ia dengan suara yang amat keras lalu di hamburlah daripadanya api maka jadilah kilat dan halilitar.

Fasal pada menyatakan kejadian Kursy, Syurga & Awan

Fasal pada menyatakan kejadian Kursy

Adapun Kursy itu dijadikan Allah Taala daripada Zamrud yang Hijau dan adalah baginya empat tiang, tiap satu tiang luasnya seperti tujuh petala bumi dan langit. Dan Malaikat yang menangung Kursy itu empat orang dan seorang itu berupa Adam dan itulah yang memohon rezeki kepada Allah bagi anak Adam. Dan yang berupa Rajawali itu memohon rezeki bagi sekelian angkas, dan yang berupa Harimau itu memohon rezeki bagi binatang yang buas dan yang terakhir berupa dengan rupa Lembu dan itulah Malaikat yang memohon rezeki bagi binatang yang jinak.


Fasal pada menyatakan kejadian Syurga

Kata setengah daripada ulamak bahawa Syurga itu pintunya daripada permata yang merah, kemudian Janatul Firdaus itu daripada emas yang merah, Janatul Makwa itu daripada Zamrud yang hijau, Janatul Adnan itu daripada Mutiara. Kata sesetengah ulamak bahawasanya Syurga itu lapan perkara iaitu:-

Fasal pada menyatakan Loh Mahfos, Kejadian Qalam & Arash

Fasal pada menyatakan Loh Mahfos

Adapun Loh Mahfos itu dijadikan Allah Taala daripada mutiara yang putih dan kedua tepinya daripada Yakut yang Merah dan kepalanya dari manikam yang langit dan bumi dan besarnya seperti antara merah dan panjangnya seperti antara Musyrik dan Maghrib, maka adalah tersurat didalamnya daripada segala nasib hamba Allah taala yang banyak dan berbahagialah bagi yang berbahagia dan celakalah bagi yang celaka daripada Azali ke badan. Syahdan bahawasanya Loh Mahfos itu hanya sebelah sahaja yang dapat dilihat oleh Izrail dan yang sebelah lagi tiada siapa yang mengetahui hanya Allah Taala jua yang mengetahui.

Fasal pada menyatakan kejadian Qalam.

Adapun Qalam itu dijadikan Allah Taala daripada Nur dan panjangnya seperti antara Langit dan Bumi, dan pada satu riwayat ada menyatakan bahawa panjang Qalam itu kira-kira 500 tahun perjalanan dan bulatnya demikian juga. Dan adalah baginya delapan puluh belahan dan keluar daripadanya dakwat selang-selang daripada belahnya itu sekelian. Maka Firman Allah Taala akan dia Hai Qalam surat olehmu dan demi didengar firman Allah Taala demikian itu maka ia gementarlah lalu ia mengucapkan tasbih baginya. Maka tetakala itulah ia terbelah daripada kerana sangat hebat ia mendengar firman Allah. Dan firman Allah lagi Hai Qalam surat oleh mu akan dia daripada barang yang dijadikan dan barang yang lagi aka dia hingga ke hari Kiamat. Maka Qalam menyurat seperti barang yang dilakukan Allah Taala daripada bahagia segala yang bahagianya dan celaka daripada segala yang celaka dan barang yang dikehendaki Allah Taala.

Fasal menyatakan kejadian Arash.

Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah yang Maha Mengahasi dan Maha Menyayangi.

Segala puji bagi allah taala yang tiada tuhan hanya ia jua pada azali dan tiada serta suatu jua pun dan dia tuhan yang abadi lagi sentiasa dan tiada jua pun kemudiannya dan dijadikan makhluk dan tiada hajat baginya, maka tetakala hendak menyatakan ketuhananNya, maka dijadikan nur kekasihnya dan daripada nur itulah dijadikan segala Ambia dan diringkan dengan martabatnya, da dipilih Ambia itu Nabi Allah Adam, menyatakan kekasihnya maka kerana itulah sujud sekelian Malaikat akan dia dan keluarlah ia dari syurga itu adalah didalamnya hikmat dan anugrahnya akan dia martabat yang tinggi, maka jadilah ia Khalifah di Bumi.

Maha suci Tuhan yang tinggi ketuhananya dan tiada sekutu baginya dan lagi akan di fanakan sekelian makhluk kemudian daripada dijadikan, maka dikembalikannya pula. Saksi aku bahawasaNya tiada tuhan hanya Allah yang Isa tiada sekutu baginya dan saksi aku bahawasaNya Nabi Muhammad itu hamba dan persuruhnya. Hai Tuhanku anugrahkan kiranya Rahmat atas Muhammad dan sejahterakan kiranya atas pengulu kami Muhammad yang mempunyai Uhlul Amri dan mempunyai syafaat dan rahmat dan salam atas taulannya yang baginya dengan menjagakan sehabis-habis kuasa pada menghasilkan bagi maksud iaitu keredoan Allah.

Kemudian daripada itu maka bahawasanya hamba fakir yang hina lagi daif yang harap kepada TuhanNya yang amat pengasih iaitu Al-Syekh Nurulzain bin Ali Juni ibni Muhammad Hamid Al Rohani di tempatnya Syafiee MazahabNya. Maka tetakala pada hijrah Nabi s.a.w 1040 tahun pada 6 haribulan rejab pada hari Ahad dan kemudian daripada itu pada 20 Syawal, di titahkan raja yang mulia pada fakir dengan titah tidak dapat tidak menjujungnya iaitu Sultan Iskandar sani Aliluddin, bahawasanya menjadikan satu kitab dengan bahasa jawi menghimpunkan pada segala kejdain 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Hizb Bahr Imam Abu Hassan Al-Syadzili

Terjemahan asal SiMerah Silu
 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 
Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun, Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

ANA (AKU) & ZARAH Part III

Badiuzzaman Said Nursi (r.h)
Noktah Kedua

Pada setiap zarah terdapat dua saksi yang menyaksikan kewujudan Allah dan keesaan-Nya.
Ya! Zarah yang menjalankan tugas dan memikul bebanan amat berat yang melebihi kemampuannya itu, walaupun lemah dan beku, dengan penuh kesedaran, ia menyaksikan dengan penyaksian yang terputus dari kewujudan Allah (s.w.t).

la juga memberikan penyaksian yang benar terhadap keesaan Allah (s.w.t) dan ketunggalan Tuhan yang menjadi raja kepada segala kerajaan, dengan melakukan penyelarasan dan penyerasian terhadap segala pergerakannya dengan sistem umum yang berlaku di atas muka bumi dengan mengambil kira sistem tersebut, di mana saja ia berada, dengan menjadikan zarah itu menetap di mana saja ia berada. Siapakah yang memiliki zarah-zarah tersebut? Tempat-tempat yang dilawati oleh zarah tersebut ialah kerajaan orang itu, dengan makna bahawa sesiapa yang memiliki zarah-zarah tersebut, maka semua ternpat yang dilalui oleh zarah tersebut juga adalah miliknya.

Oleh sebab sesuatu zarah itu lemah, ditambah lagi dengan bebanannya yang berat dan tugasannya yang banyak tidak terkira, ini semua menunjukkan bahawa ia berdiri dan bergerak di bawah kuasa dan dengan perintah Tuhan yang amat berkuasa dan yang mempunyai kudrat yang mutlak.

Kemudian pergerakan zarah-zarah tersebut yang selaras dan serasi dengan sistem-sistem umum dan menyeluruh yang digunakan di seluruh bumi, menunjukkan seolah-olah la mengetahui kesemua sistem tersebut dan kejayaan zarah-zarah tersebut memasuki setiap tempat tanpa sesuatu yang menghalangnya. Ini semua menunjukkan bahawa zarah-zarah tersebut melakukan perbuatannya itu dengan kudrat (kekuatan) Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, yang mem-punyai ilmu yang mutlak dan hikmat dan kebijaksanaan yang luas.
Ya! Setiap tentera mempunyai hubungan dengan platun, kompeni, batalion, briged dan divisyennya. Dia juga mempunyai tugas tertentu dalam setiap bahagian di atas berdasarkan hubungannya itu. Penyelarasan dan penyeragaman pergerakan melalui seluruh hubungan dan ikatan tersebut berlaku dengan pengetahuannya dan dengan mengetahui tugas-tugasnya pada setiap peringkat kumpulan tersebut, di samping tetap menjalankan tanggungjawab ketenteraan, seperti menjalani latihan dan menerima taklimat menurut salurannya. Dan semua ini pula hanya berlaku dengan mematuhi arahan pimpinan tertinggi yang mengetuai seluruh bahagian tersebut dan mengikut peraturannya yang telah ditetapkan.

Bagaimana keadaan seseorang tentera, begitulah juga keadaan setiap zarah yang tersusun di dalam sesuatu tempat. la mempunyai kedudukan yang selaras dan seragam di setiap tempat yang didudukinya itu. Pelbagai kedudukan sesuai yang menjadi dasar kepada kepentingan yang bermacam-macam. Berbagai-bagai tugasan tersusun. Beberapa natijah berbeza mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Oleh itu sudah pastilah perletakan zarah-zarah tersebut di antara tiap-tiap kenderaan yang dinaikinya dengan satu perletakan yang tidak mencacatkan natijah dan hikmat yang terbit daripada hubungan dan tugasan itu, di samping terpelihara keseluruhan hubungan dan tugasan itu daripada sebarang kecacatan, merupakan ciri khusus yang hanya dimiliki oleh Tuhan Yang Maha Memiliki, yang di tangan-Nya terletak kunci segala sesuatu.

ANA (AKU) & ZARAH Part II

Badiuzzaman Said Nursi (r.h)


Lapan tahun sebelum saya mengarang risalah ini, saya telah melihat satu kejadian khayalan. Ketika itu saya berada di Istanbul pada bulan Ramadan yang mulia. Ketika itu juga, Said Lama yang sedang menyibukkan diri dengan falsafah, hampir bertukar untuk menjelma menjadi Said Baru. Ketika saya memerhatikan tiga jalan yang di-isyaratkan pada akhir Surah al-Fatihah, iaitu firman Allah: (***)
Saya melihat kejadian khayali tersebut, iaitu satu kejadian yang menyerupai sebuah mimpi. Ketika itu, saya merakamkan kejadian itu di dalam kitab saya yang bertajuk al-Lawamic dalam bentuk pelancongan khayalan dan menyerupai puisi. Sekarang, sudah tiba masanya untuk saya menerang dan menghuraikan maknanya, kerana ia menjelaskan lagi hakikat yang tersebut di atas.

ANA (AKU) & ZARAH

Badiuzzaman Said Nursi (r.h)
Mukadimah
Sebahagian kalimah ke-30, kalimah ini membongkar

teka-teki alam, menjadi tangkal alam,
serta menyelesaikan salah satu rahsia agung

al-Qur'an al-Hakim.

Satu huruf daripada kitab ‘ana’ yang maha besar

Satu noktah daripada lautan isarah yang agung

Kalimah ini mengandungi dua tujuan.

Pertama: membahaskan hakikat dan natijah 'ana'.
Kedua: membincangkan gerakan dan tugas-tugas zarah.

Tujuan Pertama
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Firman Allah (s.w.t):
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggung-jawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana mereka tiada persediaan untuk memikulnya) ; dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. "(Al-Ahzab 33:72)

Kami hanya akan mengisyaratkan satu permata sahaja daripada permata-permata khazanah terbesar daripada ayat yang mulia di atas. Permata tersebut ialah bahawa amanah yang enggan dipiku! oleh langit, bumi dan gunung-ganang mempunyai beberapa pengertian dan banyak sudut. Salah satu pengertian dan sudut tersebut ialah perkataan 'ana' yang bermaksud ‘saya’

Ya! Perkataan 'ana' merupakan satu biji benih, yang menumbuhkan sepohon pokok Tuba, (Lihat al-Qur'an, al-Ra'd 13. 29.) pokok yang bercahaya, lagi besar. la juga menumbuhkan sepohon zaqum yang menggerunkan. Kedua-dua pohon tersebut menghulur dan menyebarkan dahan serta rantingnya ke seluruh alam insani semenjak dari Adam (a.s) sehingga waktu kini.
Sebelum kita mengharungi hakikat yang luas ini, kami akan membawa satu mukadimah yang akan memudahkan kita memahami hakikat tersebut.

Mukadimah
Perkataan 'ana' ialah anak kunci yang akan membuka khazanah tersembunyi bagi nama-nama Allah yang baik (al-asma' al-husna), sebagaimana ia juga akan membuka pintu-pintu alam yang terkunci. la sendiri merupakan tangkal yang ajaib dan misteri yang ganjil. Tetapi dengan mengetahui apakah hakikat 'ana', tangkal yang ajaib dan misteri yang ganjil tersebut akan terungkai dan terdedah, seterusnya akan terbukalah teka-teki dan khazanah alam yang wajib ada ini.
Secara khusus kami telah membincangkan permasalahan ini di dalam risalah "satu hiduan daripada bayu hidayat al-Qur'an" (Shammah min nasim hidayat al-Qur 'ari) sebagaimana berikut:

"Ketahuilah! Bahawa anak kunci alam berada di dalam tangan manusia dan pada dirinya sendiri. Meskipun segala makhluk yang ada merupa-kan pintu-pintu pada zahirnya, namun pada hakikatnya ia terkunci. Allah (s.w.t) meletakkan anak kunci pintu-pintu tersebut pada diri manusia sebagai barang amanah yang membolehkannya membuka kesemua pintu tersebut. Anak-anak kunci itu juga diletakkan oleh Allah pada manusia sebagai tangkal yang membolehkannya membuka khazanah-khazanah Pencipta alam ini yang tersembunyi. Anak kunci-nya ialah hakikat perkataan 'ana' yang terdapat pada engkau (wahai manusia). Tetapi perkataan 'ana' itu sendiri juga menjadi suatu misteri dan tangkal yang terkunci. Apabila anda berjaya membuka 'ana' dengan mengetahui hakikatnya yang dapat dibayangkan dan rahsia kejadiannya, nescaya akan terbukalah tangkal segala makhluk yang lain, sebagaimana yang akan diterangkan selepas ini:

Sesungguh Allah (a.w.j) telah meletakkan satu amanah pada tangan manusia, iaitu 'ana' yang mengandungi beberapa isyarat, dan contoh yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui beberapa hakikat sifat rububiyah Allah dan hal ehwal-Nya yang mulia lagi suci. Atau dengan kata-kata lain, 'ana' menjadi satu unit sukatan atau ukuran untuk mengetahui sifat-sifat dan hal ehwal rububiyah dan uluhiyah Allah (s.w.t).

Sebagaimana yang dimaklumi, sesuatu unit sukatan atau ukuran tidak semestinya wujud dari segi hakikat. Bahkan mungkin sesuatu unit sukatan dan ukuran itu ditetapkan berdasarkan andaian dan khayalan semata-mata, sebagaimana gagasan-gagasan yang diandaikan dalam ilmu kejuruteraan. Maksudnya 'ana' tidak semestinya mempunyai kewujudan yang hakiki, iaitu diketahui dan dipastikan.
 Soalan: Kenapakah makrifat kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah berhubung dengan 'keakuan' (ananiyah) (Yang dimaksudkan di sini bukanlah sifat keakuan yang tercela itu, tetapi perkataan ini diambil daripada perkataan 'ana' yang bermaksud saya atau aku.) manusia?