Pengamiran Nur Muhammad

بسم الله الرحمن الرحيم


nurmuh

 Dikatakan… alam yang seluas infiniti ini dijana dari ‘sebiji telur‘ semesta yang tidak mampu dicapai oleh manusia.

Telur atau mungkin telur-telur ini kemudiannya menetas… dan menghasilkan alam-alam.

TELUR YANG MENETAS ATAU SUATU HARI NANTI AKAN MENGHISAP ALAM?

Alam yang aneh…

Alam ini mengembang dan hidup.

Mengeluarkan dan menghisap.

Alam yang lembik seperti organ sotong atau ulat berenga yang menggelikan…

Beruntunglah orang-orang yang mengingati mati!

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Masalah berkaitan subjek Nur Muhammad sudah menjadi polemik di kalangan umat Islam. Namun, oleh kerana para ulama sendiri berbeza pendapat mengenainya maka rata-ratanya apa yang boleh disimpulkan bahawa kefahaman kepada istilah Nur Muhammad ini bolehlah diterima dalam lingkungan mengangkat martabat Nabi Muhammad s.a.w sebagai Kekasih Allah, tidak lebih dari itu.

Allah S.W.T. berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 15,

 “Sesungguhnya telah datang kepada mu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan.

Ada pendapat yang mengatakan, cahaya itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang dimaksudkan dengan cahaya itu? Adakah cahaya itu Nur Muhammad atau ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda dan menjadi petunjuk kepada seluruh umat?

 Perlambangan Kepada Nabi Muhammad

humalight

Menurut Dr. Zulkifli, maksud cahaya dalam ayat ini adalah Rasulullah s.a.w, sebagaimana al-Quran yang diturunkan kepada Baginda adalah juga cahaya. Maka, Baginda adalah Nabi pembawa cahaya dan Rasul pembawa hidayah.

Semoga Allah menjadikan kita sebagai orang-orang yang mengikuti petunjuk dan sunnahnya.

Doa Nabi s.a.w,

“Ya Allah, berilah aku cahaya di dalam hati ku, berilah cahaya di dalam pendengaran ku dan berilah aku cahaya dalam penglihatan ku, berilah cahaya dalam rambut ku, berilah aku cahaya di sebelah kanan dan kiri ku, di depan dan di belakang ku.” HR Muttafaqun `Alaih

Tambahnya lagi, masalah cahaya atau Nur itu telah menjadi khilaf di kalangan ulama. Dinyatakan di sini,  di dalam kitab Soal Jawab A-Z Tasawuf, antara lain menyebut dan Prof. Dr. Umar Hasyim di dalam kertas kerjanya yang bertajuk al-Nur al-Muhammadi juga menyentuh hal yang sama.

Terdapat beberapa pengertian yang dimaksudkan dengan perkataan Nur Muhammadi iaitu, Rasulullah s.a.w itu sendiri.

Dan, ia juga ditafsirkan sebagai al-Quran dan wahyu yang lain yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada yang merupakan hidayah yang diwahyukan kepada Baginda oleh Allah yang Baginda ucapkan ketika meriwayatkan hadis qudsi daripada Allah S.W.T. atau hadis-hadis nabawi yang merupakan ketetapan wahyu, atau semua hadis yang diucapkan oleh Baginda dan diakui oleh Allah S.W.T.

Sebagai kesimpulannya, agama Islam keseluruhannya termasuk hidayah, bimbingan dan cahaya yang menerangi perjalanan hidup kepada Allah S.W.T. dan kehidupan di dunia.

Apabila menyentuh mengenai Nur Muhammad, Ibnu Abbas berkata,  roh Nabi s.a.w. sudah menjadi cahaya di hadapan Allah selama dua abad sebelum Adam diciptakan. Cahaya itu memuji Allah dan para malaikat pun memuji dengan pujiannya. Ketika Allah menciptakan Adam dia memancarkan cahaya itu ke arah pinggangnya.

sky night

Dalam menjawab persoalan itu pula, Dr. Zulkifli menukilkan pendapat yang dilemparkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya Fatawa Mu’asirah menyebut,

“Telah diketahui, hadis yang menyatakan bahawa makhluk pertama adalah itu atau ini dan seterusnya, tidak satu pun sahih, sebagaimana ditetapkan oleh para ulama sunnah. Oleh kerana itu, kami dapati sebahagian bertentangan dengan sebahagian yang lain. Sebuah hadis mengatakan, yang pertama kali diciptakan oleh Allah adalah pena.”

Hadis lainnya mengatakan, yang pertama kali diciptakan Allah adalah akal. Telah tersiar di antara orang awam daripada kisah maulid yang sering dibaca bahawa Allah menggenggam cahaya Nya, lalu berfirman,

Jadilah engkau Muhammad”.

Maka ia adalah makhluk yang pertama kali diciptakan Allah daripada situ diciptakan langit, bumi dan seterusnya.

Daripada itu juga tersiar kalimat, selawat dan salam bagi mu wahai makhluk Allah yang pertama. Hingga kalimat itu dikaitkan dengan azan yang disyariatkan, seakan-akan sebahagian daripadanya.

Perkataan itu tidak sah riwayatnya dan tidak dibenarkan oleh akal, tidak akan memartabatkan agama dan tidak pula bermanfaat bagi perkembangan peradaban dunia. Awalnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai makhluk Allah tidak terbukti, seandainya terbukti tidaklah berpengaruh pada keutamaan dan kedudukannya di sisi Allah.

Sememangnya tidak semudah itu untuk kita terlampau mengagungkan Nabi Muhammad melebihi batas-batasnya. Mengkamirkan sosok baginda bagi sekalian alam ini bukanlah sehingga seolah-olah baginda beraksi seperti Tuhan atau makhluk ajaib yang keterlaluan. Ini dikhuatiri akan menyebabkan terpesong akidah seperti kumpulan ajaran sesat Si-Hulk yang heboh diperkatakan baru-baru ini.

Manusia Cahaya Yang Bukan Dari Foton



nurmuh2

 Manusia itu adalah dinyatakan sebagai cahaya yang terang. Dia adalah manusia istimewa. Sudah pasti coding-nya berbeza dengan coding manusia-manusia yang lain.

Namun anehnya, manusia ini memiliki perkakasan yang sama seperti manusia lain!

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Kita sambung perbincangan yang lepas dengan berkongsi lagi pandangan mantan menteri agama kita ini.

Tatkala Allah memujinya dalam kitab Nya, maka Allah memujinya dengan alasan keutamaan yang sebenarnya.

Allah berfirman di dalam surah al-Qalam: 4,

““Dan sesungguhnya kamu benar-benar orang yang berbudi pekerti agung.”

Jelas Dr. Zulkifli, hal itu terbukti dan ditetapkan secara mutawatir. Nabi s.a.w. adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib al-Hasyim al-Quraisy yang dilahirkan di Mekah pada tahun gajah.

Baginda dilahirkan sebagaimana halnya manusia biasa dan dibesarkan sebagaimana manusia dibesarkan. Beliau diutus sebagaimana para Nabi dan Rasul sebelumnya diutus dan bukannya Rasul yang pertama di antara rasul-rasul Nya.

Baginda hidup dalam waktu terbatas, kemudian Allah memanggilnya kembali kepada Nya seperti firman Allah s.w.t di dalam surah al-Zumar: 30,

Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).”

Baginda akan ditanya pada hari kiamat, sebagaimana para Rasul ditanya dalam firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Maidah: 109,

(Ingatlah) hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya (kepada mereka): Apa jawapan kaum mu terhadap seruan mu? Para rasul menjawab: Tidak ada pengetahuan kami (tentang itu) sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui perkara yang ghaib.

 sungaigunung

Al-Quran telah menegaskan kemanusiaan Muhammad s.a.w di berbagai tempat dan Allah memerintahkan menyampaikan hal itu kepada orang-orang dalam berbagai surah, antara lain,

Firman Allah S.W.T. Surah al-Kahfi: 110,

Katakanlah, sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepada ku, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa.”

Ayat di atas menunjukkan, Baginda adalah manusia seperti manusia lainnya, tidak memiliki keistimewaan, kecuali dengan wahyu dan risalah.

Nabi s.a.w menegaskan makna kemanusiaannya dan penghambaannya terhadap Allah dan memperingatkan agar tidak mengikuti kebiasaan-kebiasaan daripada orang-orang sebelum kita, iaitu penganut agama-agama terdahulu dalam hal memuja dan menyanjung.

Hal itu jelas disebut di dalam sebuah hadis.

“Janganlah kamu sekalian menyanjung ku sebagaimana kaum Nasrani menyanjung Isa putera Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba Allah dan Rasul Nya.” HR Bukhari

“Nabi yang agung ini adalah manusia seperti manusia lain dan tidak diciptakan daripada cahaya mahupun emas, tetapi diciptakan dari air yang memancar dan keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang rusuk wanita sebagai bahan penciptaan Muhammad s.a.w.” jelas Dr. Zulkifli.

Maka jelaslah bahawa Nur Muhammad dan sosok Nabi Muhammad s.a.w itu tidaklah seperti yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu yang berselindungkan dengan topeng kesufian atau ‘makrifat’ tertentu itu.

Pengertian Nur Muhammad lebih kepada isu-isu perisian, bukan perkakasan. Nabi Muhammad umpama cahaya yang menerangi – cahaya hidayah ke seluruh alam.

Empat Unsur Yang Ditegur Skrip Teragung


unsur

 Skrip Teragung itu dikatakan telah wujud sebelum penciptaan alam yang tertentu. Adakah ini menunjukkan Sang Pengaturcara telah merancang apa jua ciptaannya lama sebelum ianya tercipta? Bukannya secara spontan?

BACA SELANJUTNYA.

Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Dalam tulisan tertentu mengenai Nur Muhammad ini, ada yang menceritakan ia pernah bertemu dengan unsur-unsur utama yang diketahui secara umum sejak zaman-berzaman.

Riwayat Nur Muhammad dikatakan telah datang berkunjung kepada empat unsur, yaitu ; Air, Api, Angin dan Tanah atas titah Allah Yang Maha Esa.

Pertama-tama Nur Muhammad datang mengunjungi angin, dikala itu dilihat angin sedang bermegah-megah bertiup berputar-putar. Setelah mendengar Nur Muhammad memberi salam lalu berhenti dan membalas salamnya.

Kata Nur Muhammad : “Hai angin, jika engkau sedar dan mengetahui kadar darjat dirimu, niscaya engkau bermegah-megah secara demikian itu. Tahukah engkau kerendahan dirimu?”

Jawab angin dengan rasa terkejut : “Tidak, aku merasa puas dengan diriku.”

Kata Nur Muhammad : “Tahukah engkau hai angin, meskipun engkau mempunyai tenaga yang cukup besar dan mempunyai kekuatan yang luar biasa, akan tetapi engkau pada suatu ketika akan dapat di perintah oleh manusia dan engkau akan melayani kehendak manusia.”

Navigate-the-Universe

Kata angin : “Jika begitu, engkaulah makhluk yang tidak cacat celanya mempunyai martabat yang tinggi.”

Kata Nur Muhammad : “Tidak hai angin, aku adalah makhluk Tuhan yang tidak sunyi daripada kesalahan. Hanya Allah Tuhan Maha Suci daripada sifat kerendahan dan kekurangan.”

Kemudian Nur Muhammad pergi mengunjungi api. Dilihat api sedang berkobar menyala-nyala dengan dahsyatnya. Maka setelah mendengar Nur Muhammad mengucap salam, lalu berhenti dan menjawab salamnya.

Kata Nur Muhammad : “Mengapa engkau membanggakan dirimu dengan kekuatanmu, apakah engkau tidak tahu, bahawa suatu ketika kekuatanmu yang begitu luar biasa dan tenagamu yang begitu dahsyat akan digunakan untuk keperluan manusia?”

Mendengar kata Nur Muhammad demikian, terkejutlah api karena ada lagi makhluk yang lebih kuat lagi daripadanya.

Kata Api kemudian : “Kalau begitu, beruntunglah engkau. Rupanya engkau makhluk yang mulia di sisi Tuhan.”

Kata Nur Muhammad : “Tidak, aku adalah makhluk ciptaan Tuhan. Hanya Dia-lah Yang Maha Mulia dan Maha Besar yang patut mendapat pujian dari Makhluk-Nya.”

Kemudian Nur Muhammad datang mengunjungi Air, dilihatnya air sedang memuaskan dirinya diperlihatkan tenaganya dan kekuatannya. Mendengar Nur Muhammad mengucapkan salam lalu berhenti dan membalas salamnya.

Kata Nur Muhammad : “Hai air, tahukah engkau akan kekurangan dirimu?”

“Tidak” jawab air dengan terkejut.

Kata Nur Muhammad : “Tahukah engkau pada suatu ketika, pada saat yang lama, engkau akan digunakan tenagamu untuk kepentingan hidup manusia.”

Kata Air : “Jika demikian, Engkaulah makhluk yang mulia.”

Jawab Nur Muhammad : “Tidak, aku tidak lebih hanya sebagai makhluk Allah. Hanya Allah-lah yang patut menerima pujian dan sanjungan dari makhluknya.”

Kemudian Nur Muhammad pergi mengunjungi bumi. Dilihatnya bumi tenang-tenang saja tidak nampak sifat sombong dan congkak. Ia membalas salam dengan hormat ketika Nur

Muhammad mengucap salam.

Kata Nur Muhammad : “Akulah Nur Muhammad yang kelak akan menjadi kekasih Tuhan Robbul ‘Alamiin. Diantara keempat unsur makhluk Tuhan, hanya engkaulah yang mempunyai sifat Tawaddhu’ merendahkan diri.”

Kemudian Nur Muhammad kembali ke hadirat Tuhan melaporkan kunjungannya kepada ke empat unsur makhluk Tuhan itu.

Kata Tuhan : “Semuanya sudah aku ketahui. Oleh kerana itu aku bermaksud akan menjadikan tubuh Adam dari tanah dan aku campurkan pula tiga macam unsur itu. Yaitu : air, angin dan api.”

Demikian riwayat Nur Muhammad.

 Komentar:  Kami melihat kisah ini sebagai perlambangan kepada keutamaan Nur Muhammad. Tidak diketahui adakah ianya wujud dalam hadis tertentu. Ada sesetengah orang percaya bahawa perisian dalam diri Nabi Muhammad itu telah wujud lebih dahulu barulah disuntik ke dalam tubuhnya ketika sampai masa baginda dilahirkan.

Unsur Yang Menjadi ‘Coding’

unsur2

 Manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Itu yang ditemui dalam kitab-kitab suci. Sejauh mana terbaiknya manusia ini dari segi penciptaannya?

Coding.

Manusia memiliki struktur pengekodan yang paling kemas dan lengkap berbanding versi-versi perkakasan sebelum ini. Tambahan pula, manusia telah disuntik dengan entiti terahsia yang hanya Sang Pengaturcara tahu coding dan programnya, yakni,

 ROH.

Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Keempat-empat unsur itu adalah pertama kalinya diketahui oleh manusia berkaitan elemen-elemen alam semesta, setidak-tidaknya Bumi, tempat mereka tinggal ini. Unsur-unsur ini akan menjadi bahan pelengkap dalam tubuh manusia. Maka manakala kurang salah satu daripadanya, maka tiadalah jadi sempurna kejadian manusia.

A) Amarah dari unsur api,

B) Kemahuan dari unsur angin,

C) Cita-cita dari unsur air,

D) Sabar dari unsur bumi.

Untuk menyelidiki lebih lanjut dapat dibuktikan secara objektif pada manusia adanya.

A) Telinga dari unsur api,

B) Mata dari unsur air,

C) Hidung dari unsur angin,

D) Mulut dari unsur bumi.

Telinga dari unsur api, kerana dia, orang mudah tersinggung perasaannya, lantaran mendengar cemuhan, celaan, makian dan sindiran, orang lekas menjadi marah jika kena sindiran dan hasutan, umpatan dan kata-kata yang menyakitkan hati. Sebaliknya orang menjadi lembut hatinya, berkurang amarahnya, jika mendengar kata-kata yang baik, sopan, merendah dan menyenangkan. Api akan menjadi padam bila disiram air.

mind

Mata adalah unsur air, Air adalah sifatnya adil, air dapat dibuat ukuran, misalnya tukang kayu atau tukang batu untuk mendirikan rumah biasanya menggunakan “imbang air” yang menjadi ukuran miring atau datar. Bukankah dengan melihat sinar mata seseorang dapat kita mengetahui orang itu membenci atau menyintai kita? Dapat kita meraba-raba seorang wanita, benci atau cinta setuju atau tidaknya dari sinar matanya. Suatu pengaduan dan laporan tidak dapat diterima begitu saja, jika belum dapat dibuktikan dan dilihat mata. Tidak dapat diakui sah keterangan atau pengakuan seseorang jika belum disaksikan oleh saksi mata. Mengapa? Disebabkan mata itu unsur air.

Hidung adalah unsur angin, ia adalah alat penciuman, alat penunjuk adanya bau-bauan.

Dengan dia orang jadi mengetahui adanya bau wangi, bau busuk, anyir, tengik dan sebagainya.

Udara adalah sebagian dari pada angin yang tidak bergerak, dan udara dapat menyebarkan bau-bauan dan kemudian ditangkap oleh hidung, lantaran hidung ini adalah unsur angin.

Mulut adalah unsur tanah/bumi, mulut adalah sama sifatnya dengan tanah, ia selalu menerima apa saja yang datang kepadanya, dan tidak dapat ditolaknya. Cuba perhatikan, tiap-tiap makhluk yang mati, manusia, binatang, daun-daunan, kayu-kayuan, bila jatuh di tanah apalagi dipendam di dalam tanah, diterima oleh tanah, dan lama-lama menjadi tanah. Demikian sifat mulut manusia, sejak melek matanya, sedari pagi sampai malam, sampai ia ingin masuk tidur, cobalah perhatikan berapa macam benda yang masuk dimulutnya ; nasi, ikan, daging, sayur-sayuran, air kopi, air teh, asap rokok dan sebagainya. ini menunjukan bukti bahawa mulut itu adalah unsur tanah.

Itulah keempat unsur tadi yang menjadi bahan pelengkap bagi tubuh manusia, dan andaikata kurang salah satu daripadanya, berarti tidak sempurna lagi keadaan manusia.

pertanian

Sebagaimana kita ketahui bahwa tanah itu adalah tempat bercocok tanam. Bertanam padi, menanam cabai dan sebagainya. Jika orang bertanam bibit padi maka yang tumbuh sudah tentu pohon padi, bila orang menanam bibit cabai maka akan tumbuh pohon cabai. Dan belum ada kejadian orang menanam bibit bawang, lalu jadi tumbuh pohon cabai dan sebaliknya.

Demikian pula mulut manusia, jika digunakan untuk menyebar kebaikan ditengah manusia, maka kebaikan pula yang akan tumbuh di tengah-tengah masyarakat manusia. Dan andaikata jika disebarkan fitnah dan hasutan ditengah-tengah manusia, maka kekacauan yang akan tumbuh sebagaimana pepatah Arab mengatakan :

“Mendapat bahaya seorang, dari kerana lidah. Akan naik darjat seorang dari kerana tutur katanya yang bagus. misalnya seorang pedagang, dagangannya jadi laris dan cepat laku kerana propagandanya.”

Demikianlah keterangan empat unsur sebagai bahan pelengkap diri manusia.

‘Coding’ Yang Menghuraikan ‘Mainframe’



coding

 Barangsiapa yang memahami ‘coding‘ program tersebut, maka dia akan memahami struktur ‘mainframe‘ Sang Pengaturcara.

Dikatakan, struktur pengekodan program mencerminkan sistem Kerangka Utama Sang Pengaturcara.

 RAHSIA DALAM RAHSIA.

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Sangat terkenal di kalangan orang tasawwuf akan ayat: Siapa yang mengenal dirinya nescaya akan mengenal Tuhannya.

Firman Allah Ta’alaa dalam surat Adz-Dzaariyaat ayat 21 :

“dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?”

Kita sama mengetahui, bahawa manusia itu ada mempunyai tubuh kasar dan mempunyai tubuh halus. Yang dinamakan tubuh kasar itu adalah yang berbentuk badan, kepala, tangan dan kaki. Dan badan kasar ini terdiri dari darah, daging, kulit dan tulang. Akan tetapi jika manusia cuma mempunyai badan kasar dan badan halus (roh) saja tanpa akal, maka manusia itu menjadi orang gila namanya. Kerana orang gila itu sudah hilang akalnya. Bukankah demikian?

Sesungguhnya yang menjadi tenaga atau dorongan dalam diri manusia, bukan hanya akal saja. Sesungguhnya manusia diperlengkapi oleh Tuhan dengan berbagai tenaga selain dari pada roh atau nyawa.

mind2

Perinciannya adalah sebagai berikut :

1. Jasmani

2. Roh

3. Rawan

4. Akal

5. Hawa

6. Nafsu

7. Dunia

8. Malaikat

9. Syaitan

Marilah dibawah ini kita cuba membahas satu persatu apa gunanya dan manfaatnya dan apa karyanya masing-masing itu.

1. Jasmani adalah tubuh kasar yang menempati ruh, dan gunanya roh itu adalah, menghidupi jasmani itu dari ubun-ubun kepala sampai ke hujung kaki.

2. Ruh (nyawa) yang menghidupi sekujur tubuh manusia dan menumbuhkan tubuh manusia sejak ia berada dalam kandungan sampai lahir di dunia dan sampai batas ajalnya.

3. Rawan, adalah pekerjaan menghayal, membayangkan sesuatu baik hal-hal belum datang atau hal-hal yang telah lalu. Misalnya seorang pengarang, dia dapat mengkhayalkan sesuatu sehingga menjadi buah karangan, demikian juga pelukis, demikian pula orang sedang dimabuk cinta, tergambar dan terbayang hal-hal yang mengasyikan padahal belum dialaminya.

Hayal atau Rawan ini tidak terdapat pada binatang, semua orang ada “rawan”nya cuma ada kuat ada yang lemah, dan rawan itu bertempat dalam otak manusia. Oleh kerana itulah manusia sifatnya membangun. Kerana dia mempunyai Khayal yang diterbitkan oleh rawan. Sekecil-kecilnya adalah membangun Rumah tangga.

4. Akal ; adalah satu nikmat pemberian Tuhan yang mahal harganya. manusia diwajibkan beragama kerana akalnya. Akal inilah sebagai alat penerangan bagi manusia. Maka dengan akal inilah manusia dapat memilih mana jalan yang baik dan mana jalan yang buruk. dan dengan akal itu manusia mampu menimbang dan memberi putusan, bersalahkah dia atau tidak. Maka dalam agama Islam, dilarang orang minum minuman keras, kerana minuman itu akan merosak akalnya, meskipun cuma sebentar saja.

5. Hawa, adalah perasaan. Tiap-tiap manusia mempunyai perasaan. Rasa senang, rasa susah, rasa puas, rasa tertekan, rasa cinta, rasa benci, rasa mulia, rasa hina dan sebagainya. Jadi orang yang tidak mempunyai perasaan samalah orang itu seperti orang yang sudah mati jiwanya.

6. Nafsu adalah keinginan. Ingin senang, ingin kaya, ingin pangkat, ingin mulia, ingin kemasyhuran, ingin nama baik. Pendeknya 1001 macam keinginan, akan tetapi hawa dengan nafsu adalah bergandingan. jika orang sedang mendapat rasa sakit, tentu ingin sembuh, Jika sedang merasai susah tentu ingin senang, Jika sedang mempunyai rasa cinta, tentu ingin bertemu kepada yang mencintainya, jika sedang merasa marah, ingin mengomel atau ingin memukul begitulah seterusnya.

7. Dunia, adalah hobi atau kesenangan. Tiap-tiap manusia mempunyai hobi atau kesenangan, tetapi hobi orang tidak serupa dan kadang berubah. Ada orang yang hobinya memelihara burung, ada yang senang mengumpulkan bekas-bekas, ada yang senang main judi, ada juga yang senang mengadu ayam laga dan bermacam-macam coraknya, itulah dunianya manusia.

Akan tetapi hobi yang tidak terlarang dalam agama adalah halal. Misalnya hobi mencari harta dengan jalan yang halal. dengan berniaga, berusaha, bertani dan sebagainya. Juga ada hobi yang terlarang oleh agama umpamanya, hobi main judi, hobi mencuri, hobi menipu dan sebagainya.

hunger

8. Bahawa malaikat itu jauh daripadanya. padahal hakikatnya tidak demikian, Dia (malaikat) itu adalah dekat, sebagaimana Firman Allah dalam surat Al-Infitaar ayat 10-11 :

“Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu).”

“yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu).”

Kemudian selain daripada jadi penjaga, malaikat itu dikala kita tidur, jangan sampai kemasukan semut lubang hidung kita, atau mulut kita sedang terbuka. Kerana tidak semua orang yang sedang tidur tertutup, juga malaikat itu dapat kita mintakan bantuannya.

Cubalah ketika pembaca mau tidur, ucapkanlah demikian : “Hai malaikatku, bangunkanlah aku jam sekian untuk bangun solat tahajjud atau solat shubuh.” Insya Allah pada waktunya sebagaimana yang saudara minta atau pesankan tiba-tiba mata saudara terbuka sendiri pada waktu itu.

9. Syaitan. Sesungguhnya syaitan ini bukan jauh tempatnya, Dia bukan bertempat di kuburan atau di hutan lebat, dia bertempat di dada manusia.

Cubalah perhatikan Firman Allah dalam Surat An-nash :

“yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.”

“dari jin dan manusia.” Maka jelas syaitan itu tempatnya di dada manusia. Cuba perhatikan ketika kita sedang sembahyang, macam perasaan kita di goda supaya ingat ini dan itu. Padahal sebelumnya kita Tabiratul ihram tidak ingat apa-apa. Itulah salah satu hasil pekerjaan syaitan.

“Apakah manfaatnya syaitan itu pada diri manusia? sedang nyata-nyatanya mengganggu kekhusyu’an dalam sembahyang.”

Tiap-tiap sesuatu yang Tuhan Ciptakan pasti ada gunanya. Contohnya seperti api misalnya, api ini sangat besar manfaatnya bagi manusia bukan? Kita tidak akan hidup jika tanpa api. justeru api itupun tidak sedikit membuat celaka kepada manusia. Maka jika manusia tidak berhati-hati memakai api, niscaya timbul kebakaran yang akan menjadi bahaya bagi manusia itu sendiri.

Demikian pula syaitan pada diri manusia, syaitan itu asalnya Jin, maka jin itu Tuhan jadikan dari api. Dan adanya syaitan dalam diri manusia adalah untuk menerbitkan amarah atau Ghodhob, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan :

“Alghodhobu minasyaithooni” artinya “Amarah itu daripada syaitan.”

Jadi tegasnya Tuhan jadikan syaitan pada manusia untuk menerbitkan amarah manusia dan kita dapat membayangkan bagaimana jika kiranya manusia tidak mempunyai amarah?

Cuma barangkali orang yang berubah akalnya (sedang mabuk) yang tidak mempunyai marah.

Akan tetapi boleh orang marah kepada yang mempunyai kesalahan, tetapi jangan sampai merosak sesuatu atau merugikan orang lain atau merugikan diri sendiri.









No comments:

Post a Comment