Izazil Diusir Dari Hiper Matriks

بسم الله الرحمن الرحيم


izazil

 Selepas transformasi Izazil kepada struktur tubuh yang baru, maka sedarlah ia, kini kod-kod programnya telah menjadi corrupted dan dia telah di-executed melalui perisian khas menjadi:

 I_B_L_I_S

Maka dia mesti menurut command yang baru dan function yang baru…

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Iblis itu diceritakan asalnya bernama Izazil atau dalam penulisan sebelah Barat dinamakan sebagai Azazel.  Kemudian menjadi Iblis dek kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam sebagaimana yang diperintahkan Tuhan. Ceritanya begini:

Pada suatu masa Allah memanggil berkumpul semua malaikat untuk sujud kepada Adam, yang mana sujud kepadanya bukanlah sujud untuk menyembah Adam, tapi sujud itu adalah Suju sebagai penghormatan terhadap Adam, sesuai kedudukan Adam yang akan menjadi Khalifah Tuhan di Dunia.

paradise2

Kemudian semua Malaikat sujud , kecuali Iblis sendiri yang tidak mau sujud, seperti Allah terangkan berturut-turut dalam surat Al-A’raf dari ayat 12 sampai ayat 17 :

Seketika dilihat Iblis tidak mau sujud lalu Tuhan menegurnya:

Tuhan menegurnya : “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?”

Jawab iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.”

Begitulah jawab Iblis dengan sombong, sudah barang tentu jawaban demikian, tidak sepantasnya diucapkan dihadapan Tuhan, apalagi perintah itu datangnya dari Tuhan. Sudah selayaknya sebagai makhluk Allah, hendaknya ia tidak keberatan untuk melakukan perintah itu. Akan tetapi kerana kesombongannya itu ia berbuat demikian, berani membantah perintah Tuhan. kemudian Tuhan berfirman :

Allah berfirman: “Turunlah kamu dari surga itu; kerana kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina.”

fallen angel

Iblis menjawab: “Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.”

Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”

Rupanya Iblis sudah menjadi nekad, setelah diberi waktu yang cukup lama sampai kiamat, bukan berpikir mau bertobat atau meminta maaf atas kata-katanya yang sudah terlanjur, malah semakin mengeluarkan ancaman terhadap Adam dan keturunannya.

Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

Kemudian iblis berkata lagi : “Pasti Saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).

Demikian peristiwa iblis yang tidak mau sujud kepada Adam, akhirnya ia diusir dari Syurga.

Menurut riwayat lain, sesungguhnya iblis itu keturunan Jin, Seperti Allah terangkan dalam surat Al-Kahfi ayat 50 :

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis.

Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai/membantah perintah Tuhannya.

Iblis: Makhluk Termodinamik Yang Memiliki Keupayaan Makhluk Foton



iblistermo

Siapakah Iblis yang sebenarnya? Sudah berapa lama dia hidup di dalam Syurga?

Bagaimana makhluk yang berlainan unsur boleh menjadi Ketua Para Malaikat pada suatu ketika?

Apa keistimewaan Iblis? Bagaimana dia boleh berinteraksi dengan malaikat yang diperbuat dari cahaya?

Sesungguhnya SI IBLIS INI SUNGGUH MISTERI…

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Di dalam Al-Quran, kita akan dapati sebelum Nabi Adam a.s (Adam) diciptakan, sudah ada makhluk-makhluk lain seperti jin dan malaikat.

Riwayat asal pada zaman dahulu kala beribu-ribu tahun sebelum ada manusia, sudah ada makhluk yang mendiami dunia ini, makhluk ini Jin namanya. Mereka berjenis lelaki dan perempuan. Mereka ada yang beragama dan ada juga yang tidak. Mereka diwajibkan juga beribadat kepada Allah, seperti Firman Allah dalam surat Az-Zariyat ayat 56 :

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi/beribadat kepada-Ku.”

Maka untuk lebih jelasnya, rujuk surat Al-Jin didalam Al-Qur’an iaitu surat yang ke 72, juz yang ke 29. Dalam surat itu menceritakan melulu tentang Jin dan keadaannya.

steppewolf

Diceritakan di dalam riwayat, diantara keturunan jin yang bernama “Izazil”, dialah yang paling taat kepada Allah. Jin-jin itu umurnya sangat panjang mampu mencapai puluhan ribu tahun.

Demikian keadaan Izazil di bumi ia beribadat kepada Allah 1000 tahun. Kemudian setelah itu atas permohonannya kepada Allah dipindahkan ia berada di langit. Maka dilangit pertama ini ia beribadat sampai 1000 tahun. Kemudian pindah lagi ke langit yang kedua, dilangit kedua ini ia beribadat sampai 1000 tahun. dan seterusnya sampai kelangit yang ketujuh. jadi jumlah masanya ia beribadat dari mulai bumi sampai ke langit yang ketujuh 8000 tahun.

Tidak sedikit waktu, bukan?

Maka dengan kurnia Tuhan, dinaiki pangkatnya mendapat kehormatan “Al- Muqorrobuun” itulah derajat yang paling tinggi di sisi Allah. Baik kepada golongan manusia, atau golongan Jin maupun golongan malaikat. Bahkan Izazil ini setelah mendapat pangkat “Al-Muqorrobuun” dari sisi Allah, lalu ia diangkat menjadi Imam ibadat malaikat-malaikat yang berada di langit. Demikian kedudukan atau derajat Izazil disisi Allah.

Maka ketika Allah menyuruh sujud semua malaikat kepada Adam, Izzazil menolak, ia tidak mahu sujud kepada Adam itu dengan alasan katanya dia lebih baik atau lebih bagus dari pada Adam.

Syntheticcell

Sebetulnya apa yang dikemukakan cuma alasan saja, yang sesungguhnya, ia merasa iri, mengapa Adam makhluk yang baru itu yang akan dijadikan Khalifah. Mengapa dia yang sudah begitu lama umurnya, dan sudah lama ibadatnya, serta lebih tinggi martabatnya tidak dijadikan khalifah?

Nah inilah persoalannya, pertama kerana iri hati, kedua jadi takabbur dan membantah perintah Allah, jadilah terusir dari Syurga, dan dinamakan Iblis.

Kemudian setelah itu ia mengeluarkan ancamannya, untuk menyesatkan Adam dan sampai kepada anak cucunya, lalu ia dinamakan syaitan. Demikianlah riwayat Iblis yang asalnya keturunan Jin dan kemudian menjadi Syaitan. maka dapat kita katakan Iblis itu Rajanya Syaitan.

Tersebut didalam Al-Qur’an bahwa setelah menjadi suami isteri, keduanya dipersilahkan bertempat didalam syurga. meskipun keduanya boleh tinggal dan makan minum dengan sesuka hatinya, tapi ada suatu hal yang dilarang bagi keduanya, yaitu memakan buah Khuldi.

Sebetulnya buah khuldi itu adalah cuma kata-kata kiasan saja, sesungguhnya semua buah tidak ada yang tinggal tetap kekal pada tangkainya. Pada suatu saat ia mesti lepas atau rontok dari tangkainya. Kecuali buah yang ada pada badan manusia. Itulah kata buah khuldi. Begitulah pendapat ‘Ulama didalam tafsir Al-Fairuz Zabadi.

Jadi yang dilarang oleh Allah di dalam syurga bukanlah memakan buah pohon biasa.

Tetapi dilarang memakan buah yang “Kekal.”

Cobalah perhatikan Firman Allah di dalam surat Al-A’raf ayat 22 :

“Tatkala keduanya telah merasakan pohon itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya.”

Maka dalam ayat ini jelas  Tuhan mengatakan “Dzaaqosy syajarota” ertinya merasakan batang pohon, dan bukan dikatakan “Dzaaqots tsamarota.” Dalam pengertian bukan buah itu dimakan, cuma dirasakan oleh tubuh.

Jadi kesimpulannya, adalah “Adam dilarang bersetubuh dengan Hawa.” kerana di syurga itu adalah bukan tempat melahirkan anak. Tempat melahirkan adalah didunia.

Sudah jelas Tuhan jadikan manusia lelaki dan perempuan untuk melahirkan keturunan.

Yang menjadi persoalan bagi Adam, adalah bukan bersetubuhnya, akan tetapi mengapa bujukan syaitan itu yang diturutnya. Padahal sebelumnya Tuhan telah berpesan :

“Janganlah kamu berdua mendekati pohon ini,”

arabmagic

Tetapi pujukan atau ajakan syaitan yang diturutinya, bukan larangan Allah diperhatikan, hanya disini letak kesalahannya.

Memang Adam dan Hawa serta malaikat sudah tahu termasuk iblis juga bahwa dia pada suatu saat harus turun kebumi ,kerana dia akan menjadi khalifah. Cuma bila? Hanya Allah yang mengetahui.

Oleh kerana itu, ketika Iblis membangkang perintah Allah lantaran tidak mau sujud kepada Adam lalu dia dipecat dari jabatannya sebagai Imam “Al-Muqorrobuun”, dan diusir dari dalam syurga.

Kemudian secara diam-diam dia mencuri masuk kedalam syurga akan memperdayai Adam Hawa, agar keduanya jadi Durhaka kepada Allah.

Kemudian ternyata Adam dan Hawa kena bujukan Syaitan, maka keduanya pun mendapat hukuman, harus meninggalkan syurga itu, dan ketika itu keduanya diturunkan ke bumi.

Menurut riwayat Adam diturunkan pada waktu itu pada bulan muharram tanggal 10. Maka di waktu malam gelap gulita Adam dan Hawa harus turun ke bumi termasuk juga iblis yang menggoda yang menjadi biang keladinya.

Dengan mengucur air mata Adam dan isterinya mahu tidak mau harus menerima nasibnya.

Pada malam itulah Jibril membawa Adam dan Hawa turun ke bumi. Adam diturunkan di bukit Ruhun di Surandib atau pulau Sri Lanka, sedang Hawa di Jeddah. Begitulah akibatnya kedua insan yang telah melanggar larangan Tuhan harus berpisah dari segala kesenangannya di Syurga, dan kini menuntut penghidupan yang baru yang serba sukar.

Tersebut didalam riwayat, setelah Adam diturunkan ke dunia, hampir seratus tahun lamanya keduanya tidak pernah bertemu. Dan bagaimanakah selanjutnya jika Adam sampai ajal dia tidak bertemu dengan Hawa? Sudah barang tentu tidak akan ada turunannya seperti sekarang ini.

“Iblis Termodinamik” : Penjelasan



Ramai Jigster yang bertanyakan tentang maksud Iblis sebagai makhluk termodinamik yang memiliki keupayaan seperti makhluk foton.

Bagaimanakah itu?

Baiklah, kami akan terangkan lebih lanjut.

Kita mulakan dengan perbicaraan mengenai API.

Di mana api adalah bahan asas atau material utama kepada penciptaan JIN. Manakala jin ini pula adalah keturunan asal kepada IBLIS.

Api, menurut ilmu Fizik sebenarnya terdiri daripada 3 elemen, yakni oksigen, haba dan bahan bakar.

Tanpa ketiga-tiga elemen ini maka api tidak akan wujud menyala-nyala.

Di antara ketiga-tiga elemen ini terletaknya rahsia jin dan IBLIS

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Api ialah proses kimia yang kompleks. Proses nyalaan api terdiri daripada tiga elemen asas: bahan api, oksigen dan haba.

Selain tiga elemen asas itu tadi, untuk mengekalkan nyalaan api tersebut maka di sana terdapat tambahan tiga lagi elemen menjadikan enam elemen kitaran hayat api. Elemen-elemen ini ialah haba, bahan api, oksigen (tiga elemen asas), pengkadaran, pencampuran, dan kesinambungan penyalaan. Kesemua elemen ini adalah penting untuk memulakan api dan penerusan nyalaan menjadikan proses pembakaran. Tiga elemen pertama–haba, bahan api dan oksigen – diwakili oleh rajah segitiga api.

 1200px-Fire_triangle.svg

  

Tidakbalas pembakaran atau tindakbalas kimia boleh digambarkan melalui rajah berikut:

20180510_FR1_Fire_Tetrahedron__ecc3bb64-8d40-49c6-bff8-996b749d87e6_

 

Okay, untuk memahami Iblis, jin dan syaitan, kita mesti memahami hakikat api terlebih dahulu.


Elemen #1: Haba Masukan

Bahan pepejal atau cecair tidak terbakar serta-merta. Untuk pembakaran berlaku, bahan-bahan ini mesti dipanaskan secukupnya untuk menghasilkan wap. Wap inilah yang sebenarnya terbakar.

Suhu paling rendah di mana bahan pepejal atau cecair menghasilkan wap yang mencukupi untuk terbakar dalam keadaan makmal dikenali sebagai titik kilat (flashpoint). Beberapa darjah di atas takat kilat ialah takat nyalaan, suhu di mana bahan api akan terus menghasilkan wap yang mencukupi untuk mengekalkan nyalaan berterusan. Suhu di mana wap akan menyala ialah suhu pencucuhan, kadangkala dirujuk sebagai suhu pencucuhan automatik. Jika punca haba adalah nyalaan terbuka atau percikan api, ia dirujuk sebagai pencucuhan pandu. Sebagai contoh, petrol mempunyai titik nyala –45oF (-42.8oC) dan suhu penyalaan 536oF (280oC). Ini bermakna pada sebarang suhu pada atau lebih –45oF (-42.8oC), petrol akan menghasilkan wap yang mencukupi untuk dinyalakan jika terdedah kepada nyalaan terbuka, percikan api, atau mana-mana punca haba 536oF (280oC) atau lebih tinggi.

Ringkasnya, setiap bahan pepejal atau cecair mesti menghasilkan wap yang mencukupi supaya wujud nyalaan api. Tanpa wap yang mencukupi maka tiada api dan proses pembakaran. Wap ini terbit apabila terdapat haba masukan atau aksi mencucuh.

Pada zaman purba, biasa kita diberitahu ‘orang gua’ menghasilkan api dengan menggesek atau menghentam dua biji batu sehingga menghasilkan percikan.

Perhatikan baik-baik, untuk menghasilkan api, kita mesti memiliki haba yang mencukupi bagi mencucuh bahan pepejal atau cecair bagi menghasilkan wap. Wap yang mencukupi akan menjadi bahan api teringkas bagi mewujudkan nyalaan api.

 Elemen #2: Bahan Api

fuel

Pada mulanya bahan api mungkin dalam bentuk gas, cecair atau pepejal pada suhu ambien. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, bahan api cecair dan pepejal mesti dipanaskan dengan secukupnya untuk menghasilkan wap. Secara umum, mudah terbakar bermaksud mampu terbakar, secara amnya dalam keadaan udara di bawah keadaan suhu dan tekanan ambien yang normal, manakala mudah terbakar ditakrifkan sebagai mampu terbakar dengan nyalaan. Ini tidak boleh dikelirukan dengan istilah cecair mudah terbakar dan mudah terbakar.

Cecair Mudah Terbakar ialah cecair yang mempunyai takat kilat di bawah 100oF (37.8oC), seperti petrol, aseton dan etil alkohol. Cecair mudah terbakar ialah cecair yang mempunyai titik nyala pada atau melebihi 100oF (37.8oC), seperti minyak tanah dan minyak bahan api.

Ringkasnya, bahan-bahan pepejal, gas dan cecair yang memiliki takat kilat yang amat minimum di mana ia hanya memerlukan pencucuhan yang sedikit untuk menghasilkan wap yang mencukupi – mudah terbakar, maka ianya adalah BAHAN API.

Gas itu sendiri adalah bahan api paling teringkas kerana ianya sudah sedia ada dalam bentuk wap. Dalam keadaan bilik yang dipenuhi gas memasak, jika seseorang memetik suis lampu sahaja bakal mencucuh gas memasak ini dan api akan menyambar serta-merta.

 Elemen #3: Oksigen

oksigen

Sumber utama oksigen biasanya ialah atmosfera, yang mengandungi kira-kira 20.8 peratus oksigen. Kepekatan sekurang-kurangnya 15 hingga 16 peratus diperlukan untuk meneruskan pembakaran yang bernyala-nyala, manakala keadaan hangus atau membara (pirolisis) boleh berlaku dengan sekurang-kurangnya 8 peratus.

Pirolisis ditakrifkan sebagai perubahan sebatian kepada satu atau lebih bahan lain melalui haba sahaja. Walaupun atmosfera biasanya merupakan sumber utama oksigen, bahan kimia tertentu, yang dipanggil “pengoksida,” boleh menjadi sumber primer atau sekunder. Contohnya ialah klorin dan ammonium nitrat.

Ringkasnya, proses nyalaan api memerlukan oksigen. Tetapi oksigen itu sendiri bukanlah berada di posisi bahan api. Ada beza di situ.

Ia menjadi persoalan jika ada pertanyaan: apa beza gas memasak dengan oksigen? Kedua-duanya dalam bentuk ‘wap’ yang kita tidak nampak dan wujud seperti dalam udara di sekeliling kita.

Bezanya, jika kita nyalakan api, oksigen di sekeliling kita tidaklah terbakar menyambar seperti gas memasak. Oksigen mengekalkan nyalaan api – dalam bahasa sains, ia mengekalkan rantaian tindakbalas kimia (chemical reaction). Gas memasak adalah bahan api, ia membekalkan wap yang mudah terbakar itu dan jika wap itu lebih banyak, ia umpama booster yang meningkatkan kekuatan api.

Oksigen memberikan bentuk nyalaan api, meneruskan nyalaan api yang meliuk-liuk itu.

Api tidak akan menyala di dalam ruang hampagas/vakum. Ini kerana ruangan vakum tidak ada udara sekaligus tiada oksigen. Aplikasi dari ilmu ini ialah Vacuum Circuit Breaker (VCB) dimana operasi pensuisan elektrik berlaku dalam ruangan vakum, jadi ia akan menghapuskan percikan api (spark) yang bakal membahayakan nyawa dan keselamatan serta merosakkan peralatan.

 Elemen #4 dan #5: Pencampuran dan Pengkadaran

chemicalreact

 Campuran dan pengkadaran ialah elemen tindak balas yang mesti berterusan agar api terus menyala-nyala. Wap bahan api dan oksigen mesti dicampur dalam perkadaran yang betul. Campuran wap bahan api dan oksigen sedemikian dikatakan berada dalam had letupan atau had mudah terbakar. Had letupan atau mudah terbakar dinyatakan dalam kepekatan (peratusan) wap bahan api dalam udara.

Campuran yang mengandungi wap bahan api dalam jumlah yang kurang daripada yang diperlukan untuk penyalaan berlaku adalah terlalu kecil, manakala campuran yang mempunyai kepekatan wap bahan api yang terlalu tinggi adalah terlalu berlebihan. Kepekatan terendah yang akan terbakar dikenali sebagai Had Letupan Bawah (Lower Explosive Limit – LEL), manakala tahap tertinggi dikenali sebagai Had Letupan Atas (Upper Explosive Limit – UEL). Contohnya, had letupan atau mudah terbakar untuk propana ialah 2.15 (LEL) hingga 9.6 (UEL) .

Ini bermakna bahawa sebarang campuran propana dan udara antara 2.15 peratus dan 9.6 peratus akan menyala jika terdedah kepada nyalaan terbuka, percikan api atau sumber haba lain yang sama atau lebih besar daripada suhu penyalaannya, iaitu antara 920oF (493.3oC) dan 1,120oF ( 604.4oC).

Satu lagi ciri penting gas ialah ketumpatan wap—berat isipadu gas yang diberikan kepada isipadu udara kering yang sama, di mana udara diberi nilai 1.0. Ketumpatan wap kurang daripada 1.0 bermakna gas lebih ringan daripada udara dan akan cenderung meningkat dalam suasana yang agak tenang, manakala ketumpatan wap lebih daripada 1.0 bermakna gas lebih berat daripada udara dan akan cenderung tenggelam ke aras tanah/lantai.

Ringkasnya, wap bahan api dan oksigen mesti bercampur dalam kadar yang betul bagi meneruskan proses pembakaran. Bertuahnya, sekadar menyalakan api secara biasa, kita tidaklah memerlukan perkakas seperti karburetor kereta untuk mengkadarkan campuran wap bahan api dan oksigen bagi mewujudkan nyalaan api. Jika pencucuhan itu mencukupi bagi mewujudkan wap bahan api, dan tidak berlaku dalam keadaan hampagas, maka api tetap boleh dihasilkan secara manual. Praktikalnya, kita akan cuba dan terus mencuba mencucuh sehingga api terhasil tanpa mengkadarkan berapa cucuhan yang perlu untuk menghasilkan wap bahan api.

 Elemen #6: Kesinambungan Pencucuhan

item_17994_pic_1_orig

Kesinambungan pencucuhan ialah tindakbalas haba daripada api kepada bahan api. Haba dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, sinaran, dan sentuhan nyalaan terus.

Sekarang kita akan membincangkan  empat cara pemindahan haba itu.

Pengaliran ialah pemindahan haba melalui sentuhan langsung melalui jasad pepejal. Sebagai contoh, di atas dapur yang panas, haba dialirkan melalui periuk ke isinya. Kayu biasanya merupakan konduktor haba yang lemah, tetapi logam adalah konduktor yang baik. Oleh kerana kebanyakan kapal dibina daripada logam, pemindahan haba melalui pengaliran adalah potensi bahaya. Api boleh bergerak dari satu pegangan ke pegangan yang lain, satu dek ke geladak yang lain, dan satu petak ke petak yang lain melalui pengaliran haba.




demonpindah

Api memerlukan WAP ISTIMEWA itu untuk terus hidup. Tanpa WAP ISTIMEWA itu maka api akan lemah tidak berdaya dan terus padam.

Walaupun udara membekalkan keupayaan untuk api terus menyala-nyala namun tanpa ‘makanannya’ maka api tidak mampu berwujud.

Tidak seperti unsur tanah, api memerlukan banyak faktor untuk terus wujud. Ini sekaligus merupakan kelemahan api.

Namun kekuatan Iblis bukan terletak kepada nyata api itu.

IA TERLETAK PADA…

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 

Sambungan artikel lepas…

Sekarang kita akan membincangkan  empat cara pemindahan haba itu.

Pengaliran ialah pemindahan haba melalui sentuhan langsung melalui jasad pepejal. Sebagai contoh, di atas dapur yang panas, haba dialirkan melalui periuk ke isinya. Kayu biasanya merupakan konduktor haba yang lemah, tetapi logam adalah konduktor yang baik. Oleh kerana kebanyakan kapal dibina daripada logam, pemindahan haba melalui pengaliran adalah potensi bahaya. Api boleh bergerak dari satu pegangan ke pegangan yang lain, satu dek ke geladak yang lain, dan satu petak ke petak yang lain melalui pengaliran haba.

conduction

 Perolakan ialah pemindahan haba yang disebabkan oleh perubahan ketumpatan cecair dan gas. Ia adalah kaedah pemindahan haba yang paling biasa; apabila cecair atau gas dipanaskan ia menjadi kurang tumpat dan akan mengembang dan naik.

convection

Perolakan juga ialah pemindahan haba melalui gerakan bahan yang dipanaskan, iaitu melalui gerakan asap, udara panas, gas yang dipanaskan yang dihasilkan oleh api dan bara api.

Apabila ia terkurung (seperti dalam kapal), haba perolakan bergerak dalam corak yang boleh diramal.

Api menghasilkan gas yang lebih ringan daripada udara yang naik ke bahagian tinggi kapal. Udara panas, yang lebih ringan daripada udara sejuk, juga naik, begitu juga asap yang dihasilkan oleh pembakaran. Apabila produk pembakaran yang dipanaskan ini meningkat, udara sejuk mengambil tempatnya; udara sejuk dipanaskan secara bergilir-gilir dan kemudian juga naik ke titik tertinggi yang boleh dicapainya. Apabila udara panas dan gas naik dari api, mereka mula menyejuk; seperti yang mereka lakukan, mereka jatuh ke bawah untuk dipanaskan semula dan bangkit semula. Ini adalah kitaran perolakan.

Haba yang berasal dari api di geladak bawah akan bergerak secara mendatar di sepanjang laluan, dan kemudian ke atas melalui tangga dan bukaan palka. Ia akan menyalakan bahan mudah terbakar di laluannya. Untuk mengelakkan api merebak, haba, asap dan gas hendaklah dilepaskan ke atmosfera. Walau bagaimanapun, reka bentuk struktur kapal menjadikannya mustahil untuk memotong bukaan dengan cepat melalui dek, sekat atau badan kapal untuk pengudaraan. Oleh itu, adalah mustahak bahawa kebakaran dihadkan kepada kawasan sekecil mungkin.

 Sinaran

Pemindahan haba melalui sinaran kurang difahami atau dihargai berbanding pengaliran atau perolakan. Sinaran ialah pemindahan haba oleh sinaran inframerah (gelombang haba, cth, matahari) yang secara amnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

radiation

Sinaran haba ialah pemindahan haba daripada sumber merentasi ruang selang; tiada bahan material terlibat. Haba bergerak keluar dari api dengan cara yang sama seperti cahaya, iaitu, dalam garis lurus. Apabila ia menyentuh badan, ia diserap, dipantulkan atau dihantar. Haba yang diserap meningkatkan suhu badan penyerap.

Sebagai contoh, haba sinaran yang diserap oleh overhed akan meningkatkan suhu overhed itu, mungkin cukup untuk menyalakan catnya.

Haba terpancar ke semua arah melainkan ia disekat. Haba sinar memanjangkan api dengan memanaskan bahan mudah terbakar di laluannya, menyebabkan mereka menghasilkan wap, dan kemudian menyalakan wap. Di dalam kapal, haba sinaran akan menaikkan suhu bahan mudah terbakar berhampiran api atau, bergantung pada reka bentuk kapal, pada jarak yang agak jauh dari api.

Sentuhan nyalaan terus ialah gabungan dua kaedah asas pemindahan haba. Apabila gas panas daripada nyalaan naik dan bersentuhan dengan bahan api tambahan, haba dipindahkan ke bahan api secara perolakan dan sinaran sehingga bahan api tambahan mula mengewap. Nyalaan kemudiannya akan menyalakan wap tambahan ini.

Jumlah haba yang dijana diukur dalam unit terma British atau BTU. Satu BTU ialah jumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 paun air 1o F (apabila pengukuran dilakukan pada 60 o F (15.5 o C)).

Kebakaran dikelaskan mengikut jenis bahan yang terbakar. Kebakaran Kelas A melibatkan bahan mudah terbakar biasa, seperti kayu, kain, kertas, getah dan banyak plastik. Kebakaran kelas B melibatkan cecair, gris dan gas mudah terbakar/mudah terbakar. Kebakaran kelas C melibatkan peralatan elektrik bertenaga. Kebakaran Kelas D melibatkan logam mudah terbakar, seperti magnesium, titanium, zirkonium, natrium dan kalium.

Semua kebakaran menghasilkan produk pembakaran. Hasil pembakaran terbahagi kepada empat kategori: haba, gas, nyalaan dan asap. Haba ditakrifkan sebagai satu bentuk tenaga yang dicirikan oleh getaran molekul dan mampu memulakan dan menyokong perubahan kimia dan perubahan keadaan. Gas ialah bahan yang tidak mempunyai bentuk atau isipadu sendiri dan akan mengembang mengikut bentuk dan isipadu ruang yang didudukinya. Gas kebakaran termasuk karbon monoksida, hidrogen sianida, ammonia, hidrogen klorida, dan akrolein. Nyalaan ialah bahagian bercahaya bagi gas atau wap yang terbakar. Asap ialah produk zarah bawaan udara daripada pembakaran tidak lengkap, terampai dalam gas, wap, atau aerosol pepejal atau cecair. Jelaga, zarah hitam karbon, terkandung dalam asap.

Haba Itu Berpindah

hantaviruspartikel

Setelah kita meneliti lebih mendalam hakikat api, apakah sebenarnya kaitan unsur ini dengan syaitan dan seterusnya Iblis? Ya, kita diberitahu Iblis dan syaitan berasal dari keturunan jin yang diciptakan dari api.

Jadi dimanakah sebenarnya teras kepada kekuatan dan kehidupan syaitan ini? Adakah api itu sendiri? Tidak dinafikan, penggunaan kata api adalah lebih umum dan mudah difahami manusia. Namun sebenarnya kewujudan makhluk yang diciptakan dari api itu adalah berpusat kepada HABA.

Walaupun udara membekalkan keupayaan untuk api terus menyala-nyala namun tanpa ‘makanannya’ maka api tidak mampu berwujud. Api juga memerlukan oksigen untuk ia ‘bernafas’.

Tidak seperti unsur tanah, api memerlukan banyak faktor untuk terus wujud. Ini sekaligus merupakan kelemahan api.

Namun kekuatan Iblis bukan terletak kepada nyata api itu.

IA TERLETAK PADA HABA.

Ini kerana haba membekalkan tenaga.

KEKUATAN. KEUPAYAAN.

Secara amnya, “haba” bermaksud “tenaga dalam peralihan”. Motif perbincangan tentang haba ini adalah, haba itu adalah sejenis tenaga yang bergerak atau berpindah.

Ini berbalik kepada rahsia oksigen. Mengapa api memerlukan oksigen? Mengapa manusia juga memerlukan oksigen? API MEMERLUKAN TENAGA.

MANUSIA MEMERLUKAN TENAGA.

Sebagai contoh, keluaran tenaga badan manusia dewasa yang sedang berehat adalah sama dengan kuasa mentol lampu elektrik 100 W. Dengan beban fizikal yang berat, ia boleh menjadi sehingga tujuh kali lebih besar.

Badan manusia menghasilkan haba dan seterusnya tenaga. Badan manusia adalah sejenis dandang. Kita membawa dandang ini ke hulu ke hilir di sepanjang hayat kita!

Pergerakan tenaga ini pula membawa kepada terma ‘termodinamik’. Maka jika “haba” bermaksud “tenaga dalam peralihan” dan “dinamik” adalah berkaitan dengan “pergerakan”; oleh itu, termodinamik sebenarnya mengkaji pergerakan tenaga dan bagaimana tenaga menyebabkan pergerakan. Dari segi sejarah, termodinamik berkembang daripada keperluan untuk meningkatkan kecekapan enjin-enjin stim yang awal.

Oleh kerana jin itu adalah sejenis tenaga, maka sebab itulah tempat-tempat yang ‘keras’ memiliki tenaga tertentu yang manusia boleh rasakan kehadiran ‘tenaga’ itu. Malah pengkaji paranormal menggunakan peralatan moden tertentu seperti meter EMF bagi mengesan kehadiran entiti paranormal.

Bukankah bulu roma kita akan meremang setiap kali merasa seram atau merasa kehadiran ‘mereka’.

Kesannya seakan sama dengan eletrostatik.

Haba sebagai tenaga yang bergerak dan berpindah-pindah ini adalah identiti makhluk seperti jin, syaitan serta Iblis sendiri.

“Sesungguhnya syaitan berjalan pada anak manusia seperti jalannya darah pada peredarannya”. Riwayat al-Bukhari (2038)

Hadis ini popular dengan membawa maksud syaitan masuk ke badan manusia melalui liang atau saluran darah. Namun pada pendapat kami, hadis ini ingin memberitahu cara syaitan memasuki badan manusia adalah seperti cara darah mengalir di dalam salurannya.

BERMAKSUD SYAITAN MEMASUKI ATAU BERGERAK DI DALAM BADAN MANUSIA MELALUI SALURAN-SALURANNYA YANG TERTENTU.

Portal.

Lemah semangat adalah antara keadaan yang ampuh untuk membuka portal-portal ini. Perempuan dalam keadaan haid dan orang yang memakan benda-benda kotor juga mampu membuka portal-portal ini bagi membenarkan jin atau syaitan memasuki badan manusia.

Salah satu pintu portal ini adalah ibu jari kaki. Pastikan anda berstokin atau berselimut ketika tidur.

Batu Dari Hiper Matriks



tugu

 Partikel-partikel itu diarahkan mengelilingi TERAS. Ini adalah untuk menghasilkan sejenis ‘tenaga’.

Kepatuhan partikel-partikel itu mengelilingi TERAS adalah satu pemandangan yang sangat menakjubkan. Keadaan ini memiliki fungsi dan motifnya yang sangat dasyat.

Makhluk foton diperintahkan untuk mengambil batu dari alam Hiper Matriks.

Makhluk foton pun bergegas dengan kecepatan yang luar biasa…

 BACA SELANJUTNYA.

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Selepas melanggar perintah Tuhan dengan memakan buah terlarang, maka Adam dan Hawa pun diperintahkan turun ke langit dunia, turun ke Bumi.

Kemudian Allah menyuruh malaikat Jibril turun ke bumi mendapatkan Adam supaya melakukan Ibadah Haji, ya’ni Thawaf bersama Hawa. Maka dengan melakukan thawaf Tujuh kali keduanya menyatakan Taubat kepada Allah. Maka dengan jalan begitu dosa keduanya akan diampuni Allah.

Kemudian atas petunjuk Jibril bahwa Adam harus menemui Hawa di Jeddah. Demikianlah Adam lalu pergi mencari Hawa. Setelah berbulan-bulan berjalan barulah Adam bertemu denga Hawa di padang Arafah. Itulah sebabnya dinamakan padang Arafah, ertinya mengenal kembali.

Setelah Adam menceritakan keduanya diwajibkan Thawaf tujuh kali mengitari Hajarul-Aswad. Maka untuk mendirikan tempat ibadat dititah malaikat oleh Allah mengambil batu hitam dari Syurga, untuk dijadikan “Tugu” atau “Ka’bah.” Dan disaat itu dibangun sebuah tempat ibadat yang dinamakan “Baitul Ma’mur” dengan bantuan para malaikat. Selesai jadi masjid itu lalu ditengah-tengahnya diletakan “Hajarul-Aswad” Adam dan Hawa lalu Thawaf sambil mengucap :

“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.” (7:23)

Demikian keduanya mengucapkan kata-kata itu sambil menagis, kerana dosanya takut tidak diampuni.

Demikian diceritakan dalam riwayat itulah masjid pertama yang didirikan di zaman Adam.

 Taufan

the-goon-storm

Kemudian ketika masa taufan dizaman Nabi Nuh a.s Masjid Baitul-Ma’mur dipindahkan ke langit yang ketujuh yang kini dijadikan Qiblat untuk ibadat para malaikat disitu.

Dan ketika nabi Muhammad s.a.w. Mi’raj, beliau pernah sembahyang disitu menjadi Imam jema’ah para malaikat.

Kembali riwayat Adam, setelah baginda bertemu kembali dengan Hawa, lalu mendirikan rumah tangga, sehingga mempunyai beberapa anak. Maka dari anak-anak cucu keturunan Adam meluas kemana-mana. Sehingga menjadi macam bangsa dan bersuku-suku.

Sebagaimana Firman Allah dinyatakan didalam suratAl-Hujurat ayat 13 :

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.”

Dibawah ini terdapat beberapa ayat dari surat Ar-Rum, dari ayat 22 sampai ayat

27 yang mengandungi pengertian-pengertian yang sangat berharga berkaitan dengan topik yang kita bincangkan:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.”

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.”

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).”

“Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk.”
“Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

“Dia membuat perumpamaan untuk kamu dari dirimu sendiri. Apakah ada diantara hamba-sahaya yang dimiliki oleh tangan kananmu, sekutu bagimu dalam (memiliki) rezeki yang telah Kami berikan kepadamu; maka kamu sama dengan mereka dalam (hak mempergunakan) rezeki itu, kamu takut kepada mereka sebagaimana kamu takut kepada dirimu sendiri? Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang berakal.”

Cuba perhatikan juga firman Allah dalam Surat Al-Baqarah ayat 28 :

“Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?”

 Hidup dan Dihidupkan Semula

cropped-hlogram.jpg

Dengan ayat-ayat ini, jelaslah bagi kita sekalian bahwa kita ini dahulunya benda yang mati, tidak dapat bergerak semasih menjadi nutfah. Kemudian kita dihidupkan sejak didalam rahim ibu, sehingga lahir ke dunia, kemudian dimatikan lagi, yang terakhir kita dihidupkan lagi di alam akhirat, dan kepada Tuhan semuanya kita dikembalikan.

Begitulah riwayat anak cucu Adam. Juga telah diberitakan riwayat Iblis yang telah ditetapkan sebagai rintangan kepada perjuangan anak cucu Adam kembali ke Tuhannya; di mana semua coding mesti kembali ke source code apabila masanya tiba 




No comments:

Post a Comment