Ini adalah temubual M.O bersama rakannya,berbicara perihal apa yang dinamakan “Ten Commandments of Matrix”. Khas buat subscriber MistisFiles.
(1st Law)
Matriks Hologram 4.5: Kucing Schrödinger & Hukum Ketidakpastian Heisenberg
Fasal ini dalam menyatakan hakikat alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam fasal ini akan diperjelaskan tentang kondisi Matriks yang berubah-rubah mengikut pemerhati.Dijelaskan juga bagaimana Matriks menjadi tidak konkrit kerana zarah-zarah seolah-olah wujud secara ilusi yang mungkin menjelaskan kondisi berbilang dalam kesatuan.Matriks yang berbilang menjadi sirna dan yang tinggal hanyalah satu kewujudan tunggal yang supermutlak.
Peringatan
Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.
-M.O
Alam ini diciptakan dari Zat-Nya.Kesemua isi alam semesta ini berasal dari-Nya.Alam semesta ini adalah senda gurau dan permainan semata-mata.Alam ini penuh kepura-puraan dan hanya layak dilayan sebagai persinggahan sementara.
Ini adalah kata-kata agama yang kononnya kolot bagi sesetengah orang.
Namun di sana,mekanik kuantum telah menemui bahawa zarah-zarah itu hanyalah ilusi;ia tiada di sana.Sebagaimana sesuatu objek dijatuhkan ke dalam Lohong Hitam.Objek tersebut akan hancur disebabkan permukaan Lohong Hitam yang sangat panas.Namun jika difikirkan secara mendalam, jika pun objek tersebut mampu menahan panasnya suhu permukaan Lohong Hitam, objek tersebut akan hancur ketika masuk ke dalam isi dalam Lohong Hitam yang berupa satu singulariti. Namun teori yang lain mengatakan objek tersebut tidak hancur;ia hanya ditukarkan kepada bentuk 2 dimensi yang menduduki permukaan Lohong Hitam.
Ini adalah tabiat mekanik kuantum;dua peristiwa terjadi secara bersamaan,sebelum kejadian Keterkaitan Kuantum terjadi.Objek tersebut akan hancur dan selamat secara bersamaan.Objek tersebut akan berada pada dua kondisi sebelum ditentukan kondisi mana yang sesungguhnya terjadi.Dalam hal ini,Keterkaitan Kuantum adalah penentuannya apabila zarah-zarah tadi diperhatikan memiliki tabiat yang sama;menunjukkan seolah-olah yang berbilang itu ilusi kepada yang tunggal.
.
Hakikat Berbilang Matriks Dalam Zat Singulariti Yang Tunggal
“The world is a pixelated world, not a voxelated world.”
(Leonard Susskind)
Masalah di dalam Mekanik Kuantum adalah untuk memastikan bahawa pengukuran dapat diketahui secara mutlak di dalam alam berskala kuantum sebagaimana kita mengukur di alam berskala biasa.Namun pengukuran di dalam alam berskala kuantum menjadi sukar dan mencapai tahap paradoks apabila zarah-zarah superkecil adalah lebih kecil dari zarah-zarah cahaya;iaitu foton.
Kita melihat melalui mata;iaitu peralatan sensor bagi foton yang membawakan objek kepada minda.Mengimbas kembali penerangan sebelum ini bahawa jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa sebenarnya mata manusia bukan hakikat penglihatan kepada ruang.Kuasa melihat yang sebenar berada pada minda manusia.Mata hanya sebagai pengesan/sensor cahaya.Cahaya pula adalah asbab kepada dimensi.
Ruang—>dimensi—>cahaya—>mata—>minda
Cahaya adalah pergerakan terbukanya hijab kepada dimensi.Hijab ini dalam penafsiran manusia adalah kegelapan.Dalam istilah Matriks,cahaya adalah skrip masa-nyata yang bertugas membaca coding ruang dan membawanya ke sensor minda iaitu mata.Minda akan membuat pengecaman dan ‘melihat’.Jadi cahaya adalah paket-paket data yang bertugas membawa ruang kepada minda.Apabila cahaya adalah medium yang ‘berjasad’,dimensi adalah konsep yang merupakan natijah dari cahaya dan minda.Dengan kata lain dimensi wujud dengan penapisan dari cahaya.Cahaya yang membentuk dimensi dan menghantarnya ke minda,melalui sensor mata.Tanpa cahaya,tiada dimensi.Maka tiada ruang yang mampu difahami manusia.Apakah maksud semua ini?
RUANG YANG DIFAHAMI MANUSIA SEBENARNYA ADALAH TINDAKBALAS CAHAYA.
Cahaya terdiri dari dua keadaan.Terang dan gelap.Dalam minda manusia,ia mengenalnya dalam kod warna.Hitam dan putih.Jika dua keadaan ini membentuk cahaya maka kegelapan sebenarnya ialah satu bentuk cahaya.Ini yang membentuk konsep DARK MATTER.Sebagaimana ‘dark matter’ (jisim gelap) yang dikatakan membentuk 70% alam semesta ini,maka kegelapan juga membentuk majoriti ruang.
JIKA BEGITU APA KAITANNYA DENGAN MATRIKS?
Kita maklum bahawa Matriks adalah ruang.Namun untuk membezakan antara Matriks dan ruang,kita harus mengetahui Hukum Pertama Matriks iaitu:
“Bagi entiti yang wujud di dalam Matriks,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matriks,tiada Matriks”
APAKAH MAKSUDNYA?Baca seterusnya.
Matrix Hologram 4.4
Fasal ini dalam menyatakan hakikat alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam fasal ini akan diperjelaskan tentang rahsia ruang Matriks yang semata-mata ilusi.Dijelaskan juga bagaimana ruang menjadi ilusi kerana semua partikel memiliki hubungan antara satu sama lain seolah-olah satu partikel atau satu sistem tunggal yang mana manusia menghitungnya seolah-olah partikel-partikel atau zarah-zarah yang tidak terpermanai banyaknya.
Peringatan
Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.
-M.O
Dalam perbincangan yang lepas,kita sudah mengetahui bagaimana Teori Graviti Einstein tidak mampu menerangkan mengapa pengiraan di dalam Lohong Hitam menggambarkan seolah-olah Lohong Hitam itu adalah sebuah objek 2 dimensi.Kemudian bagaimana Fizik Kuantum mempunyai jawapan kepada masalah itu tadi apabila semua tenaga mahupun perubahan tenaga seperti entropi seperti dalam Teori Kedua Termodinamik akan lenyap apabila memasuki zon Lohong Hitam; mewakili perubahan entiti menjelang 3 dimensi memasuki alam 2 dimensi.
Ini menerangkan sesuatu yang menakutkan; PERUBAHAN MAKHLUK-MAKHLUK TIGA DIMENSI RUANG KEPADA DUA DIMENSI RUANG ATAUPUN SEBALIKNYA.
Persoalannya,ke mana jasad objek 3 dimensi apabila memasuki kosmos 2 dimensi?Pengiraan matematik menerangkan bahawa isipadu objek menjadi infiniti apabila memasuki perubahan termodinamik Lohong Hitam yang mewakili objek 2 dimensi.
Nampaknya apa yang kita gambarkan lukisan 2 dimensi seperti satu bulatan yang dilukis oleh kanak-kanak di atas kertas lukisan adalah belum benar-benar fizikal dua dimensi; kesimpulannya,itu hanyalah imaginasi minda.
Objek ‘real’ 2 dimensi seperti Lohong Hitam ini sahaja adalah seakan raksasa yang dasyat dan menakutkan!Kononnya cahaya pun tidak akan terlepas dari lenyap di permukaaan Lohong Hitam.Adakah ada objek-objek 2 dimensi yang lain?
Kemudian Fizik Kuantum menerangkan di sana ada kenyataan yang lebih aneh; dua partikel yang saling terkait dan berhubung walaupun berada berjuta-juta tahun cahaya antara satu sama lain.Dan ini telah menentang Prinsip Ketidakpastian Heisenberg.
Prinsip Ketidakpastian Heisenberg menyatakan adalah tidak mungkin kita dapat mengetahui dua data serentak sesuatu partikel;kecepatan dan posisinya.Ini menjadi satu kemungkinan sahaja,bukan mutlak kerana foton cahaya lebih BESAR dari partikel-partikel bertaraf quark dan bozon.
“Sifat-sifat objek bergantung kepada pemerhati,” adalah kesimpulan akhir dari prinsip ini menunjukkan seolah-olah mindalah yang mengatur semua pergerakan alam semesta.Ini adalah kesimpulan teragung dari mazhab Fizik Relativiti dan diraikan oleh ajaran Teosofi dan kultus New Age.
Namun di sana ada satu kenyataan lain yang lebih aneh,yang memungkas semua prinsip Relativiti dan Ketidakpastian Heisenberg,bahawa kita boleh mengetahui posisi dan kecepatan KERANA DUA PARTIKEL ATAU LEBIH ATAU SEMUA PARTIKEL ADALAH BERHUBUNG DI ANTARA SATU SAMA LAIN…
Apakah sebenarnya alam semesta yang dasyat ini?
Hakikat Hidup di Dalam
Matriks-Ilusi
“Choice is an illusion created between those with power and those without”
Semakin lama manusia mengkaji tentang alam ini,semakin dekat hasil keputusan mereka dengan apa yang tertulis di dalam kitab-kitab yang diwahyukan.Lebih dalam mereka memahami setiap baris persamaan algebra dan aritmatik,lebih dekat maksudnya dengan dogma-dogma agama.Segala persamaan matematik dan Fizik anehnya semakin menjelaskan bahawa alam ini tiada dan sementara;tidak kekal abadi.
Di dalam wahyu Tuhan,alam dunia ini digambarkan sebagai ‘gurau senda’,’permainan’ atau ‘kepura-puraan’.Apakah ertinya?Majoriti penafsiran menggambarkan ia dari segi abstrak;kehidupan yang penuh godaan dan ujian.Namun sebenarnya ia melangkau jauh dari situ.Konotasi ‘permainan’ atau ‘kepura-puraan’ itu sebenarnya benar-benar wujud!
‘Kepura-puraan’ alam dunia ini makin dibuktikan oleh sains,tepatnya oleh Mekanik Kuantum.Selama ini kita berfikir secara materialis bahawa terdapat atom-atom fizikal yang teramat kecil membentuk alam ini seperti batu-bata membentuk sebuah dinding.Namun hakikat sebenarnya,atom-atom itu seolah-olah tidak wujud apabila ruang di antaranya hanyalah ilusi.Atom-atom itu juga memiliki hubungan aneh;seolah-olah mereka adalah satu bahagian dari satu atom atau sistem yang besar.
Baca seterusnya…
Matrix Hologram 4.3
Fasal ini dalam menyatakan hakikat alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam fasal ini akan diperjelaskan tentang rahsia ruang Matriks yang semata-mata ilusi.Dijelaskan juga bagaimana jarak menjadi ilusi kerana dua zarah dapat berhubung seakan-akan berdepan sesama sendiri walaupun mereka berada jauh di antara satu sama lain.
Peringatan
Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.
-M.O
Baru-baru ini sekumpulan saintis Fizik dari Universiti Ibaraki di Jepun yang diketuai oleh Yoshifumi Hyakutake telah menemukan bukti secara pengiraan dan simulasi bahawa alam semesta ini adalah sebuah hologram.Mereka menerbitkan dua kertaskerja saintifik yang merangkumi pengiraan terhadap tenaga di dalam Lohong Hitam di dalam dimensi-dimensi berbeza.
Juan Martín Maldacena,saintis yang popular kerana pembuktiannya kepada teori Alam Holografik telah mengalu-alukan penemuan tersebut dengan mengatakan bahawa, “satu cara yang menarik dalam menguji sebegitu banyak idea di dalam Teori Graviti Kuantum dan Teori String.”
Banyak pandangan dalam bidang Fizik Teori berkenaan apakah alam semesta ini sebenarnya dan bagaimana ia berfungsi sejak disedari terdapat percanggahan di antara Fizik Kuantum dan Teori Relativiti Einstein.
Percanggahan ini begitu ketara apabila mereka memperdebatkan tentang Lohong Hitam.Teori Einstein menjadi bingung apabila jatuh ke dalam pusaran Lohong Hitam…
Mereka cuba menerangkan dengan satu teori baru…yang berdasarkan zarah-zarah paling kecil adalah berbentuk tali-temali yang melayang-layang…
Kemudian mereka menemukan kenyataan paling aneh dan menggemparkan…bahawa seolah-olah tiada jarak antara zarah-zarah tadi!
Di sana…terdapat satu misteri yang belum diungkap sepenuhnya.Di mana alam semesta ini sebenarnya hanyalah ‘wayang gambar’ yang didatangkan ke minda manusia.
Satu persembahan yang mengiurkan.Sebagai senda-gurau dan permainan semata-mata.
Hakikat Ruang-Ilusi
Dalam Matriks Manusia
“…the theory that the three dimensions we perceive are actually just“painted” onto the cosmological horizon – the boundary of the known universe..”
Sekumpulan ahli fizik telah membuat penemuan seperti apa yang telah diterangkan oleh jurnal Nature sebagai “bukti paling jelas lagi” bahawa alam semesta kita adalah hologram.
Penyelidikan baru tersebut boleh membantu menyelesaikan salah satu masalah yang paling lama bertahan dalam Fizik moden: isu tidak konsisten yang jelas di antara model yang berbeza daripada alam semesta seperti yang berlaku kepada Fizik Kuantum dan Teori Graviti Einstein.
Kedua-dua kertas kerja saintifik yang terbaru ini adalah hasil kerja bertahun-tahun yang diketuai oleh Yoshifumi Hyakutake dari Universiti Ibaraki di Jepun, dan mereka berurusan dengan pengiraan yang membayangkan tenaga Lohong Hitam dalam alam semesta yang berbeza.
Di sana mereka telah menemui sesuatu yang amat menggemparkan….bakal mengubah cara manusia melihat alam ini.Bagaimana?Baca seterusnya.
The Matrix 4th Edition Volume II
Fasal ini dalam menyatakan hakikat alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam fasal ini akan diperjelaskan tentang rahsia jarak sesuatu jasad dan bagaimana jarak sesuatu jasad itu wujud dalam dua kejadian sehingga ia menjadi ilusi semata-mata.
Peringatan
Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.
-M.O
Dalam pengajian yang lepas,kita sudah maklum tentang satu kenyataan yang aneh iaitu alam semesta yang kita lihat yakni jasad-jasad di langit itu sebenarnya imej yang wujud pada masa lampau.Pertimbangannya ialah imej matahari yang sampai kepada kita itu adalah lewat 8 minit dari imej terkini matahari pada masa-nyata.
Yakni,jika seseorang berada hanya satu meter di depan matahari,maka dia melihat matahari 8 minit lebih awal dari kita di bumi!
Di sini kita lihat bahawa sebenarnya,cahaya yang membawa imej itu tersangatlah lemah untuk ‘berlari’ membawa matahari lebih cepat dari masa 8 minit itu pada jarak 149,680,000 km ke bumi.Bagaimana dengan Proxima Centauri yang jauhnya 37,817,019,821,952 km ke bumi?
Maha suci Allah yang menciptakan makhluk-makhluk yang lemah.
Namun pemerhatian dalam bidang Fizik kini mendapati bahawa ada partikel-partikel yang berhubung pada jarak-jarak superjauh ini SERENTAK DAN MASA-NYATA tanpa menghiraukan sekali jarak berpuluh-puluh malah beratus-ratus tahun cahaya.Subhanallah.
Semua keanehan ini menyebabkan saintis-saintis Fizik Teori membangunkan hujah-hujah di dalam topik Teori String yang kini digelar Prinsip Holografik.
Bagaimana ini terjadi?Bagaimana ada jasad yang boleh berhubung di antara satu sama lain dalam jarak-jarak yang jauh pada masa-nyata?Sementara kita berhubung dengan Proxima Centauri lewat selama 47 bulan dengan menggunakan partikel-partikel foton cahaya yang bergerak selaju 299,792,458 meter sejam?
Apakah ada rahsia lain di sebalik sana?
Apa yang terjadi di sebalik sana,bintang-bintang,alam semesta yang jauh pada masa kita melihatnya?Adakah mereka sudah musnah atau bertukar kepada ruang yang lain?
Mengapa kita hidup di tengah-tengah imej-imej dan pandangan yang sudah berabad-abad lamanya?
Mengapa kita tidak boleh memandang mereka pada masa yang sama,pada keadaan yang sama kita dan mereka?
Apa rahsia alam semesta ini?
Benarkah cahaya membawa semua gambaran bintang-bintang itu?
Adakah medium yang lain yang lebih pantas dari cahaya?
Yang boleh membawakan semua rahsia langit itu tanpa batasan jarak yang teramat jauh?
JARAK-ILUSI DALAM HAKIKAT MATRIKS
And We did not create the heaven and earth and that between them in play
-Noble Quran 21:16
Pada tahun 1997,seorang ahli Fizik Teori,Juan Maldacena mencadangkan satu model yang ‘berani’ merujuk kepada alam semesta di mana graviti timbul daripada satu entiti infiniti-nipis, iaitu terkenal sebagai tali yang bergetar yang menjadi asas kepada Teori String.Beliau mengatakan semua pengiraan matematik yang rumit dalam mengira semua struktur dalam Teori String,yang wujud dalam sembilan dimensi ruang tambah satu dimensi masa, akan menjadi semata-mata hologram: secara praktikalnya akan menjurus kepada maksud lebih mudah,kosmos mendatar di mana tidak ada graviti.
The Matrix Interstellar : Special Edition
Amaran: Kami tidak menghalalkan artikel-artikel kami diplagiat TANPA MEMBERIKAN LINK KEPADA ARTIKEL ASAL/LAMAN ASAL.Semua peniruan yang bersumber dari artikel kami sama ada diubahsuai selepas itu adalah TIDAK DIIZINKAN.Amaran dan individu yang selalu memplagiat artikel kami telah didedahkan sebelum ini.Lihat di sini Plagiat.Jika anda melihat artikel kami diplagiat sesuka hati tanpa memberikan KREDIT ke atas kami,sila laporkan di sini: MistisFiles.
Harap maklum.
Pernahkah anda terfikir,bahawa masa atau waktu yang anda miliki kini,adakah sama dengan ‘seseorang’ yang berada 5 juta tahun cahaya dari planet yang anda berdiam?
Adakah masa atau waktu yang ada merasainya kini sama dengan ‘seseorang’ yang berada di bibir lohong hitam yang sedang berada pada tahap klimaks daya gravitinya?
Adakah masa atau waktu yang anda tahu kini,sama dengan ‘seseorang’ yang berada di tengah-tengah pusat bumi?
Pernah tak anda terfikir,jika suatu ketika… semua sel-sel dan zarah-zarah tidak berubah,atau pegun…adakah masa dan waktu itu benar-benar wujud ketika itu?
Dalam artikel khas dalam siri The Maxtrix ini,kami akan cuba menerangkan kepada anda apakah sebenarnya masa dan waktu itu,bagaimana ia bergerak dan bagaimana ia ‘menghantui’ hidup anda selama ini.
The Matrix Interstellar
Alam Semesta ini sememangnya luas.Keluasan alam semesta ini digambarkan seperti sebuah cincin di atas padang pasir yang luas.Ruang di dalam cincin itu diibaratkan alam semesta yang kita lihat sejauh mata memandang,sebagaimana jika kita mendongak ke langit dan melihat jauh ke arah bintang-bintang dan warna hitam ketika di waktu malam.
Apabila kita berdiri di tengah-tengah padang yang luas di waktu malam yang cerah,cuba dongak ke langit.Kita akan nampak beribu-ribu bintang bertaburan di atas langit.Kita tidak tahu berapa jauh bintang-bintang itu dari tempat kita berdiri tetapi kita tahu ia memang jauh.Oleh kerana bumi ini berbentuk bulat secara kasarnya,maka orang yang berada di bahagian bertentangan juga akan melihat perkara yang sama;iaitu langit yang seolah-olah tidak punya sempadan di hujung sana.
Jadi,katakan kita terbang ke angkasa dan berada di tengah-tengah alam semesta,kita akan lihat pemandangan yang sama di semua arah-keadaan gelap dengan taburan bintang-bintang di langit…di atas,di bawah,di kiri dan kanan.Berapa jauh setiap ruang di sekeliling kita?INI ADALAH PERSOALAN YANG AMAT SUKAR DIJAWAB.
Bintang yang paling dekat,iaitu Proxima Centauri sekalipun memiliki jarak 4.24 tahun cahaya.Berapa jauh bintang Proxima Centauri?
Tahun cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun bersamaan 9,460,730,472,580.8 kilometer. Tahun cahaya juga ditakrifkan sebagai jarak yang dilalui oleh foton dalam ruang terbuka, jauh daripada mana-mana tarikan graviti atau magnet dalam tempoh satu tahun Julian (bukan tahun lompat). Memandangkan cahaya boleh bergerak selaju 299,792,458 m/s dalam keadaan vakum, satu tahun cahaya bersamaan 9,460,730,472,580,800 atau 9.46 petameter.
Tahun cahaya digunakan untuk mengukur jarak yang tersangat jauh dalam ilmu falak seperti jarak bintang, galaksi dan saiz alam semesta. Dalam bidang astronomi, unit yang digemari ialah parsek yang ditakrifkan sebagai jarak bagi suatu objek untuk menghasilkan satu arcsecond paralaks apabila pemerhati bergerak sebanyak satu unit astronomi. Nilainya adalah lebih kurang 3.26 tahun cahaya. Unit parsek digemari kerana unit ini boleh didapati daripada pemerhatian.
Satu tahun cahaya bersamaan 63,241 unit astronomi (AU). Unit lain yang berkaitan dengan tahun cahaya ialah minit cahaya dan saat cahaya. Satu minit cahaya bersamaan dengan 17,987,547,480 meter. Disebabkan cahaya bergerak pada sejauh 299,792,458 meter dalam satu saat, maka satu saat cahaya adalah 299,792,458 meter.
Mari kita renung sejenak…
Satu minit cahaya=17,987,547,480 meter
Proxima Centauri jauhnya 4 tahun cahaya secara kasarnya.
1jam=60minit
1hari=24 x 60
=1440 minit
Setahun kita ambil 365 hari,maka…
365 x 1440=525600minit
jadi,satu tahun cahaya jaraknya ialah:
525600 x 17,987,547,480 meter
=9454254955488000 meter atau 9,454,254,955,488 kilometer.
Jadi jarak Proxima Centauri ke bumi ialah,
9,454,254,955,488 x 4= 37817019821952 kilometer
Jauh bukan?
Okay,katakan kita ambil matahari sebagai bintang terdekat.Katakan Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi.Jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu).Dengan jarak ini,cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi.
149,680,000 km (jarak matatahari ke bumi)= 8 minit masa diambil untuk cahaya dari matahari mencapai bumi.
Jadi berapa lama masa diambil oleh cahaya dari Proxima Centauri untuk mencapai bumi?
Jarak Proxima Centauri ke bumi=37817019821952 km
8 minit=149,680,000 km,
37817019821952/149,680,000=252652.457
jadi,
252652.457 x 8minit=2021219.656 minit.
Kita ambil sebulan 30 hari,maka sebulan ada,
1440 x 30=43200 minit
Jadi masa yang diambil oleh cahaya Proxima Centauri ke bumi ialah:
2021219.656/43200=46.787 bulan.
BAYANGKAN SELAMA KIRA-KIRA 47 BULAN CAHAYA DARI BINTANG PROXIMA CENTAURI MENGAMBIL MASA UNTUK SAMPAI KE BUMI.
Apakah MAKSUDNYA?
Maksudnya ialah jika kita memandang kerlipan bintang Proxima Centauri pada saat ini,maka ketahuilah HAKIKATNYA.Apakah hakikat itu?
HAKIKATNYA KERLIPAN BINTANG YANG KITA LIHAT ITU ADALAH IMEJ KIRA-KIRA 47 BULAN YANG LALU!
Bagaimana dengan bintang-bintang yang lebih jauh,seperti Procyon B yang jauhnya 11.4 tahun cahaya?Atau bintang Deneb yang jauhnya 1550 tahun cahaya!!
Sekarang,anda dan kami belajar perkara asas tentang RAHSIA MASA DAN HAKIKAT ALAM SEMESTA.Apa itu?Apakah hakikat Matriks ini?
BAHAWA APA YANG KITA LIHAT DI ATAS LANGIT ITU ADALAH IMEJ YANG SUDAH BERLALU BERBULAN-BULAN,BERTAHUN-TAHUN MALAH BERABAD-ABAD LAMANYA.
Ia bukan masa kini atau kita lihat secara ‘real-time’.
Dengan kata lain…ketika kita melihat imej bintang itu,maka SEBENARNYA bintang-bintang itu mungkin sudah menjadi GERGASI MERAH atau merosot menjadi Kerdil Putih atau sudahpun menjadi LUBANG HITAM!
Kita tidak hidup sezaman dengan mereka ketika kita melihat mereka.Itu kenyataannya.Aneh bukan?Jika kita mahu melihat mereka dengan waktu yang serentak dan sama dengan kita,kita perlukan medium lebih pantas dari cahaya,bukankah begitu?
Cahaya terlalu lambat untuk membawa khabar berita dari bintang-bintang.
Apabila kita melihat bahawa hakikat gambaran alam semesta bukan seperti yang kita fikirkan,maka dari sini akan timbul teka-teki bagaimana MASA DAN WAKTU itu bekerja.
Mari kita teruskan ke tahap seterusnya….
Rahsia Matriks dan Masa
Di sana kita sudah melihat bagaimana alam semesta yang semakin jauh,maka kerangka masanya sudah semakin jauh dari perhitungan masa yang dikira di dalam minda kita.Minda kita mengira bahawa masa dan waktu sama bagi semua tempat.Jadi ini memberikan gambaran bahawa sedekat atau sejauh mana pun kedudukan sesuatu objek,maka kita melihatnya secara langsung atau ‘real-time’.
Tetapi ini tidak berlaku.Perhatikan baik-baik ayat-ayat kami seterusnya.
Matrix 4_1
Fasal ini dalam menyatakan sifat-sifat Matriks;di mana semua coding,skrip dan entiti terbina di dalamnya.
Ini adalah sebahagian dari siri Pengajian The Matrix.Siri ini bertujuan menjelaskan konsep bahawa dunia di mana manusia bertempat di dalamnya ialah tidak ‘real’,ilusi dan bakal musnah berdasarkan bukti-bukti dari sains;secara tepatnya dari kajian Fizik Teori,Fizik Partikel,Fizik Kuantum,Mekanik Kuantum,Fizik Nuklear,Teori String,Biologi,Kimia dan beberapa lagi cabang sains.
Dahulu ramai menganggap hujah agama adalah tabu,hari ini ‘dongeng agama’ dilihat sebagai dogma sains.
Sebagaimana setiap benda mempunyai sifat tertentu,Matriks juga memiliki sifat khasnya,di mana tidak boleh tidak,hukum pasti akan berjalan ke atas Matriks sebagaimana yang dikehendaki.Matriks diciptakan dari tiada kepada ada.Matriks tidak mempunyai kuasa terhadap coding dan skrip yang terbina di dalamnya.Arahan dan pengaturcaraan datang dari The Programmer.
Apakah sebenarnya Matriks?
Matriks adalah dunia di sekeliling anda.Dunia di mana anda bertempat di dalamnya.
Bagaimana kita mengenal Matriks?
Kita mengenal Matriks melalui pengesan/sensor terbina di dalam perkakasan/hardware yang menghantarnya kepada Minda.Mindalah yang membaca sifat-sifat Matriks di sekeliling kita.
Jika Minda tidak membaca Matriks,pengesan/sensor tidak berguna sama sekali kerana ia adalah perkakas dungu;dumb tool.Mata dan telinga tidak berguna jika maklumat tidak dibaca oleh Minda.
Jadi adakah tanpa perantaraan pengesan/sensor,Minda tidak boleh membaca Matriks?
Salah.Minda masih tetap boleh membaca Matriks.The Programmer boleh membuat sesuatu dengan sebab,tanpa sebab atau berlawanan dengan sebab.
Jika pengetahuan tentang Matriks telah mencapai satu tahap,mereka akan sedar bahawa Matriks sebenarnya tidak berada di luar Minda,tetapi ia berada di dalam Minda.Pengesan/sensor hanyalah dijadikan semata-mata untuk mengelirukan/menguji manusia.Mata dan telinga benar-benar ‘dumb tool’ dan tidak berguna sama sekali.Manusia melihat Minda membaca Matriks melalui mata,telinga dan sebagainya,namun sebenarnya Minda membaca Matriks melalui satu ‘coding’ lain.Matriks ialah APA YANG ANDA PERCAYA.
Jika mata,telinga dan deria lain bukanlah hakikat sebenar untuk melihat,mendengar dan sebagainya,apakah sebenarnya deria itu?Mengapakah ia diciptakan?Apakah fungsi minda tanpa deria-deria itu.Apakah yang terjadi kepada minda jika tiada semua deria itu?Apakah yang terjadi kepada Matriks tanpa perantaran deria?APAKAH HUBUNGAN MINDA DAN DERIA?
HUBUNGAN MINDA DAN DERIA
Statements of some scientists posing that “man is an image,everything experienced is temporary and deceptive,and this universe is a shadow”,seems to be proven by science in our day.
-Frederick Vester,Denken,Lermen,Vergessen,vga,1978,p.6
The Matrix 4th Density:Introduction
Fasal ini dalam menyatakan mukaddimah alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam mukaddimah ini akan diperjelaskan akan maksud ruang dan masa dan bagaimana kedua-duanya hanyalah ilusi atau imaginasi semata-mata.
Peringatan
Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalasaam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.
Petikan dari filem adalah sekadar trivia dan selingan untuk melegakan adrenalin.Ia tidak bermaksud sebagai sumber penerangan.
Ini adalah pembukaan kepada siri The Matrix 4th Density.Mengandungi pengenalan kepada pemahaman awal kepada konsep ruang dalam pengajian The Matrix.Ia juga merupakan ulangkaji kepada pemahaman asas The Matrix dalam 3 siri sebelumnya.
Ruang adalah ‘bekas’ atau ‘kandungan’ yang menempatkan pelbagai entiti dan skrip ciptaan The Programmer.Dalam ertikata kehidupan manusia,ruang adalah tempat di mana para makhluk berdiam.Tanpa ruang,para entiti dan skrip tidak terbina.Ini adalah kerana entiti dan skrip program berhajat kepada ruang untuk berhidup.Ruang tidak konkrit;ia adalah bersifat seperti Matrix:apa yang anda percaya.
PENGENALAN KEPADA RUANG-ILUSI
-Then you’ll see that it is not the spoon that bends, it is only yourself.
Apakah Matriks?Matriks secara asasnya ialah ruang.Ia juga boleh diistilahkan sebagai ‘bekas’ atau ‘kandungan’ yang digunakan untuk mengandungi sesuatu.Namun bukan sepenuhnya Matriks itu dikatakan sebagai ruang.Dalam ertikata lain,ruang adalah Matriks,namun Matriks tidak sepenuhnya ruang.
Di dalam Matriks terdapat dimensi.Dimensi adalah ruang terukur.Ruang-ruang yang dapat dijelaskan kedudukan dan sifatnya oleh pancaindera manusia.Ini bermakna bukan semua ruang mampu diukur oleh pancaindera manusia.Jadi kita boleh membuat kesimpulan bahawa semua dimensi adalah ruang,namun ruang bukan sepenuhnya dimensi.
Pemikiran manusia pada amnya mampu mengesan ruang tiga dimensi (3D).Di sana terdapat ruang 1 dimensi hingga berjuta dimensi.Lihat,betapa lemahnya manusia berbanding penciptaan sang Pencipta,The Programmer.Jika anda memahami perbicaraan ruang dan dimensi setakat ini,anda mungkin telahpun sedar bahawa ruang-ruang itu sebenarnya terlampau banyak,dan terdiri dari kejuruteraan dimensi yang kompleks.
Bagaimana ini terjadi?
Inilah dia sebahagian rahsia di dalam pengajian The Matrix.
Ruang yang dimana entiti berhidup adalah terdiri dari pelbagai ragam kejuruteraan dimensi,yang hanya boleh diserap keberadaannya oleh pemikiran tahap demi tahap.Pemikiran manusia hanya boleh menyerap bentuk-ruang dari 1 dimensi hingga 3 dimensi.Selebihnya pemikiran manusia tidak mampu mencerna sifat dan tabiatnya;dalam istilah matematik-panjang,tinggi atau lebar.Manusia berhajat kepada dimensi untuk menafsir ruang.Jika tiada dimensi maka tiada ruang dalam kamus pemahaman manusia.Dengan perantaraan dimensi,manusia mampu merasa keberadaan ruang dan ‘merasa’ berhidup di dalam ruang.Kita akan bincangkan fasal ini dalam bab yang pertama:Matriks di dalam Matriks dan bab ketiga:Pengetahuan tentang Matriks nanti.
Ini menunjukkan manusia sebenarnya tidak mampu ‘melihat’ ruang tanpa konsep dimensi.Sejauh mana manusia mampu menangani ruang,ialah bergantung kepada sejauh mana dia menangani pemahamannya kepada konsep dimensi.Dimensi adalah asbab ruang terwujud dalam kotak fikiran manusia.Manusia yang tidak mampu memahami dimensi,sukar memahami ruang.Sebagai contoh,pesakit mental (baca:orang gila) seperti skizofrenia tahap berat tidak mampu melihat ruang sama seperti orang normal yang lain kerana konsep dimensinya yang mengalami pincangtugas.
Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa sebenarnya mata manusia bukan hakikat penglihatan kepada ruang.Kuasa melihat yang sebenar berada pada minda manusia.Mata hanya sebagai pengesan/sensor cahaya.Cahaya pula adalah asbab kepada dimensi.
Ruang—>dimensi—>cahaya—>mata—>minda
Cahaya adalah pergerakan terbukanya hijab kepada dimensi.Hijab ini dalam penafsiran manusia adalah kegelapan.Dalam istilah Matriks,cahaya adalah skrip masa-nyata yang bertugas membaca coding ruang dan membawanya ke sensor minda iaitu mata.Minda akan membuat pengecaman dan ‘melihat’.Jadi cahaya adalah paket-paket data yang bertugas membawa ruang kepada minda.Apabila cahaya adalah medium yang ‘berjasad’,dimensi adalah konsep yang merupakan natijah dari cahaya dan minda.Dengan kata lain dimensi wujud dengan penapisan dari cahaya.Cahaya yang membentuk dimensi dan menghantarnya ke minda,melalui sensor mata.Tanpa cahaya,tiada dimensi.Maka tiada ruang yang mampu difahami manusia.Apakah maksud semua ini?
RUANG YANG DIFAHAMI MANUSIA SEBENARNYA ADALAH TINDAKBALAS CAHAYA.
Cahaya terdiri dari dua keadaan.Terang dan gelap.Dalam minda manusia,ia mengenalnya dalam kod warna.Hitam dan putih.Jika dua keadaan ini membentuk cahaya maka kegelapan sebenarnya ialah satu bentuk cahaya.Ini yang membentuk konsep DARK MATTER.Sebagaimana ‘dark matter’ (jisim gelap) yang dikatakan membentuk 70% alam semesta ini,maka kegelapan juga membentuk majoriti ruang.
JIKA BEGITU APA KAITANNYA DENGAN MATRIKS?
Kita maklum bahawa Matriks adalah ruang.Namun untuk membezakan antara Matriks dan ruang,kita harus mengetahui Hukum Pertama Matriks iaitu:
“Bagi entiti yang wujud di dalam Matriks,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matriks,tiada Matriks”
Dalam konteks ini,di dalam Matriks terdapat banyak ruang,namun di luar Matriks tiada ruang.
Matriks,jika anda belum memahaminya setakat ini,merupakan asbab untuk ruang ‘berhidup.Ruang berhajat kepada Matriks untuk mengekalkan kewujudannya.Tanpa Matriks,ruang tidak mampu dicerna kewujudannya oleh makhluk yang berfikir.Ruang menjadi tidak berasa,berwarna atau berbau.
Bagaimana makhluk mengenal ruang?
Makhluk mengenal ruang melalui tindakbalas cahaya yang disebabkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.
BIT-BIT BERKELAJUAN SUPERCAHAYA
The Programmer telah mencipta pelbagai entiti dan skrip program dengan setiap satunya mengandungi bahan asas iaitu coding yang dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini setiap saat patuh kepada arahan dan pengaturcaraan The Programmer.Tiada sedetik pun masa yang tercicir untuk melanggar arahan The Programmer dan tiada secuit pun pergerakan yang terlepas untuk mengkhianati pengaturcaraan The Programmer.Bit-bit berkelajuan cahaya ini adalah juzuk paling setia dan patuh kepada setiap aturcara The Programmer,ini kerana ia telah dicipta khas untuk taat dan patuh tanpa apa-apa bangkangan.
Di dalam ruang-ruang yang digelar ‘Matriks’,bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kunci utama kepada segala bentuk imaginasi yang dipanggil ‘pergerakan’,’daya’ atau ‘tenaga’.Pemindahan atau pergerakan sesuatu jasad dari satu titik ke satu titik adalah disebabkan tugas yang digalas oleh bit-bit berkelajuan supercahaya ini.Dari pergerakan sehelai daun yang gugur pada sebuah pohon hinggalah pergerakan pasir di dasar laut,semuanya digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya yang memacu coding yang statik.
Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh berubah bentuk;dengan kata lain bersifat ‘shapeshifting’ sama seperti skrip program yang membina entiti jin dan syaitan.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh membesar beribu kali ganda,menyerupai apa sahaja bentuk program yang dikehendaki oleh The Programmer.Dengan kata lain bit-bit berkelajuan supercahaya ini bersifat:
1-Fleksibel
2-Mudahalih
3-Lasak
Bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kontras kepada coding atau skrip,di mana coding dan skrip adalah statik.
Matriks yang berhidup
Ruang dibawa ke minda melalui perantaraan bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada daun yang gugur melainkan dibawa oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada pasir yang bergerak di dasar laut melainkan digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada manusia yang berdiri melainkan disokong oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada angin yang bertiup melainkan digalas pergerakan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap titis hujan dari zaman Nabi Adam a.s hingga hari kiamat dibawa turun oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap elektron yang bergerak dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.
Semua juzuk di dalam Matriks dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya atas arahan dan kehendak-Nya.
Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa ruang sebenarnya tidak statik.IA BERGERAK,DIBAWA KE MINDA ANDA.Apa yang sebenarnya yang berlaku ialah ALAM SEMESTA INI TIDAK PEGUN DITEMPATNYA.IA BERGERAK DIBAWA KE MINDA ANDA.
Dalam konsep Fizik Teori ia digelar ‘The Holographic Universe’.
Ini adalah topik terhangat dunia Fizik Teori selepas penemuan Fizik Kuantum dan String Theory.
Dalam penjelasan ini,alam semesta seolah-olah seperti sebuah projektori.Alam semesta dipancarkan ke layar dari sebuah alat projektor dan minda melihatnya.Lebih mengerikan,seorang ahli Fizik dari University of London,David Bohm mendapati bahawa alam semesta ini walaupun terlihat konkrit dan padat,namun sebenarnya ia bertindak seperti HOLOGRAM RAKSASA.
Ini berdasarkan penyelidikan terkini dalam Fizik Partikel dimana mereka mendapati bahawa dalam keadaan tertentu partikel subatomik,seperti elektron,mampu berkomunikasi dengan seketika satu sama lain tanpa tergantung pada jarak yang memisahkan mereka.Dalam kata lain jarak antara partikel adalah ilusi.Tidak peduli apakah mereka hanya terpisah 10 kaki atau 10 juta kilometer.Sebagai contoh,satu elektron di dalam kabel di sebuah kampung di Banting,Selangor mampu berkomunikasi dengan satu elektron di medan magnet di bintang Proxima Centauri,4 tahun cahaya dari bumi!
Bagaimana setiap partikel-partikel ini mampu mengetahui apa yang dilakukan partikel lainnya?
David Bohm menerangkan lagi bahawa realiti objektif sesungguhnya tidak ada,bahkan ALAM SEMESTA INI ADALAH KHAYALAN berdasarkan fakta-fakta dalam Fizik Partikel.Micheal Talbot,penulis buku The Holographic Universe menambah bahawa alam semesta ini adalah kesan khas dari projektor raksasa dari SUMBER YANG TIDAK DIKETAHUI.
Adakah anda pernah mendengar tentang ini dari ‘dongeng-dongeng’ agama sebelum ini?SELAMAT DATANG KE DUNIA HOLOGRAM ANDA.
PERSEMBAHAN HOLOGRAM INI DIBAWAKAN KHAS KEPADA ANDA DARI ‘THE SOURCE’
This, this isn’t real? What is real. How do you define real?
You’ve been living in a dream world, Neo.
The Matrix 4th Density
Achtung!
Warning!
Di dalam dunia ini,manusia berhidup mengikut sangkaan bahawa mereka sebenarnya berada di alam realiti.Mereka makan,minum,pergi ke tandas dan tidur.Mereka setiap hari mencari keperluan hidup,beranak-pinak dan mencari hiburan untuk keseronokan hidup,’di alam realiti’ ini.
Ada yang terkinja-kinja di dalam disko,ada yang terpekik terlolong menunjuk perasaan di jalanan,ada yang berehat dengan senang hati di rumah….ada yang sedang merenung diri dan mengingati Tuhan,penguasa segala Matrix ini.
Mereka,manusia-manusia yang dungu itu tidak mengetahui,mereka sebenarnya berada di dalam sebuah ‘virtual reality’ yang teramat besar dan mencapai tahap seolah-olah infiniti.
‘Virtual reality’ ini dicipta oleh Penguasa Segala Matrix,gunanya untuk menguji manusia,adakah mereka mengotakan apa yang mereka janjikan sebelum dihantar ke ‘virtual reality’ ini.Selepas manusia-manusia dungu ini mati,mereka akan akan sedar kembali bahawa mereka sebelumnya berada di alam yang menipu,dan di hadapan mereka adalah kehidupan yang benar-benar realiti,lebih realiti.
‘Virtual reality’ ini benar-benar ‘real’.Bila anda menghirup segelas jus buah-buahan,anda akan merasa teksturnya,bau,suhunya dan rasanya yang lazat.Ia benar-benar ‘real’.Ambil sebilah pisau dan toreh pada lengan anda,anda akan melihat darah keluar dan merasa kesakitan yang benar-benar ‘real’.’Virtual reality’ ini direka untuk membohongi manusia supaya mereka merasa ia benar-benar ‘real’.Apabila mereka di’plug-out’,mereka akan sedar bahawa jus buah-buahan dan darah tadi adalah palsu.Mereka sebenarnya tidak meminum apa-apa dan darah tadi kini tiada lagi dan kesakitan telah lenyap.Semua itu hanya wujud di dalam ‘minda’.
Selamat datang ke dunia realiti maya paling hebat dalam sejarah.
SELAMAT DATANG KE MATRIX ANDA.
THE MATRIX 4TH DENSITY
The Matrix Ketumpatan Ke-4
Fasal ini menyatakan perihal alam-alam Matrix dan hubungan ia dengan manusia dan Tuhan.
Fasal ini mengandungi 5 bab terpenting:
1. Matrix di dalam Matrix
2. Perpindahan Matrix ke Matrix lain
3. Pengetahuan tentang Matrix
4. Tujuan Matrix diciptakan
5. Penguasa Segala Matrix
Jika dia mengetahui apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengejar-ngejar hidup di dalam Matrix yang sementara ini.Kehidupan selepas kematian adalah pasti.Seorang hamba akan bertemu Pencipta-Nya adalah pasti.Tiada zarah yang bergetar melainkan berlaku atas kudrat Pencipta Segala Matrix.Tiada sebutir pasir yang bergerak di dasar laut melainkan dengan kehendak Penguasa Segala Matrix.Tiada sehelai daun gugur ke bumi melainkan di dalam pengetahuan Pemusnah Segala Matrix.
Jika dia tahu apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengumpul-ngumpul harta ketika di dalam Matrix.Apa yang dia bekalkan di luar Matrix nanti itulah dia hartanya yang sebenar.Sampai masa,Matrix akan di’shutdown’.Segala kesenangan,rumah yang selesa,bangunan-bangunan tinggi,kenderaan,anak isteri…semuanya akan lenyap.Setiap amal perbuatannya akan dihisab.Ingat,sekiranya,Sang Penguasa Segala Matrix mula menghisab amal perbuatannya,maka binasalah dia.
“Ya Tuhan Kami,hisablah kami dengan penghisaban yang mudah”
Siapa yang mendapat pengetahuan bahawa sebenarnya dia berada di dalam Matrix maka dia adalah manusia yang amat beruntung.Namun lebih beruntung jika dia mempercayainya dan bertindak atas pengetahuan tadi.Segala tindak-tanduknya akan bersesuaian dengan pengetahuan rahsia itu.Kehidupannya di dalam Matrix akan menjadi ibarat musafir.Hanya satu persinggahan yang sementara.Dia tidak akan membuang masa di dalam stesen bas atau kapal terbang,dengan mula membina rumah-rumah atau tidur dengan nyenyak.Setiap masa dia akan bersedia untuk dipindahkan.Bukan bas,keretapi atau kapal terbang yang menunggu dia,dia yang menunggu,menanti dan bersedia bila-bila masa untuk ‘dipindahkan’.
Maut tidak menunggu seseorang.
Sampai masa,kita semua akan di’plug-out’.
Do you believe it?
Rahsia Di Sebalik Matrix




Ini adalah temubual M.O bersama rakannya,berbicara perihal apa yang dinamakan “Ten Commandments of Matrix”. Khas buat subscriber MistisFiles.
(2nd Law)
.
.
.
Mr. X: Jadi apakah ruang itu sebenarnya?
M.O: Ruang adalah tempat atau kawasan untuk minda manusia dimuatkan di dalamnya.
Mr. X: Mengapa perlu dimuatkan?
M.O: Minda yang dimuatkan adalah untuk tujuan tertentu.Tanpa ruang,minda tidak tahu apakah objektif yang diterimanya.
Mr. X: Jelaskan lagi tentang minda dimuatkan untuk sesuatu objektif.
M.O: Biar saya terangkan lebih jelas.Kita semua memiliki maksud hidup.Kehidupan kita ini bukanlah wujud secara tiba-tiba.Kita ada objektif tertentu di dalam Matriks atau ‘dunia yang fana’ ini.
Untuk itu,minda akan dimuatkan di dalam ruang atau Matriks,fungsinya untuk had objektif yang diberikan.Malaikat,memiliki objektifnya yang tertentu juga maka ruang Matriksnya lain,begitu juga para jin.Maka di sini kita tahu kepentingan ruang dalam membezakan objektif masing-masing.
Mr. X: Jadi adakah ruang dan Matriks itu sama?
M.O: Di dalam Matriks adalah ruang dan ia dicapai dengan deria.Namun ruang bukanlah Matriks sebab Matriks ialah APA YANG ANDA PERCAYA.
Mr. X: Menarik sekali,apakah maksud semua ini?Mengapa Matriks diwujudkan?
M.O: Untuk menjalankan objektif kepada subjek.
Mr. X: Untuk apa diberikan objektif itu?Oh ya…maksud hidup kita di dunia yang fana ini (Mr. X seakan mencebik)
M.O: Anda seolah-olah terlepas 1st Law.Saya sudah jelaskan di akhir penjelasan sebelum ini,bahawa objektif wujud kerana kehendak.
Mr. X: Kehendak siapa?
M.O: The Programmer.
Mr. X: Saya belum jelas tentang itu.Mengapa kita diberikan objektif?
M.O: Begini,subjek direka untuk menerima objektif,seperti program komputer direka untuk menerima arahan dalam bahasa komputer.Arahan ini terkandung dalam kod,dan ia mesti difahami oleh program.
Sama juga,kita diciptakan untuk menerima maksud hidup,yakni kembali kepada-Nya dalam keadaan yang diredhai-Nya.Semua ini terkandung dalam kod,yakni petunjuk-Nya yang pelbagai,paling terbesar adalah Kitab-Nya dan Nabi-Nya.
Mr. X: Jadi ruang dicipta untuk objektif?
M.O: Ya,ruang dan Matriks dicipta bagi tujuan fasiliti objektif,supaya minda manusia mampu berfungsi dengan baik dan membaca ‘petunjuk’.
Mr. X: Membaca ‘petunjuk’?Petunjuk apa?Adakah itu juga objektif?
M.O: Petunjuk untuk manusia mengikut KEHENDAKNYA dengan sempurna.
Ia sebahagian dari objektif dan normal,apabila kita mencari kebenaran,kita akan melalui proses mencari dan mencari sehingga menemui kebenaran itu.
Mr. X: Kehendak siapa?Saya sudah tanya tadi dan anda tidak menjawabnya dengan lengkap.
M.O: Tuhan.Saya sudah jawab tapi dengan istilah lain.
Mr. X: Maksud anda,The Programmer?
M.O: (tersenyum)
Mr. X: Okay,mengapa kita mesti mengikut kehendak-Nya?
M.O: Sebab kita adalah diciptakan untuk maksud itu.
Mr. X: Jika saya memberontak?Saya tidak mahu mengikut objektif itu.Saya mahu bebas dan menentukan cara saya sendiri.
M.O: Untuk apa?Anda dikatakan BERFIKIR hanya jika di dalam Matriks.Matriks pula bersifat sementara dan bukan kekal.Jika anda hanya mampu menentukan halatuju anda tanpa menghiraukan objektif,lambat-laun anda akan keluar dari Matriks dan selepas itu anda tiada kawalan lagi.
Mr. X: Tidak kisahlah,saya mahu BEBAS dan tidak mahu menurut kehendak siapa-siapa.
M.O: Jika demikian,anda juga memaksa The Programmer menurut kehendak anda.
Mr. X: Bagaimana?Saya cuma tidak mahu diganggu.
M.O: Seluruhnya,kewujudan anda adalah berdasarkan objektif.Anda diciptakan untuk maksud itu.Maksud yang disusun menurut KEHENDAKNYA.Tanpa itu,anda tidak boleh berwujud.Ia seperti tanpa air,maka tiadalah hujan.Tanpa cahaya,maka kita tidak boleh melihat.
Kewujudan anda atas maksud itu.Tanpa maksud itu,anda harus sirna dan tidak terwujud sama sekali.
Ini adalah temubual M.O bersama rakannya,berbicara perihal apa yang dinamakan “Ten Commandments of Matrix”. Khas buat subscriber MistisFiles.
(3rd Law)
.
.
.
Mr. X : Okay,di sana ada had tertentu,apakah yang boleh kita kaitkan dengan Matriks?
M.O : Tanpa had,Matriks tidak boleh ditafsirkan.
Mr. X : Mengapa?
M.O : Had adalah syarat untuk berwujud sesuatu Matriks.Itu adalah sifat Matriks berlawanan dengan sifat Pencipta Matriks yang tiada terbatas.
Mr. X : Bagaimana had boleh mewujudkan Matriks?
M.O : Lawan kepada tiada terbatas adalah terbatas,yakni memiliki had.Jadi apabila The Architect mewujudkan had tadi di dalam alam tiada terbatas,maka ia akan mewujudkan alam terbatas,maka di sini wujudlah Matriks.
Mr. X : Adakah had telah dirancang?
M.O : Ya,had telah disetup dan diberi ukuran-ukuran tertentu yang mana semuanya memiliki kepentingan dan fungsi tertentu,seperti rantaian makanan.Semuanya sempurna dan tiada cacat cela.Sesungguhnya dalam penciptaan Langit dan Bumi itu tiadalah cacat celanya kerana ia adalah dicipta begitu teliti.
Mr. X : Mengapa ia dicipta?Untuk apa?
M.O : Ia dicipta untuk menunjukkan bahawa Pencipta Segala Matriks itu Maha Berkuasa dan Maha Tiada Terbatas.
Mr. X : Kepada siapa?Untuk siapa Dia membina semua had itu?
M.O : Untuk kita,saya dan anda.
Mr. X : Mengapa?
M.O : Untuk menimbulkan rasa kagum dan pengakuan kepada kebesaran-Nya.
Mr. X : Adakah hanya itu objektif yang ada?
M.O : Begini,semua Matriks dan had-had di dalamnya adalah prasarana objektif,di mana ia dibina bagi kemudahan implan pelan objektif para makhluk,yakni subjek yang dicipta bagi tujuan itu.
Mr. X : Saya tidak faham.Sila terangkan dalam bahasa mudah.
M.O : Matriks dicipta untuk objektif para makhluk MENGAKUI sifat KETUHANAN.
Mr. X : Ketuhanan siapa?
M.O : The Architect.The Programmer.The Creator of All Matrix.
Mr. X : Jika saya membantah?Saya tidak mahu tunduk kepada objektif.
M.O : Anda akan sirna.Saya sudah jelaskan dahulu.Makhluk dan objektif ia diciptakan umpama air dan hujan,sinar dan cahaya.Salah satu hilang,maka hilanglah semua.
Mr. X : Apakah objektif itu?
M.O : (Diam sebentar)
.
.
.
“Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada
.
.
.
Mr. X : Beribadah?Apakah maksudnya?
M.O : Tunduk dan patuh kepada-Nya.Menyerahkan diri kepada-Nya.
Mr. X : Itu sahaja?
M.O : Ya,itu sahaja.
Mr. X : Jika saya mengikut objektif?Apa yang akan terjadi?
M.O : Anda akan melepasi HAD dan KEMBALI kepada-Nya dalam keadaan yang diredhai-Nya.
Mr. X : Saya tidak mahu kembali kepada-Nya.Saya mahu tinggal di dunia dan buat apa yang saya fikirkan sesuai.
M.O : Saya sudah katakan tadi,objektif anda dan saya diciptakan adalah seperti di dalam ayat-ayat-Nya seperti yang telah disebutkan.Matriks dan semua dunia di dalamnya adalah prasarana untuk memangkin objektif itu.Tanpa mengikut objektif,bagaimana anda menggunakan segala prasarananya.Sampai masa,semua prasarana ditarik balik dan anda akan menjadi anti-objektif.
Mr. X : Saya tidak faham.
M.O : Gelas digunakan untuk minum,tapi anda tidak mahu minum.Anda hanya pegang gelas itu 2-3 jam.
Mr. X : Mengapa begitu?
M.O : Sebab anda suka buat begitu!
Mr. X : Apa salahnya?
M.O : Orang lain dapat minum dan kenyang.Anda hanya pegang gelas dan haus.
Mr. X : Saya tidak mahu haus.
M.O : Jadi?
Mr. X : Okay…saya faham dalam konteks itu..err…err…tapi saya fahamlah sebab saya perlu minum,dan tidak mungkin saya hanya pegang gelas sahaja.Tapi saya tidak faham kenapa saya harus mengikut objektif-Nya.
M.O : Sebab anda belum faham.
Mr. X : ??
M.O : Belajar memahami mengapa kita perlu mengikut objektif adalah aktiviti penting semasa di dalam Matriks dan sebab itu kita mesti memahami mengapa had dicipta untuk menafikan segala kebesaran prasarana dan mengisbatkan hanyasanya kebesaran-Nya.
Mr. X : Oh Tuhan!Saya tidak faham yang ini.
M.O : Okay,saya jelaskan.HAD CIPTA UNTUK MENUNJUKKAN MAKHLUK ITU LEMAH,TIADA KUASA APA-APA
Mr. X : Bagaimana?Bagaimana had dapat menunjukkan makhluk itu tiada kuasa apa-apa?
M.O : Terperangkap.Terpenjara.
Mr. X : Di mana?
M.O : (tersenyum)
.Di dalam Matriks.
Matriks ini
yang kita anggap
sebagai
suatu ‘kehidupan’.
.[Tamat 3rd Law]