Darul Nafis - Karangan As Syeikh Muhammad nafis Ibn Idris Al Banjari



Dengan nama Allah Taala, yang amat murah pada menganugerahi nikmat yang besar-besar lagi amat menanugerahi nikmat seni-seni jua. Aku mulai risalah ini, الحمد لله الذى كرم بنى آدم واصطفى منهم العلماء Bermula segala jenis puji itu tertentu bagiAllah Taala, tuhan yang memuliakan anak adam dan memilih Ia daripada mereka itu akan ulama-ulamak * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan memilih Ia pula daripada merekaitu akan segala yang zahid dan yang hakim dan yang karim * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan melebihkan Ia daripada merekaitu akan segala orang yang mengenal akan zat Allah Taala dan akan segala sifatNya dan segala asma'Nya.

* واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan memerasakan Ia akan mereka itu akan lazat kasih akan Dia dan telah memperlihat Ia akan mereka itu akan haqiqat segala sesuatu daripada bumi dan langit. * والصلاة والسلام على سيدنا محمّد خاتم الأنبياء *
Dan rahmat Allah dan salamNya atas Penghulu kita Nabi Muhammad, menyudahi Ia segala nabi. * الذى خلق من ذاته ومنه جميع الأسياء * Dan dijadikan ia dari nur zatNya, dan daripadanya lah dijadikan sekelian perkara. * وعلى آله وأصحابه السادة الأولياء * Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya yang penghulu segala aulia'. * وعلى التابعين وتابعي التابعين لهم بإحسان الى يوم الجزاء * Dan atas segala yang mengikut bagi mereka itu, dan segala yang mengikut bagi segala yang mengikut bagi mereka itu dengan kebajikan hingga hari pembalasan.

.وبعد فلما كانت سنة ألف ومائتين من هجرة النبي الكريم على صاحبها ربّه أفضل الصلاة وأذكى التسليم Dan kemudian daripada itu maka adalah tatkala pada tahun seribu dua ratus tahun hijriyah nabi yang mulia atas mempunyai badi (permulaan) daripada Tuhannya, rahmat yang amat lebih dan haluan yang amat suci. * قد المس مني بعض الإفخوان فتح الله قلبي وقلبه بنور المشهادة والعرفان * Sanya telah meminta daripadaku setengah setengah daripada saudaraku membukakan kiranya Allah Taala akan hatiku dan hatinya, dengan cahaya musyahadah dan ma'rifah.

.* قد المس مني بعض الإفخوان فتح الله قلبي وقلبه بنور المشهادة والعرفان * ] Dan aku buatkan baginya satu resalah yang ringkas dalam bahasa rumi yang lemah lembut, supaya memberi munafa'at dengan dia akan orang yang tiada mengetahui bahasa Arab yang nyata. * في بيان وحدة الذات والصفت والأسماء والأفعال لتخلص السالكين من الشركالخفى والرياء والعجب للأعمال * Pada menyatakan wahdatul zat dan wahdatul sifat dan wahdatul asma' dan wahdatul af'al, supaya melepaskan ia akan segala orang-orang salik itu dari syirik khofi dan daripada Riyak dan Ujub bagi segala amal.

.* وبيان بعض الحقائق ومقامات القوم الكرام ومشاهداتهم لذى الجلال واإكرام * Dan menyatakan setengah daripada segala ilmu haqiqat, dan menyatakan setengah daripada maqam kaum ahli tasauf yang mulia, dan menyatakan setengah daripada segala musyahadah mereka itu bagi Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemulian. * فأجبته إلى ذلك وإن لم أكن أهلا لذلك * maka aku perkenankan akan dia berbuat risalah yang demikian itu, dan jika tiada aku ahli bagi yang demikian sekalipun. * مستعينا بالله ومعتمدا عليه في تحقيق للطلوب والمقصود على حسب ما ظهرلي من أقوال أهل المنة والالشهود Padahal aku meminta tolong kepada AllahTaala dan berpegang atasnya pada mentahqiqkan yang dituntut dan yang dimaksudkan atas sekira-kira barang yang zahir ia bagiku daripada perkataan orang yang mempunyai minat dan syuhud.

.*وسميتها الدر النفيس في بيان وحدة الأفعال والأسماء والصفات والذات ذات التقديس * Dan aku namai risalah ini DARUL NAFIS, ertinya MUTIARA INDAH * pada menyatakan wahdatu af'al dan asma' dan sifat dan zat yang suci. * راجيا من الله أن ينفع بها المريدين وأن يجعلها خالصة لوجهه وذخيرة لي ولهم يوم الدين * Padahal harap aku daripada Allah Ta'ala, bahawa memberi munafaat Dia dengan risalah ini, akan segala orang yang murid, dan bahawa dijadikanNya kiranya akan dia tulus ikhlas bagi zat hak Allah Taala dan petaruhan bagiku dan bagi mereka itu pada hari qiamat. * ورتبتها على مقدمه وأربعة فصول وخاتمة وذكرت فيها المسائل السفية المأخوذ من كتب الصوفيه * Dan aku aturkan akan dia atas satu muqadimah dan empat fasal, satu khatimah dan aku sebutkan didalamnya beberapa masaalah yang tinggi2, yang diambil daripada beberapa kita ali tasauf.

.* مقدمة فى بيان الأشياء ألتى تبطل السالك وتمنعه من وصول إلى الله تعالى * Bermula ini satu muqadimah pada menyatakan segala perkara yang membatalkan ia akan orang yang salik dan yang menegahkan dia, daripada sampai kepada Allah Taala. Ketahui olihmu hai salik. bahawasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada segala maksiat, sama ada maksiat itu bathin atau zahir, dan melepaskan dirimu daripada segala yang membatalkan sulukmu, dan daripada yang menegah dikau daripada sampai kepada Allah Taala. Bermula, segala yng membatalkan suluk itu amat banyak. Setengah daripadanya *كسل * ertinya segan daripada mengerjakan ibadat serta kuasa mengerjakan dia. Kata Abu Dzar: Jamhir barangsiapa berperangai 'kasal', maka tiada diperolih ia akan bahagia didalam dunia dan didalam akhirat. Dan setengah daripadanya *فتور* ertinya lemah daripada mendirikan ibadat sebab bimbang dengan dunia. Dan setengah daripadanya *ملل* ertinya jemu dan puas daripada memperbuat ia berulang-ulang, padahal belum lagi hasil yang dikehendakinya. Syahadan, adalah sebab yang demikian itu sekeliannya kerana kurang iman dan dhoif yaqin dan buta matahati, dan mengikutkan nafsu akan hawanya.

Dan yang menegahkan sampai orang yang salik itu kepada Allah Taala itupun amat banyak jua dan adapun setengah daripadanya *شرك خفى * ertinya syirik yang tersembunyi, iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk kepada makhluk jua, tiada kepada Allah Taala, kerana haqiqatnya segala perbuatan itu sekeliannya terbit dari Allah Taala jua, dan adalah segala makhluk itu seolah2 alat perbuatan AllahTaala, maha suci Allah Taala mengadakan sesuatu dengan alat. Dan setengah daripadanya *رياء* riyak, ertinya memperlihatkan ibadatnya kepada orang yang lain atau menghendaki dengan ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah Taala, jikalau syurga sekalipun. Dan setengah daripadanya *سمعة *sumaah ertinya mengkhabar-khabarkan ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala itu kepada orang supaya dibesar orang dan dimuliakan orang. Dan setengah daripadanya *عجب* ujub, ertinya membesarkan dan membanyak akan ibadatnya, padahal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Taala.

Dan setengah daripadanya *سقط أوله وقوف مع العبادة * ertinya yang mendindingi iaitu memandang ia akan ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah Taala atasnya. Dan setengah daripadanya *حجب* hijab ertinya dinding iaitu dinding ibadatnya daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokannya, kerana tiap-tiap satu amal ibadat itu baginya cahaya dan perhiasan dan keelokannya, maka berhentilah orang salik kepadanya daripada melihat akan perhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia dengannya dan lupalah ia akan Allah Taala, daripada sebab yang demikian itu.
Syahadan, tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala segala perkara bahaya yang tersebut itu, melainkan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allah Taala jua,seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada fasal yang pertama ini. Insyaa Allah Taala...

Seterusnya [Next]:-  الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *

*****************************************************************************************
Ianya merupakan salah satu kitab rujukkan diRumikan oleh Sufi Tauhid

No comments:

Post a Comment