Darul Nafis - Wahdatul Azzat -(شهود الوحد فى الكثره)(شهود الكثرة فى الوحدة)

الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات
(شهود الوحد فى الكثره)(شهود الكثرة فى الوحدة)
(sahadan) (مقام فناءفي الله) ertinya wujudnya pada wujud Allah dan masuklah ia dalam (خطر) / lingkungan yang amat besar kerana belum lagi ia Kamil kerana belum lagi sampai kepada maqam Baka illah (مقام بقاءالله) ertinya kekal dengan dia memandang yang demikian itu dengan di kekalkan Allah taala (bermula) maqam ini iaitu mensabitkan akan wujud segala akuan alam ini dengan memandang dan melihat akan keadaanNya mezohairkan wujud Allah taala (dan) yaitu dua perkara:-

pertama Syuhud Alkasirah filwahdah (شهود الكثرة فى الوحدة) ertinya memandang yang banyak kepada yang satu (yakni)
 pandangmu akan bahawasanya wujud segala makhluk ini Qiam ia dengan wujud (بوجود) Allah taala dengan sendirinya misal seperti kita lihat akan pohon kayu maka kita lihat adalah baginya pohon dan cawangan (dahan) dan daun dan barang sebagainya maka kita tilik dan kita bicarakan dengan fikir HATI bahawa sekelian itu jadi daripada yang satu jua iaitu biji dan demikian lagi alam ini sekeliannya jadi daripada yang satu jua iaitu Allah taala "Fassamal" (فثاءمل) ertinya bicarakan olehmu

Darul Nafis - Wahdatul Azzat - Makam FanaFillah

(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)
(مقام فناءفي الله)


(shahadan) adalah wujud yang lain daripada Allah taa'la itu fana di bawah wujud Allah taa'la maka tiada yang maujud hanya Allah taa'la jua dan wujud alam ini menzohairkan wujud Allah taa'la jua buat misal oleh arif billah kerana menghampirkan kepada paham jua bukan pada hakikatnya (seperti) laut dan ombak dan buih maka laut dan ombak dan buih itu "mazhor" (مظهو)  air jua dan tiada yang mawujud hanya air jua dan tetakala zahir itu dengan rupa bergerak-gerak maka jadi daripadanya ombak dan buih dan tetakala terlalu luas tempatnya air itu jadi ia laut tetapi sekeliannya itu hakikat air jua tiada mawujud pada yang sekeliannya itu hanya air jua meliputi wujud air itu pada laut dan ombak dan buih dan laut maka kembalilah ia kepada air semata-mata
 

Darul Nafis - Wahdatul Azzat

بسم الله الرحمن الرحيم
(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)

Bermula fasal yang keempat pada menyatakan Tauhid azzat ertinya mengesakan Allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi-tinggi maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orang yang arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan mereka itu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga-hingga dan sehabis-habis sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga Nabi Mursalin dan Malaikat yang Muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu Maqam Kunnuhu Zat Allah ta'ala seperti firman allah ta'ala (ويحذركم الله نفسه) ya'ni dipertakuti Allah ta'ala daripada sampai ma'rifatmu akan Kunnuhu zatnya

Darul Nafis - Wahdatul Sifat

بسم الله الرحمن الرحيم
(الفصل الثالث فى بيان توهحيد الصفات)

(Bermula fasal) yang ketiga pada menyatakan Tauhidus sifat (yakni) mengesakan Allah ta'ala pada segala sifat berdiri ia pada zat Allah itu iaitu ibarat daripada fana segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau lainnya sekeliannya fana ia didalam sifat Allah (bermula kifiyat) memandang dan musyahadahkan yang demikian itu iaitu

Darul Nafis - Wahdatul Asma'

الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء


Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tauhidul asma' ertinya mengesakan Allah ta'ala pada segala Nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan
(shahadan) bermula kifiyat mengesakan Allah ta'ala pada segala asmaNya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan mata hatimu bahawasanya segala asma itu kembali kepada ia kepada esa Allah ta'ala yakni segala yang bernama didalam alam ini sekeliannya menzhohir asma iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka sebab itulah kembali segala asma itu kepada yang maujud iaitu Allah Subhanahu Wata'ala dan wujud Allah itu Khodim ia pada segala asma dan zahir ia dengan dia itu satu jua ya'ni bahawasanya segala asyia' itu kezahiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zahir dengan segala asyia' itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul

Darul Nafis - Wahdatul Af'al

* الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *

Bermula fasal pertama pada menyatakan Tauhid Af'al, ertinya mengesakan Allah taala pada segala perbuatan. Ketahui olehmu hai salik, bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau daripada segala bahaya yang tersebut itu melainkan pandang dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini, sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman dan taat, atau jahat pada rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir dan ma'siat, kerana kafir dan ma'siat itu pada haqiqatnya baik jua, kerana terbit dari yang baik iaitu Allah Taala. Dan tiap2 yang terbit daripada Allah Taala itu baik jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua pada rupanya, kerana syara' datang ia mencela akan dia.

Darul Nafis - Karangan As Syeikh Muhammad nafis Ibn Idris Al Banjari



Dengan nama Allah Taala, yang amat murah pada menganugerahi nikmat yang besar-besar lagi amat menanugerahi nikmat seni-seni jua. Aku mulai risalah ini, الحمد لله الذى كرم بنى آدم واصطفى منهم العلماء Bermula segala jenis puji itu tertentu bagiAllah Taala, tuhan yang memuliakan anak adam dan memilih Ia daripada mereka itu akan ulama-ulamak * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan memilih Ia pula daripada merekaitu akan segala yang zahid dan yang hakim dan yang karim * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan melebihkan Ia daripada merekaitu akan segala orang yang mengenal akan zat Allah Taala dan akan segala sifatNya dan segala asma'Nya.

Bila Izrail Datang Memanggil - Antara Harap dan Takut Qada dan Qadar)


Diceritakan daripada Abdullah Al-Maushili radhiallahu-anhu, katanya: Di kampung kami ada seorang yang tongong, namanya Qadhib Al-Ban, ramai orang takut hendak menegur sapa kepadanya kerana kehebatan peribadinya. Dia juga suka menangis orangnya, bila teringat sesuatu dia kerap menangis, sikapnya sungguh pelik sekali.

Kebetulan sekali aku bertemu dengannya di suatu tempat yang terpencil, tiada seorang lain pun di situ, maka aku menggagahkan diri untuk bertanya sesuatu yang memang sudah terpendam lama di dalam hatiku, dan sekarang baru aku mendapat peluang untuk bertanya kepadanya :
 'Apa sebabnya kau suka sekali duduk bersendirian, tidak bercampur dengan orang ramai, dan selalu termenung saja?' kataku kepadanya.