Hidup Di Dunia Fana : Jika Tuhan Menjadikan Ia Terlalu Subjektif

بسم الله الرحمن الرحيم


matrixthirteenth-floor

kredit: theghostdiaries.com

 Bagaimana, jika Tuhan menjadikan hidup ini terlampau subjektif. Anda masuk agama-Nya atau tidak, di dalam dunia anda boleh meneruskan hidup sebagai manusia biasa. Anda menyembah Dia atau tidak, anda masih boleh makan dan minum seperti manusia-manusia yang lain.

Anda percaya kepada Dia atau tidak, jika anda berusaha anda akan kaya dan hidup selesa. Tuhan tidak berminat untuk menyeksa anda di dunia ini. Dia tidak akan cepat memberi anda hukuman supaya menarik anda menyembah Dia walaupun tujuanNya menciptakan anda adalah untuk beribadah kepadaNya – untuk menyembahnya. 

“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepadaku”

(Surah adz-Dzaariyaat ayat 56, AlQuran) 

Apa akan jadi jika hidup ini terlalu subjektif. Perintah-perintah agama dan larangan-larangan agama sesiapa boleh mengambilnya atau tidak mengambilnya. Namun Tuhan sudah berpesan, jika manusia melakukan dosa, maka dia akan diseksa. Jika dia mengumpulkan pahala, maka dia dibalas syurga. Tetapi anehnya Dia tidak terlalu memaksa manusia di dunia ini. Dia membiarkan sahaja.

Orang-orang kafir hidup subur dengan riang gembira. Orang-orang beriman juga boleh hidup subur dengan riang gembira jika mengikut hukum alam yang ditetapkan Tuhan. Siapa berusaha dia akan mendapatkan hasilnya. Maka berebutlah manusia kafir dan beriman mengambil apa sahaja di dunia ini untuk hidup. Untuk makan dan minum. Untuk tertawa gembira.

Apa akan jadi jika hidup ini terlalu subjektif. Hukum di dalam AlQuran boleh diambil manusia atau dibuang manusia, Tuhan tidak peduli. Namun di Hari Pembalasan, Tuhan akan berkira tentang itu. Orang yang membuang hukumNya, Tuhan hanya membiarkan sahaja dia gemuk dan bahagia. Orang yang mengambil hukumNya juga Tuhan hanya memerhatikan sahaja. Dosa pahala sudah pasti. Tuhan Maha Menghitung.

Dalam hidup yang terlampau subjektif, orang beriman jika mahu berjaya mesti ikut hukum alam. Jika mereka menentang hukum alam, mereka akan ketinggalan dari orang kafir. Tuhan tidak menurunkan bantuan atau keistimewaan dek kerana mereka orang beriman. Sunnatullah dan sebab-akibat kekal berjalan. Jika berdoa, doanya akan disimpan di akhirat nanti. Orang kafir atau beriman sama sahaja.

Beza orang kafir dan beriman HANYALAH KETIKA DI HARI PEMBALASAN.

Adakah ini adil?

Adakah ini adil?

Adakah ini adil kepada orang-orang kafir? Tuhan hanya membiarkan mereka melakukan apa saja tanpa menghukum mereka di dunia untuk menyedarkan mereka? Di akhirat nanti, pasti mereka akan merasa ‘tertipu’ dengan diri mereka dan sistem Tuhan yang terlampau subjektif ini. Tuhan, mengapa Engkau tidak hukum kami semasa di dunia?

Kami tidak tahu. Ini bukan salah kami. Kami tidak beriman dan hidup kami makin bahagia makin bahagia. Kami lihat orang beriman makin lama semakin susah dan hina. Mengapa Engkau tidak seksa kami, susahkan kami atau dera kami ketika kami berkafir kepadaMu? Mengapa Engkau tidak jadikan siapa yang beriman akan bahagia di dunia dan yang kafir terus menderita dan sengsara?

Ingat! Dalam hidup yang terlalu subjektif, kamu berkafir atau beriman itu tidak penting. Iman itu tiba-tiba akan menjadi sangat berharga ketika di Hari Pembalasan itu. Di dunia, kamu semua akan hidup secara saksama; beriman atau kafir, siapa berusaha dia akan berjaya. Siapa menentang hukum alam, dia akan sengsara.

Bayangkan jika Tuhan menjadikan hidup ini terlampau subjektif. Siapa yang tidak beriman akan menderita rasa seolah-olah tertipu semasa di dunia di mana kekal hidup bahagia semasa berkafir tanpa ada sesuatu yang menyedarkannya sesaat tentang iman dan Tuhan. Bayangkan jika Tuhan tidak pedulikan kita. Kita berkafir sampai mati dan mendapat balasan sesuai dengan kekafiran kita. Semuanya bergantung pada nasib dan diri sendiri.

Iman ini seolah-olah sesuatu yang abstrak dan tidak dapat dibuktikan manfaatnya kepada manusia yang mengambilnya. Orang yang tidak mengambilnya tetap kaya dan bahagia jika dia berusaha segiatnya. Tetapi ia akan ‘hidup’ di Hari Pembalasan. Di hari itu, iman akan menunjukkan kepada Tuhan, inilah orangnya yang memiliki dirinya.

Tetapi Hari Pembalasan itu sendiri tidak penting untuk orang yang berkafir. Ini kerana mereka tidak percaya kepada Tuhan. Maka Tuhan membiarkan sahaja orang-orang kafir hidup sehingga ke satu masa. Orang-orang kafir itu melihat tiada beza sama ada beriman atau berkafir malah orang yang beriman kadang-kadang (malah selalu) hidup dalam keadaan hina, bodoh dan miskin. Tiada sebab dia harus mengambil iman itu. Tiada bezanya.

Ya, memang tiada beza. Dalam hidup yang terlalu subjektif, beriman atau tidak, tiada bezanya. Kamu hidup sebagaimana manusia hidup mengikut hukum alam. Tetapi tujuan kamu diciptakan masih sama:

 “Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepadaku”

(Surah adz-Dzaariyaat ayat 56, AlQuran)

 

Di Hari Pembalasan, orang yang berkafir akan merasa terpedaya dan amat tertipu. Jika iman itu amat penting, mengapa tiada petunjuk semasa di dunia? Celaka!!

Petunjuk, nabi dan kitab sudah tersedia. Hidayat pasti datang. Nak atau tak nak sahaja. Celaka!! Jika iman itu amat penting, mengapa ia tidak memberi faedah yang benar-benar kepada yang beriman itu?? Mengapa tidak jadikan semua yang beriman itu kaya dan berkuasa?! Supaya kami cepat sedar dan mengambil iman itu!

Dalam hidup yang terlalu subjektif, mahu beriman atau tidak adalah di atas diri masing-masing. Peraturan dan panduan sudah ada di dalam Kitab. Melaksanakannya tidak akan bisa memberimu kekayaan pantas. Tapi itu tanda percaya kepada kata-kata Tuhan. Percaya itu adalah amat mahal.

Dalam hidup yang terlalu subjektif, perbezaan antara berkafir dan beriman tidak wujud sama sekali. Hanya percaya atau tidak, bukti di lain waktu, di Hari Pembalasan. Hanya percaya atau tidak.

Malah, kadang-kadang ia muncul dalam bentuk lebih tragis lagi; yang beriman akan menderita sengsara ketika di dunia dan siapa berkafir akan mudah untuk senang dan bahagia. Semata-mata percaya sahaja. Percaya kepada Tuhan. yang beriman akan melihat hasilnya di Hari Pembalasan, yang berkafir juga akan mendapat balasannya pada hari yang sama.

Adilkah jika hidup yang terlalu subjektif? Tiada faedah khusus untuk yang beriman di dunia, semuanya dibalas di akhirat. Tiada hukuman untuk yang berkafir semasa di dunia, semuanya dihukum di akhirat.

Mati adalah pasti bukan? Tidakkah kematian itu sendiri adalah berita yang paling dasyat bagi setiap yang bernyawa? 

-Hermit

Di dalam dunia ini, manusia tidak tahu bahawa mereka sebenarnya tinggal di dalam satu alam yang tidak pernah terbayangkan oleh mereka. Manusia di dunia berhidup di dalam dunia ini tanpa menyedari bahawa alam yang mereka tahu ini bukanlah sebenar-benarnya berjalan mengikut apa yang mereka fikir selama ini.

Manusia makan, minum, tidur dan pergi bekerja setiap hari.

Mereka, manusia-manusia yang tidak mengetahui apa-apa itu tidak mengetahui, mereka sebenarnya berada di dalam sebuah ‘persembahan cahaya’ yang teramat besar yang menyelimuti seluruh ruang dan kewujudan yang terjangkau oleh akal manusia.

‘Persembahan cahaya’ ini dicipta oleh Penguasa Segala Matrix, gunanya untuk menguji manusia, bahawa kekuasaannya adalah AMAT BESAR DAN MENGGERUNKAN. Selepas manusia-manusia ini mati, mereka akan sedar kembali bahawa mereka sebelumnya berada di alam yang menipu, dan di hadapan mereka adalah kehidupan yang benar-benar realiti, lebih realiti.

‘Persembahan cahaya’ ini benar-benar ‘real’. Bila anda menghirup segelas jus buah-buahan, anda akan merasa teksturnya, bau, suhunya dan rasanya yang lazat. Ia benar-benar ‘real’. Ambil sebilah pisau dan toreh pada lengan anda, anda akan melihat darah keluar dan merasa kesakitan yang benar-benar ‘real’. ‘Persembahan cahaya’ ini direka untuk membohongi manusia supaya mereka merasa ia benar-benar ‘real’.Apabila mereka di’plug-out’, mereka akan sedar bahawa jus buah-buahan dan darah tadi adalah palsu. Mereka sebenarnya tidak meminum apa-apa dan darah tadi kini tiada lagi dan kesakitan telah lenyap. Semua itu hanya wujud di dalam ‘minda’.

Selamat datang ke dunia ‘persembahan cahaya’ paling hebat dalam sejarah. 

THIS IS SHOWTIME! 

 

holouni

 Bermainlah!

Bergembiralah!

Bersuka-sukalah! 

 

DI DALAM PERSEMBAHAN YANG PENUH TIPU

DAYA DAN MUSLIHAT INI!

Adakah alam yang kita berhidup ini adalah benar-benar apa yang kita fikirkan selama ini? Kita dapat melihat, menghidu atau menyentuh. Adakah semuanya, apa yang kita lihat dan sentuh itu benar-benar wujud?

Fikirkan baik-baik, adakah apa yang kita lihat dan kita sentuh itu adalah benar?

Apakah maksud benar itu? Apakah maksud wujud itu?

Maksudnya…

Adakah apabila kita melihat sesuatu itu, dan kemudian menyentuhnya, kedua-dua deria penglihatan dan sentuhan itu benar-benar serentak berpunca dari dalam satu jasad?

Contohnya, kita melihat sebiji pisang dan kemudian kita menyentuhnya.

Adakah ketika kita melihat pisang itu dan bersekali dengan maklumatnya seperti bentuk, warna dan saiznya itu, apabila kita menyentuhnya dan serupa dengan apa yang kita lihat sebelum itu… maklumat sentuhan itu adalah memang ada pada penglihatan pisang pada awalnya?

Adakah anda memahami masalah ini setakat ini?

Dengan kata lain, biar kami katakan kepada anda, bahawa apa yang anda lihat itu – seperti pisang tadi hanyalah sesuatu yang dipancarkan kepada anda – ke dalam minda anda, dan apabila anda menyentuhnya, barulah maklumat seperti ketebalan, lembut atau kasar permukaan pisang itu dipancarkan kemudian kepada anda.

Apa yang anda lihat mula-mula hanyalah satu persembahan cahaya; imaginasi semata-mata.

Selamat datang ke alam semesta berhologram. 

Pengenalan Kepada Konsep Alam Semesta Berhologram 

holouni

 “Anda berfikir dalam dunia 3 dimensi, yang bersumberkan dari dunia 2 dimensi”

 TERUSKAN MEMBACA.

No comments:

Post a Comment