Misteri Riwayat HiperMatriks

بسم الله الرحمن الرحيم


matrix-the

 Alam yang kita berhidup sekarang ini, bukanlah alam yang hakiki. Ia adalah simulasi yang dibina untuk kita oleh Yang Maha Berkuasa sebagai memenuhi KEHENDAK-NYA.

Apakah kehendak-Nya itu?

Semua jawapan itu ada di dalam kitab-Nya. Namun ramai di antara kita hanya membaca atau menghafal saja tetapi tidak memperhalusi mesej-mesej Tuhan di dalamnya.

Apa yang ingin Dia beritahu kepada manusia.

Beribu-ribu tahun lamanya… dari makhluk Neanderthal sehingga manusia Adam, Tuhan ‘menyuntik’ mesej-mesej ini ke dalam Alam MATRIKS ini dengan pelbagai cara.

Di antara.. hanya untuk memberikan petunjuk bahawa…

Di sana… 

ADANYA ALAM HIPERMATRIKS!

hiper1

 

Apakah alam hiperMatriks itu? Alam hipermatriks adalah alam atau ruang yang di luar normal. Maksud di luar normal ialah ianya terletak di luar ruangmasa yang manusia berhidup sekarang.

Namun ianya bukan ‘outerMatriks’. Ini kerana ianya masih di dalam Matriks. Hanya Sang Pengaturcara (The Programmer) sahaja yang berada di luar Matriks.

Ianya adalah Matriks yang lain, namun bukanlah Matriks yang manusia faham dan berhidup di dalamnya… 

Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau berkaitan topik berkaitan.

Di antara alam-alam hipermatriks itu adalah yang dinamakan ‘syurga’. Syurga secara mudahnya adalah tempat di mana para manusia yang membawa amalan baik ditempatkan setelah kehidupan di dunia. Ia adalah ganjaran dan pembalasan baik kepada mereka di atas kepatuhan mereka kepada Tuhan.

Menurut keterangan Al-Qur’an bahwa luasnya syurga itu, seluas tujuh langit dan bumi. Dan syurga itu, bertingkat tujuh, dari tingkatan yang rendah sampai tingkatan tinggi, semua itu disediakan untuk membalas amal perbuatan orang-orang mukmin, sesuai dengan hasil amal perbuatan masing-masing, dalam melakukan ibadat maupun menjauhkan maksiat. Baik amal ibadat kepada Allah maupun amal baik kepada sesama manusia, sebagaimana Firman Allah :

“Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi.” 

Holographic-Universe

Firman Allah dalam ayat lain :

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”

Dengan keterangan-keterangan ayat-ayat seperti ini, dapat kita mengetahui, bahawa luas atau lebar syurga, beberapa kali besar dari langit dan bumi. Ertinya beberapa kali luas dari bumi dan dari langit-langit yang tujuh.

Menurut Al-Qur’an bahawa setelah hari kemudian, setelah selesai semua manusia dihisab, di hadirat Allah, tidaklah mereka akan tinggal menetap lagi di bumi ini. Setelah amal mereka di periksa oleh Allah, dan ditimbang dengan seadil-adinya, di dalam sidang mahkamah agung Illahi, setelah di periksa amalnya masing-masing, mereka akan diseberangkan ke alam lain, ke Syurga atau ke Neraka.

Di Padang Mahsyar mereka telah mendapat surat putusan, dalam surat mana diterangkan, bahawa ke Syurga kah ia, atau ke Neraka. Hanya Tuhanlah yang memutuskan perkaranya itu. Hal ini pun bergantung kepada amal perbuatan mereka masing-masing, tatkala mereka hidup di dunia. Yang dimaksud dengan kata Syurga, adalah ia suatu tempat kemenangan dan tempat kesenangan. Dia adalah beberapa negeri yang sangat besar, yang berada di luar angkasa bumi, yang pada hakikatnya cuma Allah saja yang Maha Mengetahui. Disitulah tempat bersenang para orang mukmin, orang-orang soleh, para wali-wali, alim ‘ulama, dan para ambiya’ setelah mereka berada disitu.

spacetime

Disitu mereka bebas dan aman hatinya, mereka tidak usah melakukan ibadat lagi, tidak usah puasa dan sembahyang lagi, ditempat itu mereka tidak usah pusing kepala memikirkan keperkuan hidup sehari-hari. Mereka bebas dari perasaan bingung dan susah.

Tentang keindahan Syurga telah di terangkan berulang-ulang di dalam Al-Qur’an, di dalam surat Al-Waqi’ah, surat Al-Rahman, surat Al-Insaan dan lain-lainnya, maka : Barang siapa suka meneliti Al-Qur’an satu persatu, akan bertambah jelas baginya, bagaimana yang hakikatnya keadaan Syurga itu, dan bagaimanakah keadaan manusia hidup di situ.

Cuba kita ikuti keterangan beberapa ayat Al-Insaan sebagai berikut :

“Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.”

“Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.”

“Di dalamnya mereka duduk bertelakan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.”

Demikianlah keterangan ayat surat Al-Insaan.

 Syurga Sebagai Alam Hipermatriks

sky night

Kita tidak tahu di manakah syurga itu. Ini bermakna ia adalah satu sistem ruangmasa yang di luar Matriks kita, manusia yang berhidup di dunia ini.

Ini ditambah pula ciri-ciri atau keadaan syurga itu sendiri yang luarbiasa dan di luar imaginasi manusia. Memang manusia boleh membayangkan semampunya apabila membaca atau mendengar para ilmuwan agama membahaskan tentang syurga itu, namun keadaan sebenarnya tidaklah manusia benar-benar mengetahuinya. Maka ini menguatkan lagi bahawa syurga itu adalah satu program lain yang menjelma sebagai satu sistem ruangmasa lain yang di luar Matriks kita


No comments:

Post a Comment