Pencari Lailatul Qadar daripada Kitab Jauharul Mauhub

Dan berkata qil: Bahawasanya malam lailatul Qadar itu berpindah ia,tidak tetap ia pada malam yang tertentu, maka terkadang da ia pada 21 dan terkadang ada ia pada malam 25. Demikianlah dan atas perkataan ini menjalani oleh orang sufi dan menyebut mereka itu akan qaedah bagi demikian itu, iaitu:-

Jika adalah awal puasa pada hari Juma’at, malan malam lailatul qadr malam 29
Dan jika awal puasa pada hari Sabtu, maka iaitu malam 21
Dan jika awal puasa pada hari Ahad, maka iaitu malam 27
Dan jika awal puasa pada hari Ithnin, maka iaitu malam 29
Dan jika awal puasa pada hari Selasa, maka iaitu malam 25
Dan jika awal puasa pada hari Rabu, maka iaitu malam 27
Dan jika awal puasa pada hari Khamis, maka iaitu malam 21
Dan jika awal puasa pada hari Sabtu, maka iaitu malam 21

Dan telah memilih Nawawi di dalam Majmu’ dan Fatwa akan Qaul dengan berpindah, dan katanya di dalam Ramdhan, dan iaitu yang kuat (Bajuri)
Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab
Maka Jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu, maka malam lailatul Qadr malam 29
Dan jika awal puasa pada hari Ithnin maka iaitu malam 21
Dan jika awal puasa pada hari Selasa atau Juma’at maka iaitu malam 27
Dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam 25
Dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka iaitu malam 23

Dan kata Abu Al Hassan ‘Dan Pada masa sampai aku akan tahun, lagi-lagi tiada luput akan daku malam lailatul Qadar dengan ini qaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi.

Bagi mereka yang menemui malam lailatul qadar, doakan semua para sahabat kita yang lain agar mereka menemuinya lagi pada tahun-tahun yang mendatang sehingga ke akhir hayat.

Penentuan Awal Puasa - wujudul hilal وجود الحلال (munculnya bulan sabit).

No comments:

Post a Comment