Ehwal Kubur - Fasal pada menyatakan Malaikat yang dahulu daripada Munkar & Nangkir


Daripada Abdullah bin Salam, masuk atas mayat itu malaikat dahulu daripada masuk malaikat Munkar and Nangkir, berkilat2 cahaya mukanya seperti matahari iaitu namanya Rauman. 
Masuklah ia atas mayat kemudian  duduk ia maka berkata ia bagi mayat itu, suratkan olehmu barang yang engkau amalkan daripada sekelian kebajikan dan daripada segala kejahatan, 
Maka berkata mayat itu  dengan apa suatu yang aku suratkan demikian qalamku dan dakwatku,?
Maka berkata  ia baginya, air liur engkau itu dakwatnya dan qalam engkau itu anak jari engkau. 
Maka berkata mayat itu atas apa suatu yang aku suratkan? 
Maka dipotongkan daripada kain kapannya akan suatu kerat dan memberi ia akan dia maka berkata malaikat, inilah hamparan tulisan engkau. 
Maka menyuratlah ia akan barang yang beramal ia didalam dunia daripada kebajikan semuanya dan apabila sampai kepada amal kejahatan, malulah ia daripadanya. 
Maka berkata malaikat, hai orang yang berdosa, kerana apa engkau tidak malu daripada orang yang menjadikan dikau sekira-kira engkau berbuat akan dia didalam dunia dan malu engkau daripada aku sekarang?. 
Maka mengangkat oleh malaikat itu akan tongkat dan memukul akan dia, sehingga berkata oleh hamba itu, angkatkan olehmu daripadaku akan pukul ini aku suratkan akan segala kejahatan maka menyuratkan didalamnya akan sekelian kebajikan dan sekelian kejahatan. 
Kemudian menyuruh ia akan dia bahawa mengulung ia akan dia dan "metrai" ia akan dia dan berkata ia dengan apa suatu yang aku "metrai" akan dia?. Berkata malaikat "metraikan" oleh mu dengan kuku engkau dan mengantung akan dia di gantung pada leher shingga hari kiamat. 
Seperti Firman Allah yang ertinya " bermula tiap-tiap manusia itu kami lazimkan akan dia akan suratan amalnya pada tengkoknya dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat akan kitab yang berjumpa ia akan dia padahal terbuak ia kemudian daripada yang demikian itu oleh mungkar dan nangkir seperti demikian itulah dan apalbila melihat oleh orang yang derhaka itu akan kitabnya pada hari qiamant.
Maka tiba-tiba menyuruh akan dia oleh Allah Taala dengan membaca ia akan segala amal kebajikannya maka apabila sampai kepada segala kejahatan diam ia, Maka firamn Allah Taala kerana apa tidak engkau membaca?
Maka berkata ia aku malu daripada engkau.
Maka berfiramn Allah Taala kerana apa engkau tidak malu didalam dunia dan pada sekarang engkau malu daripda ku, maka menyesallah oleh hamba itu dan tiada memberi menafaat  akan dia oleh menyesal itu maka firman allah taala ambilah oleh mu hai Zabaniah akan dia dan balingkan olehmu akan dia kemudian masukkan olehmu akan dia Neraka Jahim.

Ehwal Kubur - Talkin

Bila Izrail datang Memanggil - Seru daripada Langit

No comments:

Post a Comment