Bila Izrail Datang Memanggil - Keluar Nyawa Daripada Badan



Makam Puteri Rasulullah

Apabila hamba itu hampir mati, masuk atasnya empat orang Malaikat.
1) Memberi salam السلام عليكم akan malaikat yang pertama dan berkata, aku yang diwakilkan dengan rezeki engkau, aku tuntut dalam bumi daripada masyrik dan magrib, tiada aku dapat daripadanya rezeki engkau akan suatu jua pun.
2) Memberi salam السلام عليكم akan malaikat yang kedua dan berkata, aku yang diwakilkan dengan minuman daripada air dan lainnya, aku tuntut dalam bumi daripada masyrik dan magrib, tiada aku dapat
daripadanya minuman  engkau akan satu titik jua pun.
3) Memberi salam السلام عليكم akan malaikat yang ketiga dan berkata, aku yang diwakilkan dengan Nafas engkau, aku tuntut dalam bumi daripada masyrik dan magrib, tiada aku dapat akan satu nafas daripadanya nafas engkau.
4) Memberi salam السلام عليكم akan malaikat yang keempat dan berkata, aku yang diwakilkan dengan Ajal  engkau, aku tuntut dalam bumi daripada masyrik dan magrib, tiada aku dapat daripadanya selain daripada  engkau.
Kemudian masuk atasnya Malaikat Kiraman Katibin daripada pihak kanan dan kiri. Memberi salam السلام عليكم akan Malaikat Kiraman, hai hamba Allah aku malaikat yang diwakilkan dengan amal engkau yang baik, maka dikeluarkan ia akan "shoifat"/kitab amalan yang bercahaya-cahaya dan katanya tilik oleh mu kepada amal engkau, dan pada ketika demikian itulah suka dan berseri-seri muka hamba itu.
Memberi salam السلام عليكم  pula akan malaikat Katibin, hai hamba Allah aku malaikat yang diwakilkan dengan amal engkau yang dinamakan kejahatan, maka dikelurakan ia akan "shoifat"/kitab amalan yang hitam dan katanya tilik oleh mu kepada amal engkau, dan pada ketika demikian itulah mengalir peluhnya dan kemudian dia memalingkan mukanya ke kanan dan kekiri kerana takut akan membaca amal yang dinamakan kejahatan.
Kemudian mengulung ia akan amalan itu dan mencampakkan ia ke sebelah kirinya, berpalinglah Malaikat Katibin.

Maka masuk Malaikat Maut itu berserta Malaikat  Rahmat di kanannya dan Malaikat Azab di kirinya, keluarlah nyawanya itu dalam keadaan yang berbeza-beza antara satu sama lain, dengan cara yang mengazabkan seperti mencabut pokok dari bumi, pada setengahnya seperti air yang mengalir (dipermudahkan atas RahmatNya Jua).
Apabila sampai rohnya pada halkum, mengambil oleh malaikat maut akan ruhnya, jika ia daripada ahli bahagia, menyerahkan nyawa ia kepada Malaikat Rahmat, dan jika ia daripada ahli celaka diserahkan nyawa itu kepada Malaikat Azab dan dihantarkan ke hadapan "Hadrat Roobil Alamin".
Jika ia adalah daripada nyawa ahli bahagia, maka firman Allah Taala, kembali oleh kamu akan dia kepada badanya hingga menilik ia barang yang ada ia daripada jasad, kemudian di bawa turun oleh Malaikat itu dan serta mereka itu ruh maka dihantarkan oleh mereka itu akan dia kepada pertengahan rumahnya, menilik ia akan orang yang dukacita ia atasnya dan akan orang yang tiada dukacita atas kematiannya. Kemudian ia kembali kepada kubur, maka firman Allah Taala bahawa kembalikan ruh itu kepada jasadnya seperti didunia dahulu. Bersalah-salahan pendapat ulamak dan yang disoal itu pada ruh dan bukan pada jasad.

Makam Isteri-Isteri Rasulullah
Setengah ulamak menyatakan, masuk ruh itu pada jasad hingga didadanya dan berkata yang lain antara jasad dan kapannya, yang mana ia menerima azab kubur.
 
Barang siapa berkehendak ia melepaskan daripada azab kubur maka atasnya bahawa melazimkan empat perkara :-
1. Memelihara Sembahayang
2. Bersedekah
3. Membaca Quran
4. Membanyakkan Tasbih maka bahawasanya segala perkara ini menerangkan kubur dan meluaskan kubur.
Dan Menjauhi empat perkara:-
1. Dusta
2. Khianat
3. Mengadu domba
4.Suci daripada air kencing, seperti sabda Nabi s.a.w "Suci oleh kamu daripada kencing maka bahawasanya kebanyakkan azab kubur itu daripadanya."
Kemudian turun oleh malaikat yang sangat keras kelakuannya keduanya iaitu Malaikat Mungkar dan Nangkir lalu duduk  disisi mayat maka bertanyalah keduanya dengan katanya " Siapa Tuhan Kamu? dan Siapa Nabi Kamu ? dan apa Agama kamu? dan Apa Qiblat kamu? dan siapa saudara kamu?
Jika mayat itu orang yang berbahagia maka jawabnya:-
Bahawa Tuhanku itu Allah dan Nabiku Muhammad alaihi salam, dan Agamaku itu Islam, dan Imamku itu Quran dan  Qiblatku Kaabah dan saudaraku itu segala mukmin dan segala muslim. Bertanya Malaikat itu, apa engkau kata pada kami yakni Muhammad?. Berkata ia iaitu Rasulullah yang diturunkan atasnya Quran dan aku percaya dengan dia dan aku membenarkan akan dia maka diseru oleh pihak langit, telah benar hambaku ini.
Maka berkatalah kedua malaikat itu  tidur oleh mu akan tidur, buka olehmu keduanya bagi mayat itu suatu tingkap disisi kepala mayat maka meniliklah ia akan tempat duduknya didalam Syurga kemudian kembalilah kedua malaikat itu serta ruhnya kepada langit dan menjadi  oleh keduanya akan ruh itu didalam bekas yang digantung dengan Arsy Allah.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w berfirman Allah Taala tiada dikeluarkan akan seorang hamba dariapda segala hamba ku dariapda dunia dan pada hal aku kehendaki bahawa mengampuni baginya melainkan aku mengurangkan akan amal yang dinamakan jahat dengan sakit pada badannya, atau dikurangkan rezeki kehidupannya, Dan jika ada lagi dosanya maka aku sakitkan atasnya ketika hendak mati hinggalah berjumpa ia akan aku dengan suci daripada dosanya. 
Dan demi kekerasanKu, demi kebesaranKu tiada aku keluarkan seorang hamba ku daripada segala hamba ku dan pda hal aku menghendaki tidak akan mengampuni  baginya, melainkan aku sempurnakan akan dia dengan tiap-tiap kebaikkan daripada segala amal dengan sihat badannya dan kesukaannya, keluasan rezekinya, nescaya jika tinggal satu kebajikannya, maka dimudahkan ketika hendak mati, maka ketika berjumpa dengan aku tiada suatu kebajikan baginya.

Bahawa orang yang mukmin apabila adalah ia hendak meninggal dunia dan berhadap ia atas Akhirat nescaya turun lah atasnya oleh segala malaikat daripada langit, yang putih rupa mukanya seolah-seolah matahari membawa mereka kain kapan daripada syurga, maka duduklah mereka disinya, kemudian datanglah malaikat maut duduk disisi kepalanya dan berkata, keluar olehmu hai Nafsu Muithmainah kembali oleh mu keampunan Allah dan keredoannya. Maka keluarlah roh daripada badan seperti air yang mengalir, lalu dikapan dengan kain syurga, keluarlah haruman seperti haruman kasturi. Maka hairanlah segala malaikat akan haruman ini dan kataNya inilah roh.... lalu disambut oleh para malaikat yang lain dengan menyeru sebaik-baik nama didunia yang ada ia dan dibukakan lah pintu-pintu langit. Di araklah oleh Malaikat sehinga ke pintu langit ke tujuh, menyerulah oleh yang menyeru daripada pihak Allah Taala (Malaikat Rahmat) "Surat olehmu akan satu suratan pada "Allian" dan kembalilah oleh kamu akan dia kepada bumi.

Firman Allah " Daripada bumi itu aku jadikan kamu dan didalamnya aku kembalikan kamu dan daripadanya aku keluarkan kamu.

Jika ada ia daripada orang yang celaka, apabila adalah ia hendak meninggal dunia dan berhadap ia atas Akhirat nescaya turun lah atasnya oleh segala malaikat daripada langit,  membawa mereka pakaian daripada Azab, maka duduklah mereka disinya, kemudian datanglah malaikat maut duduk disisi kepalanya dan berkata, keluar olehmu hai Nafsu Terhina keluarlah kamu kepada Kemurkaan Allah. Maka bercerai berai ruhnya itu akan jasanya, maka dikeluarkan ruhnya daripada badannya seperti keluar duri berkait-kait pada bulu yang basah, maka melaknatlah mereka oleh tiap-tiap sesuatu yang berselisih dengannya, antara bumi dan langit, maka mendengar tiap-tiap sesuatu kecuali Jin dan Manusia. Maka dibawa ke langit dunia, lalau ditutup segala pintu-pintu langit, menyerulah oleh yang menyeru daripada pihak Allah Taala  "kembalilah oleh kamu akan dia kepada bumi dan kubur dengan kehinaan". Maka datanglah Malaikat Mungkar dan Nagkir dengan huru - hara dan suara keduanya seperti guruh, mata keduanya seperti kilat yang menyambar, dan bertanyalah seperti yang tersebut diatas, kerana kafir ia maka tiada ia menjawab, lalu  menyeru pihak kuburnya, pukulah ia, maka memukulah malaikat dengan besi (yang mana seluruh manusia di dunia tidak mampu mengangkatnya) lalu dinyalakan akan kuburnya itu akan api, disempitkan kuburnya sehingga bertemu dua tulang rusuk. lalu datang seorang yang keji lagi busuk baunya - itulah amalannya ketika di dunia. Maka dibukakan satu pintu daripada pintu  neraka dan  terazablah ia sehingga dibangkitkan.

Sabda Rasulullah empat orang yang menerima Nur Rasululah itu ialah orang yang memberi makan kepada orang yang lapar, atau membelanjakan harta kepada perang fi sabilillah, menolong ia akan orang yang dhiof atau menolong orang yang kena zalim. Sesungguhnya kebanyakkan azab kubur itu ialah kerana meninggalkan empat perkara ini.

Seterusnya [Next]:- Ehwal Kubur - Ruh Melawat Jasad dan Kubur

Seterusnya [Next]:-Bila Izrail Datang Memanggil - Antara Harap dan Takut Qada dan Qadar)

No comments:

Post a Comment