Ehwal Mimpi

 
48:27
Surah Al Fatah : 27
   "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjid Haram, Insyaa Allah dalam keadaan aman."  

12:4
Surah Yusuf : 4
 "Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang"


Nabi s.a.w Bersabda:-
Setelah aku, tidak ada lagi kenabian kecuali khabar-khabar gembira yang dilihat dalam mimpi   
oleh sesorang mukimin atau ia diperlihatkan kepadanya"
10:64
Surah Yunus : 64
"Bagi mereka berita gembira didalam kehidupan di dunia dan di akhirat."


Sabda Nabi s.a.w:-
Orang yang bermimpi melihat aku, bererti ia benar-benar melihat aku, sebab syaitan tiak akan menyerupai seperti aku.


Surah Yusuf : 108
12:108
"Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan Basyirah."

Syaitan tidak akan mampu menjelma menjadi semua cahaya cahaya seperti ini, sebagaimana yang dikatakan oleh penyusun Kitab Al Muzhir” Syaitan tidak mampu menjelma bukan hanya pada Nabi s.a.w sahaja, tetapi juga pada setiap saluran hikmat, kasih sayang dan hidayah, seperti para Nabi, para Wali, Malaikat, Kaabah, Matahari, Bulan, awan putih dan sebagainya, sebab Syaitan adalah penyaluran sifat Al Qahru (yang Memaksa) ia tidak akan menjelma kecuali pada bentuk-bentuk nama-nama yang menyesatkan.
Orang yang berada pada penjelemaan nama-nama Al Hadi (Pemberi Petunjuk) tidak akan dapat menjelma dalam penjelmaan Al Mudhil, kerana sesuatu yang berlawanan tidak akan muncul pada lawannya.
Seperti air dengan api. Api tidak akan beralih rupa menjadi air. Begitu pula sebaliknya, sebab antara air dan api terdapat perbezaan zat yang saling bertolak belakang. Dan allah membedakan antara hak dan batil, antara benar dan salah sebagaimana dalam Surah Ar Ra’ad : 17
13:17
"Demikian Allah membuat perumpamaan bagi yang benar dan yang batil."

Adapun penjelmaan syaitan dengan rupa ketuhanan dan pengakuan ketuhanan, hal itu boleh terjadi kerana sifat Allah adalah Jalal dan Jamal (Aggung dan Indah).
Syaitan boleh menjelma dengan sifat Jalal, kerana sifat Jalal adalah penjelmaan dari nama Al-Qahru. Dan lahirnya penjelemaan ketuhanan dan pengakuan ketuhanan adalah bersumber dari nama Al-Mudhillu sahaja. Syaitan menjelma dengan rupa ketuhanan bersumber dari al-Mudhil sahaja. Ia tidak akan mampu menjelma dengan perjelmaan nama yang terpadu, kerana nama yang terpadu bersumber dari petunjuk.

Dalam hal ini para ahli tarikat mempunyai perbahasan yang sangat luas, Firman Alllah “ Dengan penglihatan hati (basyirah) aku dan orang-orang yang mengikuti (setelahku), menunjukkan kepada Mursyid pewaris sempurna, iaitu Al-Irsyad. Kalimat setelahku dari ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai pandangan batin, seperti padangan batinku dari satu arah, iaitu orang-orang yang ,mendapat wilayah-kamilah, iaitu para wali.
Surah Al Khaf : 17
18:17
"Pemimpin yang dapat memberi petunjuk."

Ketahuilah mimpi itu ada dua macam
Mimpi Afaqi
Mimpi Anfusi

Masing masing terbagi dua, anfusi dari akhlak yang terpuji atau akhlak yang tercela, seperti melihat bidadari, istana-istana, pemuda-pemuda pelayan syurga, lapangan cahaya yang putih, seperti matahati, bulan, bintang dan sebagainya. Ini semua berkaitan dengan sifat hati.

Adapun yang berkaitan dengan nafsu Muthma’innah:-

Bermimpi melihat haiwan yang halal dagingnya atau burung-burung, kerana kehidupan nafsu Muthma’innah di suryga bersumber dari jenis-jenis tadi.
Adapun sapi maka ianya datang dari syruga kepada Nabi Adam a.s untuk bertani di dunia.
Unta datang dari syruga untuk memperindahkan Kaa’bah yang zahir dan yang batin.
Kuda sebagi alat untk perang kecil dan perang besar. Semua itu adalah untuk akhirat.

Nabi s.a.w bersabda
"Kambing itu diciptakan dari madu syurga, sedangkan sapi diciptakan dari za’faron syurga. Unta dari cahaya syurga dan Kuda dari angin syurga."

Maka Baghal itu diciptakan dari sifat muthma’innah yang terendah, bererti orang yang bermimpi itu malas dalam beribadah dan nafsunya berat.

Keldai diciptakan dari batu-batu syurga. Ia diciptakan untuk keperluan Nabi Adam a.s dan keturunnya di dunia dalam rangka mendapatkan darjat akhirat.

Adapun yang berbicara dengan ruh yang merupakan khitab manusia yang sangat elok itu adalah menjelma dari cahaya ketuhanan, kerana ahli syurga seluruhnya dalam rupa yang sangat indah
Sabda Nabi s.a.w
Ahli syurga adalah elok, mereke bercelak
Sabda Nabi s.a.w
Aku melihat tuhanku dalam rupa pemuda yang sangat elok.

Sebahagian ulama mengatakan yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah Tajalli, iaitu tuhan bertajlli dengan sifat ketuhanan pada cermin ruh yang disebut Tiful Ma’ani ia adalah pembimbing jasad menjadi perantaraan antara manusia dengan tuhan.
Iman Ali r.a berkata: Kalau tidak ada bimbingan Tuhanku, aku tidak akan mengenal Tuhanku. Bimbingan batin idi ada kerana adanya pembimbing zahir, iaitu ahli talqin, mereka adalah para penerang hati dan jasad.

Surah Al Mu'kmin :15
"Allah mendatangkan ruh atas perintahnya kepada siapa sahaja yang ia kehendaki dari hamba-hambanya."

Iman Ghazali berkata:-
Sebenarnya boleh terjadi sesorang bermimpi melihat tuhan di waktu tidur dalam rupa yang sangat indah dan ukhrawi.
Ini berdasarkan ta’wil tersebut tadi, kata iman Gahazali pula:-
Pembimbing ruh ini adalah sebuah perumpamaan yang diciptakan oleh Allah s.w.t sebanding dengan kesiapan orang yang melihat itu sendiri. Yang telihat dalam mimpi itu bukan hakikat zat Alah, kerana zat Allah bersih dari segala rupa.
Begitu juga melihat Nabi s.a.w, tolok ukurnya sama, Nabi boleh sahaja dilihat dalam mimpi dengan rupa yang berbeda-beda sesuai dengan kadar kemampuan yang bermimpi itu sendiri.

Adapun bimbingan arwah adalah Ruh Jismani membimbing pada Jasad,
Ruh Rowani membimbing di dalam hati,
Ruh Sultani membimbing di dalam mata hati.
Ruh Al-Qudsi membimbing sirri yang merupakan perantaraan antara manusia dengan Allah, dan sebagai penterjemah dari Allah kepada Makhluk, kerana Ruh Al-Qudsi adalah keluarga Allah dan Mahram-Nya

Adapun mimpi yang muncul dari akhlak yang tercela bersumber dari nafsu Amarah, Lawwamah dan Mulhimah:-
Harimau melambangkan sifat ujub, sombong kepada Allah merasa besar diri di hadapan Allah.
Surah Al-A’raf : 40
7:40
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali bagi mereka tidak akan dibukakan pintu-pintu langit dan tidak pula mereka masuk syurga hingga unta masuk ke lobang jarum."

Singa melambangkan sifat sombing dan mengaggungan diri pada manusia lain.
Beruang melambangkan sifat pemarah dan selalu ingin mengalahkan orang dibawahnya.
Serigala melambangkan sifat suka memakan barang yang haram dan syubahat tanpa mampu membedakannya.
Anjing melambangkan sifat hubbud dunia (cinta dunia), memaksa dan marah kerana urusan duniawi
Babi melambangkan sifat dendamm dengkim tamak dan mengikuti syahwat.
Kelinci melambangkan sifat suka berhelah dan tipu daya
Musang seperti halnya kelinci tetapi musang biasanya lebih banyak lobanya.
Kucing melambangkan sifat kikir dan munafik.
Ular melambangkan sikap menyakiti orang lain dengan lisan, mengejek-ejek dan bohong.
Kala Jengking melambangkan sifat suka menjeling, menakut-nakuti dan mengadu-domba.
Tabuan melambangkan sifat suka menyakiti orang lain dengan lisan secara sindiran.

Jika si salik bermimpi memerangi binatang-binatang tadi dan ia mampu mengharcurkan secara total, ber-erti ia sudah meninggalkan keburukan secara total.

Surah Muhammad : 2
47:2
"Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keaadan mereka."

Dan bila mana seorang salik bermimpi melihat binatang-binatang tadi berubah menjadi manusia, ini menunjukkan bahawa keburukkannya telah diganti dengan kebaikkan.

Surah Al Furqan : 70
"Dan orang-orang yang taubat, beriman dan beramal soleh, maka kejahatan mereke digantikan Allah degan kebajikan."

Terkadang Nafsu Amarah terlihat di dalam mimpi dengan rupa orang kafir.
Nafsu Lawwamah dengan rupa seorang Yahudi
Nafsu Muthma’innah dengan seorang Nasrani.

Wassalam dan Selamat Menyambut Bulan Rejab...........

Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Keluar Nyawa Daripada Badan

No comments:

Post a Comment