NurKasih

بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengahasani)

Maka tetakala dikehendaki Allah Taala menjadikan lembaga Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak Taala kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digengamnya segengam daripada bumi itu dengan gengaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia pada alam Malakut adalah tanah yang digengam itu pilihan daripada segala tanah, maka dengan haq Allah Taala tanah segengam itu dengan beberapa rempah-rempah, bau-bauan, daripada Nur Sifatnya, maka diturunkan Allah Taalah hujan atas tanah yang segengam itu.


Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka dijadikan lembaga oleh hak Allah Taala akan tanah yang satu gengam itu dengan berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam malakut itu maka dihantarkan ia lembaga itu pada pihak Qudrat yang antara medan “azali” dan “abaad” hingga berlakulah atas segala sabit yang tersebut daripada "israkulalzat" dan segala alam yang tersebut daripada qamar al-sifat, tetapi tiada menzahirkan dan tiada mashur namanya dan segala perinya pada segala malaikat dan segala jin seperti firman allah yang maksudnya”sesungguhnya telah datang atas adam sesuatu masa yang tidada ada ia sesuatu yang disebut akan dia yakni adalah berlalu atas lembaga adam kira kira 120 tahun lamanya iaitu:-

Pada tanah yang bercampur dengan air kira-kira 40 tahun lamanya.

Pada tanah kering kira-kira 40 tahun lamanya.

Pada tanah hitam busuk kira-kira 40tahun lamanya.


Setelah itu maka dipersalinkan hak taala akan lembaga itu dengan persalinan kemuliaan, maka terdidinglah penglihatan segala malaikat daripada melihat hakikat rupa lembaga itu daripada melihat yang dijadikan allah Taala denga kemulianya dan Samad dan Jalalnya dan Jamalnya dan Zatnya pada menyempurnakan akan kejadian lembaga Nabi Allah Adam,


Maka adalah tilik segala malaikat kepada lembaga itu dengan tilik kehinaan pada penglihatan meraka itu kerana kurang makrifat mereka itu akan kebesaran dan martabat lembaga itu. dan dibutakan Allah Taala akan mata Iblis daripada melihat segala rahsia didalam lembaga nabi allah adam itu hingga dibesarkan dirinya daripada lembaga itu.

Berkata segala ulama tetakala dikehendaki allah taala menjadikan nabi allah adam, maka ia berfirman seperti yang tersebut didalam alquraan yang ertinya, pada ketika firman tuhan engkau bagi segala malaikat bahawa sesungguhnya aku hendak menjadikan insan daripada tanah, maka firman allah taala kepada Jibril Alaisalam, Hai Jibril, pergilah engkau ke bumi ambil olehmu tanah daripada segala bumi. Aku hendak menjadikan suatu kejadian daripdanya. maka Jibril pun turunlah ke bumi lalu hendak diambilnya akan tanah daripada bumi itu maka disumpah oleh bumi akan dia serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka, maka Jibril pun kembalilah kehadrat Allah, maka dipersembah Jibril, Ya Tuhanku engkau jua yang mengetahui bahawa hambamu disumpah oleh bumi...


Setelah itu maka dititahkan Allah akan Mikail pun mengambilnya akan bumi itu, maka Mikail pun pergilah lalu hendak diambilnya akan bumi itu maka lalu disumpahnya oleh bumi tu akan ia. Maka ia pun kembali ke hadrat Allah Taala serta sembah ia seperti sembah Jibril itu jua.


Setelah itu maka titahkan Allah Taala akan Israfil pula mengambil akan bumi itu, maka Israfil pun pergilah lalu hendak diambil akan bumi itu maka lalu disumpahi akan dia, maka ia pun kembali ke hadrat Allah Taala serta sembahnya seperti sembah Mikail itu jua.

Setelah itu maka dititahkan Allah taala akan Izrail pula, maka Izrail pun pergilah ke bumi hendak mengambil tanah daripada bumi itu, maka disumpahnya oleh bumi juga akan dia. Seperti sumpahan akan Jibril ["serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka"] Maka kata Izrail hai bumi tiada dengan kehendak aku yang aku ambil daripada mu maka dihantarkan tangannya daripada Musyrik hingga sampai kepada segala bumi maka diambilnya lah daripada segala jenis tanah itu daripada tanah putih, merah, hitam, kuning, kelabu, dan barang sebaginya maka sebab itulah jadi berlain-lainan rupa pada tubuh nabi allah adam.


Maka dibawa oleh Izrail akan tanah itu kehadrat Taalah serta sembahnya, Ya Saidi Ya Maulana engkau jua tuhan yang terlebih mengetahui akan hal hambamu disumpah oleh bumi inilah tanah yanga ku ambil daripadanya. Maka Firman Allah Taala, hanya Izrail telah aku ketahui engkau disumpahnya, tetapi sumpahanya itu aku tolakkan daripada mu kerana engkau mengerjakan suruhku dan aku serahkanlah kepada mu mengambil NYAWA segala yang aku jadikan itu, maka sembah Izrail , ya Tuhanku jika yang sedemikian itu jadi berseterulah mereka dengan hamba mu ini.? Maka firman Allah Taala, hai Izrail tiada dapat berseteru mereka itu akan dikau kerana aku jadikan baginuya suatu sebab, dengan mati dibunuh, mati dimakan binatang atau mati lemas didalam air atau mati dengan sesuatu penyakit akan dia.

Setelah itu Firman Allah Taala kepada Malaikat, ambil olehmu air empat bagi (bahagian), cucurkan kepada tanah itu, maka Malaikat pun pergilah ke dalam surga mengambil ia air manis, air masam, air putih dan hanyir dan cucur seperti friman allah taala dalam hadis qudsi, yang ertinya aku “hamarkan” lembaga adam dengan dua tangan kudart ku, empat hari maka jadilah daripada

- air manis itu air liur

- dan daripada air masam itu air mata

- dan daripada air hanyir itu air hidung

- dan daripada air putih itu air telinga.


Kata Wahab bahawa kejadian Allah Taala akan Nabi Allah Adam itu daripada tujuh petala bumi,

Kepalanya itu daripada bumi yang pertama.

Lehernya itu daripada bumi yang kedua.

Ddadanya daripda bumi yang ketiga.
Kedua tangan itu daripada bumi yang keempat.

Belakang badan dan perutnya daripada bumi yang kelima.

Dan pingangnya daripada bumi yang keenam.

Kedua betisnya dan kedua tapak kakinya daripada bumi yang ketujuh.


Dan pada satu riwayat kata Ibni Abas r.a.h. telah menjadikan oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s daripada segala iklim dunia.

Kepalanya itu dariapda tanah Kaabah

Dadanya itu daripada segala pihak bumi

Belakangnya dan perutnya itu daripada tanah Hindi

Dua tanganya itu daripada tanah Masyrik

Dua kakinya itu daripda tanah Magrib

Dan pada satu riwayat yang lain pula telah berkata Ibnu Abas r. telah menjadi oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s

Kepalanya itu daripada tanah Baitul Mukadis itu tempat akal dan cerdik dan berkata-kata.

Mukanya itu daripada tanah Syurga - tempat keelokan dan tempat perhiasan.

Dua telinganya itu dariapda tanah Tursina - itu tempat mendengar nasihat.

Dahinya itu itu daripada tanah Iraq - tempat sujud bagi Allah Taala

Segala kakinya itu daripada tanah Kausar

Tangannya yang kanannya dan segala anak jarinya daripada tanah Baitul Kaabah

Tangannya yang kiri itu daripada tanah Parsi

Dua kakinya dan serta dua bvetisnya itu daripada tanah Hindi

Tulang itu daripda tanah Bukit

Uratnya itu daripada tanah Negeri Bil Bil

Belakangnya itu daripada tanah Iraq

Perutnya itu daripda tanah Khurasan

Hatinya itu daripada tanah Firdaus

Lidahnya itu daripda tanah Taif

Mata itu daripada tanah Hud.


Telah menjadikan Allah taala didalam Adam itu sembilan pintu, tujuh dikepalanya iaitu dua matanya, dua telinganya, dua lubang hidunnya, dan mulutnya. Dan dua lagi qubul dan dubur.

Dan dijadikan pacaindera yang lima itu:-

Penglihatan pada mata

Pendengaran pada telinga

Perasa pada mulut

Penjabat (deria) pada badanya

Penciuman pada hidunnya


Bahawa ROH itu masuk ia daripada otaknya, maka berkelilinglah ia didalamnya pada kadar 200 tahun, Kemudian turun roh itu kepada mata maka menilik ia akan dirinya maka melihat ia akan dirinya tanah yang kering maka tetakala sampai ia akan dua telingnya nescaya mendengar ia akan tasbih segala malaikat, kemudian turun ia kepada hidungnya maka bersin ia maka tetakal selesai daripada bersinnya turunlah ruh itu kemulutnya dan kepada lidahnya dan kepada kedua telinga dan telah mengajar oleh allah taala akan bahawa berkata ia Alhamdulillah maka menjawab ia akan dia denga kata Ya Harkam robik ya Adam.


Turun ruh itu kedadanya maka bersegera ia hendak berdiri maka tiada dapat akan dia berdiri itu. Bermula demikian itu firman allah taala yang ertinya adalah perangai manusia itu sangat bersegera, maka tetakala sampai roh itu kepada ronga perutnya maka inginlah ia akan makan kemudian mesralah roh itu pada sekelian tubuhnya maka jadilah daging dan darah dan urat yang besar-besar dan urat-urat yang kecil dan dianugrahkan oleh allah taalah akan pakaian kulit yang sangath halus seperti KUKU bertambah-tambah tiap tiap hari keelokkan dan Jamalnya. Terpancar Nur Muhammad dengan brseri-seri pada wajahnya.


Bertukarlah pakaian kulit seperti kuku itu kepada keadaan kulit yang sekarang ini apabila diperintahkah Allah Taala turun Nabi Adam turun ke bumi. Sesungguhnya Nabi Allah Hawa itu dari tulang rusuk yang kiri Nabi Allah Adam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PEMBUKAAN SERAT ROH SURATNYA:
-empat ayat ini adalah ayat malaikat 4 yaitu "JIBRIL.MIKAIL,ISROFIL dan IZRAIL,ayat pertama terletak di jantungnya malaikat JIBRIL,maka jika membaca ayat yang pertama dengan menghidupkan jibril di batang tubuh kita sekaligus memberikan makanan pahala kepada jibril maka ayat pertama ini saat di baca akan langsung di sampaikan JIBRIL langsung kepada sang pemilik ayat,JIBRIL berasal dari tetesan air NUKTAH NUR MUHAMMAD,setelah tercipta nya JIBRIL,NUR MUHAMMAD memerintahkan mengambil tanah di bumi sebagai membentuk sekaligus memperkuat tubuh adam,nabi adam meneteskan air NUKTAH menjadilah jabang bayi manusia yaitu kita,dimana letak nya JIBRIL dalam batang tubuh kita,letaknya jibril berada di kulit tengkuk leher belakang kita, apa buktinya di kulit kita,coba gesek gesek lah dengan jempol jari tangan kita kulit tengkuk belakang,seberapa besrihnya pun maka kulit kita itu akan mengeluarkan " DAKI" daki adalah zat tanah yang tadi di ambil oleh jibril,lalu bagaimana menghidupkan KELAKUAN JIBRIL DI TUBUH KITA,bacalah surat al ikhlas satu kali dengan posisi kedua tangan bersambung di atas kepala lalu sambil menyambung itu turunkan ke tengkuk leher belakang,saat sudah selesai membaca surat al ikhals tersebut dan posisi kedua tangan yang bersalaman masih di tengkuk leher maka lepaskan telapak tangan yang bersambung tadi turun ke samping dan selesai....

- lalu membaca ayat yang kedua: ayat yang kedua ini berada di limpa tubuh malaikat MIKAIL,malaikat MIKAIL tercipta dari tetesan air NUKTAH,NUR MUHAMMAD..apa kelakuan malaikat MIKAIL yang di perintahkan oleh NUR MUHAMMAD yaitu malaikat MIKAIL di perintahkan mengambil air dari alam mullah untuk menghidupkan lembaga tanah yang terdapat di tubuh adam..dimana kah malaikat MIKAIL di batang tubuh kita yaitu berada di bagian selangkangan atau tepatnya di bagian kelamin manusia,titik bersarangnya yaitu di tengah tengah antara pusat/udel dan kelamin,di serah kelamin inilah tempatnya air hidup mulai dari air kehidupan yaitu sperma maupun air limpa yaitu air seluruh tubuh yang berkantong dengan air seni atau air kencing....bagaimana menghidupkan kelakuaan malaikat MIKAIL ini pada batang tubuh kita,bacalah surat al ikhlas satu kali dengan posisi kedua kaki menyilang bersila ke arah kelamin,maksudnya tengah tengah persimpangan sila kaki itu tepat di tengah tengah kelamin,bacalah surat al iklas itu denagn niat pahala nya untuk malaikat MIKAIL.

-lalu membaca ayat yang ketiga: ayat yang ketiga ini berada pada mata malaikat ISROFIL,malaikat ISROFIL lah yang bertanggung jawab menyampaikan bunyi dari siapa saja yang membaca surat al ikhlas ayat ketiga ini kepada pemilik surat tersebut...malaikat ISROFIL tercipta dari tetesan air NUKTAH,NUR MUHAMMAD,apa kelakukan yang di perintahkan NUR MUHAMMAD kepada malaikat ISROFIL,yaitu mengambil angin di alam izzati untuk membangun lembaga adam,di mana kelakukan angin yang di bawa malaikat ISROFIL ini di tubuh anak cucu adam yaitu berada di paru paru sebelah kanan,apa buktinya..tepuklah paru paru sebelah kanan dengan menahan napas maka tetap akan keluar angin dari mulut atau hidung kita,bagaimana menghidupkan malaikat ISROFIL di batang tubuh manusia yaitu dengan membaca kalimat ALLAH dengan menarik napas dan kalimat QUL HU dengan mneghirup napas sebanyak 55x ulangan dengan posisi tangan mendekap dan mengusap usap paru paru sebelah kanan.

-lalu membaca ayat ke empat: ayat terakhir ini bersarang di tubuh malaika IZRAIL yang di tanamkan pada kedua sayap atau kedua tangan malaikat IZRAIL tersebut,NUR MUHAMMAD yang memerintahkan malaikat IZRAIL untuk mengambil api dari alam amarah untuk menyempurnakan sipat khalifah nabi adam,adam sepertiga jiwa nya di penuhi oleh sipat amarah yang di tancapkan malaikat IZRAIL dalam batang tubuhnya,amarah sagatlah besar gunanya bagi aliran darah adam dan anak cucunya,amarah yang mampu terfocus dan bukan di umbar sekehndak hati sangat berguna untuk membuat sebuah niat atau ilmu bathin menjadi nyata,hanya orang orang yang pandai memendam amarah dalam kesabaran yang memiliki ilmu sebenar ilmu selain itu hanya amarah yang besar bual,tong kosong nyaring bunyinya,bahkan manusia yang tidak mampu memendam amarah dalam kesabaran maka ia akan terbakar sendiri dari dalam akar tubuhnya,sehingga tampa di sentuh oleh siapapun ia akan mati sendiri bergelimpangan di karena kan ledakan api amarah dirinya sendiri.apa buktinya lihatlah ciri ciri orang yang bisa menyakiti orang lain jarak jauh tampa di sentuh/santet kalau bahasa jawanya,tuju kalau bahasa melayu sumatra nya,pastilah orang yang tidak pernah terlihat marah,tidak banyak bicara,tidak banyak mengumbar amarah,sesungguhnya ia tengah mengumpulkan energy amarahnya secara terfocus untuk di gunakan menyerang secara tiba tiba..maka patutlah kita sedap sedap ngeri pada orang yang diam diam tenang dalam sabar,dan tak patut kita yakin pada manusia yang banyak mengumbar amarah,orang yang biasanya berguru ilmu ghaib kepada malaikat IZRAIL memang berpantang untuk banyak bicara dan marah marah,sebab ciri ciri orang berilmu memanglah begitu,derajat keilmuannya ningrat kalau bahasa jawanya,ia berilmu dengan menjalani syarat memendam amarah dalam sabar,orang orang yang mampu seperti inilah yang di senangi oleh malaikat IZRAIL untuk di berikan berbagai kemampuan ghaib...lalu di mana kelakuan malaikat IZRAIL itu di batang tubuh kita,yaitu berada di otak kepala  bagian depan,apa buktinya..singgunglah sedikit pemahaman dan keyakinan orang lain yang bermula dari otaknya maka ia biasanya langsung akan ber otak marah,jika otaknya liar dan tidak berilmu maka ia akan langsung amarah,tapi bagi yang otaknya di penuhi energy ia mampu mengontrol sipat amarah yang tersimpan dalam otaknya itu...bagaimana membangkitkan malaikat IZRAIL di batang tubuh anak cucu adam,bacalah surat al ikhlas satu kali dalam posisi tangan seperti mengusap wajah yang di mulai dari kepala depan kita,niatkan pahalanya untuk membangkitkan kelakukan malaikat IZRAIL dalam batang tubuh kita.

setelah ini selesai maka zikirkanlah surat al ikhlas sebanyak 555x selama 5 malam,lakukan tata cara di atas dalam kondisi berwudhuk dan jika bisa ada baiknya lakukan di luar rumah,agar malaikat 4 itu dapat menjadi saksi,dan jika tidak mampu boleh lakukan di kamar sendiri dengan lampu di matikan saja agar terlihat facta dari bangkitnya surat al ikhlas ini di batang tubuh kita.setelah ini selesai maka khasiat dari ruh serat al ikhlas ini siap di gunakan untuk tujuan tujuan penting dan besar dalam kehidupan sehari hari kita.....dengan cara seperti berikut

                         BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
        QUL..(isi niat ) HUWALLAHHU AHAD,ALLAHHU SSOMAD,LAM YALID WALAM YULAD,WALAM YAQUL LAHU KUFUAN AHAD




بسم الله الرحمن الرحيم


Ketika Allah menciptakan Ruh Al-Qudis dalam wujud yang terbaik di Alam lahut, maka Allah berkehendak menurunkan manusia ke alam yang terendah untuk menyempurnakan kemanusiaannya dan pendekatannya kepada Allah di Maq'adi Sidqin 'Inda Malikin Mutadir.

Itulah maqam para wali dan para Nabi. Pertama-tama Allah menurunkan ruh Al-Qudsi (ruh termurni) yang diciptakan dari Nur Muhammad ke alam Jabraut dengan membawa bibit Tauhid, maka dititipkan dari cahayanya di alam tersebut, dan dibalut dengan balutan cahaya.

Begitu pula perpindahan dari alam Jabaraut ke alam Malakut dan dari alam Malakut ke alam Mulki.

Disetiap alam yang tiga ini Allah melapisi ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan

sampai ke lapisan 'Mulkiyah' yang disebut 'Qiswah Unsuriyah' agar jasad tidak terbakar oleh Ruh Al-Qudsi.

Lapisan yang dibalutkan di alam Jabaraut disebut 'Ruh Sultani'.

Lapisan di alam Malakut disebut Ruh Siraani Rawani

Dan lapisan di alam Mulki disebut ruh Jasmani.

Tujuan utama manusia didatangkannya manusia ke alam terendah ini, agar manusia berupaya kemabli mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai darjat dengan mengunakan HATI dan JASAD.

Maka ditanamkan bibit tauhid di ladang hati agar tumbuh menjadi pohon tauhid yang akarnya tertanam didalam rasa dan menghasilakn buah tauhid untuk mencapai Ridha Allah Taala.

Bibit Syariat ditanamkan di ladang hati dan akan menjadi pohon Syariat. Buahnya adalah Buah Darjat.

Kemudian Allah memerintahkan ruh dengan seluruh lapisannya untuk masuk ke dalam jasad dan Allah menentukan tempatnya masing-masing.

Tempat ruh Jasmani adalah didalamJasad antara daging dan darah.

Tempat Ruh Al-Qudsi adala Rasa.

Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah keberadaannya, dan bekal/alat untuk pengolahannya dan keuntungan/hasil pengolahannya dan cara pengolahannya yang tidak pernah sia-sia yang diketahui secara rahsia maupun secara terbuka. Mereka mengharapkan perjuangan yang tidak sia-sia.

Wajib bagi semua manusia untuk mengetahui bagaimana cara mengolah dirinya, sebab apa yang dilakukan di muka bumi ini akan diminta pertanggungjawabnya di hari Qiamat.


Firman Allah dalam Surah Al-Adiyat Ayat 9 dan10
"Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yand ada di dalam kubur dan dilahirkan apa yang ada di dalam hati"


Firman Allah Surah al-Israa ayat 13
"Dan tiap-tiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya"

1. Tempat Ruh Jasmani didalam badan tempatnya di wilayah dada dan anggotan badan yang zahir. Alatnya syariat. amalannya adalah mengamalkan Syrariat yang telah difardukan Allah Sesuai dengan hukum-hukum zahir yang telah ditetapkan oleh Allah tanpa diiringi dengan Syrik( Menyekutukan Allah).

Firman Allah dalam surah al Kahfi - ayat 110.
"Dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya"


Firman Allah Surah al-A'raf 180
Sesungguhnya Allah itu maha Ganjil (Esa) dan mencintai yang ganjil, iaitu amalan yang tidak disertai dengan Riyak (ingin dipuji) Sumah (mencari kemashuran).

2. Tempat Ruh Ruhani adalah hati. alatnya adalah ilmu Tariqat. Amalannya adalah mengamalkan Empat nama Allah (dari kelompok yang pertama) dengan tanpa suara dan huruf dari submer 12 Nama Allah.

Firman allah , surah Al-Israa' 110.
"Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-rahman, dengan nama yang mana sahaja kamu seru, dia mempunyai Asam-ul Husna"

"Allah mempunyai Asma-ul Husna, maka bermohonlah kepadanya dengan menyebut Asma-ul Husna itu"

Ayat ini menujukkan bahawa Asma allah adalah tempat melakukan pengamalan kepadanya secara khusyuk. itulah yang disebut denga Ilmu Batin. Makrifat adalah hasil dari Nama-nama Tauhid. Sabda Nabi .Allah memiliki 99 nama. orang yang menguasainya akan masuk surga.

Belajar Satu huruf mengamalkan seribu kali.

Yang dimaksudkan dengan Ihsa (menghitung) dalam hadis ini ialah menusia berakhlak dengan akhlak Asam-ul Husna. 12 nama ini adalah sumber dari seluruh nama-nama Allah, sesuai dengan jumlah huruf iaitu dua belas لا إله إلا الله‎

Maka allah menetapkan bagi perjalanan hati setiap huruf dengan satu nama.

Setiap satu alam dengan tiga nama.Allah menetapkan nama-nama tersebut pada hati orang-orang yang "Mahabbah" kepada Allah.

Firman Allah surah Ibrahim ayat 27
Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Allah menurunkan ketenangan didalam bergaul. allah menurunkan pohon tauhid yang akarnya tertacap di tujuh lapis bumi dan cabangnya di langit. Hidupnyahati dan Musyahadah di Alam Malakut. Juga seperti bicara batin dari lisannya dengan Mudawamah mengunakan Asma ul-batin tanpa suara dan huruf.

3. Tempat Ruh Sultani adalah Fuad (Mata Hati). Alatnya adalah Makrifat, Amalannya adalah maudawamah nama-nama yang empat di tingkat menengah dengan lisan hati.

Sabda Nabi:-

"Ilmu ada dua macam, pertama ilmu lisan itulah hujahnya Allah bagi makhluk, kedua ilmu hati itulah ilmu yang bermanfaat, kerana kebanyakkan manfaat ilmu bersumber di daerah hati"dan Sesungguhnya al-quran mempunyai zahir dan batin".

"Allah menurunkan al-Quran dengan sepuluh batin, lebih batin lebih bermanfaat dan lebih menutungkan, kerana batin ini adalah sumber/pusat/pokok".

Nama-nama allah yang 12 ini menempati tempat dua belas mata air seperti dua belas mata air yang mengalir dari batu yang dipukul oleh Nabi Musa a.s.

Firman Allah - Surah Baqarah, ayat 60
"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya lalu kami berfirman: Pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum itu telah mengetahui tempat minummnya masing-masing".


Firman Allah Surah Yasin ayat 33
" Dan suatu tanda (kekuasaan allah) bagi mereka adalah bumi yang mati dan kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya bijian-bijian, maka daripadanya mereka makan"

Adapun keuntungan dari pengolahan ruh Sultani adalah melihat pantulan Jamalillah (keindahan Allah).


Firman Allah Surah An-Najm ayat 11
Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

Sabda Nabi: "Manusia yang beriman adalah cermin Allah yang Mukmin"

Mukmin yang pertama dalam hadis ini adalah hati hamba Allah yang mukmin secara hakiki, dan Mukmin yang kedua adalah zat Allah.

4. Adapun temapt Ruh Al-Qudsi adalah di dlam Sirri (Rasa / Rahsa). Alatnya adalah ilmu Hakikat, iaitu ilmu Tauhid. Amalannya adalah Mudawamah nama-nama tauhid iaitu nama-nama yang emapt di bahagian terakhir di tingkat puncak lisan sir tanpa suara dan huruf. Adapun keuntungannya iaitu lahirnya Tiflul Maani (bayi manawi) musyahadah serta terarah, melihat kepada zat Allah dalam keagungan-Nya dan dalam keindahan-Nya dengan penglihatan siri.

Firman Allah Surah al-Qiyamah ayat 22-23
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada tuhannya mereka melihat"

Tanpa bentuk, cara dan perumpamaan. Bila manusia telah sampai kepada tujuannya, maka akal tidak mampu untuk menggambarkannya, hati tidak akan mampu untuk membayangkannya dan lidah tidak mampu untuk membicarakannya dan tidak akan mampu untuk memberitahunya. Kerana allah bersih dari perumpamaan.

Fasal pada menyatakan kejadian MAUT /NAFSU

Maka tatkala Maut/NAFSU berada di dalam Tangan Malaikat Izrail, berkatalah Maut  ya tuhan ku izinkan olehmu bagiku hingga aku menyeru didalam tujuh petala langit itu satu kali seru?. Maka meberi izin Allah Taala baginya maka lalumenyeru ia dengan terlebih kuat suaranya:-
Akulah Maut yang menceraikan antara tiap-tiap kekasih
Akulah Maut yang menceraikan antara suami dan isteri
Akulah Maut yang menceraikan anak perempuan dengan ibunya
Akulah Maut yang menceraikan antara saudara-saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan
Akulah Maut yang mengerasi pada segala yang keras daripada anak adam
Akulah Maut yang memusnahkan segala rumah dan segala kampung.
Akulah Maut yang meramaikan segala kubur
Akulah Maut yang aku tuntut akan kamu dan aku dapatkan akan kamu dan jikalau adalah kamu itu didalam keranda besi yang amat teguh sekalipun dan tiada kekal segala makhluk itu melainkan merasakan akan daku / MAUT.

Maka apabila datang maut itu akan sesorang maka berdirilah antara hadapannya atas rupa yang sangat hebat, kemudian berkata oleh sesorang itu, siapa engkau? apa kehendak mu?, maka sahut maut itu, akulah maut yang mengelurakan dikau dariapda dunia ini dan akulah yang menjadikan anakmu yatim, menjadikan isterimu janda, dan menjadikan hartamu dipusakai oleh warisnya yang tiada engkau kasihi akan dia pada ketika hidupmu dan bahawsanya engkau tiada mendahulu akan kebajikan bagi diri engkau dan tiada mendahulu bagi akhirat engkau,  pada hari inilah datang aku kepada engkau supaya aku hendak menanggalkan ruh engkau.
Maka tetakala mendengar ia akan kata maut itu maka memalingkan ia akan mukanya kekiri, maka dilihatnya jua akan maut ada ia berdiri dihadapanya, memalingkan ia akan mukanya ke kanan maka dilihat jua akan maut ada berdiri dihadapannya.

Tempat kediaman maut pada langit yang ketujuh dan pada satu riwayat pada langit yang keempat. Dijadikan Allah Taala akan dia daripada Nur dan adalah baginya  70000 kakinya dan 4000 sayap dan penuh pada segala tubuhnya dengan mata dan lidah dan tiada sesorang jua pun daripada segala makhluk daripada manusia dan jin dan Angkas dan barang yang bernyawa melainkan ada pada tubuh maut itu sebanyak-banyak bilangan muka dan tangan segala makhluk Allah Taala yang bernyawa, maka mengambil ia akan segala yang bernyawa itu dengan tangannya.
Dan meniliklah ia dengan mukanya yang berbetul orang yang yang hendak mati itu, demikianlah peri mengambil nyawa segala makhluk pada tiap-tiap tempat dan apabila matilah seorang manusia yang didalam dunia ini maka hilanglah satu rupanya tubuh maut itu. Pada suatu riwayat bahawa adalah bagi maut itu empat mukanya satu muka dihadapnnya, kedua pada kepalanya ketiga pada belakangnya keempat pada tapak kakinya..
Adapun tetakala mengambil ia akan nyawa segala Ambia, dan segala Maialikat dengan mukanya yang dikepala, dan mengambil nyawa segala orang yang mukminin dengan muka yang dihadapannya dan mengambil nyawa segala kpir denga muka belakangnya dan mengambil nyawa segala jin dengan muka yang pada tapak kakinya. Bermula salah satu kakinya berpijak ia ditepi syurga dan satu lagi itu berpijak ia ditepi neraka. Bermula segala kafir, segala munafik dan segala yang celaka itu apabila hadir akan mereka itu oleh mati, nescaya turunlah ia atas mereka itu dan daripada pihak yang kirinya malaikat azab yang hitam mukanya lagi biru dua matanya dan serta mereka itu pakaian azab. Maka dudulah mereka itu padahal jauh daripada mayat itu hingga dakat malikatul maut mengambil nyawa mereka itu lalu diberikan kepada malaikat azab.

Pada suatu riwayat tetaka datang malikatul maut antara hadapan mayat itu pada hal berdiri,maka berkata malikatul maut, adakah engkau tiada kenal aku? akulah malikatul maut yang mengambil ia akan ruh  dua ibu bapa engkau  dan engkau menilik kepada keduanya, dan tidada engkau memberi menafaat akan keduanya pada hari ini aku mengambil akan nyawa engkau hingga menilik segala anak-anak engkau dan segala perbuatan engkau dan segala taulan engkau hinga berteriaklah mereka. Maka berkata baginya Malikatul Maut betapa engkau lihat akan dunia? maka jawab ia aku lihat akan dia tipudaya dan maka menjadikan oleh Allah Taala akan dunia atas satu rupa maka lalu berkat dunia itu
Hai orang yang derhaka adakah engkau malu berdoasa dengkau didalam dunia dan tiada menegah engkau akan diri engkau daripada segala maksiat, bahawasanya menuntut engkau akan daku dan tiada menuntut akan dikau dan tiada engkau bezakan antara halal dan haram, bahawasanya aku lepas daripada engkau dan daripada amal engkau. Dan melihat ia akan hartanya itu sesungguhnya telah jatuh dalam milik orang yang lain. Maka berkata harta itu hai orang yang derhaka telah berusaha engkau akan daku denga tiada sebenarnya dan tiada engkau gunakan akan daku pada jalan yang sebenar dan tiada disedekahkan dengan aku atas segala fakir dan segala miskin, pada hari ini sesungguhnya telah jatuh aku didalam milik orang yang lain.

Adalah dijadikan oleh Allah Taala akan malaikat yang bernama Malaikatul ArRohim yang memerhatikan tiap-tiap  segaka kanak-kanak yang lagi akan diperanakkan oleh ibunya, maka apabila beranaklah seorang manusia maka dicampurkan malaikat itu tanah tempat kematiannya kepada "Nuftah". Dan situlah jasadnya berkubur
والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment