Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi- IV

Telah berkata Nabi s.a.w awal-awal yang dijadikan Allah Taala itu Cahaya-Ku, maka cahaya ku itupun sujud bagi Allah Taala, maka firmanNya hai Nur Muhammad daripadaku, sujudlah engkau selama 100,000 tahun maka cahayaku pun sujud selama 100,000 tahun lamanya. Kemudian maka firman Allah Taala, Hai Nur Muhammad bangkitlah engkau dengan firman ku, maka ia bangkitlah ia daripada sujudnya, maka firmannya lagi hai Nur Muhammad bagi ummat mu ku fardukan sembahayang lima waktu dengan dia.

Se-bermula kejadian cahaya ku itu maka dijadikan Allah Taala bagi seekor burung yang indah rupanya, daripada burung itu, bermula:-

Kepalanya Amirrul Mukminin Ali r.a.h,
Mata kirinya Amirull Mukminin Hassan r.a.h dan
Lehernya itu Siti Fatimah r.a.h dan
Lengan yang kanan itu Syaidina Abu Bakar r.a.h dan
Lengan yang kiri itu Syaidina Omar r.a.h dan
Ekor burung itu Amirrul Mukminin Osman r.a.h
Dada burung itu Syaidinna Hamzah r.a.h
Kanan burung itu Siti Khadijah r.a.h
Kiri burung itu Siti Aysiah r.ah
Kemudian firman Allah taala Hai Nur Kekasih ku, ku jadikan tujuh laut:-

Pertamanya laut Amalan
Kedua laut Latif
Ketiga laut Khaabar
Keempat laut Badi
Kelima laut Fakir
Keenam laut Cahaya
Ketujuh laut ……..



Kemudian firman Allah taala hai cahaya ku Nur Muhammad kekasihku pergilah engkau kepada sekelian laut itu 100,000 tahun engkau berenanglah, maka Nur Muhammad itupun pergilah. Firman Allah lagi taala keluarlah engkau daripada laut, maka Nur Muhammad itupun keluar daripada sekelian laut. Firman Allah lagi Hai Nur Muhammad engkau gerakkan dirimu, maka keluarlah air peluhnya.

Bermula dua titis air daripada Mata Cahayaku yang Kanan, titisan pertama menjadikan Allah Taala akan Jibril a.s dan titisan yang kedua menjadikan Mikail.
Dua titisan daripada titik air mata Cahayaku yang kiri itu, setitik yang pertama menjadikan Allah Taala akan israfil a.s dan daripada titik yang kedua menjadikan Allah taala akan Izrail a.s.


Dan dua titis daripada telinga Cahayaku yang kanan itu setitk yang pertama menjadikan Allah Taala akan Luh Mahfus dan titisan yang kedua menjadikan Allah Taala akan Qalam.
Dan dua titis daripada telinga Cahayaku yang kiri itutitisan yang pertama menjadikan Allah Taala akan Arash dan titisan yang kedua itu Kursy.


Dan delapan titis daripada hidung Cahayaku menjadikan lapan pangkat syurga dengan isinya.


Dua titis air daripada leher Cahayaku menjadikan Allah Taala akan Matahari dan titis yang kedua Bulan.


Dan lima titisan daripada tangan Cahayaku yang kanan, titis yang pertama menjadikan Allah akan angina Har-har, titisan kedua angina Par-Par, titisan ketiga angina Rafak, titisan yang keempat angina Sirrul Insan dan titisan yang kelima menjadikan Allah Taala akan roh yang lain.
Dan lima titisan daripada tangan Cahayaku yang kiri, titis yang pertama menjadikan Allah taala akan Sirratul Muntaha, titis yang kedua menjadikan Allah taala akan pohon kayu Daufi, dan titis yang ketiga akan Sungai KalKausar, titis yang keempat menjadikan akan “Hattamun Sulaiman a.s” dan titis yang kelima menjadikan Allah Taala akan Maqam Ibrahim.


Kemudian maka adalah Allah taala menjadikan empat unsur daripada empat perkara, yang pertama itu Air, kedua Api, dan yang ketiga Angin dan yang keempat Tanah. Maka firman Allah taala Hai Nur Muhammad, empat perkara ini kujadikan kerana mu,


Maka Nur Muhammad pun pergilah kepada Angin dengan Izin Allah taala, maka dilihat oleh Nur Muhammad itu kepada Angin itu sangat membesarkan dirinya, lantas Nur Muhammad pun memberi salam dan bertanya kepada Angin, wahai Angin mengapa engkau membesarkan diri engkau, maka sahut Angin siapa engkau maka sahut Nur Muhammad aku seorang hamba Allah, Angin pun berkata yang ia juga hamba yang daif, maka ujar Nur Muhammad mengapa engkau sangat membesarkan dirimu, jawab Angin aku berbuat barang sekehandak ku. Jawab Nur Muhammad engkau Angin tidak dapat berbuat sekehandakmu kerana engkau hamba orang pelayaran kerana seorang manusia pun tidak nampak akan engkau, kemudian jawab angin engkau jua tiada cela. Maka Nur Muhammad pun mengucap Istifar kepada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Kuasa serta memohon keampunan dan mengakui dirinya yang lemah dan daif. Maka Angin itupun tahulah ia akan Nur Muhammad itu hamba lagi persuruhnya. Kata Angin hai Nur Muhammad aku percaya akan dikau maka wajiblah bagiku masuk akan agama mu dan ajarkanlah olehmu Kalimah Syahadat selama-lamanya untuk ku.


Maka Nur Muhammad itupun pergi kepada Api, dan dilihatnya api itu terlalu gembira dan membesarkan dirinya, lalu ia memberi salam dan bertanya hai Api mengapa engkau sangat-samgat membesarkan diri dan sangat akan gembiranya. Maka jawab Api siapa engkau, jawab Nur Muhammad aku hamba Allah maka aku hamba yang hina, Nur Muhammad bertanya lagi mengapa engkau terlalu gembira dan membesarkan diri, maka ujar api aku berbuat sekehandakku, kata Nur Muhammad adakah dirimu itu celaka atau tiada, jawab api celaka juga, maka kata Nur Muhammad api yang membunuh itu air dan menyucikan engkau itu angin, maka kata api engkau sahaja yang tiada cela, maka Nur Muhammad pun mengucap Tasbih dan Istifar kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan tiada sekutu baginya. Maka api itupun tahu yang Nur Muhammad itu Hamba Allah lagi persuruhnya, kemudian mengajarkan Nur Muhammad akan Kalimah Syahadah kepada api atas kehendaknya.


Kemudian Nur Muhammad pun pergi kepada Air dan dilihatnya air itu dalam keadaan terlalu gembira dan membesar-besarkan dirinya. Lantas memberi salam Nur Muhammad kepada air dan bertanya mengapakah engkau terlalu gembira dan membesarkan diri, jawab air siapakah engkau, jawab Nur Muhammad akulah hamba Allah yang lemah lagi daif, bertanya lagi Nur Muhammad mengapa engkau membesarkan dirimu, jawab air aku berbuat sekehandak ku, Tanya Nur Muhammad lagi mengapa begitu sedangkan engkau mempunyai cela iaitu membasuh cemar-cemar segala najis, maka ujar air engkau jua yang tiada cela, Maka Nur Muhammad itu beristifat kepada Tuhan yang kuasa lagi maha tinggi dan mengajarkan air kalimah Syahadaah seperti mana yang air pinta.


Kemudian Nur Muhammad itu pun pergi kepada Tanah dan meberi salam ia dan dijawab oleh tanah serta katanya Ya Nur Muhammad. Dilihat Nur Muhammad tanah itu merendahkan diri dengan tangannya yang takzimnya serta berkata hai Nur Muhammad terlalu Maha Baik segala aturan tuan hamba kepada Hadrat Allah Taala, maka Nur Muhammad itu lalu dipeluk dan diciumnya maka dibawa persembah kepada hadrat Allah Taala, Ya Rob Ya Maulana, Ya tuhanku dan terlebih tahu engkau wahai tuhanku bahawa Tanah itu hambamu yang pilihannya, kerana keempat itu aku sertakan dengan hambamu yang daif ya Tuhanku. Inilah Nabi Allah ADAM a.s dijadikan Allah Taala daripada emapt tabiat itu, dan segala manusia itu setengah tabiat api, angin, air dan tabiat tanah.


Maka sabda Nabi s.a.s barang siapa daripada ummatku ada menaruh peri kejadian cahayaku ini atau membaca dia dari permulaan sehingga datang kesudahannya bahwasanya Allah Taala anugrahkan ia daripada kebajikan pahala seperti membaca empat buah kita yang pertama Taurat, Injil Zabur dan AlQuran, dan lagi pahalanya seperti empat Malaikat yang Mukoribbin iaitu Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail dan lagi seperti orang yang naik haji ke Biatullah, tujuh orang yang mati syahid dalam perang sabilillah pahalanya. Barang siapa menaruh atau membaca akan dia, tiada berpindah daripada didalam dunia jikalau belum melihat akan tempatnya di dalam Syurga… Insyallah..

Seterusnya [Next]:-  Fasal menyatakan kejadian ADAM

1 comment:

Reza said...

Yang Maha Kuasa itu menjadikan sesuatu tanpa harus ada sebab, kalau menjadikan sesuatu itu dengan sebab maka Dia bukan Yang Maha Kuasa karena masih ada batasan, Yang Maha Kuasa itu Maha Besar, Dia Tidak Berawal dan Tidak Berakhir, Kalau Dia Berawal maka dia berasal dari ketiadaan, dan Bila dia Berakhir maka masih ada Ketiadaan, bukan kah begitu

Post a Comment