Fasal menyatakan kejadian sejuk, air beku dan embun

Fasal menyatakan kejadian sejuk, air beku dan embun

Adapun segala perkara itu dijadikan Allah Taala suatu bukit yang sejuk dan air beku tiada mengetahui besanya itu hanya Allah taala juga yang mengetahui dan mengawali seorang Malaikat, apabila dikehendaki Allah taala menurunkan sejuk kepada pihak bumi, maka Malaikat itu pun menurunkan dia dan jadilah embun dan hujan batu di sana dengan izin Allah dan tiada diturunkan setiti embuk itu melainkan disukat dan ditimbangnya.

Fasal menyatakan kejadina Kilat dan Halilitar dan Guruh.

Kata Ibnu Abbas bahawasanya datang sesorang bertanya kepada Rasulullah, katanya Ya Rasulullah ceritakan hamba kejadian kilat halilitar dan guruh, Maka jawab Rasulullah, Satu Malaikat yang megawali awan da pada tanganya beberapa cemati daripada api, maka dipalunya akan awan itu dengan cemati, itulah guruh dan kilat, maka sembahnya ya Rasulullah suara siapa yang berbunyi itu,
maka sabdanya iaitu suara seorang malaikat bernama Malik Ar road dan kata Syaidina ali k.a.h.w.h bahawasanya kilat itu palu Malaikat akan awan dengan beberapa cemati daripada besi dan guruh itu suara daripada tasbih Malaikat tetaka memarahi akan awan dan bertasbih apabila bersalahan awan itu dengan dia lalu bertempiklah ia dengan suara yang amat keras lalu di hamburlah daripadanya api maka jadilah kilat dan halilitar.

Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi - III

Dan pada suatu riwayat ada menyatakan, sembah Abdyllah bin Abdul Salam katanya kepada Rasulullah, Hai Rasulullah ceritakan kepada hamba daripada apa dijadikan Allah akan bumi, maka sabda Nabi s.a.w daripada buih laut, dan buih itu daripada ombak, ombak daripada laut. Da bumi ini yang menetapkan dia daripada bukit Koofa yang dijadikan daripada Zamrud yang hijau dan tingginya 500 tahun perjalanan dan kelilingnya selama 2000 tahun perjalanan dan di belakang Bukit Koofa itu 70 bumi daripada Kasturi, 70 bumi daripada Kapur, 70 bumi daripada Anbar, 70 bumi daripada Emas, 70 bumi daripada Perak, 70 bumi daripada besi dan dibelakang bumi itu 70,000 alam, maka tiap-tiap alam itu berisi dengan Malaikat, tiada siapa yang mengetahui bilangannya hanya Ia juga. Dan tiada ia mengetahui akan kejadian anak Adam dan Iblis melainkan ianya sentiasa bertasbih dengan Kalimah Syahadah. Dan di belakang segala alam itu mengelilingi alam itu Ular. Kemudian kata Abdullah bi Abdul Salam kepada Rasulullah s.a.w, ceritakan kepada hamba segala yang mendiami Bumi ya Rasulullah. Sabda baginda adapun yang ada daripada bumi yang ketujuh lapis itu beberapa malaikat dan bumi yang keepat lapis itu beberapa daripada segala Ular dan ketiga lapis itu beberapa daripada Kala dan yang kedua lapis itu beberapa daripada Jin, dan bumi lapis pertama itu beberapa daripada segala Manusia, dan sekeling bumi itu diatas lembu, yang sifatnya empat kepala dan antara kepala itu 100 tahun perjalanan, lembu itu diatas batu yang terhantar, dan batu itu di belakang ikan, dan ikan itu diatas laut, dan laut itu kira-kira seribu tahun perjalanan, dan air laut itu diatas angina, dan angin itu diatas Zulumat, dan Zulumat itu diatas neraka Jahanam dan neraka jahanam itu dibawah Nuri dan tiada siapa yang mengetahui apa yang diatas nuri itu melainkan IaNya Jua……..


No comments:

Post a Comment