Lapan tahun sebelum saya mengarang risalah ini, saya telah melihat satu kejadian khayalan. Ketika itu saya berada di Istanbul pada bulan Ramadan yang mulia. Ketika itu juga, Said Lama yang sedang menyibukkan diri dengan falsafah, hampir bertukar untuk menjelma menjadi Said Baru. Ketika saya memerhatikan tiga jalan yang di-isyaratkan pada akhir Surah al-Fatihah, iaitu firman Allah: (***)
Saya melihat kejadian khayali tersebut, iaitu satu kejadian yang menyerupai sebuah mimpi. Ketika itu, saya merakamkan kejadian itu di dalam kitab saya yang bertajuk al-Lawamic dalam bentuk pelancongan khayalan dan menyerupai puisi. Sekarang, sudah tiba masanya untuk saya menerang dan menghuraikan maknanya, kerana ia menjelaskan lagi hakikat yang tersebut di atas.
Saya melihat kejadian khayali tersebut, iaitu satu kejadian yang menyerupai sebuah mimpi. Ketika itu, saya merakamkan kejadian itu di dalam kitab saya yang bertajuk al-Lawamic dalam bentuk pelancongan khayalan dan menyerupai puisi. Sekarang, sudah tiba masanya untuk saya menerang dan menghuraikan maknanya, kerana ia menjelaskan lagi hakikat yang tersebut di atas.
Saya melihat diri saya berada di tengah padang pasir yang amat luas. Langit bergelora dengan awan yang hitam pekat. Nafas hampir tersekat. Tiada bayu, tiada cahaya, tiada air. Semuanya hilang.
Saya terbayang seolah-olah bumi ini dipenuhi dengan binatang-binatang buas dan memudaratkan. Lalu terlintas di dalam hati saya bahawa di sebelah sana bumi terdapat angin sepoi-sepoi bahasa, air yang lazat dan cahaya yang indah. Oleh itu saya mesti melintas untuk pergi ke sana. Kemudian saya mendapati saya ditarik menuju ke tempat tersebut tanpa kehendak saya. Saya memasuki sebuah gua di dalam tanah umpama terowong yang menembusi gunung. Saya berjalan, selangkah demi selangkah di dalam perut bumi. Saya melihat ramai orang telah mendahului saya melalui jalan tersebut yang berada di dalam perut bumi itu, tetapi mereka tidak meneruskan perjalanan mereka kerana mereka tetap berada di tempat mereka dalam keadaan tercekik. Saya melihat kesan-kesan tapak kaki mereka dan kadang-kadang terdengar suara beberapa orang daripada mereka. Kemudian suara-suara mereka terputus tidak kedengaran lagi.
Wahai saudaraku yang menemaniku dalam perjalanan khayalanku ini!
Bumi itu ialah tabiat (nature) dan falsafah tabi'i. Manakala terowong itu pula merupakan jalan yang dilalui oleh ahli falsafah dengan pemikiran mereka bagi mencapai hakikat. Kesan-kesan tapak kaki yang saya lihat pula menjadi kepunyaan ahli-ahli falsafah yang tersohor seperti Plato dan Aristotle (Jika anda berkata, siapakah anda sehingga anda dapat menandingi mereka yang tersohor itu? Adakah anda menjadi umpama lalat yang cuba campur tangan untuk terbang bersama-sama dengan banyak helang yang besar? Saya menjawab, kerana saya mempunyai seorang ustaz yang agung, iaitu al-Qur'an al-Kalam, maka saya rasa tidak terpaksa untuk mempedulikan sedikitpun - dalam perjalanan mencari hakikat dan makrifat - helang-helang yang hebat itu, yang menjadi murid kepada falsafah yang tercemar dengan kesesatan dan akal yang teruji dek angan-angan. Walaupun kedudukan saya lebih rendah satu darjat danpada kedudukan mereka, namun usta/ mereka jauh lebih rendah tidak terhingga, jika dibandingkan dengan kedudukan ustaz saya. Dengan kelebihan dan ketinggian hemah yang terdapat pada ustaz saya, bahan-bahan cairan yang menenggelamkan mereka, tidak berjaya walaupun hanya untuk membasahkan kaki saya. Ya! Seorang tentera biasa yang menjalankan perintah dan undang-undang seorang raja yang hebat, mampu melaksanakan pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh seorang jeneral yang bekerja di sisi seorang raja yang tidak berkuasa. – Pengarang . Suara-suara yang saya dengar ialah suara orang yang pintar seperti Ibn Sina dan al-Farabi. Ya, saya pernah menjumpai kata-kata Ibn Sina dan beberapa undang-undangnya di beberapa tempat, namun suara itu terus terputus sama sekali. Ini menunjukkan bahawa dia tidak mampu untuk terus maju ke hadapan, kerana sudah tercekik. Walau bagaimanapun, saya telah menjelaskan kepada anda sebahagian hakikat yang tersembunyi dalam khayalan untuk mengurang dan meringankan kerinduan anda. Sekarang marilah kita kembali kepada kisah perjalanan atau pelancongan saya!
Saya terus berjalan, tiba-tiba terdapat dua benda berada di dalam tangan saya.
Pertama: Sebuah lampu elektrik yang memecah kegelapan tabi'i yang berada di bawah bumi.
Kedua: Sebuah alat besar yang menghancurkan ketulan-ketulan batu sebesar gunung, lalu terbuka sebuah jalan di hadapan saya.
Ketika itu, dibisikkan ke telinga saya: "Kedua-dua lampu dan alat itu, dikurniakan kepada engkau daripada khazanah al-Quran." Demikian-lah keadaan saya sehingga saya berjalan beberapa ketika lagi dalam keadaan tersebut. Kemudiannya saya mendapati diri saya sudah sampai ke sebelah sana. Tiba-tiba matahari memancarkan cahaya ke langit bersih, cantik dan tidak mempunyai awan, pada musim bunga yang indah permai. Bayu bertiup seolah-olah mempunyai roh. Air lazat, segar dan sejuk mengalir. Saya melihat satu alam yang diliputi oleh kegembiraan dan dipenuhi oleh kegirangan di segenap penjuru, lalu saya memuji Allah.
Kemudian saya melihat kepada diri saya, lalu saya mendapati bahawa saya tidak memiliki dan tidak mempunyai kekuasaan ke atas semuanya itu. Bahkan salah seorang -daripada mereka mencuba menguji saya. Tiba-tiba saya dapati diri saya sekali lagi berada di padang pasir yang amat luas. Awan tebal menggunungi bumi lalu keadaan menjadi gelap pekat. Pernafasan hampir tercekik kerana kesempitan. Saya merasa ada seorang pemandu yang membawa saya ke jalan yang lain. Tiba-tiba saya melihat bahawa pada kali ini, saya berjalan di atas permukaan bumi, bukan di dalam perut bumi, menuju ke sebelah sana bumi. Dalam perjalanan ini, saya melihat beberapa perkara yang menakjubkan dan pemandangan-pemandangan ganjil yang tidak mampu untuk digambarkan; laut kelihatan marah terhadap saya, angin puting beliung mengancam saya dan setiap benda mencampakkan halangan dan kesukaran di hadapan perjalanan saya itu. Tetapi segala kesukaran itu dipermudah dengan kelebihan perjalanan pelancongan ini yang dianugerahkan kepada saya melalui al-Qur'an al-Karim. Saya berjaya mengatasi kesukaran tersebut dengan wasilah tersebut. Saya mula mengatur langkah demi langkah. Saya melihat jasad dan mayat para pelancong bergelimpangan di tepi jalan, di sana sini. Hanya seorang dalam seribu orang yang berjaya menghabiskan perjalanan pelancongan ini. Walau bagaimanapun, saya terselamat daripada kegelapan awan yang mencekik itu dan saya berjaya sampai ke sebelah sana bumi. Saya menemui matahari hakikat yang indah, saya merasai tiupan angin yang segar dan saya mula bersiar-siar di dalam dunia yang indah seperti syurga itu, seraya mengulang-ulangkan perkataan 'Alhamdulillah'.
Kemudian saya tidak ditinggalkan begitu saja di sana. Terdapat seorang yang seolah-olahnya mahu menunjukkan satu jalan lain kepada saya. Lantas dengan segera dia mengembalikan saya ke tempat permulaan saya tadi iaitu di padang pasir yang luas itu. Saya melihat, tiba-tiba saya mendapati beberapa benda berjatuhan dari atas seperti lif-lif elektrik turun ke bawah dalam pelbagai bentuk. Sebahagiannya menyerupai kapal terbang, sebahagian lain menyempai kereta dan sebahagian lain menyerupai bakul-bakul yang bergantungan. Mana-mana manusia yang boleh bergantung dengan salah satu benda tersebut, berdasarkan kekuatan dan kesediaannya, dia akan diangkat ke atas. Lalu saya menaiki salah satu daripada benda tersebut. Tiba-tiba, dalam satu minit sahaja, saya sudah berada lebih tinggi daripada awan, di atas kemuncak pergunungan yang indah dan menghijau. Awan hanya berjaya sampai separuh ketinggian gunung itu sahaja. Di setiap tempat kelihatan terdapat cahaya yang indah, air yang lazat dan bayu yang lembut. Ketika saya melayangkan pandangan ke selumh pelosok tempat tersebut, saya nampak rumah-rumah bercahaya yang menyerupai lif, bertaburan di segenap tempat. Saya juga telah melihat seumpamanya di sebelah sana bumi dalam dua perjalanan saya sebelum ini, tetapi saya tidak memahami apa-apa. Namun saya sekarang memahami bahawa rumah-rumah tersebut sebenarnya ialah jelmaan kepada ayat-ayat al-Qur'an al-Karim.
Demikianlah, jalan pertama ialah jalan orang yang sesat sebagaimana yang diisyaratkan oleh perkataan (***), iaitu jalan orang yang tergelincir daripada kefahaman sebenar dengan mengambil konsep tabi'i (nature) dan mempelopori pemikiran golongan naturalis. Anda semua telah merasai bagaimana kesukaran yang terpaksa ditempuh untuk sampai kepada hakikat melalui jalan yang penuh dengan masalah dan halangan.
Jalan kedua ialah jalan yang diisyaratkan oleh perkataan (***), iaitu jalan para penyembah sebab - musabab, dan orang yang memberikan sifat 'mencipta' dan 'mengadakan' kepada perantaraan (makhluk). Mereka juga menyandarkan 'pengesanan' (al-ta'thir) kepada perantaraan tersebut. Mereka mahu mencapai hakikat makrifat Allah (s.w.t) melalui jalan akal dan pemikiran semata-mata. Mereka adalah seperti golongan ahli falsafah al-Masha'iyun.
Manakala jalan ketiga yang diisyaratkan oleh perkataan (***) ialah jalan lurus, serius dan bercahaya bagi ahli al-Qur'an. la menjadi jalan yang paling pendek, paling selamat dan paling mudah. la terbuka di hadapan semua orang untuk melalumya. la merupakan jalan langit, kerahmatan dan cahaya.
Tujuan Kedua
(Khusus tentang perubahan zarah atau atom)
Mengisyaratkan kepada salah satu zarah daripada khazanah ayat al-Qur'an berikut:
Maksudnya: « orang-orang yang kafir berkata: "Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami. " Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib! Hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. " Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. " (Saba' 34:3)
Tujuan ini menjelaskan secebis zarah daripada khazanah agung bagi ayat tersebut. laitu la menjelaskan permata yang dikandungi oleh peti kecil zarah tersebut. la juga menyentuh sebahagian yang amat kecil danpada pergerakan dan tugas sesuatu zarah. Ini dijelaskan di dalam tiga noktah dan didahului oleh mukadimah.
Maksudnya: « orang-orang yang kafir berkata: "Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami. " Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib! Hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. " Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil daripada itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. " (Saba' 34:3)
Tujuan ini menjelaskan secebis zarah daripada khazanah agung bagi ayat tersebut. laitu la menjelaskan permata yang dikandungi oleh peti kecil zarah tersebut. la juga menyentuh sebahagian yang amat kecil danpada pergerakan dan tugas sesuatu zarah. Ini dijelaskan di dalam tiga noktah dan didahului oleh mukadimah.
Mukadimah
Perubahan dan perlegaran zarah-zarah merupakan gambaran kepada gegaran dan perpindahannya ketika berlaku penulisan kalam kekuasaan Ilahi bagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang berbentuk (kejadian) (takwini) pada kitab alam ini. la bukanlah sebagaimana yang disangka-kan oleh golongan materialis dan naturalis yang mengatakan bahawa ia menjadi mainan 'kebetulan' melalui pergerakan 'tak tentu' yang tidak mempunyai sebarang makna dan tujuan. Ini kerana setiap zarah akan berkata pada permulaan pergerakannya: "Bismillah", sebagaimana yang diucapkan oleh sekalian benda yang wujud. Juga kerana zarah itu memikul bebanan-bebanan yang keberatannya jauh melebihi daripada kemampuannya yang terbatas. Seperti biji benih pohon pain yang memikul batang pohonnya yang besar di atas bahunya. Kemudian setelah selesai melaksanakan tugasnya, ia berkata: "Alhamdulillah", kerana ia menzahirkan kesan yang indah, seolah-olah ia mengungkap-kan satu kasidah yang cemerlang untuk memuji Tuhan Pencipta Yang Maha Mulia, kerana keindahan kualiti yang terdapat di dalam ciptaan-Nya, serta keindahan gambaran yang menunjukkan pengertian men-dalam yang dibingungi oleh akal. Jika anda mahu, anda boleh melihat buah delima dan jagung dengan mendalam.
Ya! Sesungguhnya perubahan dan perpindahan zarah-zarah, merupakan pergerakan dan gegaran yang mempunyai pengertian yang mendalam. la lahir daripada penulisan kalimah-kalimah kekuasaan Ilahi dan pemadamannya pada papan (lawh) pemadaman dan penetapan (al-mahw wa al-ithbat), yang merupakan hakikat zaman yang sentiasa berjalan dan lembarannya yang mithali. Penulisan kalam kekuasaan Ilahi itu disalin daripada kitab yang jelas (al-kitab al-mubin) yang menjadi tanda kepada kudrat dan iradat Allah (s.w.t). la juga merupa-kan paksi pengurusan untuk mengadakan dan membentuk sesuatu daripada dunia kenyataan dan zaman sekarang, berdasarkan perlembagaan al-Qur'an yang menjadi paksi kepada seluruh ciri-ciri asasi, ciri-ciri rantingan dan keistimewaan segala sesuatu, iaitu menjadi paksi kepada asal setiap benda yang telah lalu, mahupun keturunan yang akan datang, yang berada di dalam lipatan alam ghaib. la juga menjadi tanda kepada ilmu Ilahi dan segala urusan pemerintahannya. (*)
(*) (Perkataan al-imam al-mubin dan al-kitab al-mubin disebutkan beberapa kali di dalam al-Qur'an. Sesetengah ahli tafsir mengatakan bahawa kedua-duanya mempunyai makna yang sama. Manakala sesetengah yang lain mengatakan bahawa maknanya berbeza dan mereka menafsirkan hakikatnya dengan beberapa sudut yang berbeza Kesimpulan penafsiran mereka, bahawa kedua-dua perkataan tersebut merupakan dua tanda yang menunjukkan kepada ilmu Ilahi. Akan tetapi saya yakin sepenuhnya - melalui limpahan al-Qur'an terhadap saya - bahawa perkataan al-imam al-mubin merupakan satu tanda kepada satu jenis ilmu Ilahi, yang lebih tertuju kepada alam ghaib daripada alam kenyataan, iaitu ia lebih tertuju kepada masa lalu dan akan datang daripada tertuju kepada masa sekarang. Dengan kata-kata lain, ia merupakan rekod bagi qadar (takdir) Ilahi yang melihat kepada asal dan keturunan segala sesuatu. Melihat akar umbi dan biji benihnya lebih dahpada melihat kepada kewujudan zahirnya. Kewujudan rekod ini telah dibuktikan dalam Kalimah Kedua Puluh Enam dan juga pada catatan bawah Katimah Kesepuluh. Ya! Al-Imam al-mubin ini merupakan tanda bagi satu jenis ilmu Ilahi. Ini bermakna bahawa pengeluaran dan penghasilan besar, umbi dan asas sesuatu dalam keadaan yang amat baik dan sempurna, menunjukkan bahwa sistem dan kesempurnaan ini berlaku berdasarkan rekod perlembagaan ilmu Ilahi. Kerana natijah, hasil, keturunan atau benih sesuatu merupakan rekod kecil kepada titah penntah Ilahi kerana ia mengandungi pelbagai program dan senarai segala benda yang wujud, maka bolehlah kita katakan, bahawa biji benih - misalnya - merupakan gambaran terhadap pelbagai program dan senarai kecil yang dibentuk bagi seluruh bahan yang akan membentuk susunan pohon yang besar. Biji benih itu juga merupakan gambaran kepada arahan-arahan pembentukan (al-takwiniyah) yang menentukan pelbagai bentuk dan senarai itu.
Kesimpulannya, bahawa Al-Imam al-mubin lalah senarai dan pelbagai program bagi pohon penciptaan, yang segala akar, dahan dan rantingnya menjangkau masa lalu, akan datang dan alam yang ghaib. Dengan pengertian ini, ia menjadi rekod Ilahi dan bermacam-macam buku kepada perlembagaannya. Segala zarah diheret untuk bergerak dan melaksanakan tugasnya di dalam segala benda melalui penulisan dan hukum perlembagaan tersebut.
Manakala al-kitab al-mubin pula lebih tertuju kepada alam kenyataan atau penyaksian (al-shahadah) daripada tertuju kepada alam yang ghaib. laitu ia lebih melihat masa sekarang daripada melihat masa lalu dan akan datang. Oleh itu ia lebih menjadi tanda, rekod dan kitab kepada al-qudrah dan al-iradah al-ilahiyah, daripada menjadi tanda kepada ilmu dan perintah Ilahi. Dengan ungkapan lain, jika al-imam al-mubin adalah menjadi rekod kepada qadar (takdir) Ilahi, maka al-kitab al-mubin menjadi rekod kepada kekuasaan Ilahi (al-qudrah al-Ilahiyah). Maksudnya, ketertiban dan kualiti yang ada pada kewujudan, keperibadian, sifat dan hal ehwal sesuatu menunjukkan kewujudan telah disimbahkan ke atas sesuatu itu, membentuk gambarannya, menentukan kadarnya dan memberikan bentuknya yang khusus, berdasarkan perlembagaan kudrat yang sempuma dan undang-undang iradah yang berkesan. Maka qudrah dan iradah ilahiyah itu mempunyai undang-undang umum dan khusus, terpelihara dalam rekod agung, yang menghurai dan memberikan bentuk pakaian yang tertentu kepada setiap sesuatu, berdasarkan undang-undang tersebut. Kewujudan rekod ini telah terbukti dan disabitkan di dalam risalah al-qadar al-ilahiyan wa al-juz' al-ikhtiyari, sebagaimana terbukti juga kewujudan al-imam al-mubin di dalam risalah tersebut.
Lihatlah kedunguan para ahli falsafah yang sesat dan alpa! Mereka merasakan kewujudan loh mahfuz bagi kekuasaan Ilahi yang menciptakan. Mereka juga merasakan kehadiran fenomena-fenomena kitab yang melihat hikmat rabbani dan iradahnya yang terlaksana ke atas segala benda. Mereka juga perasan akan pelbagai gambaran dan contohnya, tetapi mereka menamakannya tabi'i (nature), lantas mereka memadamkan cahayanya. Maha Suci Allah!
Demikanlah, melalui arahan daripada al-kitab al-mubin, iaitu dengan hukum danpada takdir Ilahi dan perlembagaannya yang mesti dilaksanakan, al-qudrah al-ilahi\yah menulis - ketika mengadakan siri benda-benda yang wujud yang kesemuanya menjadi tanda - mengadakan dan menggerakkan zarah-/arah di atas papan pemadaman dan penetapan (al-mahw wa al-ithbat) yang merupakan lembaran mithali kepada zaman
Gerakan-gerakan zarah hanyalah gegaran dan gerakan yang berlaku ketika benda-benda yang wujud melintas - ketika berlaku penulisan dan penyalinan tersebut - dan alam yang ghaib kepada alam yang nyata, iaitu daripada ilmu kepada kudrat. Papan pemadaman dan penetapan pula menjadi rekod yang sentiasa berubah daripada loh mahfuz yang lebih besar, sabit dan berpanjangan. Papan penulisan dan pemadaman (al-kitabah wa al-mahw) pula berada di dalam kawasan benda-benda mumkinat (bukan wajib al-wujud), yakni 1 merupakan rckod bagi benda-benda yang sentiasa terdedah kepada mati dan hidup, kepada kebinasaan dan kehidupan. Kerana inilah hakikat masa (zaman). Ya! Sebagaimana setiap benda mempunyai hakikatnya, maka hakikat apa yang kita namakan sebagai zaman yang sentiasa berjalan bagaikan sebuah sungai besar di dalam alam ini, sebenamya la sama dengan sehelai kertas dan dakwat yang digunakan bagi menulis al-qudrah al-ilahiyah di atas papan pemadaman dan penetapan. Hanya Allah yang mengetahui perkara ghaib. - Pengarang.
Noktah Pertama
Mengandungi Dua Perbahasan
Perbahasan Pertama
Apabila setiap zarah bergerak dan diam, terpancar dua cahaya tauhid. Kedua-duanya ibarat matahari yang memancar. Kami telah mem-buktikan dengan ringkas dan penuh keyakinan dalam Isyarat Pertama daripada Kalimah Kesepuluh dan kami menjelaskan lagi dalam Kalimah Kedua Puluh Dua, bahawa jika setiap zarah itu tidak di-perintah dengan perintah-perintah daripada Allah (s.w.t.) dan jika ia tidak bergerak dengan keizinan dan perbuatan-Nya dan jika ia tidak berubah dengan ilmu dan kudrat-Nya, nescaya pasti setiap zarah itu mempunyai ilmu yang tidak berkesudahan, kudrat yang tidak ber-sempadan, penglihatan yang melihat segala sesuatu, wajah (sudut) yang dengannya ia menghadapkan mukanya kepada segala sesuatu dan perintah yang terlaksana pada segala sesuatu.
Ini adalah kerana setiap zarah sesuatu bekerja - atau boleh bekerja -melakukan pekerjaan yang tersusun di dalam jisim setiap benda hidup. Perlu disebutkan di sini bahawa sistem setiap benda dan undang-undang penyusunannya berbeza antara satu sama lain. Sesuatu tidak boleh dilakukan selagi tidak diketahui sistemnya. Jika zarahnya tetap melakukan sesuatu (dalam keadaan tidak mengetahui sistemnya) pasti ia akan melakukan kesalahan. Tetapi apa yang berlaku, kita mendapati bahawa segala pekerjaan dilakukan tanpa berlaku kesilapan. Jadi mungkin zarah tersebut bekerja mengikut perintah orang yang memiliki ilmu yang meliputi segala sesuatu dan dengan keizinan, ilmu serta iradah-Nya atau mungkin juga zarah itu sama-sama mempunyai ilmu yang meliputi dan kudrah yang mutlak!
Setiap molekul udara, mampu untuk memasuki badan setiap benda hidup, buah, bunga dan binaan daun, serta bekerja di dalamnya, sedangkan binaan dan susunan sistem setiap benda tersebut berbeza antara satu sama lain. Kalaulah kilang buah tin - misalnya - serupa dengan kilang tekstil, nescaya kilang buah delima juga sama dengan kilang membuat gula. Sedangkan reka bentuk dan binaan kilang kedua-duanya berbeza antara satu sama lain.
Molekul-molekul udara ini masuk atau boleh masuk ke dalam setiap daripada benda-benda tadi dan dengan penuh kemahiran dan kebijaksanaan, ia boleh bekerja dan mengambil kedudukan tertentu di dalamnya. Kemudian setelah tugasnya selesai, ia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan tugasnya.
Demikianlah keadaan molekul yang bergerak di udara yang juga bergerak. la hanya berada di dalam salah satu dan pada dua keadaan sahaja. Sama ada ia mengetahui gambaran-gambaran yang dipakaikan kepada semua jenis binatang dan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bunga-bungaannya dan mengetahui juga sukatan serta kadar setiap benda itu dan reka bentuk binaannya, atau molekul itu diperintahkan melalui satu perintah yang datang daripada seseorang yang mengetahui segala perkara tersebut dan bekerja berdasarkan iradah-Nya.
Ada seorang pergi ke Eropah, dalam keadaan tidak mengetahui langsung tentang sarana-sarana tamadun, di samping itu dia juga buta. Jika orang ini datang ke sana (Eropah) dan memasuki kesemua makmal dan kilang, serta dapat melakukan pembuatan benda-benda yang menakjubkan di dalam berbagai-bagai bentuk bangunan, dalam keadaan penuh tersusun, kebijaksanaan dan kemahiran yang menghairankan akal, maka sudah tentu seseorang yang mempunyai walaupun secebis perasaan akan mengetahui dan menyedari secara yakin bahawa orang tersebut tidak melakukan kesemua perkara tersebut dengan sendiri, bahkan terdapat seorang pakar yang menunjuk ajar dan mem-bimbingnya bagaimana melaksanakan segalanya,
Jika terdapat seorang yang tidak berupaya, buta, tempang, terperuk di dalam pondok usangnya, tidak dapat bergerak, kemudian dibawa masuk kepadanya sedikit anak batu, sepotong tulang dan sepotong kapas; tiba-tiba pondok usangnya itu mengeluarkan bertan-tan gula, bergulung-gulung tekstil, ribuan ketul permata, bersama dengan pakaian yang paling cantik dan perhiasan yang paling membanggakan, di samping makanan-makanan yang amat lazat; maka tidakkah seseorang yang mempunyai secebis akal fikiran akan berkata bahawa lelaki yang buta dan tempang itu, hanyalah seorang jaga kepada kilang yang hebat dan khadam kepada seorang tuan yang memiliki mukjizat?
Begitulah juga dengan gerakan-gerakan zarah udara, serta bagaimana ia bekerja pada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, bunga-bungaan dan buah-buahan. Setiap satu daripadanya merupakan penulisan ketuhanan yang diperlukan oleh sekalian makhluk. Setiap satunya juga merupakan keindahan penciptaan rabbani, mukjizat kudrat ilahi dan keluarbiasaan hikmat Ilahi. Zarah-zarah tersebut tidak akan bergerak dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain melainkan dengan arahan Tuhan Yang Maha Membuat Lagi Maha Bijaksana, yang mempunyai kemuliaan dan dengan kehendak Tuhan Yang Maha Mencipta Yang Maha Mulia dan yang mempunyai keindahan.
Bandingkan keadaan ini dengan zarah tanah yang menjadi tempat tumbuh tangkai yang hanya berasal daripada biji benih sahaja. Setiap satunya menjadi mesin menakjubkan yang berbeza antara satu sama lain Setiap satunya juga merupakan papan tanda yang mengiklankan nama-nama Allah yang baik, berbeza dengan yang lain. Setiap satunya juga merupakan qasidah terpelihara yang memberikan pujian terhadap kesempurnaan Allah (a.w.j). Tidak syak lagi, biji-biji benih tersebut tidak menjadi tempat tumbuh pokok dan tumbuh-tumbuhan melainkan dengan arahan Allah yang memiliki perintah kun fa yakun. Setiap benda tunduk kepada perintah-Nya, tidak bekerja melainkan dengan keizinan, iradah dan kekuatan-Nya. Inilah keyakinan yang teguh dan pasti. Kami beriman!
Perbahasan Kedua
Perbahasan ini merupakan ibarat isyarat mudah yang ditujukan kepada pelbagai tugas dan hikmat yang terdapat pada pergerakan zarah.
Golongan materialis yang akal mereka turun kepada mata, melihat hanya benda sahaja. Mereka melihat kewujudan ini dengan hikmat kebijaksanaan mereka yang kosong daripada kebijaksanaan dan falsafah mereka yang berdasarkan kepada kesia-siaan: bahawa segala pertukaran zarah yang berlaku terikat dengan 'ketidaksengajaan' (kebetulan), sehingga mereka menjadikannya sebagai kaedah yang jitu bagi semua perlembagaan mereka. Mereka juga menjadikannya sebagai sumber kewujudan makhluk-makhluk yang rabbani (ciptaan tuhan).
Sesiapa yang mempunyai sezarah akalpun dengan yakin mengetahui betapa jauhnya mereka daripada kelogikan akal, ketika mereka menyandarkan makhluk yang dihiasi dengan hikmat kebijaksanaan yang semula jadi ini kepada sesuatu yang bercampur aduk secara tidak teratur dalam keadaan tidak mempunyai sebarang hikmat dan pengertian.
Menurut perspektif dan hikmat al-Qur'an, ia melihat bahawa segala perubahan zarah yang berlaku, mempunyai hikmat yang amat banyak dan matlamat yang tidak terhitung serta tugasan yang tidak terhad.
Perkara ini diisyaratkan oleh ayat berikut:
Maksudnya: "Dan tiada sesuatupun kecuali bertasbih dengan memuji-Nya. " (Al-Isra' 17:44)
Banyak lagi ayat lain yang mengisyaratkan perkara yang sama.
Banyak lagi ayat lain yang mengisyaratkan perkara yang sama.
Sebagai contoh, di sini kami mengisyaratkan kepada beberapa ayat tersebut sebagaimana berikut:
Pertama: Sesungguhnya Allah (s.w.t) menggerak dan mem-pergunakan zarah-zarah tersebut 'dengan kudrat-Nya bagi membaharui penjelmaan proses pengadaan pada sekalian makhluk. Dia menjadikan setiap roh sebagai model. Pada setiap tahun Dia memakaikan roh tersebut dengan jasad baru yang terdiri daripada mukjizat kudrat-Nya. Dari kitab yang satu, Dia menyalin ribuan kitab yang pelbagai ber-dasarkan kebijaksanaan-Nya yang sempurna. Dia men-zahirkan satu hakikat di dalam bentuk dan gambaran yang bermacam-macam. Dia melapangkan sesuatu tempat dan mempersiapkannya bagi menerima kedatangan makhluk, alam dan kewujudan yang baru, sekumpulan demi sekumpulan.
Kedua: Sesungguhnya Tuhan yang memiliki kerajaan dan kebesaran telah mencipta dunia ini - terutamanya per-mukaan bumi ini - dalam bentuk sebuah ladang yang besar. Dia mempersiapkannya supaya dapat menerima pem-besaran segala hasil mahsul, pembesaran segala makhluk yang wujud, pertukaran keadaannya dan perkembangannya. Atau dengan kata lain, Dia mempersiapkan bumi ini untuk disemai dengan mukjizat-mukjizat kudrat-Nya yang tidak berpenghujung dan kemudian untuk menuai hasilnya.
Pada setiap zaman, pada setiap musim, pada setiap bulan, pada setiap hari, bahkan pada setiap detik, Allah (s.w.t) menonjolkan beberapa makhluk baru bagi memperlihatkan mukjizat kudrat-Nya. Allah memberikan pelbagai peng-hasilan baru kepada permukaan bumi ini dengan meng-gerak dan menugaskan zarah-zarah berdasarkan kebijak-sanaan yang sempuraa dan sistem yang kemas. Dengan gerakan zarah-zarah ini, Allah (s.w.t) menjelaskan hadiah-hadiah kerahmatan-Nya yang lahir daripada khazanah-Nya dan model-model mukjizat kudrat-Nya yang tidak pernah kenng serta kehabisan.
Ketiga: Allah (s.w.t) menggerak dan mempergunakan zarah-zarah dengan kebijaksanaan yang sempurna pada beberapa tugasan yang tersusun, bagi menampilkan keindahan sekalian makhluk yang wujud, agar nama-nama Allah yang baik itu (al-asma' al-husnd) sentiasa menggambarkan penjelmaan pengertiannya yang tidak berpenghujung. Oleh itu, di suatu tempat yang sempit, Allah (s.w.t) menonjolkan gambaran-gambaran keindahan tidak terbatas yang me-nunjukkan penjelmaan-penjelmaan yang tidak ber-penghujung itu dan Dia menulis bilangan yang tidak terhingga bagi tanda kekuasaan-Nya, terbentuk di atas sekeping lembaran yang sempit, yang menjelaskan pengertian-pengertian tinggi yang tidak terhad.
Ya! Penghasilan tahun lalu dan tahun ini dari segi hakikat-nya adalah sama, namun pengertian serta petunjukan yang tersirat di sebaliknya amat berlainan sama sekali. Kerana berlakunya pertukaran 'penentuan perkiraan' akan me-nyebabkan berlakunya pertukaran pengertian, dengan ia bertambah dan menjadi lebih banyak. Meskipun 'penentuan perkiraan' dan penampilan sementara merupakan per-ubahan yang kedua-duanya akan binasa pada zahirnya, tetapi pengertiannya perkiraan yang indah sentiasa ter-pelihara dan berkekalan selamanya.
Daun-daun, bunga-bungaan dan buah-buahan sesuatu pokok yang terbit pada musim bunga tahun lalu - kerana la tidak mempunyai roh seperti manusia - merupakan daun, bunga dan buah yang terbit pada musim bunga tahun ini, jika dipandang dari sudut hakikat, sekalipun ada perbezaan dari sudut penempatan kepada penampilan tersebut.
Penampilan pada musim bunga tahun ini datang untuk mengambil tempat penampilan yang telah datang pada musim bunga tahun lalu. Ini berlaku dengan tujuan memperlihatkan hal ehwal al-asma' al-husna yang sentiasa segar penjelmaannya sepanjang masa.
Keempat: Sesungguhnya Allah Yang Maha Bijaksana dan mem-punyai kebesaran, menggerakkan zarah-zarah di dalam ladang dunia ini yang sempit dan menenunnya di kilang bumi, dengan menjadikan seluruh makhluk yang wujud ini sentiasa bergerak dan berpindah. Ini dilakukan-Nya demi mewujudkan keserasian terhadap keperluan, perhiasan dan penghasilan bagi alam-alam luas yang tidak terbatas, seperti alam al-mithal, alam al-malakat yang amat luas itu dan alam-alam akhirat lain yang tidak terbatas. Allah mempersiapkan penghasilan dan banyak natijah yang maknawi kepada bumi yang kecil ini, bagi alam yang amat luas dan besar itu. Allah mengalirkan banjir yang tidak berkesudahan daripada bumi ini, yang terbit daripada khazanah kudrat-Nya yang mutlak, lalu dicurahkan ke dalam alam al-ghaib dan sebahagian daripadanya dicurahkan ke dalam alam akhirat.
Kelima: Allah (s.w.t) menggerakkan zarah-zarah itu dengan kudrat-Nya dengan penuh kebijaksanaan dan mempergunakannya pada tugasan-tugasan yang tersusun kemas, bagi menampil-kan kesempurnaan sifat ketuhanan-Nya yang tidak ke-habisan, kilasan keindahan-Nya yang tidak bersempadan, penjelmaan kebesaran-Nya yang tidak berakhiran dan penyucian rabbaniyah yang tidak terhitung di atas per-mukaan bumi yang sempit dan terbatas ini. Akan tetapi semuanya itu dalam tempoh masa yang sedikit dan terbatas. Allah (s.w.t) menjadikan segala makhluk yang wujud bertasbih, dengan tasbih yang tidak berkesudahan, dalam tempoh masa dan tempat yang terbatas, bagi menjelaskan bahawa jelmaan-jelmaan-Nya yang indah, sempurna dan agung secara mutlak itu merupakan pewujud kepada pelbagai hakikat perkara ghaib, buah akhirat, keindahan ideal - yang digambarkan melalui benda-benda yang binasa namun identitinya tetap kekal - dan pelbagai tenunan kebijaksanaan. Yang menggerakkan zarah, menampilkan bermacam-macam matlamat yang agung dan hikmat yang hebat ini ialah Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Tunggal. Jika bukan demikian, maka setiap zarah akan memerlukan sebuah akal sebesar matahari!
Terdapat banyak lagi contoh yang menerangkan hikmat pertukaran zarah yang digerakkan berdasarkan kebijaksanaan yang hebat, sebagai-mana kelima-lima contoh yang telah ditampilkan di atas. Kemungkinan contoh yang dapat didatangkan berjumlah lebih daripada lima ribu, tetapi golongan ahli falsafah yang dungu menyangka bahawa ia kosong, tidak mengandungi sebarang hikmat!
Mereka mendakwa - pada hakikatnya - bahawa semua zarah yang bergerak itu bergerak dalam kemabukan dan ketidaksedaran rabbani dalam dua dimensi, secara menegak dan mengikut pernafasan. Zarah-zarah tersebut sebenarnya bergerak sebagaimana seorang murid berzikir dan bertasbih sehingga berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar. Jadi pergerakan-pergerakan yang terhasil berlaku dengan sendiri. la menari dan berpusing-pusing dalam keadaan kebingungan.
Dari sini, kita mengambil kesimpulan bahawa ilmu para ahli falsafah sebenarnya bukanlah ilmu, bahkan ia merupakan kejahilan. Hikmat mereka juga ialah perkara karut yang kosong daripada memiliki sebarang hikmat!
(Kami akan menyebut hikmat keenam secara terperinci di dalam noktah ketiga)
Seterusnya[Next]:- ANA (AKU) dan ZARAH Part III
Seterusnya[Next]:- ANA (AKU) dan ZARAH Part III
No comments:
Post a Comment