Fasal pada menyatakan Loh Mahfos, Kejadian Qalam & Arash

Fasal pada menyatakan Loh Mahfos

Adapun Loh Mahfos itu dijadikan Allah Taala daripada mutiara yang putih dan kedua tepinya daripada Yakut yang Merah dan kepalanya dari manikam yang langit dan bumi dan besarnya seperti antara merah dan panjangnya seperti antara Musyrik dan Maghrib, maka adalah tersurat didalamnya daripada segala nasib hamba Allah taala yang banyak dan berbahagialah bagi yang berbahagia dan celakalah bagi yang celaka daripada Azali ke badan. Syahdan bahawasanya Loh Mahfos itu hanya sebelah sahaja yang dapat dilihat oleh Izrail dan yang sebelah lagi tiada siapa yang mengetahui hanya Allah Taala jua yang mengetahui.

Fasal pada menyatakan kejadian Qalam.

Adapun Qalam itu dijadikan Allah Taala daripada Nur dan panjangnya seperti antara Langit dan Bumi, dan pada satu riwayat ada menyatakan bahawa panjang Qalam itu kira-kira 500 tahun perjalanan dan bulatnya demikian juga. Dan adalah baginya delapan puluh belahan dan keluar daripadanya dakwat selang-selang daripada belahnya itu sekelian. Maka Firman Allah Taala akan dia Hai Qalam surat olehmu dan demi didengar firman Allah Taala demikian itu maka ia gementarlah lalu ia mengucapkan tasbih baginya. Maka tetakala itulah ia terbelah daripada kerana sangat hebat ia mendengar firman Allah. Dan firman Allah lagi Hai Qalam surat oleh mu akan dia daripada barang yang dijadikan dan barang yang lagi aka dia hingga ke hari Kiamat. Maka Qalam menyurat seperti barang yang dilakukan Allah Taala daripada bahagia segala yang bahagianya dan celaka daripada segala yang celaka dan barang yang dikehendaki Allah Taala.

Fasal menyatakan kejadian Arash.

Adapun Arash itu dijadikan Allah Taala daripada Manikam yang hijau dan adalah terlebih besar daripada segala yang dijadikan Allah Taala seperti khabar daripada Jaafar ia mendengar daripada neneknya katanya” adalah Arash itu empat ribu tiang dan bahawasanya antara satu tiang kepada satu tiang itu kira-kira terbang burung yang pantas 30,000 tahun tiada sampai ia. Adalah bagi Arash itu tujuh puluh ribu lidah mengucap tasbih ia akan Allah Taala dengan berbagai-bagai bunyinya dan di hiaskan akan Aras itu pada tiap-tiap hari tujuh puluh warna daripada Nur, maka tiada kuasa menilik kepadanya seorang juga daripada makhluk dan jika dibandingkan dengan yang lain daripada Arash itu maka adalah seperti umpama satu zarah yang dicampak pada yang dipandang juga.

Kata Kaab Al-Jabar bahawasanya Allah Taala menjadikan seekor ular yang bernama Hayatul Kubri dan adalah ia mengelilingi Arash dengan tiga belok. Maka kepalanya daripada mutiara yang putih dan tubuhnya daripada emas yang Merah dan kedua matanya daripada Yakut dan besarnya tiada seorang jua yang mengetahui hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jika dikelurakan daripada Arash sampai kepada Tujuh petala bumi hingga kepusatnya tiada sampai juga. Dan pada tiap-tiap bulu sayapnya itu seorang Malaikat mengucap tasbih kepada Allah s.w.t.

Kata Wahab bin Munih bahawasanya didalam Arash itu empat sungai, pertama daripada sungai mutiara yang gemilang, kedua sungai putih airnya daripada susu dan kursi daripada mutiara dan anak batunya daripada yakut yang merah, ketiga sungai daripada yang berkeladak putih airnya seperti susu yang amat putih, keempat sungai yang mengalir airnya dan adalah ia dibawahnya itu suatu, maka ialah diturunkan Allah Taala Roh segala yang bernyawa dan daripadanya turun hujan dengan Izin Allah Taala maka jadi hujan langit hingga sampai satu tempat yang bernama Ibzam. Maka dititahkan Allah s.a.t akan awan itu menurunkan hujan maka tiada turun setitik daripada hujan melainkan adalah sertanya seorang daripada malaikat, maka dihantarkan malaikat itu daripada titik air hujan itu kepada tempatnya. Maka tiada turn air hujan setitik melainkan ianya disukat dan di timbang, kecuali pada taufan Nabi Allah Nuh a.s. Kata Syaidina Ali r.h.a, adalah pada langit itu satu pintu yang bernama Majroub daripada pintu itulah tempat tutunya segala malaikat dan daripada pintu itu turun air masa taufan Nabi Allah Nuh a.s

Adapun malaikat yang mennangung Arash itu empat orang jua adanya dan Israfil itulah yang terlebih hampir daripada segala malaikat kepada Allah taala, maka ditambah pula Malaikat yang menangung Arash itu pada hari kiamat itu empat orang jadi lapan orang seperti firman didalam Alquran yang ertinya Yang menangung Arash Tuhanmu ya Muhammad pada hari Kiamat itu lapan orang malaikat. Dan rupa mereka itu seperti kambing hutan dan ada bagi mereka itu tanduk dan adalah antara tanduk kepada tanduk yang lain kira-kira 600 tahun perjalanan dan adalah Arash itu diatas tanduk mereka itu. Dan antara telinga dan batang leher kira-kira 600 tahun perjalanan dan adalah antara mulutnya dan dua tapak kakinya kira-kira 500 tahun perjalanan.

Teleh bersabda Rasulullah s.a.w kepada aku yang ertinya Hai Jabar hampirlah kamu kepada ku, aku hendak menceritakan akan segala malaikat yang menanggung Arash, adalah antara cuping telinga dan batang lehernya adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan lagi kata Mujahad, adalah antara langit yang ketujuh dan Arash itu hijab daripada Zulumat dan satu hijab daripada Nur dan satu hijab daripada Zulumat pula dan Malaikat yang menaggung Arash itu Tawaf seperti kata Wahab, adalah segala Malaikat itu tawaf megelilingi Arash itu 70,000 shaf iaitu satu shaf di belakang satu shaf. Apabila berhadapan sesetangahnya maka setengah mereka mengucap takbir dan adalah dibelakang mereka itu 70,000 shaft pada Malaikat yang berdiri dan adalah tangan mereka itu pada lehernya, apabila mereka akan takbir dan tahlil maka mereka itupun menyaringkan suaranya. Dan adapun di belakang shaf mereka itu seratus shaf daripada Malaikat dan dihantarkan tangan kanan diatas tangan kiri, tiada seorang melainkan mengucap ia akan tasbih dan tahmid dengan berlainan bunyi. Maka didingkan Allah Taala daripada segala Malaikat yang menanggung Arash itu dengan 70 hijab daripada Api dan 70 hijab daripada Zulumat dan 70 hijab daripada Nur, 70 hijab daripada Mutiara yang merah dan 70 hijab daripada Yakut yang merah 70 hijab daripada Zamrud yang hijau, 70 hijab daripada air beku dan 70 hijab daripada yang lainnya tidak diketahui bilangannya hanya Allah jua.

Adapun Malaikat yang menanggun arash itu mengelilingi ia dengan empat muka, yang pertama mukanya seperti lembu, kedua seperti muka harimau, ketiga seperti muka Rajawali dan keempat seperti muka manusia. Dan adalah bagi mereka itu empat sayap dan dua sayap itu digunakan untuk menutup ia akan dirinya daripada menulik Arash takut pengsan ia, dan 2 sayap lagi dikembangkan tiada berkata-kata melainkan mengucapkan tasbih dan tahmid semata.

Shahdan, dibawah Arash itu Malaikat yang menyerupai Rajawali, seperti rupa ular dan di bawah Arash itu seekor ayam jantan yang putih bulunya, hijau dan lagi belang dan dua matanya daripada Yakut yang merah dan tengkoknya dan dua kakinya daripada emas dan 2 kakinya sampai 7 lapis bumi yang di bawah dan lehernya berlipat lemak dibawah Arash, Inilah kata Nabi s.a.w akan ayam putih itu kekasihku, hikmat Allah menjadikan Arash adalah untuk menjadi Kiblat para Malaikat.


Wassalam

1 comment:

kyoro1987 said...

salam sdara, mohon nyatakan rujukan sdara,

Post a Comment