Noktah Kedua
Pada setiap zarah terdapat dua saksi yang menyaksikan kewujudan Allah dan keesaan-Nya.
Ya! Zarah yang menjalankan tugas dan memikul bebanan amat berat yang melebihi kemampuannya itu, walaupun lemah dan beku, dengan penuh kesedaran, ia menyaksikan dengan penyaksian yang terputus dari kewujudan Allah (s.w.t).
la juga memberikan penyaksian yang benar terhadap keesaan Allah (s.w.t) dan ketunggalan Tuhan yang menjadi raja kepada segala kerajaan, dengan melakukan penyelarasan dan penyerasian terhadap segala pergerakannya dengan sistem umum yang berlaku di atas muka bumi dengan mengambil kira sistem tersebut, di mana saja ia berada, dengan menjadikan zarah itu menetap di mana saja ia berada. Siapakah yang memiliki zarah-zarah tersebut? Tempat-tempat yang dilawati oleh zarah tersebut ialah kerajaan orang itu, dengan makna bahawa sesiapa yang memiliki zarah-zarah tersebut, maka semua ternpat yang dilalui oleh zarah tersebut juga adalah miliknya.
Oleh sebab sesuatu zarah itu lemah, ditambah lagi dengan bebanannya yang berat dan tugasannya yang banyak tidak terkira, ini semua menunjukkan bahawa ia berdiri dan bergerak di bawah kuasa dan dengan perintah Tuhan yang amat berkuasa dan yang mempunyai kudrat yang mutlak.
Kemudian pergerakan zarah-zarah tersebut yang selaras dan serasi dengan sistem-sistem umum dan menyeluruh yang digunakan di seluruh bumi, menunjukkan seolah-olah la mengetahui kesemua sistem tersebut dan kejayaan zarah-zarah tersebut memasuki setiap tempat tanpa sesuatu yang menghalangnya. Ini semua menunjukkan bahawa zarah-zarah tersebut melakukan perbuatannya itu dengan kudrat (kekuatan) Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, yang mem-punyai ilmu yang mutlak dan hikmat dan kebijaksanaan yang luas.
Ya! Setiap tentera mempunyai hubungan dengan platun, kompeni, batalion, briged dan divisyennya. Dia juga mempunyai tugas tertentu dalam setiap bahagian di atas berdasarkan hubungannya itu. Penyelarasan dan penyeragaman pergerakan melalui seluruh hubungan dan ikatan tersebut berlaku dengan pengetahuannya dan dengan mengetahui tugas-tugasnya pada setiap peringkat kumpulan tersebut, di samping tetap menjalankan tanggungjawab ketenteraan, seperti menjalani latihan dan menerima taklimat menurut salurannya. Dan semua ini pula hanya berlaku dengan mematuhi arahan pimpinan tertinggi yang mengetuai seluruh bahagian tersebut dan mengikut peraturannya yang telah ditetapkan.
Bagaimana keadaan seseorang tentera, begitulah juga keadaan setiap zarah yang tersusun di dalam sesuatu tempat. la mempunyai kedudukan yang selaras dan seragam di setiap tempat yang didudukinya itu. Pelbagai kedudukan sesuai yang menjadi dasar kepada kepentingan yang bermacam-macam. Berbagai-bagai tugasan tersusun. Beberapa natijah berbeza mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Oleh itu sudah pastilah perletakan zarah-zarah tersebut di antara tiap-tiap kenderaan yang dinaikinya dengan satu perletakan yang tidak mencacatkan natijah dan hikmat yang terbit daripada hubungan dan tugasan itu, di samping terpelihara keseluruhan hubungan dan tugasan itu daripada sebarang kecacatan, merupakan ciri khusus yang hanya dimiliki oleh Tuhan Yang Maha Memiliki, yang di tangan-Nya terletak kunci segala sesuatu.
Sebagai contoh: Zarah yang berada di dalam anak mata Taufiq (Tevfik) (Penulis (pcnyalm) pertama Risalah al-nur.) mempunyai hubungan dengan urat saraf pergerakan dan deria rasa mata. Juga mempunyai hubungan dengan segala macam saluran dan pembuluh (urat) darah yang terdapat di dalam mata. Juga mempunyai hubungan dengan muka, kepala dan keseluruhan badan, bahkan dengan seluruh seseorang manusia itu sendiri. Di samping zarah itu ia turut mempunyai tugas dan faedah tertentu pada setiap hubungan tersebut.
Kewujudan hubungan pada setiap benda yang dinyatakan di atas, serta segala hubungan dan faedah yang diperolehi di sebaliknya, beserta dengan hikmat kebijaksanaan yang sempurna dan ketelitian yang halus, menjelaskan bahawa:
Yang mencipta jasad dengan segala anggota-anggotanya, Dialah yang menempatkan zarah tersebut pada tempat itu, terutamanya zarah yang mendatangkan rezeki. Zarah yang berjalan dan bermusafir bersama-sama dengan kafilah rezeki, melakukan perjalanan dan pemusafiran itu dengan penuh ketertiban dan melancong dengan hikmat kebijak-sanaan yang membingungkan akal fikiran. Kemudian zarah tersebut memasuki pelbagai peringkat dan meneroka bermacam-macam lapisan dengan sistem yang halus dan teliti. Dia melangkah dengan langkah yang penuh kesedaran, tanpa melakukan sebarang kesilapan. Zarah itu datang secara berperingkat kepada jasad yang hidup, lalu ia (zarah itu) dibersih dan ditapis dengan menggunakan empat jenis penapis, hingga ia sampai kepada seluruh anggota badan dan bilik-bilik kecil yang memerlukan rezeki. Lalu zarah itu memberikannya rezeki yang datang dalam bentuk bebola merah dalam darah dan membantunya berdasarkan undang-undang 'kemurahan'.
Secara semula jadinya, dapat difahami daripada keterangan di atas bahawa orang yang dapat menjalankan zarah ini sehingga dapat melalui ribuan rumah dan tingkatan yang berbeza, serta membawanya dengan penuh hikmat, sudah pasti dan tidak syak sedikitpun, ialah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki Lagi Maha Mulia, Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Penyayang. Segala bintang dan zarah yang halus, pada tanggapan kudrat-Nya, sama sahaja.
Kemudian setiap zarah itu pula melakukan pembentukan satu gambaran indah dan ukiran menakjubkan pada makhluk, dengan dua andaian.
Pertama, mungkin ia berada pada tempat seorang pemerintah yang menguasai setiap zarah dan menguasainya juga secara keseluruhan; dan dalam masa yang sama, zarah itu juga terikat dengan arahan setiap zarah tersebut sama ada secara satu persatu atau secara kolektif. la mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang gambaran indah yang membingungkan akal dan ukiran cemerlang yang dipenuhi hikmat, lalu ia (zarah) mewujudkannya. Andaian ini mustahil, seribu kali mustahil!
Ataupun mungkin zarah itu berada di bawah arahan dan pergerakannya lahir dan pada kalam kudrat Allah (s.w.t.) serta undang-undang takdir-Nya.
Sebagai contohnya lagi, jika batu-batu yang ada pada kubah Aya Sotla tidak mematuhi arahan para pembinanya, mungkin setiap biji batu itu sendiri amat mahir untuk melakukan pembinaah, seperti juru-bina Sinan, (Seorang arkitek Turki yang tersohor (1489-1578). Telah menyelia pembinaan banyak masjid, antara yang terpenting ialah Masjid Sulaymiyah, Masjid Sulaymaniyah dan Masjid Saykh Zadah – Penterjemah) iaitu dia sendiri menjadi pemberi arahan kepada batu-batu. yang lain dan dalam masa yang sama ia juga tunduk kepada perintah batu-batu yang lain. Maksudnya, ia sendiri boleh memerintah batu-batu yang lain dengan berkata: "Wahai para batu, hendaklah kita bersatu supaya kita tidak runtuh!" Begitu juga keadaannya dengan zarah-zarah yang ada pada sekalian makhluk yang kedudukannya ribuan kali lebih menunjukkan kebolehan kreativiti, keindahan, ketelitian, ketakjuban dan kebijaksanaan yang lebih tinggi daripada kubah yang terdapat pada Aya Sofia. Jika sekiranya zarah-zarah tersebut tidak berada dalam keadaan tunduk patuh kepada perintah Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Agung, Tuhan yang mencipta alam ini, maka seharusnya anda memberikan sifat kesempurnaan -yang tidak layak dibenkan melainkan kepada Allah (s.w.t) sahaja -kepada setiap zarah itu.
Maha Suci Allah! Alangkah ajaibnya! Ketika golongan materialis yang zindiq dan kufur itu mengingkari Allah yang bersifat dengan wajib al-wujud, mereka terpaksa - berdasarkan mazhab mereka -beriktikad dengan kewujudan beberapa tuhan yang palsu (batil) sebanyak bilangan zarah yang ada. Dari sudut ini, anda akan melihat bahawa orang kafir yang mengingkari kewujudan Allah (s.w.t.) sebenamya berada dalam kejahilan yang besar, bahkan dialah seorang yang jahil secara mutlak, sekalipun dia seorang ahli falsafah dan tersohor sebagai seorang ilmuwan.
Noktah ini merupakan isyarat kepada hikmat keenam yang agung, seperti yang dijanjikan pada penghujung noktah pertama.
Noktah Ketiga
Noktah ini merupakan isyarat kepada hikmat keenam yang agung, seperti yang dijanjikan pada penghujung noktah pertama.
Pada Kalimah Kedua Puluh Lapan yang lalu, telah disebutkan pada catatan bawah pertanyaan kedua:
Bahawa terdapat satu lagi hikmat daripada ribuan hikmat yang terkandung dalam pertukaran zarah dan pergerakannya pada jasad-jasad yang mempunyai kehidupan, iaitu pemberian cahaya kepada zarah tersebut dengan roh (kehidupan) dan pemberian kehidupan yang bermakna agar zarah itu sesuai bagi pembinaan alam akhirat.
Ya! Semua benda hidup, sama ada haiwan ataupun manusia, bahkan tumbuh-tumbuhan sekalipun menjadi tuan rumah, pusat latihan dan sekolah pendidikan bagi zarah tersebut mendapat tunjuk ajar dan arahan. Zarah yang beku itu memasuki setiap tempat, lalu ia bercahaya, seolah-olah ia menerima segala kursus, latihan, arahan dan taklimat, dengan itu ia menjadi lembut (menurut). Melalui pelaksanaan segala tugas yang dipikulkan ke atasnya, ia mendapat kelayakan dan kemampuan untuk menjadi zarah yang akan membentuk alam baqa' dan alam akhirat yang mempunyai kehidupan yang sebenar dan mencakupi segala komponennya.
Pertanyaan: Bagaimana kewujudan hikmat ini diketahui pada pergerakan zarah tersebut?
Jawapan:
Pertama: Kewujudannya diketahui melalui hikmat kebijaksanaan Allah Yang Maha Bijaksana. Hikmat itu sabit dengan sistem-sistem yang berjalan pada seluruh mawjudat dan dengan hikmat-hikmat yang terkandung di dalamnya. Kerana hikmat Ilahiyah yang memberikan hikmat yang amat banyak kepada satu juzuk yang kecil, sudah pasti ia tidak akan meninggalkan gerakan-gerakan zarah begitu sahaja tanpa sebarang hikmat di sebaliknya! Itulah pergerakan yang berlaku pada gerakan seluruh benda yang ada, yang menonjolkan kesannya yang besar pada kewujudan dan merupakan sebab kepada penonjolan keindahan-keindahan yang dipenuhi dengan kebijaksanaan.
Kemudian hikmat dan hakimiyah Ilahiyah yang tidak pernah mengabaikan makhluk yang paling kecil tanpa mendapat balasan, kesempurnaan dan kedudukan, hasil daripada tugasan yang dilakukannya, maka bagaimana la boleh mengabaikan orang-orang suruhan dan gunaan-Nya yang amat banyak itu - zarah-zarah - tanpa mendapat sebarang cahaya atau balasan.
Kedua: Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui menggerak dan menggunakan pelbagai elemen kimia bagi menunaikan tugas-tugas yang mulia, lalu ia 'ditingkatkan kepada peringkat mineral (galian), sebagai balasan baginya dalam menuju jalan kesempurnaan. Tuhan juga menggerak dan menggunakan zarah-zarah mineral bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu dan mengajarkannya tasbih yang khusus, seterusnya mengurniakannya martabat kehidupan kepada tumbuh-tumbuhan. Seterusnya Allah menggerakkan zarah tumbuh-tumbuhan dan me-nugaskannya dengan pelbagai tugasan serta menjadikannya sebagai rezeki kepada yang lain. Dengan itu, Allah memberikan nikmat kepadanya dengan meningkatkannya kepada martabat halus bagi haiwan. Kemudian Allah mempergunakan zarah-zarah haiwan - melalui jalan pemberian rezeki - dan mengangkatnya kepada darjat kehidupan kemanusiaan. Dan dengan melalukan zarah-zarah jisim manusia melalui beberapa penapis beberapa kali dan melalui pembersihannya dengan menjadikannya halus, Allah mengangkatnya kepada tempat yang paling halus dan mulia, yang terdapat di dalam tubuh manusia, iaitu otak dan hati.
Dari apa yang telah disebutkan sebelum ini dapat difahami bahawa gerakan zarah-zarah tidak berlaku tanpa mem-punyai sebarang faedah atau sunyi daripada sebarang hikmat. Bahkan zarah-zarah tersebut dibawa menuju ke arah suatu kesempurnaan yang layak bagi dirinya.
Ketiga:Sebahagian zarah yang terdapat pada benda hidup - seperti zarah pada biji benih - mencapai sejenis nur maknawi, kehalusan dan keistimewaan, sehingga ia menjadi se-umpama roh dan penguasa terhadap zarah-zarah yang lain, dan juga terhadap pohon yang besar itu sendiri.
Peningkatan kedudukan zarah ini - antara zarah-zarah lain yang terdapat pada pohon yang besar itu - sehingga mencapai martabat tersebut, merupakan hasil daripada pelaksanaan segala tugasan dan tanggungjawabnya yang besar semasa melalui peringkat-peringkat pembesaran pohon tersebut. Ini menunjukkan bahawa zarah-zarah tersebut mencapai kehalusan maknawi, kedudukan tinggi dan petunjuk mulia ketika ia menunaikan tugasan fitrah yang diarahkan oleh Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana, mengikut jenis gerakan yang dilaku-kannya dan selaras dengan penjelmaan dan ketinggian al-asma' al-husna.
Kesimpulan:
Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana telah menentukan satu noktah kesempurnaan yang sesuai bagi setiap benda. Dia juga telah menentukan cahaya kewujudan yang sesuai baginya. Kemudian Allah membawa benda itu ke arah noktah kesempurnaan itu, berdasarkan kesediaan yang dikurnia-kan kepadanya.
Sebagaimana undang-undang rabbani ini berjalan pada seluruh tumbuh-tumbuhan dan haiwan, ia juga berjalan pada benda-benda beku, sehingga Allah (s.w.t.) boleh mengurniakan suatu peningkatan kepada tanah biasa sehingga ke darjat menjadi berlian dan batu permata.
Daripada hakikat ini, terbongkar satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang al-rububiyyah'.
Ketika Allah Yang Maha Mencipta Lagi Maha Mulia mem-pergunakan binatang bagi melaksanakan undang-undang 'pembiakan' yang agung itu, Allah mengurniakan kelazatan yang juz'i kepada binatang itu, sebagai balasan kepada pelaksanaan tugasannya. Allah memberikan balasan kesempurnaan yang tinggi kepada binatang-binatang yang digunakan bagi melaksanakan arahan-arahan rabbani - seperti burung hantu dan lebah - dengan memberikannya kedudukan yang menyebarkan perasaan kerinduan dan kenikmatan.
Daripada hakikat ini pula, terbongkar satu lagi sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang kemurahan'.
Hakikat segala sesuatu tertuju dan terikat dengan penjelmaan salah satu nama daripada al-asma' al-husna. Setiap hakikat itu ibarat cermin yang membalikkan bagi setiap al-asma' al-husna. Sesuatu yang biar macam manapun indahnya, keindahannya itu kembali kepada kemuliaan dan ketinggian nama tersebut, sebagaimana yang dikehendakinya. Sama ada benda itu diketahui atau tidak, maka hanya kedudukan keindahannya itu sahaja yang dituntut, pada pandangan hakikat.
Daripada hakikat ini pula, terbongkar satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang pencantikan dan keindahan'.
Kedudukan dan kesempurnaan yang dikurniakan Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana kepada sesuatu, ber-dasarkan perlembagaan 'kemurahan', tidak diminta dikembali-kan setelah berlalu tempoh masa dan berakhir umur sesuatu itu. Bahkan hasil, natijah, identiti maknawi dan rohnya (sekiranya ia mempunyai roh) tetap berkekalan.
Sebagai contoh: Allah (s.w.t.) mengekalkan pengertian kesempurnaan dan hasilnya yang diperolehi oleh manusia, sehingga kesyukuran yang dilakukan oleh seseorang Mukmin terhadap buah-buahan tidak kekal yang dimakannya, akan dikembalikan oleh Allah kepadanya sekali lagi dalam bentuk buah-buahan lazat di syurga.
Daripada hakikat ini, terserlah satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang rahmat'.
Tuhan Yang Maha Mencipta Lagi Maha Bijaksana itu sedikit-pun tidak melakukan pemborosan. Allah juga tidak melakukan sebarang perbuatan sia-sia sama sekali, kerana Allah tetap menggunakan segala benda, sehingga benda-benda runtuhan fizikal bagi makhluk-makhluk yang sudah mati sekalipun (yang sudah tamat tugasannya) pada musim gugur, digunakan semula bagi membina makhluk-makhluk yang baru pada musim bunga.
Oleh sebab itu, berdasarkan hikmat Ilahiyah, perlulah me-masukkan zarah-zarah bumi yang beku dan tidak berperasaan serta yang telah melaksanakan tugasan-tugasan yang mulia di atas muka bumi ini ke dalam satu bahagian daripada binaan akhirat yang mempunyai kehidupan (nyawa) dan perasaan terhadap segala yang terkandung di dalamnya, seperti batu-batan dan pepohonan, berdasarkan petunjuk yang dilakukan oleh ayat:
Maksudnya: "(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain. " (Ibrahim 14:48)
Dan berdasarkan isyarat yang dilakukan oleh ayat:
Maksudnya: "Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya. " (Al-Ankabut 29:64)
Ini dilakukan oleh Allah, kerana meninggalkan zarah-zarah tersebut di bumi yang akan hancur, atau mencampakkannya ke dalam 'ketiadaan' begitu saja, merupakan satu pembaziran dan perbuatan sia-sia.
Daripada hakikat ini, terjelma satu sudut lagi danpada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang hikmat'.
Amat banyak daripada kesan, perkara maknawi dan hasil dunia ini, serta tenunan pekerjaan para mukallaf - seperti jin dan manusia - lembaran amalan, roh dan jasad mereka sendiri akan dihantar ke pasar dan tempat pameran di akhirat. Maka dan bijaksanalah apabila zarah-zarah bumi yang mengapit dan mengiringi hasil, permaknaan, serta lingkungan ber-hubungan yang mantap, turut dihantar bersama-sama dengan runtuhan dunia ini ke alam akhirat dan digunakan sebagai bahan binaannya. Ini semua hendaklah berlaku setelah ia menyempurnakan segala tugasannya dan selepas ia mencapai banyak cahaya kehidupan dan memberi khidmat kepadanya, sehingga ia menjadi sarana kepada pentasbihan kehidupan.
Daripada hakikat ini, terbongkarlah satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang keadilan'.
Sebagaimana roh menguasai jasad, maka arahan-arahan pem-bentukan (takwiniyah) terhadap bahan-bahan beku sebagaimana yang telah ditetapkan oleh takdir Ilahi, juga mempunyai kekuasaan terhadap bahan-bahan tersebut. Lalu arahan tersebut menjadikan bahan-bahan tersebut sebagai kedudukannya dan berjalaji berdasarkan sistem tertentu selaras dengan apa yang telah disalin oleh penulisan maknawi bagi takdir (penetapan) Ilahi.
Sebagai contoh: Pada pelbagai jenis telur, air mani dan biji benih, terdapat bahan-bahan yang memperolehi berbagai-bagai jenis cahaya dan kedudukan yang berbeza, berdasarkan perbezaan 'arahan-arahan pembentukan' yang digariskan oleh takdir Ilahi dalam bentuk yang berlainan, kerana bahan-bahan itu - dari sudut ia adalah satu bahan - berada di dalam satu hakikat (Ya! Keseluruhan bahan itu terdiri daripada empat elemen, iaitu pelahir air (oksigen dan hidrogen), pelahir asid (masam), karbon dan seumpamanya. Kerana itu, kesemua bahan dari sudut susunan fizikalnya dianggap terdiri danpada bahan yang sama, tetapi yang menyebabkan perbezaannya ialah penulisan (penetapan) takdir yang maknawi -Pengarang. sahaja sebenarnya. Akan tetapi ia menjadi sarana bagi pembesaran yang tidak terbatas bagi segala maujud. Dengan itu ia menjadi pemilik kepada pelbagai kedudukan dan cahaya yang bermacam-macam jenis. Kerana itu, tidak dapat tidak jika terdapat satu zarah dalam sesuatu perkhidmatan kehidupan dan ia termasuk dalam kandungan tasbih rabbani yang menjadikan kehidupan itu bertasbih berkali-kali, serta melaksanakan tugasnya di sana, maka tidak syak lagi bahawa hikmat kepada pengertian tersebut akan tertulis pada dahinya yang maknawi dan dirakamkan oleh kalam takdir llahi yang tidak mencuaikan sesuatupun, berdasarkan ilmu tuhan yang menyeluruh.
Sebagai contoh: Pada pelbagai jenis telur, air mani dan biji benih, terdapat bahan-bahan yang memperolehi berbagai-bagai jenis cahaya dan kedudukan yang berbeza, berdasarkan perbezaan 'arahan-arahan pembentukan' yang digariskan oleh takdir Ilahi dalam bentuk yang berlainan, kerana bahan-bahan itu - dari sudut ia adalah satu bahan - berada di dalam satu hakikat (Ya! Keseluruhan bahan itu terdiri daripada empat elemen, iaitu pelahir air (oksigen dan hidrogen), pelahir asid (masam), karbon dan seumpamanya. Kerana itu, kesemua bahan dari sudut susunan fizikalnya dianggap terdiri danpada bahan yang sama, tetapi yang menyebabkan perbezaannya ialah penulisan (penetapan) takdir yang maknawi -Pengarang. sahaja sebenarnya. Akan tetapi ia menjadi sarana bagi pembesaran yang tidak terbatas bagi segala maujud. Dengan itu ia menjadi pemilik kepada pelbagai kedudukan dan cahaya yang bermacam-macam jenis. Kerana itu, tidak dapat tidak jika terdapat satu zarah dalam sesuatu perkhidmatan kehidupan dan ia termasuk dalam kandungan tasbih rabbani yang menjadikan kehidupan itu bertasbih berkali-kali, serta melaksanakan tugasnya di sana, maka tidak syak lagi bahawa hikmat kepada pengertian tersebut akan tertulis pada dahinya yang maknawi dan dirakamkan oleh kalam takdir llahi yang tidak mencuaikan sesuatupun, berdasarkan ilmu tuhan yang menyeluruh.
Daripada hakikat ini, terjelmalah satu sudut daripada undang-undang yang agung, iaitu 'undang-undang ilmu yang menyeluruh’
Berdasarkan kenyataan yang lalu, zarah-zarah yang ada itu tidaklah terapung-apung dan berselerak begitu sahaja.( Inilah jawapan kepada ketujuh-tujuh perenggan yang lalu. )
Natijah:
Ketujuh-tujuh hukum yang lepas, iaitu undang-undang rububiyah, undang-undang kemurahan, undang-undang keindahan, undang-undang kerahmatan, undang-undang kebijaksanaan, undang-undang keadilan dan undang-undang ilmu yang menyeluruh dan undang-undang agung yang seumpamanya, setiap satu daripadanya mengisyaratkan kepada satu sudut daripada nama-nama Allah yang agung, dan penjelmaan terbesar kepada nama-nama Allah yang agung itu. Daripada penjelmaan tersebut, difahamilahi bahawa pertukaran zarah di atas bumi ini -seperti mawjudat yang lain - juga meneroka perjalanan seperti yang telah digariskan oleh takdir Ilahi, dan selaras dengan arahan-arahan pembentukan yang diberikan oleh kekuasaan (kudrat) Ilahi, serta berdasarkan neraca ilmiah yang sensitif demi merealisasikan hikmat yang tinggi dan seolah-olah ia bersedia untuk berpindah ke alam lain yang lebih tinggi! (*)
(*) ( Kerana jelas kelihatan di hadapan mata kita bahawa penyebaran cahaya kehidupan dengan banyaknya di dunia yang tebal dan rendah ini, serta pembawaan alam ini dengan kesan yang berterusan dan dalam keadaan 'kemurahan' yang tinggi, sehingga menyebarkan cahaya kehidupan dengan banyaknya walaupun pada benda yang paling hina dan busuk, serta pengilatan bahan yang tebal dan hina itu dengan cahaya kehidupan lalu menjadikannya halus. Semuanya ini hampir menjelaskan secara terus terang bahawa Allah (s.w.t) mencairkan alam yang tebal dan beku ini, serta mengindahkan dan menggilapnya dengan gerakan-gerakan zarah dan cahaya kehidupan tersebut, adalah untuk mempersiapkannya bagi memasuki alam lain yang hidup, halus (seni), tinggi dan suci. Seolah-olah Allah menghiaskannya demi menuju alam yang seni. Maka orang yang tidak dapat memahami pengumpulan (kebangkitan semula) manusia berdasarkan akal mereka yang sempit, jika mereka meiihat dengan cahaya dan teropong al-Qur'an, nescaya mereka akan dapat melihat 'undang-undang kewujudan asli dan jelas di hadapan mata, sebagaimana seluruh zarah dihimpunkan dan diperlakukan sesuka hati, umpama pengumpulan yang berlaku ke atas anggota-anggota tentera, sebagai yang dapat disaksikan. - Pcngarang.
Dari sini, jasad-jasad yang hidup menjadi umpama sekolah yang menjadi tempat pembelajaran, pusat latihan dan pendidikan bagi zarah-zarah yang sentiasa berselerakan. Kita juga boleh menghukumkan dengan tanggapan yang tepat bahawa begitulah keadaan sebenar yang berlaku.
Kesimpulan:
Sebagaimana telah disebut dan dibuktikan pada Kalimah Pertama, bahawa setiap benda mengatakan 'Bismillah'. Maka zarah juga - seperti seluruh mawjudat yang lain - dan setiap kumpulannya mengucapkan 'Bismillah' dengan bahasa sunyi atau organnya, di samping bergerak berdasarkan petunjuknya.
Ya! Sesungguhnya setiap zarah - berdasarkan ketiga-tiga noktah yang telah disebutkan - dengan bahasa sunyi atau organnya mengungkapkan "BismirLlahi'r-Rahmani'r-Rahim" pada permulaan pergerakannya, maskudnya: "Saya bergerak dengan nama, kekuatan, kekuasaan dan keizinan Allah, serta pada jalan-Nya". Kemudian ia - dan juga setiap kumpulannya - berkata, setelah mengakhiri pergerakannya sebagai-mana yang diucapkan oleh mana-mana makhluk, dengan bahasa sunyi atau organnya membisikkan: "Alhamduli'Llahi Rabbi'1 'Alami".
Kembali ke[Back to]:- ANA (AKU) dan ZARAH
No comments:
Post a Comment