Segala puji bagi allah taala yang tiada tuhan hanya ia jua pada azali dan tiada serta suatu jua pun dan dia tuhan yang abadi lagi sentiasa dan tiada jua pun kemudiannya dan dijadikan makhluk dan tiada hajat baginya, maka tetakala hendak menyatakan ketuhananNya, maka dijadikan nur kekasihnya dan daripada nur itulah dijadikan segala Ambia dan diringkan dengan martabatnya, da dipilih Ambia itu Nabi Allah Adam, menyatakan kekasihnya maka kerana itulah sujud sekelian Malaikat akan dia dan keluarlah ia dari syurga itu adalah didalamnya hikmat dan anugrahnya akan dia martabat yang tinggi, maka jadilah ia Khalifah di Bumi.
Maha suci Tuhan yang tinggi ketuhananya dan tiada sekutu baginya dan lagi akan di fanakan sekelian makhluk kemudian daripada dijadikan, maka dikembalikannya pula. Saksi aku bahawasaNya tiada tuhan hanya Allah yang Isa tiada sekutu baginya dan saksi aku bahawasaNya Nabi Muhammad itu hamba dan persuruhnya. Hai Tuhanku anugrahkan kiranya Rahmat atas Muhammad dan sejahterakan kiranya atas pengulu kami Muhammad yang mempunyai Uhlul Amri dan mempunyai syafaat dan rahmat dan salam atas taulannya yang baginya dengan menjagakan sehabis-habis kuasa pada menghasilkan bagi maksud iaitu keredoan Allah.
Kemudian daripada itu maka bahawasanya hamba fakir yang hina lagi daif yang harap kepada TuhanNya yang amat pengasih iaitu Al-Syekh Nurulzain bin Ali Juni ibni Muhammad Hamid Al Rohani di tempatnya Syafiee MazahabNya. Maka tetakala pada hijrah Nabi s.a.w 1040 tahun pada 6 haribulan rejab pada hari Ahad dan kemudian daripada itu pada 20 Syawal, di titahkan raja yang mulia pada fakir dengan titah tidak dapat tidak menjujungnya iaitu Sultan Iskandar sani Aliluddin, bahawasanya menjadikan satu kitab dengan bahasa jawi menghimpunkan pada segala kejdain 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Bermula bab yang pertama pada menyatakan kejadian yang pertama dijadikan Allah Taala dan kejadian 7 petala langit dan 7 petala bumi dan barang yang takluk kepadanya didalamnya beberapa kejadian Nur Muhammad s.a.w dan yang takluk kepadanya, Telah bersabda Nabi s.a.w “adalah Allah Taala tiada suatu sertanya juapun segala persatu pada suatu”.
Hairi Aburzan Alaki berdatang sembah kepada Nabi s.a.w, Ya Rasulullah dimana Tuhan kita tetakala ia belum menjadikan makhluk, maka sabdaNya, bahawasanya adalah ia pada “Aama” tiada dibawah adanya dan tiada diatas adanya, ertinya ada ia pada ilmunya seperti Firman Allah yang maksudnya “adalah aku pada perbendaharaan yang tersembunyi maka aku kehendak dengan dia akan mengenal akan dia aku, maka aku jadikan segala makhluk supaya kenal akan daku. “Firman didalam hadis Qudsi yang maksudnya bahawasanya “Allah taala menjadikan Nyawa Muhammad s.a.w daripada Zatnya dan dijadikan sekelian alam daripada Nyawa Muhammad.” Dan lagi sabda Nabi s.a.w yang ertinya, “aku yang pertama dijadikan Allah taala dan segala mukmin itu dijadikan daripada aku.” Dan lagi firmanya dalam hadis qudsi yang ertinya “kejadian sesuatu itu kerana mu ya Muhammad dan aku jadikan engkau kerana Aku. Lagi Firmanya dalam hadis ertinya jikalau tiada engkau ya Muhammad tiada aku jadikan 7 petala bumi dan langit, sabda Nabi s.a.w adalah aku jadikan Nabi dan Adam antara air dan tanah.
Dan lagi sabda Nabi s.a.w, pertama-pertama yang dijadikan Allah Taala itu Akal, Kalam, segala Nyawa dan rohani daripada akal, kalam, roh dan roh ini kejadian Nur Muhammad s.a.w seperti sabdanya yang ertinya pertama-pertama dijadikan Allah taala itu nyawaku maka ialah sempurna cahaya seperti firman Allah taala dalam Alquran” bermula Allah Taala jua yang menyempurnakan cahaya. Bahawasanya Nur Muhammad itu dijadikan Allah Taala daripada pancaran cahaya nur Ahadnya seperti kata Shoib AlManndum, telah berdampinglah sifat Jalal dan Sifat Jamal, khaliblah sifat Jamal atas sifat Jalal maka dijadikan Allah Taala daripada sifat itu Roh Muhammad itu daripada adum kepada wujud, maka meniliklah hak Allah Taala dengan tilik Mahbah. Maka malulah ia lalu berpeluh hingga bertitisannya itu maka dijadikan Allah Taala daripada segala titisan itu nyawa segala Ambia dan nyawa segala Aulia dan Nyawa segala mukmin yang soleh dan daripada nyawa segala mukmin yang fasik dan mukmin yang fasik itu nyawa mukmin yang munafik dan kafir.
Dan dijadikan Allah taala daripada Nyawa Insan itu Nyawa segala Malaikat dan daripada Maialkat itu nyawa segala Jin dan daripada Jin itu Nyawa segala Syaitan dan daripada Syaitan itu Nyawa segala binatang dan daripada binatang itu nyawa segala tumbuhan, berlebih setengah martabat dengan setengahnya maka jadilah segala bagi Nafs segala tumbuhan dan segala unsur itu empat perkara:-
1. Hawa
2. Api
3. Air
4. Tanah
Maka adalah Akupun tinggal daripada KUN berhimpun himpun tilik kepadanya dengan tilik yang hebat maka jadilah hancur ia, setengah jadi air, setengah jadi api menghannguskan air itu maka keluarlah asap lalu naik ke udara maka daripada itulah Allah menjadikan 7 petala langit. Setelah itu maka ada lagi tinggal hawa asap itu lalu dijadikan Allah Taala akan Matahari, bulan dan bintang. Maka terbitlah daripada Nyawa lidah api itu angin, anginya itu bertiuplah diatas air itu maka jadilah daripada ombak itu biuh. Dan daripada buih itu dijadikan Allah Taalah 7 petala bumi. Maka daripada ombak itu dijadikan Allah taala segala bukit, ada lagi tinggal air itu maka dijadikan Allah Taala segala laut, maka sekeliannya dijadikan Allah Taalah didalam enam hari jua.
Satu riwayat yang mashur menyatakan, dijadikan Allah Taala sepohon kayu dan adalah pohon kayu itu empat cabang maka dinamakan Sijratul Yakin, dan dijadikan rupa Nur Muhammad itu seperti Murak maka dihantarkan akan dia diatas pohon kayu itu maka mengucap tasbihlah ia akan Allah Talah selama 70,000 tahun lamanya. Maka tetakala melihat Murak itu akan dirinya didalam hijab umpama sebaik-baik rupanya dan elok parasnya maka malulah ia akan Allah Taala lalu sujudlah ia sebanyak lima kali sujud. Maka difardukan Allah taala sembahayang lima waktu atasnya dan ummatnya . Kemudian dijadikan Allah Taala akan suatu bentuk daripada Akib yang cerah terus menerus cahayanya daripada luar hingga kedalam, maka dijadikan Allah Taalah daripada rupa Muhammad s.a.w seperti rupanya di dunia ini, maka dihantarkan rupanya itu dalam pandanganya itu lalu orang yang berdiri didalam sembahayang, maka segala Nyawa berkeliling mengucap tasbih dan tahlil selama kira-kira 100,000 tahun lamanya. Kemudian dititahkan Allah taala segala Nyawa itu menilik kepada Nur Muhammad itu, maka mereka pun meniliklah ia kepadanya. Barang siapa menilik kepada:-
1. Kepala maka dijadikan Allah Taala Khalifah dan Sultan.
2. Dahi maka dijadikan Allah Taala penghulu yang adil
3. Mata keduanya - mereka itu hafas kalam Allah
2. Dahi maka dijadikan Allah Taala penghulu yang adil
3. Mata keduanya - mereka itu hafas kalam Allah
4. Pipinya – baik paras rupanya, elok kelakuannya dan amat baik Imannya
5. Telinga – mendengar perkataan yang baik dan menurut pengajaraan
6. Hidung – ali Hikmat dan Tabib
7. Mulut – Menteri lagi elok paras rupanya
8. Kaki – Menjadi penghantar raja-raja
9. Dadanya – Orang yang Tawaduk dan menurut amar Allah
Riwayat hadis ada menyatakan bahasanya pertama-pertama dijadikan Allah Talla itu seperti sembah Nabi Musa a.s, tetakala ia munajat demikian katanya “Hai TuhanKu apa yang pertama engkau jadikan daripada Mkahluk Mu,” Firmanya Ya Musa,
1. Pertama-pertama yang ku jadikan itu Nyawa Muhammad
2. Kemudian daripada itu maka kujadikan Daratul Biatah yang panjangnya sekira-kira 500 tahun perjalanan dan libarnya demikian juga.
3. Kemudian daripada itu maka ku jadikan 70,000 negeri dalam hawa yang berlapis-lapis yang tiap-tiap satu negeri itu daripada 70,000 lelaki tiada mereka itu daripada Manusia, jin dan Malaikat. Maka Firman Allah Taala, aku jadikan akan kamu makanan, maka mereka itu pun jadilah berbuat ibadat akan Allah Taala tiap-tiap seorang daripada mereka itu 70,000 tahun lamanya, adalah seorang daripada mereka itu berbuat derhaka akan daku maka aku hapuskan negerinya itu, setengah dengan setengah maka jadi binasalah semuanya.
4. Kemudian daripada itu aku jadikan pula 80,000 negeri kira-kiranya sepuluh kain dunia ini, bersalah-salahan selapisnya seperti antara langit dan bumi. Aku penuhkan segala negeri itu dengan biji ” Sawi” yang putih kemudian daripadanya seekor Akas maka kujadikan biji Sawi yang hijau, maka dimakan tiap setahun satu biji maka habislah ia maka Akas itu pun matilah ia.
5. Kemudian daripada itu aku jadikan 20,000 lelaki daripada cahaya, tiada dijadikan 2 lelaki dalam satu masa. Kemudian daripada itu aku jadikan Qalam dan Luh dan Aras dan Kursi. Dan 70 tahun kemudiannya aku jadikan segala Malaikat.
6. Kemudian daripada kira-kira 70,000 tahun maka kujadikan Syurga dan Neraka.
7. Kemudian daripada itu aku jadikan sesorang lelaki, aku namakan dia Adam, bukan bapa kamu ADAM itu hai Musa. Maka hiduplah lelaki ini kiranya 100,000 tahun lamanya dan matilah ia, kemudian aku jadikan lagi Adam dan mati dan sentiasalah aku jadikan Adam dan hidup tiap seorang Adam selama 100,000 tahun hingga ku jadikan 10,000 Adam lain daripada bapa kamu, kemudian daripada itu barulah aku jadikan bapa kamu iaitu ADAM itulah adanya wahai MUSA.
Kejadian 7 Petala Langit dan Bumi -II
Adapun kejadian itu dijadikan Allah Taala daripada “DaratullBaitoh”, seperti Firman Allah yang maksudnya, kami jadikan Tujuh petala bumi dan Tujuh petala langit dengan Kudrat Kami dan kami yang meluaskan dia, Firman Allah Taala yang maksudnya Allah Taala menjadikan tujuh petala bumi dan langit dalam 6 hari juga, permulaan pada hari Ahad dan kesudahan pada hari Jumaat dan ada dahulu daripada dijadikan langit dan bumi maka tetakala itu Aras diatas air Juga.
Dan Firman Allah lagi dalam al Quran yang maksudnya, Tuhan kmau itu menjadikan tujuh petala langit dan bumi dalam enam hari iaitu seperti hari di dunia in juga kira-kiranya kerana pada masa itu bulan dan matahari belum dijadikan.
Adapun jika dikehendaki Allah taala menjadikan tujuh petala langit dan bumi dengan sekejap mata jua kuasa ia, tetapi tiada dijadikan kerana yang demikian itu kerana hendak mengajar segala makhluk akan tamsil bicara mereka itu lagi memberikan ketetapan hati mereka itu. Tetakala dikehendaki Allah Taalah menjadikan tujuh petala langit itu dijadikan daripada asap air manikam itu tetekala naik hawanya maka jadilah langit maka firman Allah taala akan langit dan bumi, perbetullah kamu barang yang aku serahkan kepada kamu dengan barang yang kesukaan kamu dan keadaan kamu hai langit kelurakanlah oleh mu daripada matahari dan bulan dan segala bintang dan firmanya hai bumi terbitkan lah olehmu akan mata air dan sungai dan keluarkanlah olehmu akan tumbuhan dan buah-buahan, maka sembah keduanya hai tuhanku ku junjung titah mu. Maka dijadikan Allah taala tujuh petala langit dalam dua hari iaitu hari khamis dan tiga saat hari jumaat.
Tetakala di Tanya oleh sahabat akan Rasulullah demikian katanya, Ya Rasulullah ceritakan olehmu akan kami apa yang dijadikan Allah Taala didalam enam hari?. Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w bahawasanya
1. Allah Taala menjadikan segala bulan pada hari Ahad dan Isnin
2. Dijadikan segala bukit pada hari Selasa
3. Dan Menjadikan segala negeri dan sungai dan segala makanan pada hari Rabu
4. Dan menjadikan segala langit dan malaikat pada hari Khamis dan hingga dating tiga saat hari Jumaat, Maka dijadikan Allah dalam enam saat pertama pada Sembilan itu tiga saat segala ajal, tiga saat kesudahannya dijadikan Adam a.s.
Kata Kaab Al Jabar, bahawasanya Allah Taala menjadikan sekelian itu dalam enam hari jua, satu hari bulat langit, satu hari dirupakan akan dia dan Bumi satu hari bulat dan satu hari dirupakan akan dia, lalu seperti langit dan bumi, kemudian dijadikan segala bintang dan matahari dan bulan dan lainnya. Adalah permulaan kejadian itu adalah pada hari ahad hingga dating hari jumaat dan dinamakan hari jumaat itu kerana perhimpunan kejadian didalamnya.
No comments:
Post a Comment