Bila Izrail Datang Memanggil - Betapa Syaitan itu Menangalkan Iman


Apabila dikehendaki Allah Taala akan mengambil Nyawa hamba itu, bahawasanya datang Syaitan laknatullah, maka duduk ia disisi kepala hamba yang hendak mati itu.
Maka berkata baginya:-
Tinggalkan olehmu akan Agama ini, maka ketahui olehmu itu Dua Tuhan yang mendakwa ketuhanan, sehingga lepas engkau daripada bahaya yang amat sangat ini dan takut itu amat besar,
maka lazim atas engkau itu dengan menangis, dengan berjaga malam dengan membanyakkan rukuk dan sujud hingga lepas ia daripada Azab Allah Taala.


Ditanya orang akan Abu Hanifa, apa dosa yang terlebih takut bagi Allah menangalkan iman itu?.
Jawab ia tiga perkara:-

1. Meninggalkan syukur atas nikmat Iman
2. Meninggalkan takut akan bahaya Maut
3. Menzalimi hamba Allah.
Maka bahawasanya orang yang adalah dalam hatinya itu segala perkara yang tiga ini, bahawasanya keluar  daripada dunia ini jadi Kafir, melainkan mendapat keampunan Rahmat Allah.


Bermula yang terlebih sangat hal mayat itu pada ketika sakaratul maut ialah DAHAGA, sehingga hanguslah hatinya, maka ketika itulah datang Syaitan disisi kepalanya sertanya bejana air yang beku/sejuk, maka mengerak-mengerak ia akan bejana itu.


Berkatalah orang yang mukmin itu berilah olehmu akan daku daripada air itu, pada hal ia tidak mengetahui itu akan Syaitan. Berkata Syaitan, katakan olehmu Tiada Yang Menjadikan Alam Ini, sehingga aku beri akan dikau air ini.
Maka jikalau adalah ia atas bahagia, nescaya tiada aku perkenankan ia akan dia (tidak diberikan air).


Kemudian datang Syaitan kepada tempat kedua kakinya dan mengerak-gerakkan bejana air, berkatalah orang yang mukmin itu berilah olehmu akan daku daripada air ini.
Berkata Syaitan katakan olehmu sesungguhnya DUSTA Rasulullah s.a.w dan aku berikan dikau akan air ini.
Celaka lah bagi mereka yang mengatakan yang demikian kerana kurang sabarnya akan Dahaga, keluarlah ia daripada dunia  pada hal Kafir Naau zu billah himin zalik.
Barang siapa yang mendapat Syahadah maka menolak ia akan berkata yang demikian.

Makam Nabi Allah Yusuf


Bahawa Abu Zakaria tetakala hadir akan dia, waktu datang akan dia oleh Sahabatnya dan ia didalam Skaratul maut dan mengajarkan akan dia kalimah Syahadah, maka berpaling ia daripadanya, dan tiada ia menjawab. Maka mengajar ia baginya kali kedua, akan dia kalimah Syahadah, maka berpaling ia daripadanya dan tiada ia menjawab. Dan kali ketiga dan berkata ia tiada aku berkata akan dia.
Maka lalu pengsan ia atas Sahabatnya. Tetaka Abu Zakaria jaga dari pengsannya, berkata ia bagi mereka itu adakah kamu kata bagiku sesuatu?. Kata sahabatnya aku ajarkan kamu Syahadat tiga kali lalu kamu berpaling muka dua kali dan engkau kata pada kali yang ketiga tiada aku berkata akan dia.
Berkata Abu Zakaria, telah datang akan daku  oleh Iblis dan sertanya bejana air, dan berdiri ia di kananku serta mengerak-gerakkan bejana air, berkata ia kepada ku adakah berhajat engkau kepada air ini?. Maka kata ku ya. Maka berkata ia bagiku bahawasanya ISA itu Anak Allah, maka berpaling aku daripadanya.
Dan kemudian datang Iblis di kakiku serta mengerak-gerakkan bejana air, berkata ia kepada ku adakah berhajat engkau kepada air ini?. Maka kata ku ya. Maka berkata ia bagiku bahawasanya ISA itu Anak Allah, maka berpaling aku daripadanya. Dan pada kali yang ketiga  berkata ia ketahui olehmu Tiada Tuhan sekali-kali, maka kataku tiada aku berkata akan demikian itu sekali-kali,
lalu memukul ia akan bejana air itu atas bumi dan berpaling ia pada hal lari ia, dan apa yang aku lakukan itu penolakan kepada iblis dan bukan kepada apa yang kamu sebutkan/ajarkan. Sesungguhnya Aku Naik Saksi bahawasanya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melinakan Allah dan naik Saksi aku bahawa Nabi Muhammad itu hambanya dan Rasulnya.


Dirawayatkan daripada Mansur bin Amar berkata ia apabila hampir mati hamba itu terbahagilah halnya itu atas lima bahagi:-
1. Hartanya bagi segala warisnya
2. Ruh bagi Malaikat Maut
3. Daging bagi Ulat
4. Tulang bagi Tanah
5. Segala amal kebajikan bagi orang yang di dunia dan Syaitan bagi bagi yang meninggalkan Iman.


Hai mudah-mudahan kiranya Syaitan janganlah menanggalkan iman pada ketika hendak mati. Alangkah baik bahawasanya adalah ia tidak bercerai daripada agama, bercerai nyawa bagi jasad itu tiada bercerai dengan Tuhan. Insyaalah.... Masyaalah.... Lahawlawalaquwataillahbillah.

Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Kecintaan keatas Mayat

No comments:

Post a Comment