Bila Izrail datang Memanggil - Seru daripada Langit

Apabila berdiri roh akan badan, diseru "orang daripada langit" dengan tiga seru yang kuat:-
  1. Hai anak adam adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia meninggalkan ia akan dikau?
  2. Adakah engkau himpunkan dunia ataupun dunia menghimpunkan dikau?
  3. Adakah engkau penuhkan dunia atau dunia penuhkan dikau?
Apabila dihantarkan pada tempat mandi, diseru dengan tiga kali seru yang amat kuat:-
  1. Hai anak adam dimanakah badan engkau yang kuat apalah yang jadi sifat engkau?
  2. dan dimana lidah engkau yang fasih yang mendiamkan akan dikau?
  3. dan dimana segala kekasih dikau?
Apabila dihantarkan pada kapan, diseru dengan tiga kali seru yang amat kuat:-

  1. Hai anak adam engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan ketiadaan bekal....
  2. dan engkau keluar daripada rumah engkau maka tiada kembali selama-lamanya... 
  3. dan engkau tinggalkan kuda dan tiada engkau kenderaan ia atau seumpamanya selama-lamanya dan kembalilah engkau kepada rumah yang sangat huru haranya...


Apabila ditingalkan dia atas jenazah (bersendirian), di seru akan dia dengan tiga kali seru yang amat kuat:-
  1. Hai anak adam sebaik-baiklah bagi engkau itu jika adalah engkau itu Taubat
  2. Sebaik-baiklah engkau itu jika ada Amal engkau itu Kebajikan
  3. Sebaik-baik bagi engkau itu jika ada menyertakan engkau itu akan redo Allah Taala dan sejahat-jahat engkau jika menyertakan akan dikau itu Murka Allah.
Apabila dihantarkan mayat itu kerana Sembahayang, diserukan akan dia tiga kali seru yang kuat:-
"Hai anak adam tiap-tiap ilmu yang engkau amalkan akan dia itu, engkau lihatlah akan dia jika adalah amal engkau itu kebajikan nesacaya engkau lihat akan dia kebajikan, dan jika adalah amal engkau itu kejahatan nescaya engkau lihat akan dia kejahatan."
Apabila dihantarkan jenazah itu di tepi kubur nescaya diseru akan dia dengan tiga kali seru yang amat kuat:-
"Hai anak adam  tiada engkau berbekal didalam kampung lagi binasa ini, dan tiada engkau tanggung daripada kaya itu bagi fakir, dan tiada engkau tanggung daripada nur bagi zulumat ini."
Apabila dihantarkan dia didalam liang lahad nescaya diseru akan dia dengan tiga kali seru yang amat kuat:-
  1. Hai anak adam adalah engkau atas belakang ku suka! dan jadilah engkau didalam perutku itu menangis!!
  2. Adalah engkau itu atas belakang ku kesukaan! dan jadilah engkau didalam perutku itu dukacita!!
  3. Adalah engkau itu atas belakang ku kuat berkata-kata! maka jadilah engkau didalam perutku diam!!
Apabila kembalilah manusia itu daripadanya (meninggalkan kubur) maka firman Allah:-
Hai hambaku tinggalah engkau seorang diri dan meninggalkan oleh mereka itu akan dikau didalam kelam kubur dan sesungguhnya aku mengehasi atas engkau itu lebih daripada ibu bapa mengehasi dengan anaknya.....
Fasal pada menyatakan kejadian Malaikat & MAUT

No comments:

Post a Comment