Showing posts with label Maut / Mati. Show all posts
Showing posts with label Maut / Mati. Show all posts
Bila Izrail Datang Memanggil - Antara Harap dan Takut Qada dan Qadar)
Diceritakan daripada Abdullah Al-Maushili radhiallahu-anhu, katanya: Di kampung kami ada seorang yang tongong, namanya Qadhib Al-Ban, ramai orang takut hendak menegur sapa kepadanya kerana kehebatan peribadinya. Dia juga suka menangis orangnya, bila teringat sesuatu dia kerap menangis, sikapnya sungguh pelik sekali.
Kebetulan sekali aku bertemu dengannya di suatu tempat yang terpencil, tiada seorang lain pun di situ, maka aku menggagahkan diri untuk bertanya sesuatu yang memang sudah terpendam lama di dalam hatiku, dan sekarang baru aku mendapat peluang untuk bertanya kepadanya :
'Apa sebabnya kau suka sekali duduk bersendirian, tidak bercampur dengan orang ramai, dan selalu termenung saja?' kataku kepadanya.
Bila Izrail Datang Memanggil - Keluar Nyawa Daripada Badan
![]() |
| Makam Puteri Rasulullah |
Apabila hamba itu hampir mati, masuk atasnya empat orang Malaikat.
1) Memberi salam السلام عليكم akan malaikat yang pertama dan berkata, aku yang diwakilkan dengan rezeki engkau, aku tuntut dalam bumi daripada masyrik dan magrib, tiada aku dapat daripadanya rezeki engkau akan suatu jua pun.
2) Memberi salam السلام عليكم akan malaikat yang kedua dan berkata, aku yang diwakilkan dengan minuman daripada air dan lainnya, aku tuntut dalam bumi daripada masyrik dan magrib, tiada aku dapat
daripadanya minuman engkau akan satu titik jua pun.
daripadanya minuman engkau akan satu titik jua pun.
Bila Izrail Datang Memanggil - Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
sebujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Bila Izrail Datang Memanggil - Makam Para Nabi
Sumber - Makam Para Nabi
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.
وَمَا جَعَلْنَاهُمْ جَسَدًا لا يَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَمَا كَانُوا خَالِدِينَ
Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal.
(QS. Al-Anbiya : 7-8)
Makam makam dibawah adalah salah satu bukti bahwa para nabi pernah berada di muka bumi ini, mereka membuktikan bahwa apa yang manusia anggap selama mereka hidup mustahil ternyata terjadi karena kehendak Allah, mudah-mudahan dengan bukti ini kita akan semakin yakin akan adanya nabi dan rasul-rasul allah yang juga akan meningkatkan keimanan kita kepada Allah yang telah mengutus mereka
Bila Izrail Datang Memanggil - Kasih Sayang Rasulullah s.a.w
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.", tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malaikatul Maut", kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat Maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua Syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu. ", kata Jibril. Tetapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?", Rasulullah bertanya meminta kepastian.
"Jangan khuatir, wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya.", kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit Sakaratul Maut ini.", perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?", Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal.", kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.". Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, !
Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu). Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - (Umatku, umatku, umatku?). Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kepada sahabat-sahabat Muslim, semoga timbulnya kesedaran untuk mengingati maut dan mencintai Allah s.w.t. serta RasulNya,.....sepertimana Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Makam Para Nabi
Bila Izrail Datang Memanggil - Tanda Tanda / Alamat
| Al-Khaf : 55 |
Firman Tuhan yang bermaksud, " Dan tidak ada sesuatu pun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlaku pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata." (Al-Kahfi, 18:55)
Ini adalah TANDA PERTAMA dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Bila Izrail Datang Memanggil - Kecintaan keatas Mayat
Daripada Nabi s.a.w, barang siapa yang menghitamkan akan pintu atau kain pada ketika kematian, atau memukul ia akan dadanya, atau mengerat ia akan pohon kayu, atau menarik-narik ia akan rambut, nescaya diperbuatkan baginya dengan tiap-tiap urat rambut satu rumah didalam neraka dan tiada diterima oleh Allah Taala daripadanya yang wajib dan amal yang sunat, selama ada demikian itu hitam pada pintunya, mengecilkan Allah akan kuburnya dan mengeraskan Allah akan hisab dan melaknat ia akan segala malaikat yang di langit dan bumi, disuratkan atasnya seribu kejahatan dan berdiri daripada kuburnya pada hal bertelanjang.
Dan barang siapa mencarik-carikkan pakaiannya, nescaya mencarikkan oleh Allah Taala akan Agamanya.
Ketahuilah apabila mati seorang anak adam,
berkumpullah sekelian kaum kerabat dan ahli keluarganya sibuk dengan urusannya, berdiri Malaikat Maut atas pintu rumahnya, maka berkata ia bagi segala mereka yang hadir....
Demi Allah tiada aku mengurangi daripada salah seorang daripada kamu akan amal,
Dan tiada aku mengurangkan rezeki dan tiada aku menzalimkan akan seorang daripada seorang kamu
Dan jika adalah menyalahkan/menuduh/mengeraskan/meninggikan/ suara kamu itu kepada aku, ketahuilah bermula aku itu hamba yang kena suruh, dan jika ada ia daripada mayat, maka ia digagah orang akan dia dan jika ada ia daripada Allah Taala jua.
Bermula jahil kamu dengan Allah Taala, maka demi Allah bahawasanya bagi aku pada kamu itu lagi akan kembali mengambil nyawa kamu, kemudian dikembalikan kamu dan akan segala zuriat kamu.
Bermula meratap sebak itu Haram, tiada mengapa menagis dengan tiada meninggikan suaranya. Bermula sabar daripada menangis itu terlebih afdal kerana firman Allah Taala yang ertinya Hanya sesungguhnya adalah di anugrahi pahala akan orang yang sabar itu dengan tiada terkira banyaknya.
Diriwayatkan daripada Nabi Alaihissalam, bahawasanya bersabda, bermula perempuan yang meratap meninggikan suaranya dengan mengharapkan orang keliling mendengarnya, sesungguhnya laknat Allah atasnya.
Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Tanda Tanda / Alamat
Dan barang siapa mencarik-carikkan pakaiannya, nescaya mencarikkan oleh Allah Taala akan Agamanya.
Ketahuilah apabila mati seorang anak adam,
berkumpullah sekelian kaum kerabat dan ahli keluarganya sibuk dengan urusannya, berdiri Malaikat Maut atas pintu rumahnya, maka berkata ia bagi segala mereka yang hadir....
Demi Allah tiada aku mengurangi daripada salah seorang daripada kamu akan amal,
Dan tiada aku mengurangkan rezeki dan tiada aku menzalimkan akan seorang daripada seorang kamu
Dan jika adalah menyalahkan/menuduh/mengeraskan/meninggikan/ suara kamu itu kepada aku, ketahuilah bermula aku itu hamba yang kena suruh, dan jika ada ia daripada mayat, maka ia digagah orang akan dia dan jika ada ia daripada Allah Taala jua.
Bermula jahil kamu dengan Allah Taala, maka demi Allah bahawasanya bagi aku pada kamu itu lagi akan kembali mengambil nyawa kamu, kemudian dikembalikan kamu dan akan segala zuriat kamu.
Bermula meratap sebak itu Haram, tiada mengapa menagis dengan tiada meninggikan suaranya. Bermula sabar daripada menangis itu terlebih afdal kerana firman Allah Taala yang ertinya Hanya sesungguhnya adalah di anugrahi pahala akan orang yang sabar itu dengan tiada terkira banyaknya.
Diriwayatkan daripada Nabi Alaihissalam, bahawasanya bersabda, bermula perempuan yang meratap meninggikan suaranya dengan mengharapkan orang keliling mendengarnya, sesungguhnya laknat Allah atasnya.
Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Tanda Tanda / Alamat
Bila Izrail Datang Memanggil - Betapa Syaitan itu Menangalkan Iman
Apabila dikehendaki Allah Taala akan mengambil Nyawa hamba itu, bahawasanya datang Syaitan laknatullah, maka duduk ia disisi kepala hamba yang hendak mati itu.
Maka berkata baginya:-
Tinggalkan olehmu akan Agama ini, maka ketahui olehmu itu Dua Tuhan yang mendakwa ketuhanan, sehingga lepas engkau daripada bahaya yang amat sangat ini dan takut itu amat besar,
maka lazim atas engkau itu dengan menangis, dengan berjaga malam dengan membanyakkan rukuk dan sujud hingga lepas ia daripada Azab Allah Taala.
Ditanya orang akan Abu Hanifa, apa dosa yang terlebih takut bagi Allah menangalkan iman itu?.
Jawab ia tiga perkara:-
Bila Izrail Datang Memanggil - Jawab Roh
Pasal pada menyatakan jawab Roh.
Dan telah datang pada khabar bahawa Malaikat Maut itu apabila menghendaki ia akan mengambil nyawa orang yang mukmin, berkata nyawa itu "tiada aku taat akan dikau selama tiada disuruh orang akan daku dengan yang demikian itu".
Maka berkata Malaikat Maut "disuruh orang akan daku dengan demikian itu",
Maka menuntut oleh roh itu daripadanya akan alamatnya dan tanda. Maka berkata roh bahawasanya Tuhanku jadi ia akan dikau dan kehendak akan bahawa mengambil engkau akan daku,
Maka kembalilah Malaikat Maut itu kepada Allah Taala. Firman Allah Taala " adakah engkau ambil nyawa hambaku itu?. Maka sembah malaikat maut, Ya illahi, bahawasanya hamba engkau itu menuntut ia akan tanda daripada aku,
Firman Allah Taala telah benarlah roh hamba ku itu, kemudian firmanNya lagi hai Malaikat Maut pergi olehmu kepada Syurga dan ambil olehmu sebiji buah "taapah", atasnya alamatku dan perlihatkan olehmu akan dia akan roh hambaku.
Maka pergilah malaikatmaut itu kepada syurga dan mengambil ia akan satu "taapah" dan atasnya tersurat بسم الله الرحمن الرحيم maka apabila melihat akan dia oleh roh hamba itu keluarlah ia dengan keinginan dan lazat.
Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Betapa Syaitan itu Menangalkan Iman
Dan telah datang pada khabar bahawa Malaikat Maut itu apabila menghendaki ia akan mengambil nyawa orang yang mukmin, berkata nyawa itu "tiada aku taat akan dikau selama tiada disuruh orang akan daku dengan yang demikian itu".
Maka berkata Malaikat Maut "disuruh orang akan daku dengan demikian itu",
Maka menuntut oleh roh itu daripadanya akan alamatnya dan tanda. Maka berkata roh bahawasanya Tuhanku jadi ia akan dikau dan kehendak akan bahawa mengambil engkau akan daku,
Maka kembalilah Malaikat Maut itu kepada Allah Taala. Firman Allah Taala " adakah engkau ambil nyawa hambaku itu?. Maka sembah malaikat maut, Ya illahi, bahawasanya hamba engkau itu menuntut ia akan tanda daripada aku,
Firman Allah Taala telah benarlah roh hamba ku itu, kemudian firmanNya lagi hai Malaikat Maut pergi olehmu kepada Syurga dan ambil olehmu sebiji buah "taapah", atasnya alamatku dan perlihatkan olehmu akan dia akan roh hambaku.
Maka pergilah malaikatmaut itu kepada syurga dan mengambil ia akan satu "taapah" dan atasnya tersurat بسم الله الرحمن الرحيم maka apabila melihat akan dia oleh roh hamba itu keluarlah ia dengan keinginan dan lazat.
Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Betapa Syaitan itu Menangalkan Iman
Ehwal Kubur - Talkin
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk ALLAH akan jahanam dan binasa, melainkan zat ALLAH Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat ALLAH Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji ALLAH yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan ALLAH, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba ALLAH Taala, sebagaimana kamu juga hamba ALLAH Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
ALLAH Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: ( لاإله إلا الله محمد رسول الله )
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan
dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi ALLAH Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan ALLAH Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan ALLAH menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam
kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya ALLAH Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Al-Fatihah..
Firman ALLAH swt, Surah Al-A'sr
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Seterusnya [Next]:- Ehwal Mimpi
Seterusnya Ehwal Kubur [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Jawab Roh
Bila Izrail Datang Memanggil - Seru daripada Bumi dan Kubur
Telah berkata atas Malik r.a.w bumi itu menyeru pada tiap-tiap hari dengan 10 kalimah
- Hai anak adam engkau berusaha atas belakang ku dan tempat kembali engkau pada perutku.
- Engkau derhaka atas belakangku dan diazab akan dikau didalam perutku
- Engkau suka atas belakangku dan engkau menangis dalam perutku
- Engkau makan yang haram atas belakangku, dimakan akan dikau oleh segala ulat dalam perutku
- Engkau suka cita diatas belakangku dan dukacita akan dikau didalam perutku.
- Berlingang-lingang (riak) engkau belakangku dan hinalah engkau dalam perutku.
- Engkau himpun harta-harta yang haram atas belakangku hancur engkau dalam perutku.
- Berjalan engkau pada hal kesukaan atas belakang ku dan jatuh dukacita engkau didalm perutku
- Berjalan engkau dalam terang atas belakangku, engkau duduk dalam kelam dalam perutku.
- Berjalan engkau dalam jemaah, engkau duduk seorang diri dalam perutku.
Pada satu riwayat kubur itu menyeru tiap-tiap hari lima kaliAkulah rumah seorang diri dan rumah liar, rumah kala, rumah ular dan akulah rumah kelam dan akulah rumah ulat dan apalah engkau sediakan bagiku?
- Akulah rumah seorang diri, maka jadikanlah olehmu berjinak-jinak dengan membaca AlQuran
- Akulah rumah kelam maka terangkanlah kan daku dengan sembahayang malam
- Akulah rumah tanah maka teguhkanlah oleh mu dengan amal yang soleh
- Akulah rumah segala binatang yang bisa dan tanggungkan(sediakan) olehmu akan ubat iaitu بسم الله الرحمن الرحيم . dan menumpahkah air mata.
- Akulah rumah soal mungkar dan nangkir maka meperbanyakkan olehmu atas belakangku dengan mengucap kalimah syahadah ( لاإله إلا الله محمد رسول الله ) atas belakangku supaya dapat bagi engkau bahawa menjawab akan dia.
Fasal pada menyatakan kejadian MAUT
Maka tatkala Maut berada di dalam Tangan Malaikat Izrail, berkatalah Maut ya tuhan ku izinkan olehmu bagiku hingga aku menyeru didalam tujuh petala langit itu satu kali seru?. Maka meberi izin Allah Taala baginya maka lalumenyeru ia dengan terlebih kuat suaranya:-
Akulah Maut yang menceraikan antara tiap-tiap kekasih
Akulah Maut yang menceraikan antara suami dan isteri
Akulah Maut yang menceraikan anak perempuan dengan ibunya
Akulah Maut yang menceraikan antara saudara-saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan
Akulah Maut yang mengerasi pada segala yang keras daripada anak adam
Akulah Maut yang memusnahkan segala rumah dan segala kampung.
Akulah Maut yang meramaikan segala kubur
Fasal pada menyatakan kejadian Malaikat & MAUT
Bermula bab pada menyatakan segala kejadian Malaikat Maut. Ketahui oleh mu bahawasanya Allah Taala menjadikan ia akan segala malaikat yang mulia yang empat iaitu Israfil Alaisalam dan Mikail Alaisalam dan Jibrail Alaisalam dan Izrail Alaisalam dan dijadikan dalam tangan mereka itu akan segala perkerjaan makhluk dan memmerintahkan segala alam sekeliannya.
Dan dijadikan Jibrail Alaisalam itu yang menyampai menurunkan wahyu kepada segala rasul
Dan Mikail Alaisalam itu menurunkan hujan dan segala rezeki
Dan Izrail Aialisalam itu mengambil nyawa daripada segala yang mempunyai ruh. Berkata Ibnu Abas Radiallahuanhuma bahawa Izrail Alaisalam meminta akan dia Kuat tujuh petala langit, kuat tujuh petala bumi, Kuat segala angin, kuat segala bukit, kuat segala jin, kuat segala manusia, kuat segala binatang yang buas,
maka memberia akan Allah Taala akan dia, dan daripada bawah dua tapak kakinya hingga sampai kepada kepalanya itu beberapa bulunya dan segala mulutnya dan lidahnya yang menutupi dengan hijab mengucap tasbih akan Allah Taala dengan tiap-tiap lidah itu seribu langit-langit dan dijadikan Allah Taala dearipada seribu malaikat mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah Taala hingga hari qiamat.
maka memberia akan Allah Taala akan dia, dan daripada bawah dua tapak kakinya hingga sampai kepada kepalanya itu beberapa bulunya dan segala mulutnya dan lidahnya yang menutupi dengan hijab mengucap tasbih akan Allah Taala dengan tiap-tiap lidah itu seribu langit-langit dan dijadikan Allah Taala dearipada seribu malaikat mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah Taala hingga hari qiamat.
Bila Izrail datang Memanggil - Seru daripada Langit
Apabila berdiri roh akan badan, diseru "orang daripada langit" dengan tiga seru yang kuat:-
- Hai anak adam adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia meninggalkan ia akan dikau?
- Adakah engkau himpunkan dunia ataupun dunia menghimpunkan dikau?
- Adakah engkau penuhkan dunia atau dunia penuhkan dikau?
- Hai anak adam dimanakah badan engkau yang kuat apalah yang jadi sifat engkau?
- dan dimana lidah engkau yang fasih yang mendiamkan akan dikau?
- dan dimana segala kekasih dikau?
Ehwal Kubur - Fasal pada menyatakan Malaikat yang dahulu daripada Munkar & Nangkir
Daripada Abdullah bin Salam, masuk atas mayat itu malaikat dahulu daripada masuk malaikat Munkar and Nangkir, berkilat2 cahaya mukanya seperti matahari iaitu namanya Rauman.
Masuklah ia atas mayat kemudian duduk ia maka berkata ia bagi mayat itu, suratkan olehmu barang yang engkau amalkan daripada sekelian kebajikan dan daripada segala kejahatan,
Maka berkata mayat itu dengan apa suatu yang aku suratkan demikian qalamku dan dakwatku,?
Maka berkata ia baginya, air liur engkau itu dakwatnya dan qalam engkau itu anak jari engkau.
Maka berkata mayat itu atas apa suatu yang aku suratkan?
Bila Izrali Datang Memanggil
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana ALLAH untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi ALLAH, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat
telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat
"Demi ALLAH, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, ALLAH menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd. anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Assala'mualaikum Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Ehwal Kubur - Fasal pada menyatakan Malaikat yang dahulu daripada Munkar & Nangkir
Ehwal Kubur - Fasal pada menyatakan Malaikat yang dahulu daripada Munkar & Nangkir
Subscribe to:
Posts (Atom)
