Bila Izrail Datang Memanggil - Kecintaan keatas Mayat

Daripada Nabi s.a.w, barang siapa yang menghitamkan akan pintu atau kain pada ketika kematian, atau memukul ia akan dadanya, atau mengerat ia akan pohon kayu, atau menarik-narik ia akan rambut, nescaya diperbuatkan baginya dengan tiap-tiap urat rambut  satu rumah didalam neraka dan tiada diterima oleh Allah Taala daripadanya yang wajib dan amal yang sunat, selama ada demikian itu hitam pada pintunya, mengecilkan Allah akan kuburnya dan mengeraskan Allah akan hisab dan melaknat ia akan segala malaikat yang di langit dan bumi, disuratkan atasnya seribu kejahatan dan berdiri daripada kuburnya pada hal bertelanjang.
Dan barang siapa mencarik-carikkan pakaiannya, nescaya mencarikkan  oleh Allah Taala akan Agamanya.

Ketahuilah apabila mati seorang anak adam,
berkumpullah sekelian kaum kerabat dan ahli keluarganya sibuk dengan urusannya, berdiri Malaikat Maut atas pintu rumahnya, maka berkata ia bagi segala mereka yang hadir....
Demi Allah tiada aku mengurangi daripada salah seorang daripada kamu akan amal,
Dan tiada aku mengurangkan rezeki dan tiada aku menzalimkan akan seorang daripada seorang kamu
Dan jika adalah menyalahkan/menuduh/mengeraskan/meninggikan/ suara kamu itu  kepada aku, ketahuilah bermula aku itu hamba yang kena suruh, dan jika ada ia daripada mayat, maka ia digagah orang akan dia dan jika ada ia daripada Allah Taala jua.
Bermula jahil kamu dengan Allah Taala, maka demi Allah bahawasanya bagi aku pada kamu itu lagi akan kembali mengambil nyawa kamu, kemudian dikembalikan kamu dan akan segala zuriat kamu.

Bermula meratap sebak itu Haram, tiada mengapa menagis dengan tiada meninggikan suaranya. Bermula sabar daripada menangis itu terlebih afdal kerana firman Allah Taala yang ertinya Hanya sesungguhnya adalah di anugrahi pahala akan orang yang sabar itu dengan tiada terkira banyaknya.


Diriwayatkan daripada Nabi Alaihissalam, bahawasanya bersabda, bermula perempuan yang meratap meninggikan suaranya dengan mengharapkan orang keliling mendengarnya, sesungguhnya laknat Allah atasnya.

Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Tanda Tanda / Alamat

No comments:

Post a Comment