Bermula bab pada menyatakan segala kejadian Malaikat Maut. Ketahui oleh mu bahawasanya Allah Taala menjadikan ia akan segala malaikat yang mulia yang empat iaitu Israfil Alaisalam dan Mikail Alaisalam dan Jibrail Alaisalam dan Izrail Alaisalam dan dijadikan dalam tangan mereka itu akan segala perkerjaan makhluk dan memmerintahkan segala alam sekeliannya.
Dan dijadikan Jibrail Alaisalam itu yang menyampai menurunkan wahyu kepada segala rasul
Dan Mikail Alaisalam itu menurunkan hujan dan segala rezeki
Dan Izrail Aialisalam itu mengambil nyawa daripada segala yang mempunyai ruh. Berkata Ibnu Abas Radiallahuanhuma bahawa Izrail Alaisalam meminta akan dia Kuat tujuh petala langit, kuat tujuh petala bumi, Kuat segala angin, kuat segala bukit, kuat segala jin, kuat segala manusia, kuat segala binatang yang buas,
maka memberia akan Allah Taala akan dia, dan daripada bawah dua tapak kakinya hingga sampai kepada kepalanya itu beberapa bulunya dan segala mulutnya dan lidahnya yang menutupi dengan hijab mengucap tasbih akan Allah Taala dengan tiap-tiap lidah itu seribu langit-langit dan dijadikan Allah Taala dearipada seribu malaikat mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah Taala hingga hari qiamat.
maka memberia akan Allah Taala akan dia, dan daripada bawah dua tapak kakinya hingga sampai kepada kepalanya itu beberapa bulunya dan segala mulutnya dan lidahnya yang menutupi dengan hijab mengucap tasbih akan Allah Taala dengan tiap-tiap lidah itu seribu langit-langit dan dijadikan Allah Taala dearipada seribu malaikat mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah Taala hingga hari qiamat.
Dan Israfil Alaisalam itu menuip sangka kala
Bermula mereka Malaikat Mukaribun disisi Allah Taala dan Malaikat menangung Aras dan Malaikat Kiraman Katibin. Bermula mereka itu atas rupa Israfil Alaisalam.Menilik oleh Israfil pada tiap-tiap hari dan malam tiga kali kepada neraka jahanan dan menangis ia dan berteriak ia akan sebagai berteriak yang sangat dan jikalau tiada bahawasanya Allah Taala itu menegah ia akan air matanya, nescaya memenuhi segala bumi dengan Airmatanya. Maka Jadilah ia seperti taufan Nabi Allah Nuh Alaisalam dan setengah daripada kebesarannya itu bahawasanya jikalau dituangkan akan segala air laut dan segala air sungai atas kepalanya itu, nescaya tiada gugur daripadanya satu titik atas bumi.
Adapun Mikail Alaihissalam:-
Maka menjadikan oleh Allah Taala kemudian daripada Israfil Alaihisalam dengan 500 tahun dan daripada kepalanya hingga sampai kepada kedua kakinya itu berapa bulu daripada "kamka" dan sayapnya daripada "zarbajad" yang hijau dan tiap-tiap bulunya itu seribu seribu mukanya dan tiap-tiap mukanya seribu-seribu mata dan tiap-tiap mata itu kerana kasihani bagi hamba yang berdosa daripada segala orangyang mukmin dan pada tiap-tiap mukanya itu seribu-seribu mulut dab pada tiap-tiap mulutnya itu seribu-seribu lidah dan pada tiap-tiap satu lidah itu berkata kata ia dengan seribu seribu lorat / bahasa dan tiap-tiap lidah itu mengucap istikfar akan Allah Taala bagi segalao rang yang mukmin dan orang yang berdosa dan titik daripada tiap-tiap mata itu 70 ribu titik maka menjadikan Allah Taala daripada tiap-tiap satu titik itu seorang Malaikat atas rupa Mikail Alaihissalam, mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah Taala hingga sampai kepada hari Kiamat. Dan bermula mereka itu tentera bagi Mikali Allaihissalam diwakilkan mereka atas menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan segala rezeki dan segalabuah. Maka tiada daripada suatu didalam laut dan segala buah kayu diatas pohon dan segala tumbuh-tumbuhan atas bumi melainkan ada da atasnya seorang malaikat yang diwakilkan dengandia.
Adapun Jibrail Alaihissalam:-
Maka menjadikan oleh Allah Taala kemudian daripada Mikaill Alaihisalam dengan 500 tahun dan baginya 1600 sayap dandaripada kepalanya hingga sampai kepada kedua kakinya itu berapa bulu daripada "kamka" dan Matahari itu antara dua matanya dan atas tiap-tiap bulunya itu seumpama bulan penuh purnama dan seumpama bintang dan tiap-tiap hari masuk ia didalam laut nur 370 kali, maka apabila keluar nescaya gugur daripada tiap-tiap sayap itu beribu-ribu titik maka menjadikan Allah Taala daripada tiap-tiap titik itu akan seorang mMalaikat atas rupa Jibrail Alaihissalam mengucap tasbih oleh mereke akan Allah Taala hingga sampai hari Kiamat, bermula mereka itu Malaikat Roja naun (Ro wau jimalif nun ya wau nun) namanya.
Adapun Izrail Alaihissalam:-
Bermula rupa Malikatul Maut itu seumpama rupa Israfil dengan segala mukanya dan segala lidahnya dan segala sayapnya dan besarnya dan kuatnya denga tiada lebih dan kurang dan tersebut dalam khabar daripada Nabi s.a.w tetaka menjadikan Allah akan Malikatul Maut didinding daripada segala makhluk dengan seribu ribu hijab.
Bermula kebesarannya itu terlebih besar daripada Langit dan bumi dan jikalau diturunkan air sekelian laut dan sekelian sungai atas kepalanya nescaya tiada gugur daripadanya suatu titik juapun atas bumi.Dan bahawa sekelian musyrik dunia dan maghribnya antara hadapanya seperti satu hidangan, sesungguhnya dihantarkan atasnya tiap-tiap suatu dan dihantrkan antara hadapan lelaki supaya hendak makan ia akandia maka memakan ia daripadanya akan barang yang dikehendakinyanya, maka seperti demikianlah malikatul maut
membilik-bilik oleh anak adam antara hadapannya.
Sesungguhnya diikat akandia dengan 70000 rantai pada tiap-tiap satu ranti itu panjangnya perjalanan 1000 tahun dan tiada hampir akandia oleh segala malaikat dan tiada mengetahui oleh mereka itu akan tempatnya dan tiada mendengar oleh mereka itu akan suaranya dan tiada mendapat oleh mereka itu akan halnya dan tiada mengetahui kepada barang waktuada ia. Maka tetakala menjadikan oleh Allah Taala akan maut itu, berkatalah Malaikat Maut itu Ya Rab apalah MAUT itu?.maka menyuruh oleh Allah Taala akan hijab itu terbuak ia hinga melihat akan dia oleh Malaikat Maut maka firman Allaj taala bagi segala malaikat, berdiri kamu dan tilik olehmu akan Maut ini maka berdirilah segala malaikat itu sekeliannya dan firman Allah Taalah bagi Maut itu terbang olehmu atas mereka itu dan bukakan olehmu akan segala sayap sekeliannya dan bukakan oleh mu akan segala mata engkau sekeliannya, maka tetakala terbanglah ia nescaya menilik kepadanya oleh segala Malaikat maka lalu rebah oleh mereka itu pada pengsan atas mereka itu 1000 tahun maka tetakala siuman mereka itu berkata mereka, hai tuhan kami adalah engkau jadikan terlebih besar daripada makhluk ini, maka firman Allah Taala aku jadikan dia dan engkau terlebih besar daripadanya lagi merasa oleh tiap-tiap makhluk daripadanya. Maka firman Allah Taala, hai Izrail ambilah olehmu akan dia.
Seterusnya [Next] :- Fasal pada menyatakan kejadian MAUT
Seterusnya [Next] :- Fasal pada menyatakan kejadian MAUT
No comments:
Post a Comment