Pasal pada menyatakan jawab Roh.
Dan telah datang pada khabar bahawa Malaikat Maut itu apabila menghendaki ia akan mengambil nyawa orang yang mukmin, berkata nyawa itu "tiada aku taat akan dikau selama tiada disuruh orang akan daku dengan yang demikian itu".
Maka berkata Malaikat Maut "disuruh orang akan daku dengan demikian itu",
Maka menuntut oleh roh itu daripadanya akan alamatnya dan tanda. Maka berkata roh bahawasanya Tuhanku jadi ia akan dikau dan kehendak akan bahawa mengambil engkau akan daku,
Maka kembalilah Malaikat Maut itu kepada Allah Taala. Firman Allah Taala " adakah engkau ambil nyawa hambaku itu?. Maka sembah malaikat maut, Ya illahi, bahawasanya hamba engkau itu menuntut ia akan tanda daripada aku,
Firman Allah Taala telah benarlah roh hamba ku itu, kemudian firmanNya lagi hai Malaikat Maut pergi olehmu kepada Syurga dan ambil olehmu sebiji buah "taapah", atasnya alamatku dan perlihatkan olehmu akan dia akan roh hambaku.
Maka pergilah malaikatmaut itu kepada syurga dan mengambil ia akan satu "taapah" dan atasnya tersurat بسم الله الرحمن الرحيم maka apabila melihat akan dia oleh roh hamba itu keluarlah ia dengan keinginan dan lazat.
Seterusnya [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Betapa Syaitan itu Menangalkan Iman
No comments:
Post a Comment