Makhluk Asing Yang Menderhakai Tuhan

بسم الله الرحمن الرحيم


engineer

 Mereka adalah makhluk yang terdiri dari perkakasan dan perisian yang berbeza sekali dari versi manusia dan versi jin.

MEREKA BUKAN JIN ATAU MANUSIA!

Ribuan tahun dahulu sebelum zaman ADAM… mereka telah mencapai ketamadunan paling canggih di alam semesta.

NAMUN SATU TRAGEDI TELAH BERLAKU.

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan.

 Sang Pengaturcara itu sangatlah misteri. Kita tidak tahu berapa lama kewujudannya sebelum Dia menciptakan versi-versi makhluk dan prototaip-prototaip makhluk sebelum diciptakan skrip-skrip bagi prototaip manusia.

Namun dalam kitab suci kita diberitahu bahawa Sang Pengaturcara tidak terikat dengan MASA. Malah MASA itu sendiri adalah ciptaannya.

Diceritakan ketika Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah, Tuhan Seluruh Alam di bukit Thursina, maka pada ketika itu Nabi Musa a.s sempat bertanya kepada Allah dengan mengajukan beberapa pertanyaan.

Jawab Allah : Pertama-tama aku jadikan adalah Nur-Muhammad, kemudian ku jadikan Durratul Baidha dari Nur Muhammad, dari Durratul Baidha aku jadikan 70000 negeri di cakrawala (jika kita pakai istilah sekarang ialah 70000 planet di cakrawala). Maka satu planet itu luasnya tujuh puluh kali bumi. Tiap-tiap planet itu dijadikan penghuninya 70000 orang bukan bangsa jin, dan bukan bangsa manusia, dan juga bukan bangsa malaikat. Kesemuanya dijadikan dengan kalimat “Kun Fayakuun.” Mereka beribadat kepada-Ku sampai 70000 tahun.

Kemudian pada masa-masa kebelakangan, mereka jadi derhaka kepada-Ku, lalu Aku binasakan mereka itu semuanya.

 Tragedi

armag

 Perhatikan, 70000 planet dengan satu planet berpopulasi sebanyak 70000 makhluk ini. Ini bermakna semua sekali terdapat 4 bilion, 900 juta umat makhluk ini.

Sebagai perbandingan ketika artikel ini ditulis, terdapat 8.1 bilion manusia di Bumi.

Makhluk ini dijelaskan bukan dari kalangan jin dan manusia, tetapi bukan juga dari kalangan malaikat. Makhluk ini diberitahu telah beribadat sehingga 70000 tahun.

Kemudian, makhluk ini menderhaka kepada Tuhan. Menariknya, Tuhan mengambil keputusan MEMBINASAKAN mereka makhluk-makhluk ini.

Mengapa sampai begitu sekali??

Cuba kita fikir-fikirkan, mengapa begitu sekali hukuman yang dikenakan. Dibinasakan seluruhnya!

 Maksud Tersirat

matrix-the

 Persoalan ini boleh dijelaskan apabila keadaan makhluk-makhluk itu menderhaka seluruhnya.

SELURUHNYA.

Ini adalah katakuncinya.

Ingat, kiamat akan terjadi apabila tiada seorang pun orang beriman di atas muka bumi.

Dari Anas berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi hingga di bumi tidak ada yang mengucapkan: Allah, Allah.”

Anda sudah melihat RAHSIANYA? :)

Corak yang sama berulang.

Makhluk Burung Yang Mentadbir 80000 Planet



alienburung

 Sang Pengaturcara menciptakan skrip-skrip itu dengan tujuan-tujuan tertentu. Setiap skrip yang menjana perkakasan dan perisian para makhluk itu sebenarnya terbina dengan sekelip mata bagi pandangan manusia. Hanya dengan satu kod:

JADILAH!

Apakah nasib makhluk ‘bird humanoid’ itu?

Adakah sama seperti makhluk sebelumnya?

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan.

 Telah disebutkan dalam artikel yang lepas bahawa Tuhan telah menjadikan Nur Muhammad, kemudian Dia telah menjadikan Durratul Baidha dari Nur Muhammad, dari Durratul Baidha itu pula Tuhan telah menjadikan 70000 planet. Maka satu planet itu luasnya tujuh puluh kali bumi. Tiap-tiap planet itu dijadikan penghuninya 70000 orang bukan bangsa jin, dan bukan bangsa manusia, dan juga bukan bangsa malaikat. Kesemuanya dijadikan dengan kalimat “Kun Fayakuun.”

Diceritakan bahawa makhluk ini beribadat kepada Tuhan sampai 70000 tahun.

Kemudian pada masa-masa kebelakangan, mereka telah menderhaka pula kepada Tuhan, lalu Tuhan telah binasakan mereka itu semuanya.

Ini adalah sesuatu yang menarik.

Pertamanya, apakah ‘Durratul Baidha’ itu? Secara literal dari bahasa Arab, ia bermaksud ‘mutiara putih’.

Apabila menyentuh mengenai ‘mutiara putih’ ini, ada sumber yang menyatakan tentang Ibnu Abbas1 yang berkata bahawa  roh Nabi s.a.w. sudah menjadi cahaya di hadapan Allah selama dua abad sebelum Adam diciptakan. Cahaya itu memuji Allah dan para malaikat pun memuji dengan pujiannya. Ketika Allah menciptakan Adam dia memancarkan cahaya itu ke arah pinggangnya.

Kemungkinan ‘mutiara putih’ ini adalah sejenis cahaya yang terbit dari Nur Muhammad tersebut. Maka kronologinya ialah:

Nur Muhammad → ‘Mutiara Putih’ → Planet-planet

Namun para makhluk tidak dijelaskan langsung dari planet itu ataupun dari ‘mutiara putih’ itu. Cuma dinyatakan bahawa planet-planet itu diisi dengan makhluk-makhluk yang bukan dari kalangan makhluk yang wujud sekarang yakni manusia, jin dan malaikat (iblis dan syaitan berasal dari bangsa jin).

 ‘Bird-Humanoid’?

horus

 Selepas makhluk-makhluk yang dahulunya beribadat kepada Tuhan kemudian dimusnahkan kerana menderhaka, apakah yang berlaku selepasnya? Diceritakan dari sumber yang sama2 : 

Kemudian sesudah itu Tuhan telah menjadikan lagi 80000 buah negeri (planet) yang besarnya cuma sepuluh kali dari bumi dunia, semua berada di cakrawala yang bertingkat-tingkat. Di planet-planet itu Tuhan telah menciptakan sebangsa unggas yang memakan tumbuh-tumbuhan, biji-bijian. Lama kelamaan unggas-unggas itu pun punah. 

Unggas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat memiliki definisi:

segala jenis burung: sekalian ~ yg terbang pun habis menaruh sayang kasihan belas akan Raja Jawa itu; ~ angkasa burung yg terbang tinggi di angkasa; ~ dewata burung di syurga; ~ puding sj burung; lepas ~ besar sekali; mengunggas; ~ puding Mn lari (kerana ketakutan). 

Nampaknya makhluk itu berbentuk burung!

Makhluk burung itu dijelaskan memakan:

1) Tumbuh-tumbuhan

2) Biji-bijian

Yang anehnya, tidak diceritakan pula adakah makhluk burung ini diberi amanah supaya beribadat kepada-Nya. Mustahil kesemua makhluk burung yang ditempatkan di 800000 planet itu tidak memiliki apa-apa tujuan ia diciptakan. Namun dinyatakan pengakhiran para makhluk itu:

Lama kelamaan unggas-unggas itu pun punah. 

Ini menggambarkan bahawa kemusnahan para makhluk itu adalah secara SEMULAJADI.

Ini mengingatkan kepada nasib dinasour yang mengikut kajian sains, pernah mendiami Bumi ini di antara 245 dan 233.23 juta tahun dahulu.

 Teka-teki Burung

birddinasour

 Persoalannya adakah makhluk burung ini sama dengan dinasour? Menurut kajian sains biologi, dinasour tergolong di dalam kelompok reptilia.

Adakah burung itu sejenis reptilia?

Menariknya, jawapannya ialah YA.

Dipetik dari laman web askabiologist.asu.edu, jawapan kepada pertanyaan: “If birds evolved from dinosaurs, would that make them reptiles too?”

Jawapan:

Yes, birds are reptiles, but let me explain a bit. Biologists use two types of classification systems, the Linnaean and the phylogenetic. The Linnaean system was developed by Carolus Linnaeus in the 1730’s. In the Linnaean system, organisms are grouped by characteristics regardless of their ancestry. So a reptile is an animal that is ectothermic and has scales, and birds would not be reptiles. In the 1940’s, a biologist named Willi Hennig came up with another classification system that he called phylogenetics. In this system, organisms are grouped only by their ancestry, and characteristics are only used to discover the ancestry. So a reptile is any animal descended from the original group called reptiles. Both birds and mammals share ancestors sometimes referred to as reptile-like animals (Reptiliomorpha), but it’s not very common for people to talk about mammals as reptiles. The situation is different for birds. Birds are part of the group Diapsida, which also includes all other living reptiles (crocodilians, turtles, tuataras, and squamates (mostly snakes and lizards)).

Usually what people mean when they say birds are reptiles is that birds are more closely related to reptiles than anything else, and this is true in a way, but there are many types of reptiles. Birds are most closely related to crocodiles. To understand this, we should look at some history. The first groups of reptile-like animals evolved about 320 million years ago. About 40 million years later, (very quickly by geologic standards), a group called therapsids branched off, which eventually became modern mammals. Other groups of reptiles split off over the next 120 million years, and one branch called the archosaurs were very successful.

eartg

Archosaurs were the ancestors of dinosaurs and crocodiles, but they were only distantly related to modern snakes, lizards, and turtles, groups that had split off at different times. Then, 65 million years ago there was a massive extinction event, and all dinosaurs were killed except for a single group of feathered dinosaurs. These evolved over the next 65 million years into modern birds. So birds aren’t just closely related to dinosaurs, they really are dinosaurs! And they are most closely related to crocodiles, which also came from archosaurs. This is what most people mean when they say that birds are reptiles, although technically, according to the phylogenetic system, birds, reptiles, and mammals all share a reptile-like ancestor.

You may wonder why biologists have two systems of classification. One reason, of course, is the history behind them, but they are also both useful in their own ways. The phylogenetic system is useful for understanding the relationships between animals, while the Linnaean system is more useful for understanding how animals live. It’s sort of like cooking. If you organized all your ingredients phylogenetically, you would put everything that was made from peanuts on the same shelf. Then you could see that peanut butter, peanut oil, and peanut brittle are related to each other. But when you really want to cook, you would use something like the Linnaean system and put all your oils together, all your dry goods together, etc. So both systems have their uses.

Menarik untuk difokuskan di sini bahawa kedua-dua haiwan mamalia dan reptilia berasal dari satu moyang yang bersifat reptilia, Reptiliomorpha.

Apakah yang berlaku selepas makhluk burung punah?

Bangsa Manusia Yang Diciptakan Dari Foton



manusiafoton

 Pelbagai makhluk mampu dicipta dari pelbagai bahasa asas yang berbeza sifat dan ciri-cirinya. Persoalannya: atas tujuan apa?

Purpose.

Bahan asas itu akan menentukan tujuan sesuatu makhluk itu dicipta, mengikut teorinya.

Namun di sana… ada kejanggalan pada ketika-ketika TERTENTU.

Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Terdapat satu versi kisah yang lain tentang makhluk unggas yang memakan biji-bijian tersebut.  Dikisahkan pada masa dahulu kala alam semesta ini masih kosong. Namun di planet-planet tertentu  sudah terdapat banyak biji sawi putih yang diciptakan. Kemudian Tuhan telah menciptakan sejenis makhluk yang bernama Tabirunnasar.

Diriwayatkan, Tuhan telah berfirman kepada makhluk tersebut : Hai unggas Tabirunnasar, makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu, engkau akan kumatikan.

Sang unggas pun memakan biji-bijian itu. Namun, cara memakannya diatur. Pertama, sehari satu biji yang dimakan. Setelah semakin berkurang, maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh kerana takutnya terhadap kematian, sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati.

Ini mirip dengan ayat dari versi sebelum ini yakni:

Lama kelamaan unggas-unggas itu pun punah. 

Namun apa yang menjadi persoalan ialah mengapa makhluk Tabirunnasar hanya diberi tugas memakan biji sawi putih yang kuantitinya berkurang dari semasa ke semasa? Ini seakan-akan program diet yang khas.

Tetapi apa yang menariknya walaupun makhluk unggas itu terpaksa makan sebiji sebulan, ia masih bertahan. Kemudian sebiji setahun! Masih bertahan! Hebat ketahanan tubuh badan makhluk ini. Adakah ini adalah program prototaip untuk berevolusi kepada haiwan/makhluk yang tahan lasak pada masa depan?

Kematian hanya menjemputnya, apabila semua makanan habis.

Ini mungkin saja. Apabila makanan benar-benar habis dan tidak ada sumber tenaga lagi, maka apa jua makhluk pun akan mati kebuluran.

 Manusia Dari Cahaya?

humalight

Selepas makhluk burung atau unggas itu musnah apakah yang berlaku selepas itu?

“…lama kelamaan unggas-unggas itu pun punah. Kemudian Tuhan telah jadikan 20000 makhluk sebangsa manusia dari cahaya secara berangsur-angsur lalu punah…”

Sebelum ini apa yang kita diberitahu adalah hanya malaikat yang diciptakan dari cahaya. Manakala cahaya menurut sains adalah terdiri dari adalah paket-paket tenaga kecil yang berasal dari radiasi elektromagnetik yang disebut sebagai: FOTON.

Adakah ada bangsa manusia yang diciptakan dari cahaya? Ini mustahil sebab melanggar definisi manusia secara asas iaitu manusia diciptakan dari unsur tanah, bukan cahaya!

Jika dari cahaya itu bukannya bernama manusia!

Namun perhatikan baik-baik.

Di sana ada permainan kata yang licik.

20000 makhluk sebangsa manusia dari cahaya”

Anda faham setakat ini?

 Teka-teki Makhluk Cahaya

foton4

.Dalam ayat itu ia tidak menyatakan bahawa makhluk tersebut adalah manusia secara langsung tetapi disebut: makhluk sebangsa manusia.

Maksudnya makhluk itu bukan manusia.

Jika disebut dalam istilah sekarang, ia adalah sejenis makhluk humanoid. Ia diciptakan dari bahan asas cahaya namun kemungkinan rupa parasnya adalah menyerupai manusia. Kemungkinan juga ianya bukan bersifat ‘shape-shifter’ sepertimana malaikat.

Anehnya, pengakhiran makhluk humanoid ini seakannya seperti nasib makhluk burung tadi. Ianya tidak diceritakan dimusnahkan tetapi musnah secara beransur-ansur yang seperti menggambarkan ianya berlaku SECARA SEMULAJADI.

Di sini ada satu petunjuk penting. Ia mengenai apakah sebenarnya KEHENDAK yang menciptakan makhluk-makhluk ini… 

70 Ribu Tahun Setelah Penciptaan Arasy



arasy

 Ribuan tahun setelah KALAM dicipta. Diceritakan bahawa ayat-ayat terakhir dari dalam satu surah  di dalam KITAB SUCI itu telah pun tercipta sebelum dicipta langit dan bumi.

Rancangan untuk mencipta MAKHLUK AGUNG telah pun sedia ada sejak sebelum ALAM MATRIKS tercipta!

APAKAH YANG BERLAKU SETELAH 70000 TAHUN SETELAH PENCIPTAAN ARASY???

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan 

Makhluk yang menyerupai manusia itu diyakini memiliki skrip yang berbeza dek kerana bahan asasnya atau materialnya berasal dari unsur cahaya; seperti malaikat. Maka makhluk ini semestinya memiliki tujuan ianya dicipta.

PURPOSE.

Namun kepupusannya menjadi misteri; ianya juga punah secara semulajadi sepertimana makhluk unggas. Adakah makhluk ini juga diberi aturanan pemakanannya seperti makhluk unggas?

Jika ya, mengapa?

Ini membuka kepada banyak keraguan akan cerita ini.

Juga mungkin membuka petunjuk yang lain.

Seolah-olah makhluk unggas dan makhluk humanoid berasaskan cahaya ini memiliki motif yang sama ianya diciptakan.

BAHAN EKSPERIMEN.

Tapi untuk apa?

Fikirkan… makhluk menyerupai manusia tetapi dari cahaya. Punah secara semulajadi. Ini memberi petunjuk bahawa makhluk ini BUKAN MAKHLUK MUKALLAF. 

Setelah Era Humanoid-Foton

humalight

 Apakah yang berlaku setelah kepupusan makhluk humanoid dari cahaya itu? Di sana sumber yang sama melanjutkan:

Kemudian setelah berselang 70000 tahun sesudah itu, barulah Aku menjadikan Qalam, Lauhil-Mahfuzh, ‘Arsy, Kursi dan Malaikat.

Maka setelah kira-kira 70000 tahun lagi barulah Aku menjadikan Syurga dan Neraka, kemudian setelah itu baru Aku menjadikan makhluq manusia yang namanya Adam, bukan bapamu Adam yang sekarang ini, hai Musa.

Menariknya, Adam yang dikatakan sebagai bapa kepada Musa itu agak mengelirukan kerana bapa kepada Musa adalah Amram bukannya ‘Adam’ dalam sumber kitab Injil. Manakala sebutan setara dalam bahasa Arab ialah Imran. Mungkin ‘Adam’ dan ‘Amram’ itu kedengaran mirip-mirip. Kesilapan dalam penulisan, terjemahan atau transliterasi, mungkin.

Selepas kepupusan makhluk humanoid dari cahaya, telah diciptakan:

  • Qalam Lauhil-Mahfuzh
  • ‘Arsy
  • Kursi dan
  • Malaikat

Setelah itu, dijelaskan setelah 70000 tahun lagi diciptakan:

  • Syurga
  • Neraka

Kemudian barulah diciptakan Adam, makhluk ‘manusia’ pertama.

TETAPI ADA PLOT TWIST DI SINI.

Adam itu bukanlah Adam yang kita kenal.

10 Ribu Adam



adam10

 Bumi ini sudah tua. Bukan sahaja Bumi ini malah ALAM SEMESTA ini juga sudah tua.

Sebelum prototaip makhluk paling terbaik dicipta, di sana ada kisah makhluk-makhluk SEBELUM ITU.

Ribuan…

RIBUAN…

JUTAAN…

TAHUN DAHULU…

 Nota: Bahagian-bahagian yang mengandungi firman Tuhan atau hadis nabi termasuk riwayat-riwayat tertentu adalah dipetik dari buku-buku agama. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada orang yang pakar jika ada persoalan atau ada apa-apa keraguan berkaitan topik berkaitan

 Proses penciptaan alam semesta ini diberi keputusan supaya tercipta dalam masa-masa tertentu yang berbilang. Apakah maksudnya itu?

KRONOLOGI.

Ia tercipta peringkat demi peringkat.

Jika kita mencari proses penciptaan alam semesta di dalam Al-Quran terdapat salah satu ayat yang menjelaskan prosesnya seperti di surah (As-Sajdah, 32:4) yang ertinya “Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dalam waktu enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arsy.

Kamu semua tidak memiliki seorang penolong dan pemberi syafaat pun selain diri-Nya. Lalu, apakah kamu tidak memperhatikannya ?” .

Dari salah satu ayat tersebut Allah SWT menyebutkan penciptaan langit dan bumi dalam enam masa (sittati ayyaamin) selanjutnya para mufasir bersepakat dalam menafsirkan ayat ini, bahwa yang disebut dengan  (sittati ayyaamin) adalah enam tahap atau proses bukan enam hari sebagaimana mengartikan kata Ayyamin.

TAHAP.

Jika anda memahami semua ini anda akan dapati rahsianya. Kami tidak akan memberitahu secara terus. Di akhir siri ini ada PLOT TWIST TERBESAR. 

Pastikan anda tidak mengikuti siri ini sekerat-sekerat. Dikhuatiri akan mengalami apa yang dipanggil sebagai ‘gila isim’.

 Berbilang Adam

Human Clones

Masihkah anda ingat dalam artikel sebelum ini, ada disebutkan tentang penciptaan pelbagai jasad ghaib sehingga ke penciptaan ‘ADAM’.

Di sini ada satu PLOT TWIST.

Adam itu bukanlah Nabi Adam a.s yang kita kenal!

Sumber yang sama menjelaskan:

Aku jadikan dia dari awal Adam sampai keturunannya yang terakhir 10000 tahun lamanya.

Setelah itu Aku jadikan pula Adam yang lain dengan keturunannya terakhir dalam masa 10000 tahun.

Demikian seterusnya Aku jadikan tiap-tiap Adam dan keturunannya dalam masa 10000 tahun ganti berganti, sampai mencapai 10000 orang Adam.

Maka Adam yang sekarang inilah yang kesepuluh ribu kalinya.

9999 RIBU ADAM SEBELUM ADAM!

Mengapa tajuk artikel ini kami letakkan 10 ribu Adam? Sebabnya kami mahu mengasingkan kesemua Adam-Adam ini dengan kita sebagai manusia yang menjadi benih dari Adam yang terakhir itu. Bermakna ada 10 ribu Adam SEBELUM KITA!

Kami akan jelaskan tentang topik BERBILANG ADAM ini di akhir siri ini. Buat masa ini apa yang anda perlu fahami adalah perkara-perkara begini terdapat khilaf pandangan antara para ulama. Ini adalah perkara-perkara hiper-ghaib yang sangat tinggi tahap kefahamannya.

Namun tidak salah untuk kita mengkaji asalkan tidak sampai berlaku mensyirikkan-Nya.

Maka semua penciptaan dari ‘mutiara putih’ sehingga ke Adam berbilang itu telah menggambarkan satu penjelasan tentang umur dunia.

UMUR DUNIA. Ini adalah satu petunjuk yang lain.

Berapa ‘cycle’?




No comments:

Post a Comment