JAWAMI'UL AMAL

بسم الله الرحمن الرحيم
جوامع العمل

Segala puji-pujian bagi allah Tuhan yang Esa, keesaan-Nya. Dan rahmat dan salam-Nya atas Nabi allah tiada Nabi kemudian-Nya.
Wa ba'du, adapun kemudian dari itu, ini risalah peri menyatakan kenyataan amal pada syariat dan tariqat dan hakikat dan makrifat. Yakni perhimpunan amal empat perkara yang tersebut itu kerana sabda Nabi Muhammad

الشريعة اقوالي والطريعة افعلي والحقيقة الحوالي والمعرفة رأس مالي

s.a.w yang ertinya:
"Yang syariat itu segala kata-kataku, dan yang tarikat itu segala perbuatanku, dan yang hakikat itu segala kelakuanku, dan yang makrifat itu kepala hartaku"

Maka sayogianya atas hamba Allah yang pilihan berbuat amal dengan amal yang empat perkara itu. Adapun amal orang syariat mengucap kalimah tauhid atau mengucap kalimah syahaadat, dan mendirikan sembahayang, dan memberi zakat, puasa bulan Ramadhan, dan naik haji ke Baitu al-Haram jika kuasa pergi kepadanya.

Adapun amal orang tarikat itu, taubat daripada dosa yang kecil dan yang besar dan tawakal, dan redha dan sabar dan taslim.

Adapun amal orang hakikat itu, mengesakan Haq Subhanahu wa Taala dan megesakan segala sifat zat-Nya dan segala sifat fi'il-Nya.

Adapun amal orang makrifat sentiasa ia zikir(ingat) dan muraqabah, dan tawajjuh dan musyahadah akan yang dikenalnya, yakni Allah S.W.T seperti yang diisyaratkan ustaznya kepadanya itu.

Syahdan, syuogianya atas segala hamba Allah yang pilihan, bahawa mengetahui apa yang dinafikan pada kalimah tahuid dan kalimah syahadat pada syariat dan pada hakikat dan pada makrifat itu. Dan dengan nafi, apa yang dinafikan pada dua kalimah itu. Dan apa yang di-isbatkan pada dua kalimah itu pada syariat, dan pada tarikat dan pada hakikat dan pada makrifat.

Adapun yang dinafikan pada dua kalimah itu pada syariat dengan kata (لآ اِلَهَ) itu jenis Tuhan. Kerana apakala dikatakan (لآ اِلَهَ)itu ertinya
"Tiada Tuhan, nescaya masuk dalamnya Tuhan yang mutlak dan Tuhan yang Haq dan Tuhan yang batil itu".
Maka sayogianya menafikan jenis Tuhan yang Haq dan jenis Tuhan yang batil itu.
Maka yang di-isbatkan pada perkataan(اِلّا اللّهُ) itu, Tuhan Haq yang mutlak itu.
Maka erti (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) pada dua kalimah itu pada orang syariat, "Tiada Tuhan hanya Allah"

Adapun yang dinafikan pada dua kalimah itu pada tarikat dengan kata (لآ اِلَهَ) itu jenis yang mengasih, dan yang menyertai pada suatu qaul dan pada suatu fi'il. Maka di-isbatkan "Tuhan Haq yang mutlak itu".
Maka Maka erti (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) pada dua kalimah itu pada orang tarikat itu "Tiada kekasih hanya Allah"

Adapun yang dinafikan pada dua kalimah itu pada hakikat dengan kata (لآ اِلَهَ) itu "Aniyah wujud yang haqiqi wahami berserta dengan aniyah ta;ayun yang majazi waham ini". Maka di-isbatkan "Wujud Haq yang mutlak itu".
Maka Maka erti (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) pada dua kalimah itu pada orang hakikat "Tiada wujudku hanya Allah"

Adapun yang dinafikan pada dua kalimah itu pada makrifat
dengan kata (لآ اِلَهَ) itu zikir(ingat) kepada yang lain daripada ada Allah taala. Dan muraqabah kepada yang lain daripada ada Allah Taala. Dan tawajjuh kepada yang lain daripda ada Allah Taala, dan musyahadah kepada yang lain daripada ada Allah.
Maka Maka erti (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) pada dua kalimah itu pada orang tarikat itu "Tiada wujudku hanya Allah"

Adapun yang dinafikan pada perkataan kita (لآ اِلَهَ) pada dua kalimah itu ialah "Dengan nafi yang idhafi" dan yang di-isbatkan perkataan kita (اِلّا اللّهُ) itu pada dua kalimah itu "Dengan isbat haqiqi yang mutlak"

Syahdan sayogianya atas segala hamab Allah yang pilihan itu mengetahui kerana apa ia menafikan pada kalimah (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) itu kerana bahawa wujud pada Arif yang muhaqqiq itu dua perkara:
Satu wujud Muthlaq yang haqiqi
Kedua Wujud Haqiqi yang wahami, dan majazi yang wahami.

Maka sayogianya kita menafikan Wujud Haqiqi yang wahami dan majazi yang wahami itu. Dan Sayogianya kita isbatkan Wujud Muthlaq yang haqiqi itu.

Maka dari kerana itulah wajib atas kita menyebut kalimah tauhid dan kalimah syahadah berserta dengan tahu kita akan erti kalimah syahadah berserta dengan tahu akan ert yang pada syariat, dan yang apda tarikat, dan yang pada hakikat, dan yang apda makrifat seperti yang tersebut itu supaya sempurna iman kita dan amal kita pada zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment