Darul Nafis - Wahdatul Azzat

بسم الله الرحمن الرحيم
(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)

Bermula fasal yang keempat pada menyatakan Tauhid azzat ertinya mengesakan Allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi-tinggi maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orang yang arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan mereka itu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga-hingga dan sehabis-habis sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga Nabi Mursalin dan Malaikat yang Muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu Maqam Kunnuhu Zat Allah ta'ala seperti firman allah ta'ala (ويحذركم الله نفسه) ya'ni dipertakuti Allah ta'ala daripada sampai ma'rifatmu akan Kunnuhu zatnya

(dan lagi) sabda nabi saw (كلّكم فى ذات الله أحمق) ya'ni sekelian kamu mendapat akan Kunnunhu zat Allah ta'ala ahma' ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali-kali
(kata) Syeikh Abdul Wahab Assyarani Qadassalahu Sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata Syeikh Ali Khawas Rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak Allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akan dia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya Allah taala itu bukan ia Ain yang dihukumkan akan dia olih akal dan bukan ia ain yang dihukumkan akan dia olih syuhud hati dan mata tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia ain yang dikenal olih mereka itu akan dia dan bukan ia ain yang dijahilkan olih mereka itu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah ain yang disyuhud dan iaitulah ibadat yang sempurna ibadat wallahu'alam

(shahadan) tiada yang sampai kepada maqam Tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada daripada segala Anbia dan Aulia yang dibawah Qidamnya kerana tiada yang dijadikan Allah taala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis Jabir Rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah

(shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan Allah taala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam wujud ini hanya Allah taala jua iaitu ibarat daripada fana segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat Aallah taala sekira-kira tiada yang maujud melainkan Allah taala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada Allah taala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan Allah taala jua ertinya wujud yang lain daripada Allah taala itu Qiam ia dengan ujud Allah ta'ala tiada Qiam dengan sendirinya tetapi adalah wujud yang lain daripada Allah taala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud Allah ta'ala

(kata) Syeikh Huna Alarif Billah Assyeikh Siddiq bin Umar Khan Rohimallah bermula segala wujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akan dia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya (seperti) sabda nabi saw (الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا) bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati mereka itu baharulah jaga mereka itu (maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf:-
(pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu ibarat bercerai Ruh daripada jasad
(keduanya) mati maknawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya 
( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) yakni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada Abu Bakar iaitu ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana dan tiada pada haqiqatnya intiha'


(bermula) Wjud Allah ta'ala itu wujud yang sebenarnya dengan nisbah kepada tiap-tiap suatu yang lain (seperti) sabda nabi saw       (ألا كلّ شيء ما خلا الله باطل) ertinya ketahui olihmu bermula tiap-tiap suatu yang lain daripada Allah ta'ala itu iaitu bathil jua adanya (dan dalil) yang menunjukan atas demikian itu amat banyak seperti firmannya (كلّ نت عليها فان ويبقى وجه ربّك ذوالجلا والإكرام) tafsirnya bermula tiap-tiap barang yang ada daripada segala haiwan atau yang bersusun atas zat dan sifat sekelian itu binasa pada masa yang dahulu dan pada masa sekarang dan masa yang lagi akan datang dan kekal zat tuhanmu ya Muhammad yang mempunyai kebesaran dan kemulian (dan lagi) firman allah ta'ala (كلّ شيء هالك إلا وجهه) yakni bermula tiap-tiap sesuatu itu binasa ia pada masa yang telah lalu dan pada masa sekarang dan pasa masa yang lagi akan datang melainkan zat allah ta�ala jua yang tiada binasa (dan) sabda nabi saw (كان الله ولم يكن شيء معه) ertinya adalah Allah ta'ala itu pada hal tiada ada sesuatu sertanya (dan) menambahi ulama (وهو الآن على ما هو عليه كان) ertinya dan iaitu adalah Allah ta'ala pada sekarang ini atas barang yang ada ia atasnya telah berlalu

(dan lagi) sabda nabi saw yang diriwayat akan dia olih Tarmizi          (والذى نفس محمد بيده لو أوتكم دليتم بحبل إلى الأرض اخبط على الله ثمّ قرا هو الأول والآخر الآية) erti demi tuhan yang ada diri Muhammad itu jadi dengan qudratnya jikalau kamu hulurkan akan tali daripada langit kebumi nescaya turun sampai ia atas wujud Allah ta'ala kemudian daripada ayat maka membaca rasul saw (هو الآول والآخر) hingga akhir ayatnya (bermula) hasilnya segala wujud suatu itu dengan dinisbahkan kepada wujud Allah ta'ala yang haqiqi itu khayal dan waham dan majaz jua kerana wujudnya antara dua adam
bermula wujud yang antara dua adam itu adam jua dan tiada ujud pada haqiqatnya itu dengan sendirinya tetapi adalah adanya itu dengan wujud Allah ta'ala yakni Qiam ia Bijjudillahi ta'ala dan tiada wujud haqiqi itu hanya wujud Allah jua (kata) Arif Billah Maulana Assayed Abdullah ibnu Ibrahim Mirani Rohimallahu didalam tuhfatul mursalat (bermula) segala mumkin yang maujud pada khorij itu pada sekira-kira wujudnya iaitu ain wujud Alhaq Subhanahu wata'ala dengan sekira-kira Zahir mumkin itu lain daripada Allah ta'ala dan sekira-kira haqiqatnya wujud mumkin itu iaitu ain wujud Allah ta'ala dan mithalnya seperti buih dan ombak dan kendi yang jadi daripada air beku maka sekelian itu daripada sekira-kira haqiqatnya ain wujud air jua dan daripada sekira-kira nafinya lain daripadanya intiha  


(kata) setengah arif bermula alam ini naskhah Alhaq ta'ala (dan) dan kata setengah ini cermin haq ta'ala (kata) Assyeikh Alakbar Walkibriyat Alahmar Qadassallahu Sirrahu didalam fusus dan apabila adalah HAQ Allah ta'ala itu waqayah bagi hamba pada suatu wajah iaitu keadaan Haq ta'ala itu zhohir ia didalam cermin hamba dan jadilah hamba itu bathin dan apabila adalah hamba itu waqayah bagi haq ta'ala pada suatu wajah iaitu keadaan hamba itu zahir ia didalam cermin Haq ta'ala maka jadilah Haq ta'ala itu bathin

(maka engkau katalah) hai salik pada sekelian yang maujud yang dizhohirkan ini barang yang engkau kehendaki dengan segala itibar yang bersalah-salahan (jikalau) engkau kehendaki maka engkau kata iaitu makhluk yang zhohir ia didalam cermin Haq ta'ala dengan itibar keadaan hamba itu waqayah akan wujud Haq ta'ala iaitu         (شهود الكثرة فى الوحدة ) ertinya pandang yang banyak didalam yang satu

(kata) Syeikh Sahami Qadassallah Sirrahu sebab didahulukan itibar ini kerana terlebih sukar pada memfahamkan dia kepada segala akal orang awam (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu Haq ta'ala ertinya rupanya yang zahir ia pada cermin makhluk dengan itibar keadaan Haq ta'ala itu waqayah akan hambanya iaitu (شهود الوحدة فى الكثرة) ertinya pandang yang satu dalam yang banyak
(dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu haq Allah ta'ala pun ia dan makhluk pun ia dengan itibar zahir tiap-tiap satu daripada keduanya didalam cermin yang lain serta ketiadaan tamyiz akan dua cermin itu kerana bahawanya segala itibar itu hanya thabit ia didalam ilmu Haq ta'ala yang tiada mengubahkan dia olih cenderong pada segala wajah itu
(dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu bukan ia Haq Allah ta'ala pada tiap-tiap wajah dan bukan ia makhluk pada tiap-tiap wajah dengan itibar beza antara dua cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang membezakan ilmu itu daripada zat

(kata) Syeikh Abdul Ghoni an Nablussi Qadassallahu Sirrahu
(bermula) murad keadaannya itu bukan ia Haq ta'ala pada tiap-tiap wajah itu tetapi adalah ia itibar Haq ta'ala itu pada wajah keadaannya maujud faqad dan murad keadaannya bukan ia makhluk pada tiap-tiap wajah itu tetapi adalah ia itu dengan dengan itibar makhluk pada wajah keadaannya berupa jua intiha


(dan) jika engkau kehendaki maka engkau kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang demikian itu iaitu seperti engkau kata tiada diketahui mana yang zahir dan mana yang bathin kerana yang zhohir pada cermin itu menjadilah ia bathin dengan itibar keadaannya diri cermin dengan tilik yang lain
(maka apabila) engkau kenal dan engkau ketahui akan segala perkara wajah ini maka sanya telah nyatalah bagimu hai salik yang dituntut olih tiap-tiap seorang daripada segala orang yang mutaqin akan mertabat wujud dengan itibar zatnya dan zhuhornya dan jika ada yaqin itu melazimkan bagi tahdid maka tiada mengapa yang demikian itu (dan) dalil yang menunjukan tahdid itu tiada mengapa atas Haq ta'ala bahawasanya jikalau tiada tahdid harus bagi Allah ta'ala nescaya tiada menkhabarkan segala Rasul itu dengan tahwil yakni yang warid daripada Allah ta'ala pada hadrat zhuhornya dengan bertahwil Haq Allah ta'ala itu pada segala rupa

(kata) Syeikh Abdul Ghoni Alnablussi Qadassallahu Sirrahu bermula murad dengan tahdid yang harus bagi Allah ta'ala itu iaitu pada zhuhornya jua pada Haq ta'ala tiada berubah pada sekira-kira bathinnya atas barang yang ada atasnya yang maha besar lagi maha mulia intiha iaitu barang sesuatu daripada Ahadiyat bahawasanya Allah ta'ala itu tajalli ia pada hari qiamat bagi segala makhluk rupa yang dimungkarkan maka firman ia (انا ربّكم الأعلى) ertinya akulah tuhanmu yang maha tinggi maka jawab mereka (نعوذ بالله منك) ertinya berrlidunglah kami dengan Allah ta'ala daripadamu kemudian maka tajalli ia pada rupa segala 'itiqad mereka itu maka sujudlah mereka itu baginya
(maka apabila) adalah sekelian yang ada itu daripada martabat haq Allah ta'ala serta bahawasanya baginya itu tahwil pada segala rupa padahal tiada rupa itu bagi segala 'ayan daripada sekira-kira 'adam (maka) janganlah engkau pandang akan 'ain itu sama ada didalam cermin haq ta'ala atau didalam cermin makahluk melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya samaada hukum itu dengan lihat atau lainnya kerana ma'dum itu daripada sekira-kira ia ma'dum tiada tetap baginya hukum maka tiada hukum itu atas segala 'ayan dengan melihat dan lainnya itu melainkan 'itibar thubutnya dalam ilmunya yang tiada bolih mengubahkan dia daripada segala perkara intiha'.

Seterusnya [Next]:-الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات
****************************************************************
Ia merupakan salah satu kitab rujukkan dirumikan oleh Sufi Tauhid

ahma' (أحمق) sukar dicapai indera-rasa* 'ain (عين) kehadhiran * ghairullah (غيرالله) selain tuhan * kunnuhu (كنّه) keberadaannya * m'dum (معدوم) tidak ujud * ma'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam * maujud (موجود) keberadaan * majaz (مجاز) dibolihkan bersahaja  * faqad (فقط) hanya * murad (مراد) tujuan * tamyiz (تمييز) perbezaan * tahdid (تحديد) kata putus * thabit (ثابت) yg memutuskan
* waqayah (وقاية) tajalli *

No comments:

Post a Comment