Awal Penciptaan Makhluk - Hakikat Muhammad

Ketahuilah, semuga engkau diberi taufik kepada segala yang dicintai dan diredhai allah, Makhluk yang pertama yang diciptakan Allah adalah Ruh Muhammad s.a.w. Ia diciptakan daripada Cahaya Jamal Allah. Sebagaimana firman Allah didalm Hadis Qudis Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya-Ku.
Nabi s.a.w bersabda:-Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah Qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal.
Ruh, cahaya, qalam dan akal pada dasarnya satu iaitu Hakikat Muhammad. : Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah
Hakikat Muhammad disebut NUR, kerana bersih dari segala kegelapan yang menghala firman Allah

Hakikat Muhammad disebut juga akal, kerana ia yang menemukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut Qalam, kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf. Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w Aku dari Allah dan makhluk lain dari aku.
Dan dari ruh Muhammad itulah Allah menciptakan semua ruh di alam Lahut dalam bentuk yang terbaik yang hakiki. Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut. Alam Lahut adalah negeri asal setelah 4,000 tahun dari penciptaan Ruh Muhammad maka Allah menciptakan Aras dari Nur Muhammad. Begitu pula seluruh makhluk lainnya diciptakan dari Nur Muhammad.

Selanjutnya ruh-ruh diturunkan kealam yang terendah, dimasukkan pada makhluk yang terendah, iaitu jasad. Sebagaimana firman Allah Kemudian Ku-turunkan manusia ke tempat yang terendah. Proses turunnya adalah setelah ruh diciptakan di alam Lahut, maka diturunkan kealam Jabraut dan dibalut dengan cahaya Jabraut, Sebagai pakaian antara dua haram lapis kedua ini disebut ruh Sultani. Selanjutnya diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibalut dengan cahaya malakut yang disebut ruh Rohani. Kemudian diturunkan lagi kealam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki, lapis keempat ini disebut ruh Jasmani.
Ketika ruh berada didalam jasad dan merasa senang berada pada jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam lahut, iaitu hari perjanjian “Alastu birabbikum”? ruh menjawab Benar engkau adalah tuhan kami. Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal, Dengan kasihnya Allah menolong mereka dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai perintah tentang peringatan tentang negeri asal bagi mereka sesuai dengan firman Allah Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah iaitu hari pertemuan Allah dengan seluruh ARWAH di alam lahut. Lain halnya dengan para nabi, mereka datang ke bumi dan kembali ke ahkirat badanya di bumi, sedangkah ruh intinya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini.

Sangat sedikit orang yang sedar dan kembali serta berkeinginan dan sampai kealam asal. Nabi  mengajak mereka agar kembali dan sampai serta bertemu dengan Jamal Allah yang azali sesuai dengan firman Allah katakanlah ini adalah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas aku dan para pengikutku. Nabi bersabda Para sahabatku seperti bintang-bintang, mengikut yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk.
Pandangan yang jelas yang disebut didalam AlQuran disebut basyirah. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada mata hati bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan ilmu zahir sahaja, tetapi untuk membuka harus dengan ilmu laduni batin, sesuai dengan firman Allah kepada dia ku berikan ilmu yang langsung dari aku.
Wahai saudaraku, masuklah pada jalan kembali kepada allah dan kembalikah kepada tuhanmu bersama golongan ahli rohani. Waktu sangat sempit jalan hampir tertutup dan sulit mencari teman untuk kembali ke negeri asal.
Firman Allah dalam surah Ar Rahman ayat 19-20
Dia membirakan dua lautan mengalir yang keduan bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
Firman Allah dalam surah Adz Dzariyat ayat 56:- Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereke supaya menyembahKu.

Yang dimaksudkan dengan ibadah disini ialah Marifat, yang dimaksudkan dengan Alam Marifat adalah Alam Lahut iaitu negeri asal tempat diciptakan ruh Al-Qudsi dalam wujud terbaik. Yang dimaksudkan ruh Al Qudsi ialah hakikat manusia yang disimpan di lubuk hati, keberadaannya akan diketahui dengan taubat dan talqin dan mudawamah kalimah لا إله إلا الله‎Pertama dengan lidah fiziknya, kemudian bila hatinya sudah hidup beralih dengan lidah hatinya. Ahli tasauf menamakan ruh Al-Qudsi dengan sebutan Tiflul Ma’ani (bayi ma’nawi) kerana ia dari ma’nawiayah qudsiyyah.

Pemberian nama tiflul ma’ani didasarkan kepada:-
1) Ia lahir dari hati, seperti lahirnya bayi dari Rahim seorang ibu dan ia diurus dan dibesarkan hingga dewasa.Ia lahir dari hati, seperti lahirnya bayi dari Rahim seorang ibu dan ia diurus dan dibesarkan hingga dewasa.Ia lahir dari hati, seperti lahirnya bayi dari Rahim seorang ibu dan ia diurus dan dibesarkan hingga dewasa.

2) Dalam mendidik anak-anak tentang keislaman, ilmu yang didahulukan adalah ilmu maarifat. Begitu pula bagi bayi ma’anawiah ini.

3) Bayi bersih dari segala kotoran dosa lahirah. Begitulah pula bayi ma’nawi, ia bersih dari syirik dan ghaflah (lupa kepada allah)

4) Perumpamaan bayi ma’nawi merupaka gambaran kesucian kerana anak-anak lebih banyak yang suci daripada yang lainnya. Oleh kerana itu bayi ma’nawi terlihat dalam mimpi dengan rupa yang tampan.

5) Ahli syurga disifati dengan sifat anak-anak,

6) Kerana bayi ma’nawi itu halus dan suci.

7) Pengunaan nama tiflul ma’ani adalah majazi ditinjau dari kaitannya dengan badan, ia berwujud seperti rupa manusia, jua kerana manisnya bukan kerana kecilnya, dan dilihat dari awal adanya, ia adalah manusia hakiki kerana dialah yang berhubung langsung dengan Allah, sedangkan badan dan ruh jasmani bukan mahramnya bagi dia berdasarkan Hadis nabi s.a.w Aku punya waktu khusus dengan Allah, Malaikat terdekat, nabi dan rasul tidak akan dapat memilikinya. Yang dimaksudkan dengan malaikat terdekat dalam hadis tadi adalah ruh ruhani yang diciptakan di alam Jabaraut, seperti halnya malaikat yang dapat masuk ke alam Lahut.

Ketika Allah mencipta Ruh Al-Qudsi dalam wujud yang terbaik di alam Lahut, maka berkehendak menurunkan manusia kea lam yang terendah untuk menyempurnakan kemanusiaannya dan pendekatannya kepada Allah di Maq’adi Sidqin, Inda Malikin Muqtadir, itulah maqam para wali dan para Nabi. Pertama-tama Allah Menurunkan ruh Al-Qudsi yang dicipta dari nur Muhammad ke alam Jabarut dengan membawa bibit Tauhid, maka dititipkan dari cahayanya di alam tersebut, dan dibalut dengan pakaian cahaya, begitu pula perpindahan dari alam Jabarut ke alam Malakut dan dari alam Malakut kealam Mulki, disetiap alam yang tiga ini Allah Melapisi Ruh Al-qudsi dengan lapisan-lapisan sampai ke lapisan Mulkiyah yang disebut Qiswah Unsuriyah, agar jasad tidak terbakar oleh Ruh Al-Qudsi. Lapisan yang dibalutkan di alam Jabaraut disebut Ruh Sultani. Lapisan di alam Malakut disebut Ruh Sairani Rawani. Dan lapisan di alam Mulki disebut Ruh Jasmani.

Tujuan utama didatangkan manusia kealam terendah ini, agar manusia berupaya kembali mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai darjat, dengan menggunakan hati dan jasad. Maka ditanamkanlah Bibit Tauhid di ladang hati agar tumbuh menjadi pohon tauhid yang akarnya tertanam di dalam rasa dan menghasilkan buah tauhid untuk mencapai ridha Allah taala. Bibit Syariat ditanamkan di ladang hati dan akan tumbuh menjadi Pohon Syraiat dan buahnya adalah Buah Darjat.
Kemudian Allah memerintahkan ruh dengan seluruh lapisannya untuk masuk ke dalam jasad dan Allah menentukan tempatnya masing-masing. Tempat Ruh Jismani adalah didalam jasad antara daging dan darah. Tempat Ruh Al qudsi adalah rasa. Setiap Ruh mempunyai Hanut (tempat) didaerah keberadaannya, dan bekal/alat untuk pengolahannya dan keuntungannya/hasi pengolahannya dan cara pengolahannya yang tidak pernah sia-sia yang diketahui secara tertutup /rahsia atau secara terbuka. Mereke mengharapkan perjuangan yang tidak sia-sia.
Wajib bagi semua manusia untuk mengetahui bagaimana cara mengolah dirinya.

Hakikat Muhammad disebut Qalam - Sumber HALAQAH SUFI.

    1. Surah 68:1 Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis

2. Surah 24:35. Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

3. Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arasy”.

4. Dan dalam riwayat ibn ‘Asakir, marfu’, bahawa perkara awal yang dijadikan Allah ialah Qalam, kemudian “Nun”, bekas dakwat, kemudian firmanNya, "Tulislah, apa yang akan ada dan yang ada. "

5. Dan diriwayatkan oleh ibn Jarir bahawa baginda s.a.w. bersabda: Nun, Demi Qalam dan apa yang mereka tulis. Katanya: Lauh daripada nur, Qalam daripada nur, yang menulis tentang apa yang ada sehingga hari Kiamat.

6. Dalam “al-Najm”, al-Hakim al-Tirmidhi meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa “Perkara awal yang dijadikan Allah ialah Qalam; kemudian Nun, iaitu Bekas Dakwat, kemudian firmanNya; Tulislah, katanya :Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya: "Tulislah apa yang ada, dan yang akan ada sampai ke Hari Kiamat." Itulah firmannya: "Nun. Demi Qalam dan apa yang mereka tulis." Kemudian dikhatamkan atas mulut Qalam, lalu ia tidak berkata-kata, tidak berkata-kata sampai Kiamat. Kemudian Allah jadikan akal, Kemudian firmanNya; Demi KekuasaanKu dan KehebatranKu, Aku akan sempurnakan engkau dalam kalangan yang aku kasihi. Dan aku akan kurangkan engkau dalam kalangan mereka yang aku murkai.

7. Kata al-Laqqani dalam Syarah Jauharahnya: Qalam adalah jisim nurani (daripada nur), yang dijadikan Allah, lalu Ia perintahkan supaya ia menulis apa yang ada dan yang akan ada sampai Kiamat; ia tidak menjazamkan untuk menentukan hakikatnya; dalam setengah athar, perkara terawal yang Allah jadikan ialah Qalam, kemudian diperintahnya menulis tiap-tiap sesuatu, dalam setengah athar Allah menjadikan “yara” (seperti Qalam), atau Qasab, seperti Batang, kemudian dijadikan daripadanya Qalam. Dalam satu riwayat perkara awal yang dituliskan oleh Qalam ialah ‘Aku Maha penerima taubat, Aku menerima taubat mereka yang bertaubat’.

8. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan bonda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab baginda: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah jadikan sebelum segala sesuatu Nur Nabi engkau daripada NurNya , kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat cara yang dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz), tiada Qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia. Maka bila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam, daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia jadikan ‘Arasy, kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi , maka daripada juzu’ yang pertyama Ia jadikan malaikat penanggung ‘Arasy, daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat yang baki lagi.Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi yang pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya Syurga dan Neraka.Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian : yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada yang kedua cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah,daripada yang ketiga dijadikanNya nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah’, demikian hadith dalam “al-Mawahib”( iaitu al-Mawahib al-Laduniyyah karangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai rujukan itu).

9. Al-Hafiz Abu Ya’la al-Hamadani : yang asah ialah ‘Arasy sebelum daripada Qalam, mengikut riwayat yang sabit dalam kitab “Sahih” dari ibn ‘Umar; katanya : Sabda Rasulullah s.a.w :Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan langit-langit dan bumi lima puluh ribu tahun, ‘Arasynya atas air; ini sarih atau nyata dalam perkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan ‘Arasy; takdir ada pada awal mula tercipta Qalam; maka hadith ‘Ubaidah bin al-samit , marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah Qalam, kemudian Ia berfirman: Tulislah, kata Qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis? FirmanNya, “Tulislah takdir segala sesuatu” (Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi; dianggapnya sahih).

10. Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arasy”.

11. Dalam Kitab “Nazm al-Mutanathir min al-Hadith al-Mutawatir” oleh Imam Muhammad bin Ja’far al-Kattani rh, dalam ‘kitab al-iman sampai kitab al-manaqib’, no.194 di bawah hadith:”awwalu ma khalaqa’Llah”, Al-Amir dalam bahas berkenaan dengan wujud, dalam syarahnya ke atas “Jauharah al-Laqqani”, bahawa hadith tentang itu mutawatir.

Katanya: boleh dijawab berkenaan dengan percanggahan yang ada ini, bahawa nur Muhammad itu awal hakiki, yang lainnya awal secara idafi, atau bandingan, secara nisbah, tiap-tiap satu daripada (yang lainnya ) dijadikan sebelum daripada yang terdiri daripada jenisnya; maka ‘Arasy sebelum daripada jisim-jisim yang kasar, akal sebelum daripada jisim-jisim yang halus (latif), ‘yara’ awal daripada makhluk tumbuhan (nabatiah), demikianlah.Allah Maha Mengetahui.


  Seterusnya [Next]:-  Turunnya Manusia Ke Alam Mulki

2 comments:

Unknown said...

nur Muhammad bukan nur nabiMuhammad tapi nur Allah,nur Muhammad adalah mahkluk yg pertama kali diciptakan Allah, penciptaan nur Muhammad lihat qs anur ayat 35-36 dan inilah syahadat kita ''ASYHADUALLAILAHAILLALLAH WAAYSHADUANNAMUHAMMADARASULULLAH''.

Tok Latiff Mawar Nurullah said...

Alhamdu lillha... Nur Qasam, Nur Muhammad, Nur Diri.. itu turutannya.. seperti syahadat saudara perhatikan kalimah ada 2 kalimah Allah muga barokah dunia dan akhrat

Post a Comment