Qada dan Qadar ( Celaka dan Bahagia)


6:160Firman Allah Al-An’am :160
“Barang siapa yang melakukan amalan yang baik, maka baginya sepuluh kali lipat amalannya.
Adapun orang yang lebih banyak kebaikkannya, maka ia masuk syurga tanpa hisab.”

Firman Allah Al-Qari’ah : 6-7

101:6
101:7

“Dan adapun orang-orang yang berat timbangan(kebaikkan), maka dia berada dalam kehidupan yang diredhai.”

Sabda Nabi,
“Orang yang celaka boleh jadi bahagia dan orang yang bahagia boleh jadi celaka. Tolok ukurnya adalah bilamana kebaikkan lebih banyak, maka ia bahagia.

Manusia yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, bererti ia sedang menggantikan kemalangannya menjadi bahagia.

Adapun yang murni dari Azali tentang bahagia dan celaka semua manusia pun sama

Sabda Nabi:
“Orang yang akan bahagia telah ditetapkan kebahagiaanya dalam perut ibunya. Begitu pun yang celaka telah ditentukan celakanya dalam perut ibunya.”
Namun sesorang pun tidak boleh membahas tentang bahasan ini, tentang rahsia Qudrat.
Syeikh Abdul Qadir (q.s) membuat contoh, seperti Iblis ketika ia megelak tentang tidak menghormati Adam, ia berkelit pada hakikat Qadar dengan jawapan “Inikan takdir Mu Ya Allah”. Dengan begitu ia kufur dan diusir dari syurga.
Sebaliknya, Nabi Adam a.s dan Nabi Muhammad s.a.w selalu menimpakan kesalahannya pada dirinya.
Wajib bagi seorang muslim beritikad bahawa Allah swt adalah Maha BijakSana.

Surat Al_Imran :135

3:135
“Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka mengingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampini dosa selain daripada Allah”.

Kalau seorang hamba menganggap bahawa maksiat adalah dari dirinya, maka ia termasuk orang yang beruntung dan selamat, ketimbang ia menganggap bahawa dosa adalah dari Allah, kalaupun secara hakiki memang Allah penciptanya.

Sabda Nabi:-
"Bahawa bahagia dan celaka telah ditetapkan dalam perut ibunya."
Yang dimaksudkan dengan kata Ibu menurut hadis tadi adalah berkumpulnya empat unsur (tanah,air,api dan angin) yang menimbulkan kekuatan kemanusiaan. Tanah dan air menimbulkan kebahagiaan, sebab keduanya merupakan sumber hidup dan yang menimbulkan iman, ilmu, dan tawaadu didalam hati. Sedangkan api dan angina adalah sebaliknya, sebab keduanya merupakan penghancur dan yang mematikan. Maha suci Allah yang mengumpulakn antara sesuatuyang berlawanan didalam tubuh manusia, seperti dalam tubuh manusia terkumpul api dan air, demikian pula memadukan antara cahaya dan kegelapan dalam awan

Firman Allah: Ar Ra’d :12

13:12
"Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan dan dia mengadakan awan mendung."

Sayyid Yahya bin Mu’ad Ar-Razi ketika ditanya: Wahai Syeikh dengan apa engkau Ma’firat kepada Allah”. Beliau menjawab Dengan terpadunya sesuatu yang berlawanan.
Maka dari itu manusia adalah gambaran dari Allah. Keterpaduan tersebut disebut Kaunan Jami’an dan Alaman Qubra, kerana Allah menciptakan dengan kekutannya, iaitu dengan sifat memaksa dan sifat lemah lembut. Oleh kerana itu cermin pun mempinyai dua sisi yang halus dan yang kasar. Hal ini menujukkan satu nama yang terpadu. Berbeda dengan ciptaan yang lain, yang diciptakan dengan satu kekuasaan saja. Misalnya sifat halus sahaja seperti Malaikat. Malaikat adalah gambaran dari Sifat Allah Subbuhun Quddusun sahaja. Atau sifat memaksa sahaja, seperti Iblis dan keturunannya. Mereka adalah gambaran dari sifat Al-Jabbar. Oleh kerana itu mereka selalu sombong. Kerana itu manusia menjadi Makhluk yant terpadu antara sifat lemah lebut dan memaksa, memadu semua alam, alam tinggi maupun alam mulki.
Surah Al A’raf: 199

7:199
“Berikanlah ampunan pada mereka. Perintahkan kebajikan dan jangan terpengaruh oleh orang-orang yang bodoh”.
Surah As-Syura :40

42:40
“Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka Allah memberi pahala kepadanya”

Ketahuilah sifat celaka akan digantikan dengan sifat bahagia. Begitu pun sebaliknya, bahagia akan digantikan dengan celaka melalui pendidikan
Sabda Nabi:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan membawa fitrah islam, tetapi kedua orang tuanya yang menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi”.
Surah Al Mukmin : 17
Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang dilakukan, Tidak ada yang dirugikan

An-Najm :39
53:39


Dan bahawasanya sesorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.
Al Baqarah :110
Dan ketahuilah kebaikkan apa yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah.

Al Muzammil 1~20.
73:20

Kembali ke [Back to]:- Hajji Ke Rohani ke Hakikat Hati

No comments:

Post a Comment