Fasal pada menyatakan Kafiat Zikir


لا إله إلا الله‎
Bermula kafiat zikir itu atas beberapa bahagi, tetapi dalam kitab ini 3 kafiat iaitu yang disebutkan oleh " Syeikh wastazand ila fahum wa maulana ila karim arifbillah Syaidi al Syeikh Muhammad Lasman dalam kitab Tafhatul Lahiat"


Pertama
  • Bahawa duduk ia mengadap kiblat seperti duduk sembahayang
  • Menaikkan ia dengan  لا إله itu dari atas pusatnya padahal diniatkan dengan  لا إله itu menafikan akan barang yang lain daripada Allah Taala daripada hatinya.
  • Diniatkan إلا الله‎ itu menyampaikan akan dia kepada hatinya yakni kepada hati sanubari.
  • Pada hal memalukan kepalanya kepada pihak kiri dadanya dangan إلا الله‎  serta dihadirkan akan maknanya didalamnya
Kedua
  • Bahawa duduk ia mengadap kiblat seperti duduk sembahayang
  • Ingat ia dalam duduk itu kebesaran Tuhannya yang disembah itu serta ghaib/asyik ia dalam JalanNya dan lenyap ia dalam JamalNya.
  • Padahal ia memandang akan Musyridnya/Syeikhnya/Gurunya itu pada permulaan ia masuk dalam zikir itu.
  • Dimulai dengan pihak tangan yang kiri, padahal menundukkan kepalanya serta ingat ia akan kehinaannya dan harap ia kepada Allah Taala.
  • Dilalukan لا itu daripada lutut yang kiri kepada lutut yang kanan.
  • Dinaikkan إله kepada bahunya yang kanan,
  • Padahal diangkatkan kepalanya itu kepada pihak kanan dan
  • Dipalukan akan kepalanya itu dengan palu yang keras dengan lafaz إلا الله‎ kepada hati.
  • Padahal menghadirkan ia pada permulaan zikir itu daripada lutut yang kiri "La Maa'bud Ellawllah", pada lutut yang kanan "La Maksud Ellawllah" dan bahu yang kanan "La Maujud Ellawllah" dan pada hatinya "La Matlub Ellawllah".
  • Ketika sempurna zikir itu maka diajutkan dengan "Hu Ellawllah" serta menahan ia akan nafasnya pada hal ia menanti faidah zikir yang datang dari Tuhan kita "Azzawajallah" NUR hasil makrifat Allah Taala dengan makrifat yang Yakin, dan hasil segala sifat kepujianNya daripada Sabar, Redo, Zuhud dan Warak, dan barang yang sebagainya daripada rahsia yang ajaib-ajaib yang didapati oleh orang yang berzikir itu dalam satu saat, padahal tiada dapat oleh orang yang mujahadah dan orang yang redo 30 tahun atau lebih.
Ketiga
  • Bahawa hendaklah menyatakan zikirnya itu dengan mulutnya yakni berturut-turut jadilah dua kalimah itu seperti satu kalimah yang satu padahal tiada suatu yang menyalahi antara keduanya itu pada khoriz atau pada zhon supaya tiada boleh masuk syaitan daripadanya itu.
  • Dan inilah terlebih hampir membukakan bagi hati dan terlebih menghampirkan kepada tuhan kita dengan syarat hendaklah di hadirkan makna itu bagi hati pada tiap-tiap kali zikir.
  • Sekurang-kurang zikir itu pada tiap-tiap menyatakan لا إله إلا الله‎ itu tiada didalam hatinya itu suatu yang lain daripada Allah Taala melainkan dinafikan pada hatinya itu dan semata-mata mensabitkan akan Allah Taala dalam hatinya itu.
Wassalam.

Kembali ke[Back to]:- Fasal Menyatakan Adap Zikir

No comments:

Post a Comment