Ehwal Kubur - Ruh Melawat Jasad dan Kubur


Makam Nabi Allah Yusuf

Nabi s.a.w telah bersabda apabila keluar ruh itu daripada badan anak adam maka apabila lalu 3 hari berkata ruh itu, hai tuhanku izin olehmu bagiku hingga aku berjalan kepada kubur dan aku tilik kepada jasadku dan adalah memberi Izin akan Allah Taala baginya. Maka datang ia kepada kuburnya dan menilik ia kepadanya daripada jauh dan sesungguhnya telah mengalir daripada dua lubang hidungnya dan daripada mulutnya itu darah maka menangislah dengan tangisan yang panjang. Kemudian berkata ia wahai jasadku yang miskin, hai kekasihku adakah engkau ingat akan beberapa hari hidup engkau,
bermula rumah inilah rumah yang liar, dan rumah bala dan rumah terpencil dan rumah dukacita dan rumah menyesal, dan berjalanlah ia.
Lima hari berikutnya berkata ia hai tuhanku izinkan olehmu bagi ku hingga aku tilik kepada jasad, maka memberi izin Allah Taala baginya. Maka datang ia kepada kuburnya dan menilik ia kepadanya daripada jauh dan sesungguhnya telah mengalir daripada dua lubang hidungnya dan daripada mulutnya dan dua lubang telinganya air danau dan nanah, menangislah ia dengan tangisan yang panjang, lalu berkata ia wahai jasadku yang miskin, hai kekasihku adakah engkau ingat akan beberapa hari hidup engkau didalam dunia, bermula rumah inilah rumah dukacita, dan rumah bala dan rumah terpencil dan rumah percubaan dan rumah ular dan kala, sesungguh telah makan ulat akan daging engkau dan telah mencarik ia akan kulit engkau dan segala anggota engkau dan berjalanlah ia.

Tujuh hari berikutnya berkata ia hai tuhanku izinkan olehmu bagi ku hingga aku tilik kepada jasad, maka memberi izin Allah Taala baginya. Maka datang ia kepada kuburnya dan menilik ia kepadanya daripada jauh dan sesungguhnya telah jatuh padanya oleh ulat yang amat banyak, maka menangislah ia dengan tangisan yang panjang, lalu berkata ia wahai jasadku yang miskin, hai kekasihku adakah engkau ingat akan beberapa hari hidup engkau, di manalah segala anak engkau dan dimanalah segala keluarga engkau dimanalah aurat engkau dan dimanalah segala saudara engkau dan dimanalah handai dan taulan engkau dan dimanalah jemaah engkau dan dimanalah  jiran engkau yang mereka itu suka akan berjiran dengan engkau.
  
Dan di rewayatkan oleh dariapda Abu Hurairah r.a.h, apabila mati orang yang mukmin, beredarlah ruhnya pada keliling rumahnya sebulan, maka menilik ia kepada barang yang tinggal daripada hartanya betapa dibahagi kan dia dan betapa ditunaikan akan hutangnya, maka apabila sempurna baginya satu bulan berkeliling lah ia kepada kuburnya, hingga sempurna atasnya setahun. Maka menilik ia akan orang yang meminta doa ia baginya, dan orang yang dukacita ia atas kematiannya. Dan apabila sempurna setahun diangkatkan ruhnya kepada tempat perhimpunan segala ruh hingga  hari kiamat.


Firman Allah Taala dalam Surah An-Naba' (38, 39 dan 40) yang maksudnya pada hari yang berdiri  segala ruh dan segala malaikat bersaf-saf hingga akhir ayat, Ketahui oleh mu mengenai ruh itu Jibrail AS dan ruh Nabi Muhammad s.a.w di bawah Arsy meminta izin pada malam Lailatul Qadr dariapda Allah Taala pada turun  ia sambil memberi salam  ia atas segala orang mukmin dan mukminat, begitu juga dengan segala ruh yang lain, menilik mereka bagi ahi keluarga dan zuriat mereka  pada malam Lailatul Qadr.
Berkata Ibnu Abas  r.a.h  apabila ia pada Hari Raya Puasa (1 Syawwal) dan Qurban (Haji) dan Hari Asyura (10 Muharam) dan Hari Jumaat yang awal bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban)[{Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah, merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.
”Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah di sana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak}], malam Lailatul Qadr , dan malam Jumaat, keluar segala ruh orang yang mati daripada kubur mereka itu dan berdiri mereka itu atas pintu rumah mereka dan berkata mereka, kasihani olehmu akan kami pada malam ini, yang berkait dengan sedekah, sesungguhnya kami sangat berhajat  kepadanya, jika bahil kamu dengan dia dan tiada kamu memberi akan dia, maka bacalah al quran/fatihah/doa pada malam yang amat berkat ini demi kasih sayang kamu atas kami, sesungguhnya kami menderita di dalam kubur kami, dan suratan amal kami telah digulung sedangkan suratanmu masih terbuka dan tiada pada mayat di liang lahat itu akan pahala, jangan kamu lupa akan kami dan doa kamu, bahawasanya kami sangat berkehendak kepada kamu selama-lamanya akan sedekah dan doa dan kembalilah mereka pada hal suka ia, manis mukanya, dan jika tiada mendapat ia, nescaya kembali ia dukacita, muram dan putus asa pada mereka.

Firman Allah Taala yang ertinya, kata olehmu ya Muhammad, menghidup akan dia oleh tuhan yang menjadikan akan dia pada awal kala. Maka dikata orang apa perbezaan antara ruh dan rawani, kami kata  bermula keduanya itu bersatu tiada antara keduanya itu perbezaan seumpama badan dan tangan, tetapi tangan itu berpergi dan datang (bergerak) dan badan itu tiada bergerak sesekali dan demikian lagi rawan itu pergi dan datang dan ruh itu tiada bergerak sekali-kali.
Kemudian tempat ruh itu meliputi seluruh jasad dan tempat rawani itu antara dua kening maka apabila hilang ruh itu matilah hamba itu, dan apabila hilang rawan, tidurlah hamba itu, seumpama air dituangkan akan dia didalam pinggan dan dihantarkan dalam rumah, dan ditimpa oleh cahaya matahari atasnya daripada lubang tingkap, maka bercahayalah ia dan tiada bergerak pinggan itu daripada tempatnya dan demikian lagi ruh ia pada badan dan cahayanya pada Arsy dan itu rawani, maka melihat ia akan mimpi dalam tidurnya di alam malakut.
Adapun kediaman ruh kemudian daripada mati itu didalam sangka kala dan disanalah kebahagian bagi yang bahagia dan kecelakaan bagi yang celaka hingga hari kiamat.
Setengah riwayat mengatakan bahawa ruh orang yang mukmin itu didalam temolok burung yang hijau didalam Syurga Al-Ain dan segala ruh yang kafir itu didalam temolok burung yang hitam didalam Neraka.

Dan lagi riwayat setengah hukama, tempat segala ruh kemudian daripada mati itu jawabnya:-
Ruh Ambia alaihim solatu wasallam didalam syurga Ad'an dan adalah ia didalam liang lahad  itu sujud bagi tuhannya.
Ruh segala Syuhada didalam syurga Firdaus didalam tengah syurga didalam temolok burung yang hijau terbang ia didalam syurga ke segala tempat yang dikehendaki ia akan dia, dan kemudian datang ia pada bekas yang tergantung dibawah Arys.
Ruh anak-anak orang  muslim didalam temolok burung syurga, Ruh anak-anak myusrikin berada didalam syurga tiada baginya tempat yang tertentu hingga hari kiamat, kemudian berkhidmatlah ia kepada segala orang yang mukminin. Dan ruh segala orang mukminin yang atas mereka itu untung dan menzalim, tergantung dengan hawa tiada sampai ia kepada syurga dan tiada sampai ia kepada langit hingga ditunai daripadanya akan hutang, dan akan menzalim dan segala ruh muslimin yang mengekalkan dosa itu diazab akan dia didalam kuburnya serta jasadnya dan ruh segala kafir dan munafik didalam Neraka Sijjin, didalam Nereka Jahanam.

Bahawasanya RUH itu jisim yang latif dan kerana demikian itulah tiada dikatakan Allah Taala itu mempunyai ruh dikeranakan bahawasanya mustahil bahawa ada ia seperti segala jisim dan Ruh itu urusan Allah. dan bahawa Ruh itu bukan Mahluk dan ia pekerjaan Qalam Allah.

No comments:

Post a Comment