Darul Nafis - Wahdatul Asma'

الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء


Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tauhidul asma' ertinya mengesakan Allah ta'ala pada segala Nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan
(shahadan) bermula kifiyat mengesakan Allah ta'ala pada segala asmaNya itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan mata hatimu bahawasanya segala asma itu kembali kepada ia kepada esa Allah ta'ala yakni segala yang bernama didalam alam ini sekeliannya menzhohir asma iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka sebab itulah kembali segala asma itu kepada yang maujud iaitu Allah Subhanahu Wata'ala dan wujud Allah itu Khodim ia pada segala asma dan zahir ia dengan dia itu satu jua ya'ni bahawasanya segala asyia' itu kezahiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zahir dengan segala asyia' itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul
maka tiada yang maujud itu pada haqiqat hanya Allah ta'ala sendirian jua dan wujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua dengan dinisbahkan kepada Allah ta'ala aha tinggi Allah ta'ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat misal olih setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir kepada faham jua
(Ada pun) Allah Subhanahu wata,ala itu maha suci dan maha tinggi seperti yang dimisalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau maka dihantarkan akan dia diantara bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna nama tiap-tiap sifat yang ada ia didalam kaca itu padahal benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zahir ia dengan segala sifat sekeliannya itu padahal matahari itu satu jua (maka) bicarakan olihmu akan mithal ini dengan bicara yang sempurna mudah2an mengasihani Allah ta'ala akan dikau pada barang yang engkau dapat akan dia muafakat ia bagi barangyang kami mithalkan akan dia itu.

(setelah itu) hai segala saudaraku yang arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak ta'ala atasmu menselak-selak daripada dinding menzahirnya dengan dua isim yang menunjukan keduanya itu akan dikau atas binasa segala menzhohirnya itu didalam diri Ahadiyah Allah ta'ala

(kata) Syeikh Al Alim Al'alammatus Sarul Almarifah Maulana Assyikh Abdullah Ibn Hijazis Syarkhowy Almasry Rohimallah dalam syarah wirdus sahar apabila tajalli Allah ta'ala dengan asmanya zahir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akuan ini sekeliannya diri HAQ ta'ala ertinya daripada sekira-kira zahir akuan itu dengan dia dan berdiri akuan itu dengan qhoyumnya dan kekalnya dan bahawasanya tiada bagi akuan itu ujud sendirian dan lagi tiada kuasa ia membezakan antara sesuatu daripada segala akuan ini ertinya daripada sekira-kira bahawasanya akuan itu sekeliannya makhluk Allah ta'ala yakni mazharnya dan tempatnya bersandar kepadanya dan lagi memandang ia akan Allah ta'ala itu haqiqat bagi segala akuan itu seperti firman yang maha tinggi فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ اللّهِ ertinya barang dimana ada kamu maka adalah disana wujud Allah (yakni) barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hati kamu atau rohmu atau akalmu adalah disana wujud Allah
(Shahadan) ketika itulah keluar satah daripada lidah hamba itu yakni mengeluarkan perkataan yang tiada diredhoi olih syarak maka iaitu bahaya musyahadah inilah kerana terdinding ia daripada memandang akuan ini dengan sebab memandang wujud Allah yang mutlaq.

(seperti kata) Syeikh Abdul Karim Aljalili Qadassallahu Sirrahu bermula terdinding hamba daripada memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan hak ta'ala maka iaitu menjadikan hamba itu mengata tiada yang maujud didalam ujud ini melainkan wujud Allah ta'ala bermula yang demikian itu kerana adalah mabuknya dan ghoibnya seperti barang yang jatuh bagi Halaj maka perkataan orang yang mabok itu tiada bolih dipegang intiha'
maka sebab itulah (kata) Sultan Auliya Maulana AlSyeikh Abdul Qadir Jailani Qadassallahu Sirrahu jikalau Halaj itu ada masa aku nescaya akan aku ambil ia dengan tanganku yakni aku tegahkan akan orang yang hendak membunuh dia intiha'

(Bermula yang pertama) daripada dua isim seperti isimnya (jami') ertinya yang menghimpunkan iaitu menghimpunkan bagi sekelian mazhar ini iaitu syuhudul kasrah fil wahdah yakni pandang banyak yang banyak pada yang satu muradnya sekelian alam ini daripada zat Allah ta'ala satu jua tiada daripada yang lainnya

(Dan yang kedua) daripada dua isim itu seperti isimnya (maani) ertinya menegahkan dengan zatnya itu bagi segala mazharnya iaitu zahir ia daripada yang lainnya bermula muradnya itu daripada zat Allah ta,ala jua terbitnya sekelian alam ini (maka)adalah hasilnya adalah dalallah dua isim itu terhimpun sekelian alam ini kepada Allah ta'ala dan tertegah daripada lainnya [yaknie] permulaan daripada Allah ta'ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada Allah taala jua (seperti) firman allah ta�ala (ولله الأمر وإليه ترجعون) ertinya dan bagi Allah ta'ala jua permulaan segala perkerjaan dan kepadanya kembali mereka itu

(Setelah itu) maka apabila engkau pandang bahawasanya yang pemurah itu daripada Allah ta'ala jua dan yang zahir pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama Karim jua dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seseorang sabar ia daripada kesakitannya maka engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada Allah ta'ala jua dan yang ada pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama Sawwirun kerana karim dan sawwirun itu keduanya isim Allah ta'ala dan seperti demikian itulah tiap2 orang yang bernama dengan barang nama ada ia maka adalah sekelian itu engkau syuhud dan engkau pandang mazhar Asma Allah ta'ala jua

(shahadan) kata setengah daripada arif billah tiada bagi Allah ta'ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya seperti segala sifat ma'ani hanyasanya yang ada baginya itu asma' jua mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil
(suatu daripadanya) naqli iaitu quran dan hadith kerana tiada datang dalam quran dan hadith mengatakan bahawasanya Allah ta'ala itu bersifat dan hanyasanya yang datang didalam quran dan hadith itu asma' jua (seperti) firman Allah ta'ala ( ولله الأسماء حسنى فاعوه بها) ertinya dan bagi Allah ta'ala itu berberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengannya (maka) menentukan
Allah ta'ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat

(dan lagi) sabda Nabi saw (وإنما تدعون من هو سميع بصير متكلم وهو معكم أينما كنتم) ertinya dan hanyasanya yng kamu seru itu tuhan yng mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata2 padahal serta kamu barang dimana kamu (dan keduanya daripadanya) aqali iaitu pada akal bahawasanya Allah ta'ala itu jikalau ada ia bersifat nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang majhul
(bermula Allah ta'ala) itu terlebih ma'rifah daripada segala ma'rifah tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu maha suci Allah ta'ala itu daripada bersifat dengan sebab ma'ani yang demikian itu (dan lagi pula) betapa disifatkan Allah ta'ala itu padahal ia menyucikan ia menyucikan dirinya daripada bersifat itu dengan nas quran dan hadith yang tersebut itu
(shahadan) maqam inilah yakni maqam Tauhidul Asma' maqam yang kedua daripada segala maqam Ariffin yang dianugerahkan Allah ta'ala kepada orang yang salik atau kepada lainnya seperti majzub umpamanya dan maqam inilah natijah ertinya faedah dan sama arah maqam pertama yang pertama itu maqam orang yang sentiasa memandang wahdatul af'al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang diatas iaitu Tauhidus Sifat iaitu maqam yang ketiga daripada segala maqam Ariffin

Seterusnya [Next]:- *الفصل الثالث فى بيان توهحيد الصفات *


****************************************************************************************
Ianya merupakan salah satu kitab rujukkan diRumikan oleh Sufi Tauhid 

Karim (كريم) permurah * Asma' (اسماء) nama * Hullul (حلول) melingkupi * Itihad (إتحاد) didalam * Kifiyat (كيفية) cara *  Musamma (مسمى) yang dinamai * Mazhar مظهر wujud * Qhoyum قيوم berdiri * Satah سطح latah * Dalallah (دلاله) dalil * Jami (جامع) yang menghimpun * Alkasrah (الكثرة) berbilang-bilang * Mani' (مانع) menegah / melarang * Maujud (موجود) yang seolah-olah ada * Murad (مرد) kesimpulan * Syuhud (شهود) penyaksian * Alwahdah (الوحده) wujud keesaan * Majhul (مجهول) tidak layak di didarjatkan *
Naqli (نقلي) ambil * Sawwirun (صور) menggambarkan *

No comments:

Post a Comment