Darul Nafis - Wahdatul Azzat - Makam FanaFillah

(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)
(مقام فناءفي الله)


(shahadan) adalah wujud yang lain daripada Allah taa'la itu fana di bawah wujud Allah taa'la maka tiada yang maujud hanya Allah taa'la jua dan wujud alam ini menzohairkan wujud Allah taa'la jua buat misal oleh arif billah kerana menghampirkan kepada paham jua bukan pada hakikatnya (seperti) laut dan ombak dan buih maka laut dan ombak dan buih itu "mazhor" (مظهو)  air jua dan tiada yang mawujud hanya air jua dan tetakala zahir itu dengan rupa bergerak-gerak maka jadi daripadanya ombak dan buih dan tetakala terlalu luas tempatnya air itu jadi ia laut tetapi sekeliannya itu hakikat air jua tiada mawujud pada yang sekeliannya itu hanya air jua meliputi wujud air itu pada laut dan ombak dan buih dan laut maka kembalilah ia kepada air semata-mata
 

dan hilanglah ombak buih dan laut padanya seperti demikianlah wujud Allah iaitu meliputi wujudnya itu pada segala alam ini kerana alam ini tiada maujud hanya ia jua yang alam dan sekelian itu fana pada wujud Allah taa'la (seperti) firman Allah taa'la (وا الله بكل شىء محيط) ertinya bermula Allah taala itu meliputi ia bagi tiap-tiap sesuatu (bermula) murad dengan meliputi itu (kata Syeikh Huna Alalimatullah Alarif billah Maulana bi Al Syeikh Abdul rahman bin Abdul Aziz Ararabi Almari Rahmatullah) dengan zatnya yang melazimkan baginya sifat maa'ni yang tersebut itu kerana Allah taala itu NAMA bagi ZAT yang wajibul wujud yang mempunyai segala sifat kepujian dan kesempurnaan bukanya melebihi (مر لا) meliputi itu dengan ilmu sahaja (فقط) seperti sangkaan kebanyakkan ulama zahir yang terdinding mereka itu daripada mengenal zat dengan sifatnya dengan sempurna pengenalan intiba'


(dan) lagi firman Allah taala (والله إلمشرق والمغرب فاينماتولوافهموجه الله) ertinya bagi Allah taala jua masyrik dan magrib dan barang dimana hadap kamu maka adalah wujud Allah taala (yakni) barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hatimu atau rohmu atau akalmu maka adalah disana zat Allah (dan) lagi firmannya (وهومعكم اينماكنتم) ertinya dan yaitu Allah taala serta kamu barang dimana ada kamu (dan) murad dengan berserta itupun dengan zatnya jua yang melazimkan baginya sifat maa'ni fana sekelian alam ini maka tiada yang mawujud itu hanya Allah taala jua maka barang dimana ada wujud zat adalah Allah taala itu (kata) Syeikh Abdul Wahab Al Syrani Qudsillah sirullah dalam Alyakut wal-jauhar, barang siapa mengatakan menjadikan (معية) Allah akan makhluknya itu dengan sifat sahaja (فقط) maka lazimlah daripada katanya itu boleh bercerai (انفكاك) sifat itu dengan zat maka yang demikian itu mustahil


(tetapi) barang siapa mengatakan ia bahawasanya yang 'maa'at' itu kembali bagi sifat jua tiada bagi zat maka yaitu adab yang amat sempurna dan jikalau ada sifat Allah itu tiada boleh bercerai dengan zatnya sekalipun intiba' maka bicarakan olehmu akan dia kerana bahawasanya itu sangat halus (shahadan) bermula wujud Allah taala dan zatnya itu bukan ia Jisim bukan ia Jauhar bukan ia Arrad bukan ia Itihad dan bukan ia Haul dan tiada ia bercatu dan tiada baginya Catu/sukatan kerana bahawasanya ia tiada berhad dan tiada berhingga dan tiada baharu dan berlainan denga tiap tiap sesuatu (seperti) Firman (ليس كمثله شيءوهوالسميع البصير) ertinya tiada seperti Allah taala sesuatu juapun dan ia jua yang amat mendengar dan melihat (dan) lagi tiada ia bersahabat dan tiada ia beranak dan tiada ia diperanakkan ESA tiada sekutu baginya dan berkehandak tiap-tiap barang yang lainya kepadaNya (seperti) Firman Allah (قل هو الله أاحد ْ الله الصمد ْ لم يلدولم يولد ْ ولم يكن له كفوأ احد ْ) ertinya katakan olehmu ya Muhammad bermula Allah taala itu Esa dan berlengkapan ia yakni berkehendak tiap-tiap orang yang lainnya kepadanya dan tiada ia beranak dan tiada diperanakkan dan tiada sesorang pun sebangsa baginya


(shahadan) manakala thakiklah (tetap, teguh dengan sebenar-benar yakin) memandang mu akan bahawasanya tiada yang maujud ini hanya Allah taala jua dan adalah wujud sekelian alam ini menzohairkan bagi wujud Allah taala jua tiada baginya wujud pada hakikatnya hanya sa nya ia pada hayal (angan-angan) dan waham (sangkaan) jua dengan dibangsakan kepada kepada wujud Allah taala jua maka fana ketika itu sekelian perbuatan Makhluk pada perbuatan Allah taaala dan Isma'nya pada Isma' Allah  sifatnya pada sifat Allah dan zatnya pada Zat Allah dan tiada tertinggal lagi pada ketika itu pada Makhluk hanya hayal dan waham dan hapuslah sekelian unsur ini (أثاراين) pada mausur (موءثر) dan dilihatnya akan hakikat alam ini dengan sebenar-benarnya maka adalah dilihatnya segala perbuatan yang didalam alam ini sekelian perbuatan Allah taala adalah hamba ini seperti benang yang tergantung pada hawi (هوي) ditiup oleh angin kesana kesini perbuatannya


(demikian) lagi kelihatan isma' yang di alam ini semuanya dilihatnya Isma' Allah taala, lain sifatnya pun sekeliannya sifat Allah taala dan wujud pun sekeliannya wujud Allah taala maka menyelamlah ia pada ketika itu didalam LAUTAN AHDIAT Allah taala dan tiadalah hampir harap akan selamatnya daripada ombaknya dan sangat keras mabuknya denga sebab minum "hamar" Al Hakikat dan tiadalah harap akan siumannya daripada sangat mabuk "hamar' itu maka pada ketika itu hasillah padanya  makam fana fillllah  (مقام فناءفي الله)

No comments:

Post a Comment