Darul Nafis - Wahdatul Azzat -(شهود الوحد فى الكثره)(شهود الكثرة فى الوحدة)

الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات
(شهود الوحد فى الكثره)(شهود الكثرة فى الوحدة)
(sahadan) (مقام فناءفي الله) ertinya wujudnya pada wujud Allah dan masuklah ia dalam (خطر) / lingkungan yang amat besar kerana belum lagi ia Kamil kerana belum lagi sampai kepada maqam Baka illah (مقام بقاءالله) ertinya kekal dengan dia memandang yang demikian itu dengan di kekalkan Allah taala (bermula) maqam ini iaitu mensabitkan akan wujud segala akuan alam ini dengan memandang dan melihat akan keadaanNya mezohairkan wujud Allah taala (dan) yaitu dua perkara:-

pertama Syuhud Alkasirah filwahdah (شهود الكثرة فى الوحدة) ertinya memandang yang banyak kepada yang satu (yakni)
 pandangmu akan bahawasanya wujud segala makhluk ini Qiam ia dengan wujud (بوجود) Allah taala dengan sendirinya misal seperti kita lihat akan pohon kayu maka kita lihat adalah baginya pohon dan cawangan (dahan) dan daun dan barang sebagainya maka kita tilik dan kita bicarakan dengan fikir HATI bahawa sekelian itu jadi daripada yang satu jua iaitu biji dan demikian lagi alam ini sekeliannya jadi daripada yang satu jua iaitu Allah taala "Fassamal" (فثاءمل) ertinya bicarakan olehmu

(dan keduanya) Syuhud Alwahdah filkasirah (شهود الوحد فى الكثره) memandang yang satu dalam yang banyak (yakni) pandang olehmu akan bahawasanya Allah taala itu maujud ia pada sekelian zatulwujud misalnya seperti kita lihat akan satu biji maka kita ibaratkan dengan zhon (ذهن) /fikiran itu bahawasanya daripada inilah jadi ia dan keluar segala daun dan cawangnya dan pohon dan barang sebagainya seperti demikianlah wujud Allah taala yang satu itu daripadanya jua terbit sekelian alam ini "Fassmal" (فثاءمل) iaitu pandang dengan zuki (ذوقي) / rasa dan tiada pandang quli (قولى) / perkataan dan lafaz (لفطى) / ungkapan kerana lemah segala lidah daripada mendapat dia lagi pula Quoli (قولى) dan lafaz (لفطى) itu tiada memberi feidah sebab itulah (kata) Syaidi Mustafa Albakri radiollah huanhu bahawa jalan penghulu segala Arifin daripada orang yang mempunyai kebenaran itu amat nyata Radiollah huanhu ajamain iaitu ghaib tiada dapat oleh pacaindera yang lima dan tiada dipandang oleh mata dan berjalan itu dengan HATI kerana bahawasanya ia daripada perkerjaan yang ghaib maka wajib atas mereka yang benar membenarkan akan اَثارث dan menerima bagi itu bersungguh-sungguh ijtihad (اجتهاد) /ketekunan dan berharap dan bersedia kerana bahawasanya jalan sukar atas nafas kerana keadaannya itu ilmu zuki itu tiada dapat disuratkan pada segala suratan ia dan barang siapa mengatakan dapat mendapat dia itu dengan lafaz dan Quol (قول)/ perkataan dan Taabir (تعبير) / ungkapan maka orang itu kafir zindik (نعودباالله من ذلك)
(sahadan) maka tajali Allah taala dengan zatnya daripada daripada tiada dengan wasitah (واسطة) / perantaraan sifatnya pada sesorang hamba yang dikehendaki akanNya umpamanya nescaya fanalah disisinya itu dirinya dan segala makhluk yang lainnya daripadanya dengan segala zat dan sifatnya maka tiadalah dapat ia menghabarkan akan tajali itu kepada sesorang jua pun (dan lagi) pula tiada dapat akan dia dengan talkin daripada maisyeikh (mursid) hanya sanya  maisyeikh itu menujukkan jalannya dan tempatnya jua kerana ia amar zuki maka barang siapa tiada merasa zauk nescaya tiada mengetahui seperti kata hukama (من لم بذق لم بدر) ertinya barang siapa tiada merasai nescaya tiada mendapat ia
(misal) seperti orang jawi (جاوى) / berkhatan yang dijawi umpama dikhabarkan orang akan dia rasa seperti begian-begian rasanya nescaya tiada mendapat ia akan rasa (سزجل) / sebenar pada hakikatnya kerana ia belum merasa maka jika sudah merasa akan dia barulah tahu ia rasanya itu (demikian lagi) makrifat akan Allah taala jikalau orang yang sudah merasa akan dia nescaya tahu sendirinya ia tiada susah ia bercerita


(dan) tiada dapat segala Arifin itu mentakrifkan akan dia dan mengisyaratkan dia dan lemahlah mereka itu mengibaratkan dia seperti sabda (نبي صل الله عليه وسليم)  iaitu (سبحا نك ما عرفنك حق معر فتك) ertinya maha suci engkau ya Allah tiada kami mengenal akan dikau akan sebenar-benar pengenalan akan dikau (dan) kelu lidah mereka itu daripada mengatakan dia (sperti) sabda (نبي صل الله عليه وسليم) iaitu (من عرف الله كل لسا نه) ertinya barang siapa mengenal ia akan Allah taala sebenar-benarnya nescaya kelu lidahnya kerana akan zuki


(bermula) makna pandangmu bahawasanya Allah taala itu maujud ia pada tiap-tiap yang wujud itu syuhudmu akan hakikatnya dan keramahnya jika engkau sampai kepada mengenal akan zatnya dengan tiada haul (حول) dan tahjid dan kifiat dan syuhudmu akan Qudratnya dan kebesarannya jika engakau tidak sampai kepada mengenal zatnya dan hanya sampai kepada sifatnya jua kerana kebanyakkan Aulia sehingga-hingga sampai makrifat akan Allah taala kepada sifatnya jua dan tiada yang sampai kepada mengenal zatnya itu melainkan segala Aulia yang dibawah Kadam Nabi Kita Muhammad صل الله عليه وسليم seperti yang tersebut pada awal pasal yang keempat ini


(sahadan) manakala merasa sesorang akan tajli zat itu padanya nescaya lenyaplah ia didalam "Laut Ahdiat" wujud mutlak yang ليس كمثل شىء dan tiada melihat ia akan membilang amal yang disandarkannya akan dia pada dirinya dan tiada kepada sesorang daripada makhluk dan tiada membangsakan ia kepadanya dan suatu juapun  dan tiada berpaling ia kepada segala ibarat seperti bahawa dibilangkannya perbuatan yang baik itu daripadanya dan tiada berpaling ia kepada suatu maqam daripada segala maqam barang maqam ada ia yang mengesakan ia akan dia dengan ithijadnya (اجتهاد) / ketekunannya bagi dirinya dan tiada tahu ia daripada sebab yang memperolehi akan dia daripada memandang wujud mutlak yang mendirikan dengan dia dan wujudnya


(dan) adalah orang pada maqam ini tiada merasa akan suatu kerana bahawasanya tajli zat itu menghabisi ia dalam tempat pandangnya itu akan memandang wujud makhluk yang satu maka dengan sebabnyalah hilang akal pada yang lainnya dan terlebih ia dapat sangat tajli nur yang dipandang (kata) Syeikh Huna al arrif billah maulana al sabik Sidiq bin Umarhan Qudsiallah Sirihu bermula barang siapa ada ia pada maqam ini nescaya tiada hampir ia pegangnya dengan syariat dan terkadang berkata ia dengan perkatan yang tiada diterima akan dia oleh segala ulama syariat maka (منو كس) / meletak hukum mereka itu akan dia dengan zindik kerana bahawasanya orang yang pada maqam ini iaitu orang yang mempunyai hakikat semata-mata tiada dengan syariat yang zahir intiba
(inilah) mafhum kata iman Junid Radioallahuanhu (لايبلغ أحددرخة الحقيقة فى يشهد فيه آلفصديق بآنه زنديق) ertinya tiada jua sampai sesorang kepada darjat hakikat hingga naik saksi padanya itu satu ribu daripada orang yang Sidiq dengan mengatakan bahawasanya orang ini zindik (kata) Syeikh Abdul Wahab Alsyrani rohmatullah kepada Syeikh Ali alhawas qudsillah Sirihu apa darjat hakikat itu (maka jawabnya) radioallahuanhu darjat hakikat itu yaitu hilang segala wujud yang zohir ini pada pandangan bukan hilang pada Nafas Alamry (نفس الامر) / pada hal yang sama maka apabila memandang ia dengan musyahadah ini maka tiada melihat ia dengan hatinya itu hanya Allah taala jua dan apabila tiada melihat ia melainkan Allah taala jua maka tiada mengetahui ia akan barang yang dikatanya itu tiada teringat katanya itu atas qaidah Syariat yang zohir maka tiada membenarkan segala orang yang Sidiq itu melainkan (منو كس) / meletak hukum mereka itu dengan zindik kerana memelihara atas Zohir syariat nabi kita Muhammad صل الله عليه وسليم  kerana takut akan ditakuti oleh orang yang lain seperti barang yang jatuh "Hillaj"
(bermula) yang dikehendaki dengan Sidiq disini iaitu orang yang menjalani ia akan jalan Syariat atas perkara yang (تمام)  dan (كمال) (kata) Syeikh Abdul Wahab alsyrani rohmatullah kepada (استاذث) / perkara yang tersebut itu maka adalah tiada dapat tiada sampai bagi tiap-tiap orang yang salik itu kepada hakikat (maka katanya) radoiallahuanhu yakni bahkan sampai mereka itu kepada hakikat tetapi memelihara akan Allah taala akan orang yang salik itu dengan wasitah Syeikhnya pada membuka dinding itu atasnya hingga kembali ia kepada darjat ADAP yang dicela akan dia oleh Salaf yang soleh  والله آعلم intiba'
(sahadan) maka apabila nyata bagimu sekejap mata jua umpamanya rahsia yang engkau perolehi akan dia dengan musyahadah itu kerana mengekalkan (حضور) / kehadiran yang demikian itu daripada tiada tersilang-silang (غقلة) itu iaitu tiada daya melainkan bagi segala افراد / angota seperti anbia dan setengah  daripada aulia yang kamil tiada yang lain daripada mereka itu (maka) peliharakan olehmu akan dia dengan menutupi dia dan jangan engkau nyatakan kepada sesorang juapun kerana bahawasanya yang demikian itu setengah daripada segala yang diharamkan oleh Allah taala menyatakan dia dan menyuruh Allah taala itu akan dia dengan menutupi dia dan menegahkan dia daripada membukakanya atas lisan Nabi Muhammad صل الله عليه وسليم   sekira-kira sabda nabi (والله محارم فلا تمسكوها) ertinya dan bagi Allah itu beberapa rahsia yang diharamkan menyatakan akan dia maka janganlah kamu buka akan dia
maka apabila nyata bagimu rahsia itu dengan zoki mu maka pelihara olehmu akan dia dengan mengerjakan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya supaya tetap ia padamu kerana bahawasanya rahsia sir yang amat mulia dan sembunyikan olehmu akan dia daripada orang yang bukan Ahlinya kerana datang Syarak suruh menyembunyikan akan dia kepada orang yang bukan ahlinya sperti yang lagi akan datang Insyaalah.

Bermula orang yang ahlinya itu iaitu segala orang yang sunyi hati mereka daripada tiap-tiap yang lain daripada Allah Taala dan disediakan mereka itu bagi tempat menghantarkan akan dia dan kekal mereka itu akan (قبر) /makam baginya oleh mereka itu didalam dada. Maka tiada membei tahu akan mereka itu atasnya kepada seorang juapun melainkan kepada orang yang menyuruhkan Allah Taala akan mereka itu bahawa diberi tahukan mereka itu akan dia atasnya kerana bahawasanya mereka itu pada maqam adap serta Tuhan mereka maka barang yang menyuruh Allah Taala akan mereka itu maka memperbuat mereka itu akan dia dan barang yang menegahkan Allah Taala akan mereka itu daripadanya maka menjauhkan mereka daripadanya.
(Dan lagi) pula maqam "Baka" ini kembali kepada zahir Syariat Nabi Kita Muhammad صل الله عليه وسليم dan mengerjakan barang yang disuruh akan dia oleh syarak dan menjauhkan ia akan barang yang ditegahkan oleh syarak dan memberi ia akan yang mempunyai bahagian itu baginya dan menyempurnakan ia akan tiap-tiap yang mempunyai haq itu akan haqnya maka jadilah pada ketika itu ia      ( بقاءالله) itulah yang dituntut.

Kembali ke [Back to]:-

No comments:

Post a Comment