Maka tetakala dikehendaki Allah Taala menjadikan lembaga Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak Taala kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digengamnya segengam daripada bumi itu dengan gengaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia pada alam Malakut adalah tanah yang digengam itu pilihan daripada segala tanah, maka dengan haq Allah Taala tanah segengam itu dengan beberapa rempah-rempah, bau-bauan, daripada Nur Sifatnya, maka diturunkan Allah Taalah hujan atas tanah yang segengam itu.
Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka dijadikan lembaga oleh hak Allah Taala akan tanah yang satu gengam itu dengan berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam malakut itu maka dihantarkan ia lembaga itu pada pihak Qudrat
yang antara medan “azali” dan “abaad” hingga berlakulah atas segala sabit yang tersebut daripada "israkulalzat" dan segala alam yang tersebut daripada qamar al-sifat, tetapi tiada menzahirkan dan tiada mashur namanya dan segala perinya pada segala malaikat dan segala jin seperti firman allah yang maksudnya”sesungguhnya telah datang atas adam sesuatu masa yang tidada ada ia sesuatu yang disebut akan dia yakni adalah berlalu atas lembaga adam kira kira 120 tahun lamanya iaitu:-