(WASIAT) ESOK BILA ABAH TIADA



Anak-anak abah
Dengar betu-betul pesan abah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila sifat maani dan maknawih kembali sudah.

Sekiranya esok abah kembali
Jangan le anak abah tangisi
Nabi dulu pun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga

Sedih lama sangat abah tak mahu
Sebab tempat abah pegi tu semua dah tahu
Abah nak jumpa Dia
Abah menyahut seruan Nya

Mula-mula sekali
Anak abah kena kenal diri
Yang mana Nafi dan isbat kena dipasti
Bersatu bukan, berserta setiap hari
Pastikan diri mati sebelum mati


Adapun Ahdiah itulah sebenar benarnya insan 
dan insan itulah manusia 
dan sebenar benarnya manusia itulah Allah 
dan sebenar benarnya Allah itulah sifat Allah 
dan sebenar benarnya sifat Allah itulah 
zat Allah 
dan sebenar benarnya zat Allah itulah 
wujud Allah 
dan sebenar benarnya wujud Allah 
itulah Af’al Allah Ta’ala 
dan sebenar benarnya Af’al Allah Ta’ala 
itu inilah adanya, jangan syak wasangka. 

Jangan syak lagi kita insan ini, 
kita inilah sebenar benarnya manusia 
dan kita inilah sebenar benarnya Allah Ta’ala 
dan inilah sifat Allah Ta’ala kita inilah zat Allah Ta’ala.

Kita inilah yang bernama anak panah emas, 
ulunya ma’nikam batangnya zamrud talinya perak, 
Jangan syak wasangka dan kita inilah Allah 
dan kita inilah zat Allah 
dan kita inilah Ganah zat Allah Ta’ala, 
janganlah syak dan wasangka 
daripada sekalian Asma’ yang tersebut itu 
maka sampailah ganah kepada zat Allah Ta’ala ....
 janganlah syak dan kita inilah zat sendirinya 
dan kita inilah wujud Allah Ta’ala 
dan kita zat Allah Ta’ala 
dan kita inilah Af’al allah Ta’ala.

Adapun Ahdiah itu Hakikat Allah 
dan Wahdiah itu Hakikat Muhammad 
dan Wahdiah itu Hakikat Insan.

Dan kita inilah yang bernama Muhammad 
dan Muhammad inilah bayang bayang Haq Ta’ala, 
karena Ruhulquddus itulah 
sebenar benarnya Muhammad 
dan Ruhul quddus inilah yang 
sebenar benarnya Haq Ta’ala, 
Ruhulquddus inilah tubuh Haq Ta’ala 
dan Haq Ta’ala inilah sebenar benarnya 
Muhammad Rasulullah karna ilmu Haq Allah Ta’ala 

Dan yang berkata inilah Muhammad Rasulullah ... 
jangan syak dan wasangka, 
barang siapa syak menjadi kafir na’udzubillahminha
Maka keluarlah ia daripada umat Muhammad 
dan inilah sebenar benarnya Muhammad. 

Apabila sudah i’tiqad demikian maka 
kita haramlah merasai mati, 
inilah yang sudah kiamat akhir 
dan haramlah kepada kita siksa 
dan haramlah kepada neraka... jangan syak, 
inilah ma’rifat yang sudah 
dan kita inilah i’tiqad yang sempurna 
dan i’tiqad segala ahli sufi dan arifbillah 
dan kita inilah rahasia yang sebenar benarnya 
tiada lain daripada ingat Allah dalam Allah, 
janganlah lagi syak.

Inilah ilmu rahasia Hak Subhanahuata’ala 
yang diturunkan oleh Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
 yang ditunjuk Allah. Dan kita inilah. 

Kita inilah yang bernama insan kamil 
kita inilah yang menanggung rahasia Allah Ta’ala, 

Maka sekalian ini kita belaka jibril, mikail, irrofil, izrail itupun kita belaka, Iman Islam kita belaka dan Sir cita cita Rasa, ‘isyiq, asyiq, masyuq pun kita belaka dan wadi madi mani ma’nikam suatu juga, tanah api air angin pun kita belaka dan syari’at thariqad hakikat ma’rifat pun kita belaka, awal akhir zahir bathin pun kita belaka, dunia akhirat syurga neraka pun kita belaka, wujud ‘ilmu Nur dan /syuhud suatu juga, alam arwah alam misal alam ajsam dan alam insan suatu juga.
Kepada nubut insan kamil mukamil menzahirkan Allah dan nama Muhammad lagi pula tersurat nama Allah dan Muhammad kepada tubuh insan lagi pula ghoib Allah kepada Muhammad, Muhammad ghoib kepada Allah karna Allah dan Muhammad itu tiada bercerai barang suatupun.

Dan lagi pula nyawa tumbuh tumbuhan dan segala binatang itu tubuh kepada perempuan dan nyawa perempuan itu tubuh kepada kita. Dan nyawa kita itu berubah lima kali pada sehari semalam, pertama waktu subuh kepada ujung sulbi duduknya, dan waktu dzuhur itu kepada antara pusat dengan tulang belakang duduknya dan waktu ‘ashar itu kepada tengkuk duduknya dan waktu maghrib itu kepada antara kedua kening duduknya dan i’sya kepada ubun ubun duduknya sampai sembahyang witir itu kepada fuat duduknya Wallahi demi Allah Rasulullah, janganlah anak-anaku syak wasangka lagi.


Kena Istiqamah setiap detik waktu
Pasal ibadah sudahlah pasti
Kenalah tahu kat "siapa" nak di beri
Jangan abaikan Dia walau sekali

Anak-anak abah kena fikir dengan pasti
Apa saja yang songsang kalau benar kenalah terima
ASALKAN berpegang teguh dan tidak goyah- kepada Wujud YANG SATU!
Seumpama khatib yang membelakangkan kiblat
 memegang tongkat Alif dengan teguh

Anak-anak abah
Emak tu kena le dijaga
Kata-kata emak jangan dilawan
Waktu susah waktu selesa
Abah tak de nak dibuat kawan
Selama ni dia dah berjaga
Menunaikan amanah membesarkan kamu semua
Lagi satu abah nak pesan
Emak nak kahwin sila izinkan

Bila abah dah pergi
Yang Abah ada cuma Rahman RahmimNya
Kalau anak-anak abah sudi simpati
kalau abah dekat dihati
Kirim-kirimlah fatihah
Rajin-rajinlah bersedekah

Bukannya apa
Amal Abah pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa
Doa-doakanlah abah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah

Anak-anak abah dah tahu dah
Abah nak anak-anak abah
Jadi alim lagi soleh/solehah
hafiz dan hafizah
Kalu boleh jadi tentera Al-Mahadi

Abah nak pesan lagi
Anak-anak abah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi

Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata

Al quran dan Sunnah jadi panduan
Abah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman

Hutang abah tolong selesaikan
Guna duit abah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan


Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Alhamdulillah jika Abah tidak dilupai
Lawatlah abah jengukle sesekali
Di pusara abah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat abah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri
Insyaalah di hari-hari ini
Abah diberi kesempatan melawat dan memerhati

Abah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara abah berserah
hidupnya kamu diakhir zaman
disitu ada Dajal, ada Al- Mahadi Al Amin

p/s: Jangan lupa cium dahi abah sebelum dikapankan yaa

لاإذتئ لالله بسم الله الرحمن الرحيم
Telah kau simpan masin digaram, pahit dijadam, manis dimadu! Bagaimana dengan aku? aku bertanya- bertanya padaMu Bagaimana dengan Aku? lalu engkau berbisik berbisik-berbisik katamu-katamu engkau di Aku Engkau di aku engkau di aku engkau di aku engkau di aku

1 comment:

Unknown said...

Husnul khotimah...Allahumma barakati ruhi zatul buhti abah, alfatehah...

Post a comment