QARIN - PENGHASUT



وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦) وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ (٣٧) حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَنَا قَالَ يَـٰلَيۡتَ بَيۡنِى وَبَيۡنَكَ بُعۡدَ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ فَبِئۡسَ ٱلۡقَرِينُ (٣٨) وَلَن يَنفَعَڪُمُ ٱلۡيَوۡمَ إِذ ظَّلَمۡتُمۡ أَنَّكُمۡ فِى ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ (٣٩)

Surah Az-Zukhruf (43) Ayar 36~39
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (36)
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (37)
Sehingga apabila dia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah dia (kepada Syaitannya): Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman. (38)
(Lalu dikatakan kepada mereka): Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab. (39)
Sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah Mas'ud r.a yang maksudnya " Setiap kamu ada qarin daripada bangsa Jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya "Engkau Juga ya Rasulullah?" Sabdanya, Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga qarin itu dapat ku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja (Riwayat ahmad dan Muslim).

Aisyah r.a menceritakan pada satu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumannya (Aisyah), Aisyah berkata. "Aku merasa cemburu. Tiba-tiba baginda berpatah balik dan bertanya, Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata, Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah, Sabda baginda, Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya "Apakah aku ada syaitan?" Sabda baginda "Setiap insan ada syaitan, iaitu qarin, Aku bertanya lagi, Adakah engkau ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab baginda, Ya tetapi Allah membantu ku sehingga qarin ku telah masuk Islam (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahwa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang artinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman, “Kamu dapat berjalan berjalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

Lima malaikat bersama manusia:-

Dalam riwayat yang lain dijelaskan, ada lima malaikat yang menyertai manusia, yaitu:


Dua malaikat menjaga pada malam hari,
Dua malaikat menjaga pada siang hari,
Satu malaikat yang tidak pernah berpisah dengannya.


لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

(Ar-Ra'd: 11)
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11)


Yang dimaksud malaikat yang bergantian yaitu malaikat malam dan siang yang melindunginya dari setan dari golongan jin dan manusia. Kedua malaikat menulis amal kebaikan dan kejelekan di antara kedua bahunya, lidahnya sebagai pena, mulutnya sebagai tempat tinta dan ludahnya sebagai tinta, keduanya menulis amal manusia sampai datang hari kematiannya.

Allah Swt. berfirman tentang malaikat Kiraman Katibin: "Aku menanamkan mereka Kiraman Katibin karena ketika menulis amal kebaikan mereka naik ke langit dan memperlihatkannya kepada Allah dan mereka bersaksi atas hal tsb. dengan berkata: "Sesungguhnya hambaMu si fulan berbuat sesuatu kebaikan demikian dan demikian." Dan ketika menulis atas seorang hamba amal kejelekan, mereka naik dan memperlihatkannya kepada Allah dengan rasa susah dan gelisah. Maka Allah Swt. berfirman pada malaikat Kiraman Katibin: "Apa yang diperbuat oleh hambaKu?" Mereka diam hingga Allah berfirman untuk yang kedua dan ketiga kalinya, lalu mereka berkata: "Ya Tuhanku, Engkau Dzat yang menutupi aib dan Engkau memerintahkan hamba-hambaMu agar menutupi aib-aib mereka. Sesungguhnya setiap hari mereka membaca kitabMu dan mereka mengharap kami menutupi aibnya." Lalu malaikat Kiraman Katibin mengatakan yang mereka ketahui tentang apa yang diperbuat seorang hamba. Allah Swt. berfirman: "Maka sesungguhnya kami menutupi aib-aib mereka dan Engkaulah Dzat Yang Maha Mengetahui aib-aib."

Dalam hadits lain dikatakan bahwa “Para malaikat bergiliran untukmu pada malam dan siang hari. Mereka berkumpul dalam salat subuh dan salat ashar. Kemudian malaikat malam naik kepada Allah. Allah bertanya, kepada para malaikat sedang Dia lebih mengetahui tentang kamu, "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku saat kamu tinggalkan?" Para malaikat berkata, "Kami mendatangi mereka sedang mengerjakan salat dan kami meninggalkan mereka sedang salat pula."”

Rahsia Wudu II


Sepuluh perkara fitrah, iaitu memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak" kata Mus'ab, Aku lupa yang kesepuluh, melainkan ia adalah berkumur-kumur. (Hadis riwayat Muslim)

Memabasuh kaki adalah untuk menurunkan gelombang otak daripada beta kepada alpha, kemudian menjadi theta dan akhirnya delta. 
Dengan membasuk kaki gelombang otak boleh menurun kerana di kaki terletak titik pusat saraf yang menghubungkan dengan organ dalam tubuh.  

Dalam kehidupan seharian kita sentiasa terdedah kepada gelombang-gelombang Beta dan Alpha, gelombang ini turun sedikit setiapkali laungan AZAN dan ketiak mengambil Wuduk dan ia turun kepada gelombang Theta bagi mendapatkan solat yang khusuk kita semestinya berada dalam gelombang  Delta.

Kajian yang dijalan oleh Dr. Magomed Magomedov dari department of Man's General Hygiene and Ecology, Akademik Perubatan Negeri Daghestan, mengatakan Wuduk boleh merangsang urutan proses biologi tubuh manusia dan titik aktif biologi (Biological Active Spots). Hal yang demikian adalah sama seperti yang diamalkan di dalam perubatan China iaitu urutan refleksologi.

Dalam kajian yang diterbitkan melalui artikel yang bertajuk Muslims Rituals and thier Effect on the person's Health, menjelaskan, jika titik aktif biologi dirangsangkan maka ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan yang akan memberi kesan positif terhadap kesihatan.

Berdasarkan perubatan Cina, tubuh manusia mempunyai lebih 700 titik pusat aktif dan 66 daripadanya akan memberi kesan positif segera apabila dirangsangkan. Yang menariknya 61 titik itu terletak didalam anggota wuduk dan lima titik penting itu terletaknya di kaki antara lutut dan buku lali.

Membasuh muka semasa wuduk, boleh merangsang saraf dan boleh mengecas semula organ dalaman seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan.

Manakala telinga pula apabila dibasuh semasa mengambil wuduk akan merangsang hampir seratus titik pusat urat saraf yang akan mengharmonikan semua organ. Ia juga mengurangkan tekanan darah tinggi dan melegakan sakit gigi dan tekak.
Dengan membasuh kaki kanan digosok maka ia akan merangsang sistem saraf untuk mengelokkan tulang, pinggang, sistem saraf , usus, pankres, hempedu dan triod.

Kemudian apabila kaki kiri pula dibasuh, maka titik pusat urat saraf yang ada kaitan dengan kelenjar pituitari akan di rangsang. Kelenjar tersebut terletak di kawasan otak yang mana berfungsi mengawal perjalanan kelenjar endokrin dan mengawal tumbesaran.

Satu lagi kajian saintifik mendapati peredaran darah pada anggota bahagian atas badan iaitu dari tangan hingga ke kepala dan anggota yang paling bawah sekali iaitu kaki adalah paling lemah berbanding organ dlam yang lain seperti jantung dan organ yang berhampiran.

Jadi dengan membasuh dan mengosok semasa wudu dapat membantu melancarkan peredaran darah ke bahagian tersebut, yang mana ia akan meningkatkan tenaga dan mencergaskan aktiviti badan.

Sains juga telah membuktikan, kesan sinar matahari, partikel UV boleh menyebabkan kanser kulit carcinoma, dan ia dapat dikurangkan dengan mengambil wuduk dengan teratur.


Hadis nabi s.a.w "Jika engkau hendak ke tempat tidur, hendaklah engkau berwuduk sepertimana wuduk untuk menunaikan solat, kemudian berbaring ke kanan dan membaca, "Ya Allah ya tuhanku, aku serahkan diriku kepada Mu dan aku hadapkan wajahku kepada Mu, aku serahkan perkara ku kepada Mu, lindungkan belakang ku kepada Mu, kerana suka dan takut ku kepada Mu. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepada Mu, aku percaya dengan Kitab Mu yang engkau utuskan, dan jadikan semua itu penghabisan apa yang engkau katakan (HR Iman Bukhari dan Iman Muslim)

Seharusnya tidur adalah berada didalam gemombang delta iaitu tidur yang paling berkualii dan nenyak tanpa mimpi.

Kembali semula ke Rahsia Wudu