Rahsia Wudu II


Sepuluh perkara fitrah, iaitu memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak" kata Mus'ab, Aku lupa yang kesepuluh, melainkan ia adalah berkumur-kumur. (Hadis riwayat Muslim)

Memabasuh kaki adalah untuk menurunkan gelombang otak daripada beta kepada alpha, kemudian menjadi theta dan akhirnya delta. 
Dengan membasuk kaki gelombang otak boleh menurun kerana di kaki terletak titik pusat saraf yang menghubungkan dengan organ dalam tubuh.  

Dalam kehidupan seharian kita sentiasa terdedah kepada gelombang-gelombang Beta dan Alpha, gelombang ini turun sedikit setiapkali laungan AZAN dan ketiak mengambil Wuduk dan ia turun kepada gelombang Theta bagi mendapatkan solat yang khusuk kita semestinya berada dalam gelombang  Delta.

Kajian yang dijalan oleh Dr. Magomed Magomedov dari department of Man's General Hygiene and Ecology, Akademik Perubatan Negeri Daghestan, mengatakan Wuduk boleh merangsang urutan proses biologi tubuh manusia dan titik aktif biologi (Biological Active Spots). Hal yang demikian adalah sama seperti yang diamalkan di dalam perubatan China iaitu urutan refleksologi.

Dalam kajian yang diterbitkan melalui artikel yang bertajuk Muslims Rituals and thier Effect on the person's Health, menjelaskan, jika titik aktif biologi dirangsangkan maka ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan yang akan memberi kesan positif terhadap kesihatan.

Berdasarkan perubatan Cina, tubuh manusia mempunyai lebih 700 titik pusat aktif dan 66 daripadanya akan memberi kesan positif segera apabila dirangsangkan. Yang menariknya 61 titik itu terletak didalam anggota wuduk dan lima titik penting itu terletaknya di kaki antara lutut dan buku lali.

Membasuh muka semasa wuduk, boleh merangsang saraf dan boleh mengecas semula organ dalaman seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan.

Manakala telinga pula apabila dibasuh semasa mengambil wuduk akan merangsang hampir seratus titik pusat urat saraf yang akan mengharmonikan semua organ. Ia juga mengurangkan tekanan darah tinggi dan melegakan sakit gigi dan tekak.
Dengan membasuh kaki kanan digosok maka ia akan merangsang sistem saraf untuk mengelokkan tulang, pinggang, sistem saraf , usus, pankres, hempedu dan triod.

Kemudian apabila kaki kiri pula dibasuh, maka titik pusat urat saraf yang ada kaitan dengan kelenjar pituitari akan di rangsang. Kelenjar tersebut terletak di kawasan otak yang mana berfungsi mengawal perjalanan kelenjar endokrin dan mengawal tumbesaran.

Satu lagi kajian saintifik mendapati peredaran darah pada anggota bahagian atas badan iaitu dari tangan hingga ke kepala dan anggota yang paling bawah sekali iaitu kaki adalah paling lemah berbanding organ dlam yang lain seperti jantung dan organ yang berhampiran.

Jadi dengan membasuh dan mengosok semasa wudu dapat membantu melancarkan peredaran darah ke bahagian tersebut, yang mana ia akan meningkatkan tenaga dan mencergaskan aktiviti badan.

Sains juga telah membuktikan, kesan sinar matahari, partikel UV boleh menyebabkan kanser kulit carcinoma, dan ia dapat dikurangkan dengan mengambil wuduk dengan teratur.


Hadis nabi s.a.w "Jika engkau hendak ke tempat tidur, hendaklah engkau berwuduk sepertimana wuduk untuk menunaikan solat, kemudian berbaring ke kanan dan membaca, "Ya Allah ya tuhanku, aku serahkan diriku kepada Mu dan aku hadapkan wajahku kepada Mu, aku serahkan perkara ku kepada Mu, lindungkan belakang ku kepada Mu, kerana suka dan takut ku kepada Mu. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepada Mu, aku percaya dengan Kitab Mu yang engkau utuskan, dan jadikan semua itu penghabisan apa yang engkau katakan (HR Iman Bukhari dan Iman Muslim)

Seharusnya tidur adalah berada didalam gemombang delta iaitu tidur yang paling berkualii dan nenyak tanpa mimpi.

Kembali semula ke Rahsia Wudu

No comments:

Post a Comment