Fasal menyatakan kejadian ADAM



Maka tetakala dikehendaki Allah Taala menjadikan lembaga Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak Taala kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digengamnya segengam daripada bumi itu dengan gengaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia pada alam Malakut adalah tanah yang digengam itu pilihan daripada segala tanah, maka dengan haq Allah Taala tanah segengam itu dengan beberapa rempah-rempah, bau-bauan, daripada  Nur Sifatnya,  maka diturunkan Allah Taalah hujan atas tanah yang segengam itu. 
Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka dijadikan lembaga  oleh hak Allah Taala  akan tanah yang satu gengam itu dengan berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam malakut itu maka dihantarkan ia lembaga itu pada pihak Qudrat
 yang antara medan “azali” dan “abaad” hingga berlakulah atas segala sabit yang tersebut daripada  "israkulalzat" dan segala alam yang tersebut daripada  qamar al-sifat, tetapi  tiada menzahirkan dan tiada mashur namanya dan segala perinya pada segala malaikat dan segala jin seperti firman allah yang maksudnya”sesungguhnya telah datang atas adam sesuatu masa yang tidada ada ia sesuatu yang disebut akan dia yakni adalah berlalu atas  lembaga adam kira kira 120 tahun lamanya iaitu:-

Ibu




Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".