Showing posts with label ANA (AKU). Show all posts
Showing posts with label ANA (AKU). Show all posts

ANA (AKU) & ZARAH Part III

Badiuzzaman Said Nursi (r.h)
Noktah Kedua

Pada setiap zarah terdapat dua saksi yang menyaksikan kewujudan Allah dan keesaan-Nya.
Ya! Zarah yang menjalankan tugas dan memikul bebanan amat berat yang melebihi kemampuannya itu, walaupun lemah dan beku, dengan penuh kesedaran, ia menyaksikan dengan penyaksian yang terputus dari kewujudan Allah (s.w.t).

la juga memberikan penyaksian yang benar terhadap keesaan Allah (s.w.t) dan ketunggalan Tuhan yang menjadi raja kepada segala kerajaan, dengan melakukan penyelarasan dan penyerasian terhadap segala pergerakannya dengan sistem umum yang berlaku di atas muka bumi dengan mengambil kira sistem tersebut, di mana saja ia berada, dengan menjadikan zarah itu menetap di mana saja ia berada. Siapakah yang memiliki zarah-zarah tersebut? Tempat-tempat yang dilawati oleh zarah tersebut ialah kerajaan orang itu, dengan makna bahawa sesiapa yang memiliki zarah-zarah tersebut, maka semua ternpat yang dilalui oleh zarah tersebut juga adalah miliknya.

Oleh sebab sesuatu zarah itu lemah, ditambah lagi dengan bebanannya yang berat dan tugasannya yang banyak tidak terkira, ini semua menunjukkan bahawa ia berdiri dan bergerak di bawah kuasa dan dengan perintah Tuhan yang amat berkuasa dan yang mempunyai kudrat yang mutlak.

Kemudian pergerakan zarah-zarah tersebut yang selaras dan serasi dengan sistem-sistem umum dan menyeluruh yang digunakan di seluruh bumi, menunjukkan seolah-olah la mengetahui kesemua sistem tersebut dan kejayaan zarah-zarah tersebut memasuki setiap tempat tanpa sesuatu yang menghalangnya. Ini semua menunjukkan bahawa zarah-zarah tersebut melakukan perbuatannya itu dengan kudrat (kekuatan) Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, yang mem-punyai ilmu yang mutlak dan hikmat dan kebijaksanaan yang luas.
Ya! Setiap tentera mempunyai hubungan dengan platun, kompeni, batalion, briged dan divisyennya. Dia juga mempunyai tugas tertentu dalam setiap bahagian di atas berdasarkan hubungannya itu. Penyelarasan dan penyeragaman pergerakan melalui seluruh hubungan dan ikatan tersebut berlaku dengan pengetahuannya dan dengan mengetahui tugas-tugasnya pada setiap peringkat kumpulan tersebut, di samping tetap menjalankan tanggungjawab ketenteraan, seperti menjalani latihan dan menerima taklimat menurut salurannya. Dan semua ini pula hanya berlaku dengan mematuhi arahan pimpinan tertinggi yang mengetuai seluruh bahagian tersebut dan mengikut peraturannya yang telah ditetapkan.

Bagaimana keadaan seseorang tentera, begitulah juga keadaan setiap zarah yang tersusun di dalam sesuatu tempat. la mempunyai kedudukan yang selaras dan seragam di setiap tempat yang didudukinya itu. Pelbagai kedudukan sesuai yang menjadi dasar kepada kepentingan yang bermacam-macam. Berbagai-bagai tugasan tersusun. Beberapa natijah berbeza mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Oleh itu sudah pastilah perletakan zarah-zarah tersebut di antara tiap-tiap kenderaan yang dinaikinya dengan satu perletakan yang tidak mencacatkan natijah dan hikmat yang terbit daripada hubungan dan tugasan itu, di samping terpelihara keseluruhan hubungan dan tugasan itu daripada sebarang kecacatan, merupakan ciri khusus yang hanya dimiliki oleh Tuhan Yang Maha Memiliki, yang di tangan-Nya terletak kunci segala sesuatu.

ANA (AKU) & ZARAH Part II

Badiuzzaman Said Nursi (r.h)


Lapan tahun sebelum saya mengarang risalah ini, saya telah melihat satu kejadian khayalan. Ketika itu saya berada di Istanbul pada bulan Ramadan yang mulia. Ketika itu juga, Said Lama yang sedang menyibukkan diri dengan falsafah, hampir bertukar untuk menjelma menjadi Said Baru. Ketika saya memerhatikan tiga jalan yang di-isyaratkan pada akhir Surah al-Fatihah, iaitu firman Allah: (***)
Saya melihat kejadian khayali tersebut, iaitu satu kejadian yang menyerupai sebuah mimpi. Ketika itu, saya merakamkan kejadian itu di dalam kitab saya yang bertajuk al-Lawamic dalam bentuk pelancongan khayalan dan menyerupai puisi. Sekarang, sudah tiba masanya untuk saya menerang dan menghuraikan maknanya, kerana ia menjelaskan lagi hakikat yang tersebut di atas.

ANA (AKU) & ZARAH

Badiuzzaman Said Nursi (r.h)
Mukadimah
Sebahagian kalimah ke-30, kalimah ini membongkar

teka-teki alam, menjadi tangkal alam,
serta menyelesaikan salah satu rahsia agung

al-Qur'an al-Hakim.

Satu huruf daripada kitab ‘ana’ yang maha besar

Satu noktah daripada lautan isarah yang agung

Kalimah ini mengandungi dua tujuan.

Pertama: membahaskan hakikat dan natijah 'ana'.
Kedua: membincangkan gerakan dan tugas-tugas zarah.

Tujuan Pertama
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Firman Allah (s.w.t):
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggung-jawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana mereka tiada persediaan untuk memikulnya) ; dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. "(Al-Ahzab 33:72)

Kami hanya akan mengisyaratkan satu permata sahaja daripada permata-permata khazanah terbesar daripada ayat yang mulia di atas. Permata tersebut ialah bahawa amanah yang enggan dipiku! oleh langit, bumi dan gunung-ganang mempunyai beberapa pengertian dan banyak sudut. Salah satu pengertian dan sudut tersebut ialah perkataan 'ana' yang bermaksud ‘saya’

Ya! Perkataan 'ana' merupakan satu biji benih, yang menumbuhkan sepohon pokok Tuba, (Lihat al-Qur'an, al-Ra'd 13. 29.) pokok yang bercahaya, lagi besar. la juga menumbuhkan sepohon zaqum yang menggerunkan. Kedua-dua pohon tersebut menghulur dan menyebarkan dahan serta rantingnya ke seluruh alam insani semenjak dari Adam (a.s) sehingga waktu kini.
Sebelum kita mengharungi hakikat yang luas ini, kami akan membawa satu mukadimah yang akan memudahkan kita memahami hakikat tersebut.

Mukadimah
Perkataan 'ana' ialah anak kunci yang akan membuka khazanah tersembunyi bagi nama-nama Allah yang baik (al-asma' al-husna), sebagaimana ia juga akan membuka pintu-pintu alam yang terkunci. la sendiri merupakan tangkal yang ajaib dan misteri yang ganjil. Tetapi dengan mengetahui apakah hakikat 'ana', tangkal yang ajaib dan misteri yang ganjil tersebut akan terungkai dan terdedah, seterusnya akan terbukalah teka-teki dan khazanah alam yang wajib ada ini.
Secara khusus kami telah membincangkan permasalahan ini di dalam risalah "satu hiduan daripada bayu hidayat al-Qur'an" (Shammah min nasim hidayat al-Qur 'ari) sebagaimana berikut:

"Ketahuilah! Bahawa anak kunci alam berada di dalam tangan manusia dan pada dirinya sendiri. Meskipun segala makhluk yang ada merupa-kan pintu-pintu pada zahirnya, namun pada hakikatnya ia terkunci. Allah (s.w.t) meletakkan anak kunci pintu-pintu tersebut pada diri manusia sebagai barang amanah yang membolehkannya membuka kesemua pintu tersebut. Anak-anak kunci itu juga diletakkan oleh Allah pada manusia sebagai tangkal yang membolehkannya membuka khazanah-khazanah Pencipta alam ini yang tersembunyi. Anak kunci-nya ialah hakikat perkataan 'ana' yang terdapat pada engkau (wahai manusia). Tetapi perkataan 'ana' itu sendiri juga menjadi suatu misteri dan tangkal yang terkunci. Apabila anda berjaya membuka 'ana' dengan mengetahui hakikatnya yang dapat dibayangkan dan rahsia kejadiannya, nescaya akan terbukalah tangkal segala makhluk yang lain, sebagaimana yang akan diterangkan selepas ini:

Sesungguh Allah (a.w.j) telah meletakkan satu amanah pada tangan manusia, iaitu 'ana' yang mengandungi beberapa isyarat, dan contoh yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui beberapa hakikat sifat rububiyah Allah dan hal ehwal-Nya yang mulia lagi suci. Atau dengan kata-kata lain, 'ana' menjadi satu unit sukatan atau ukuran untuk mengetahui sifat-sifat dan hal ehwal rububiyah dan uluhiyah Allah (s.w.t).

Sebagaimana yang dimaklumi, sesuatu unit sukatan atau ukuran tidak semestinya wujud dari segi hakikat. Bahkan mungkin sesuatu unit sukatan dan ukuran itu ditetapkan berdasarkan andaian dan khayalan semata-mata, sebagaimana gagasan-gagasan yang diandaikan dalam ilmu kejuruteraan. Maksudnya 'ana' tidak semestinya mempunyai kewujudan yang hakiki, iaitu diketahui dan dipastikan.
 Soalan: Kenapakah makrifat kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah berhubung dengan 'keakuan' (ananiyah) (Yang dimaksudkan di sini bukanlah sifat keakuan yang tercela itu, tetapi perkataan ini diambil daripada perkataan 'ana' yang bermaksud saya atau aku.) manusia?