Nazam Akidah Awam


Aku mula dengan nama Allah Rahman
Dengan Rahim berkekalan dalam Ihsan
Segala puji awal akhir Milik Allah
Berkekalan selama-lamanya tiada ubah
Kemudian salawat serta salam berkekalan
Atas Nabi sebaik orang mentauhidkan
Atas waris serta sahabat dan yang ikut
Jalan agama yang sebenar tiada karut
Kemudian itu engkau ketahui wajib makrifat
Pada yang wajib bagi Allah dua puluh sifat

(Sifat 20)
Allah Maujud lagi Qadim lagi Baqa
Bersalahan bagi makhluk tiada serupa
Yang berdiri, yang terkaya, Esa, Hidup
Yang berkuasa, yang berkehendak, mengetahui mati hidup
Yang mendengar, yang melihat, yang berkata
Bagi Allah tujuh sifat Nazam kata
Kuasa, berkehendak dan mendengar dan melihat
Lagi hidup, mengetahui, berkata sangat
Harus bagi Allah dengan kurnia lagi adil
Mati bagi tiap-tiap mumkin seperti fi'il
Allah menyuruh segala nabi yang cerdik
Benar menyampai kepercayaan tiada balik
Harus bagi nabi apa yang datang bagi manusia
Yang tidak kurang mertabat nabi yang mulia
Isma' nabi wajib seperti malaikat
Lagi lebih nabi daripada malaikat
Yang mustahil lawan tiap-tiap sifat wajib
Hafaz olehmu lima puluh iqtikat wajib 

(Rasul 25)

Dua puluh lima nabi jadi akan rasul
Wajib kenal tiap-tiap nama rasul
"Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh"
"Ibrahim, Lut, Ismail"
"Ishak, Ya’kub, Yusuf, Ayyub"
"Syu’aib, Musa, Harun, Zulkifli"
"Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’"
"Yunus, Zakaria, Yahya, Nabi Isa,"
Nabi Muhammad akhir anbiya
Atas anbiya serta waris rahmat salam
Selama-lama berkekalan siang malam

(Malaikat)
Malaikat tiada emak, bapa dan datuk
Tiada makan, tiada minum, tiada mengantuk
Wajib kenal sepuluh malaikat
mula Jibrail, Mikail, Israfil dengan Izrail
Munkar, Nakir, Raqib, Atid menyurat amal
Malik, Ridwan neraka syurga dia mengawal

(Kitab)
Wajib kenal empat kitab yang mulia
Akan Musa kitab Taurat yang bercahaya
Kitab Zabur akan Daud, Injil Isa
Nama Furqan atas Muhammad sebaik anbiya
Nama Suhuf akan Ibrahim dengan Musa
Nyata dalamnya segala hukum Tuhan Esa
Tiap-tiap hukum yang datang oleh Rasul
Sebenarnya kita junjung serta qabul
Iman kita akan kiamat itu wajib
Tiap-tiap bahaya didalamnya ajaib-ajaib
"Suul khotimah" ketinggalan iktikad wajib
Daripada barang atas mukallaf kenal wajib
Nabi kita nama Muhammad Allah bangkit
Bagi ilmu kelebihan rahmat sabit

(Nabi Muhammad)
Tuan Abdullah anak Mutallib bapa nabi
Anak Hasyim Abdul Manap nenek nabi
Ibu nabi Siti Aminah bangsa Zuhri
Menyusui nabi Halimah bangsa Saadi
Peranak nabi negeri Mekah yang lebih aman
Wafat nabi negeri Madinah bercahayakan
Turun wahyu umur nabi empat puluh tahun
Umur nabi diketahui lebih enam puluh tahun

(Anak-anak Nabi)
Anak nabi semuanya tujuh orang
Anak nabi yang lelaki tiga orang
Pertama Kassim, kedua Abdullah
Ketiga Ibrahim anak nabi yang pada jariah
Nama ibunya orang panggil Siti Mariah
ketiganya-tiganya anak jantan itu diwafatkan
Anak yang lain semuanya pada Khodijah
Enam orang sangat mulia sangat indah
Anak nabi yang perempuan empat orang
Semuanya redha Tuhan pagi petang
Siti Fatimah yang zuhri lakinya Ali
Anak keduanya Hasan, Husin cucu nabi
Siti Zainab, Siti Rokiah anak nabi
Ummi Kalsum yang amat suci redhai

(Isteri- isteri Nabi)
Tinggal sembilan isteri nabi masa wafatnya
Semuanya pilih nabi kehendak ikutnya
Siti Aishah, Siti Hafsah, Siti Saudah
Siti Sofiah, Siti Maimunah, Siti Ramlah
Siti Hindun, Siti Zainab juwairiyah
Ibu Mukminin semuanya redha Allah
Bapa Saudara nabi Sayyidina Abbas, Saiyyidina Hamzah
Mak peranakan Siti Sofiah amat indah

(Israk Mikraj)
Dahulu daripada berpindah nabi berjalan
Ke masjid Baitul Muqaddis suruh Tuhan
Setelah berjalan Nabi mikraj ke langit tujuh
Melihat Nabi akan Tuhan tidak jauh
Tidak bertapa tidak berhingga telah difardhu
Atas Nabi sehari semalam lima waktu
Disuruh persampaikan ummat khabar mikraj
Difardhukan lima waktu suruh perbuat
Abu Bakar boleh habuan kemenangan
Sebab mikraj Nabi ke langit membenarkan
Iktiqad ini sangat pendek lagi sempurna
Bagi awam sangat mudah dihafazkan
Syeikh Marzukhi yang mengarang Nazam ini
Yang berbangsa bagi anak cucu Nabi
Segala puji bagi Allah, Selawat kemudian
Salam atas Nabi yang sebaik mengajarkan
Atas waris serta sahabat tiap-tiap guru
Tiap-tiap orang yang mengikut jalan guru
Aku pohon akan Tuhan ikhlas amal
Lagi menafaat tiap-tiap orang yang beramal
Lima puluh tujuh satar Nazam diketahui
Seribu dua ratus lima puluh lapan hijrah Nabi
Aku nama Nazam ini Akidah awam
Bagi yang wajib bagi agama sudah temam (?)

No comments:

Post a comment