Didikan Anak

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti Mati. 
Cintailah sesiapa yang kamu sukai, sesunguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki., sesungguhnya kamu akan memperolehi balsaannya. 
Ingatlah. bahwa dalan setiap kesukaran itu ada kesenangannya.
@KTM Kluang

Didiklah anak-anakmu itu berlainan caranya dengan kamu sekarang kearna mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan dari zamanmu.

@Kuala Selangor De Palma Inn
Apabila kamu berasa letih setelah berbuat kebaikkan , maka sesunguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikkan itu akan kekal selamanya.
Namun sekiranya kamu bersenang-senang* dengan dosa, sesungguhnya kesenangan itu akan hilang tetapi dosa yang dilakukan akan terus kekal. 
Ke Pulau Manukan


@ Lapangan Terbang JB


@ Lapangan Terbang KK

AWALUDDINMAKRIFATULLAH. 

PERINTAH YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN 
Perintah Menuntut Ilmu wahai anak-anakku, Menuntut ilmu apatah lagi Ilmu Agama adalah Perintah Allah. Sebagai umat Islam janganlah kita ambil mudah perintah ini. 
Dalam kita menuntut Ilmu Agama, sumber rujukan kita hendaklah nyata dan pasti. Sumber sumber itu ialah Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith. Dan apa yang diperkatakan itu hendaklah masuk akal. Jika pendapat dan penjelasan ulama dijadikan rujukan maka ulama yang dirujuk itu hendaklah merupakan ulama ulama yang diperakui kebesaran ilmunya. 
Namun begitu sumber sumber penulis Risalah ini adalah seperti dinyatakan dibawah. 

1 Sumber Nyata KitabHadith dan Al-Quran dan beberapa kitab kitab ulama ulama’. Hadith danAl Quran disebut sebagai SUMBER NAQLI. 

2 Sumber Ghaib 
Pertamanya fikiran dari otak kita, 
kedua ilham atau bisikan hati disebut sebagai Khatrat daripada Dia dan 
ketiganya dari Al-Furqan atau Al-Quran Yang Ghaib. 
Pada penulis Al Quran itu kata-kata atau bagi Allah FirmanNya. Al Furqan itu ialah Allah berkata-kata melalui lidah makhluknya sejak dulu kini dan selamanya tanpa henti-hentinya. Maka ianya merupakan percakapan kita dan percakapan orang lain. 
Ketiga – tiga diatas asalnya ghaib tetapi bila direkodkan melalui tulisan ianya, jadi nyata dandipanggil buku atau kitab. 
Fikiran pula disebut sebagai SUMBER AQLI. Firman Firman Allah Surah Al – Furqan Ayat 1 Maha Suci Allah yang telah menurunkanAl Furqan kepada hambaNya…….. SurahAz Zuriat Ayat 49 Dan tiap sesuatu Kami ciptakan berpasangpasangan supaya kamu ingat. 

HADITH 
Hadith ada dua. 
Pertama Firman Allah yang disampaikan oleh Junjungan kita. Ini disebut sebagai HADITH QUDSI. Kedua sabda sabda Nabi kita, disebut sebagai Hadith sahaja. 
Marilah kita mulakan perbicaraan kita ini dengan merujuk kepada beberapa Hadith, Hadith Qudsi dan Ayat Ayat Al Quran:- AMALANAWAL YANG MESTI DILAKUKAN Awal Awal Agama Ialah MENGENAL ALLAH. 
Marilah kita mulakan perbicaraan kita inidengan merujuk kepada beberapa Hadith, Hadith Qudsi dan Ayat Ayat Al Quran:- 

HADITH QUDSI 1 Allah Berfirman dan disampai oleh BagindaRasulullah saw :- Awalawal agama ialah MENGENAL ALLAH ( ada yang berpendapat ianya bukan Hadith tetapi kata kata ulama ) 

HURAIAN :- 
1 Tunggak perbincangan atau ajaran mana mana agama tentulah tentang TUHAN. Tuhan orang Islam malah sebenarnya Tuhan semua manusia dulu kini dan selamanya menamakan DiriNya sebagai Allah. 
2 Melalui Hadith Qudsi diatas adalah jelas Perintah Allah kepada kita bahawa tugas pertama kita sebagai seorang Muslim ialah Mengenal Allah. Inilah yang pertama mesti kita lakukan bukan yang lain. Ini lojik kerana kalau tidak kenal Tuhan kita bagaimana pula kita boleh menyembahNya ? 
3 Allah itu Nama atau Asma’ . Nama Tuhan kita Yang Agung ialah ALLAH. Ada banyak nama namal agi. Yang diberitahu kepada kita ada 99. Yang tidak diberitahu tak tahulah beberapa mungkin billion. Tuhan kita itu sebenarnya ialah ZAT WAJIBUL WUJUD YANG MAHA AGUNG DAN YANG MAHA PENCIPTA. Allah itu ialah salah satu daripada Asma’ Asma’ Nya Yang Agung. 

DALILNAQLI – AYAT AYAT AL- QURAN 
Penerangan Allah BerkaitanDiriNya. 
a. Surah As Syura Ayat 11 Dia tidak serupa dengan apa sahaja dan Dia Mendengar dan Melihat 
b. Surah Al An Am Ayat 54 dan Al Fusilat Ayat 54 Sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu. Sesungguhnya Allah meliputi segala-galanya. 
c. Surah Al Baqarah Ayat 115 Kemana sahaja kamu menghadapkan muka kamu disitu ada wajah Allah. 

HURAIAN Bolehkah Kita Mengenal AllahTuhan Kita Itu ? 
1 Dari ayat ayat diatas kita diberitahu bahawa Allah Tuhan kita itu bersifat MAHA. Dia Maha Suci, Maha Besar, Maha Agung, Maha Meliputi, Maha Luas dan sebagainya. 
2 Kita juga diberitahu bahawa tiada satupun dalam alam semesta ini serupa atau menyerupainya. 
3 Kita juga diberitahu bahawa Allah itu meliputi segala-galanya termasuk diri kita dan Allah jua berada dimana mana kerana kemana sahaja kita hadapkan wajah kita disitu ada Allah. 
4 Allah juga bersifat Maha Ghaib. Ia disebut sebagai Ghaibul-Ghuyub. Oleh kerana Dianya ghaib, maka kita tidak dapat melihatNya dengan mata kepala mahupun merasakanNya dengan pancaindera kita. 
5 Oleh kerana Allah itu meliputi sekalian alam semesta ini maka Dia tersangatlah Besar dan Luas. Yang demikian tiadalah Dia bersempadan. Tiada sempadan maka pasti tiada berbentuk. 
6 Berdasarkan perkara perkara diatas, SOALAN KITA IALAH BOLEHKAH KITA sebagai MANUSIA DAPAT MENGETAHUI APAKAH ALLAH TUHAN KITA ITU APATAH LAGI MENGENALINYA ? 

PENDAPAT PENDAPAT ULAMA TERKENAL. Berkaitan Sama-ada Manusia Boleh Mengenal Allah Didunia Ini. 
1 Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi Tidak mungkin, malah mustahil manusia itu boleh mengenal Allah didalam dunia ini kerana katanya pengetahuan manusia berkaitan dengan Allah ialah TIDAK TAHU. 
2 Imam Al Ghazali Hanya orang yang mendapat cahayadari Allah peringkat tertinggi melalui cara cara tarikat sahaja dapat mengenal Allah melalui rasa yaitu ketika mereka sedang fana’ atau mabuk ketuhanan. Itupun tidak lama hanya sekilas sahaja . 

PERSOALANKITA ! JADI KENAPA PULA KITA DIPERINTAHKAN UNTUK MENGENALNYA SEDANGKAN PERINTAH ITU MUSTAHIL DAPAT KITA LAKUKAN ?. ADAKAH CARACARA YANG DITUNJUKKAN ALLAH atau OLEH NABI KITA ? PETUNJUK ALLAH DaN RASUL TENTANGJALAN UNTUK MENGENAL ALLAH 

Dalam Menghuraikan Permasalahan / PersoalanDiatas. Untuk menjawab persoalan yang disebutkan tadi,kita perlulah merujuk Kepada Dalil Dalil Naqli kita. 
DALILNAQLI – HADITH HADITH QUDSI 
1 Sesungguhnya sesiapa yang mengenal dirinya sungguh telah mengenal Tuhannya, dan sesiapa yang telah mengenal Tuhannya binasalah dirinya dan nyatalah Tuhannya. 
2 Sesungguhnya manusia itu adalah RAHSIAKU dan AKUlah Rahsianya. ( Firman Allah ) 

KATAKATA SAHABAT dan ULAMA’ 
1. Sabda Syaidina Ali r.a Aku kenalTuhanku dengan Tuhanku 
2. Kata kata HikmahUlama / Irsyadat Untuk mengenal Allah hanyalah dengan Allah Untuk mengenal Yang Maha Ghaib hendaklah dengan Yang Ghaib juga. 

DALILNAQLI – AYAT AYAT AL QURAN 
a. Surah AdDhuhar Ayat 29 Sesungghnya ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa yang mahu hendaklah ia menjadikan ini suatu jalan untuk menuju Tuhannya. 
b. Surah AlAnkabut Ayat 69 Dan orang orang yang berjihad untuk Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan jalan Kami….. 
c. Surah Al Fusilat Ayat 53 Akan kami perlihatkan kepada mereka nanti, bukti bukti Kekuasaan Kami diseluruh penjuru alam dan bahkan PADA DIRI mereka sendiri…… 
d. Surah Al Kahfi Ayat 110 Orang yang berharap ingin menemui Tuhannya hendaklah melaksanakan amal soleh dan tidak boleh menyengutukan apapun dalam beribadah kepada Tuhannya. 
e. Surah Yusuf Ayat 108 Katakanlah inilah jalanku. Aku mengajak kamu menuju Allah dengan pandangan batin. 

HURAIAN 
1 Dengan merujuk kepada Ayat Ayat Al Quran diatas, Allah menunjukkan jalan jalan menuju kepadaNya atau Jalan Makrifah. Makrifah maksudnya Mengenal Allah. 
2 Untuk mendapatnya kita hendaklah pertamanya BERJIHAD untuk Allah ( Al Ankabut : 69 ) keduanya jalannya ada pada DIRI KITA ( Al Fusilat : 53 ) ketiga hendaklah kita melakukan amal soleh dan jangan sekali-kali MENYENGUTUKAN apa apa pun dalam beribadah kepada ALLAH ( Al Kahfi : 110 ) dan kita hanya dapat berjalan menuju Allah dengan pandangan batin. ( Yusuf : 108 ) 
3 Manakala dari Hadith Hadith diatas kita juga ditunjukkan dengan jelas bahawa untuk mengenal Allah satu satu caranya yang telah ditunjukkan oleh Allah ialah dengan mengenali DIRI kita SENDIRI. 
Ini adalah kerana Allah telah beri kita petunjuk atau “ clue “ bahawa kita ini sebagai manusia merupakan RAHSIA ALLAH dan Allah berfirman bahawa RAHSIANYA ialah ALLAH SENDIRI.

Yang perlu kita tumpukan sekarang ini ialah pertamanya apakah yang dikatakan DIRI itu supaya mudah kita mengenalnya. Keduanya apakah RAHSIA itu sebenarnya, ketiga apakah kaitan antara DIRI denganRAHSIA ALLAH itu. Oleh itu saudara saudaraku marilah kita perhatikan dan fikirkanlah Firman Firman Allah seterusnya untuk mencari jawapan kepada persoalan diatas :- 

LAGI DALIL DALIL NAQLI 
a. Surah At Tin Ayat 4 Sesungguhnya Aku ciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya / paling sempurna. 
b. Surah Ar Rum Ayat 8 Dan apakah mereka tidak memikirkan apa yang ada didalam DIRI mereka ? 
c. Surah As Shad Ayat 72 Aku hembuskan pada Adam daripada RohKu 
d. Surah Al Hijr Ayat 29 Aku hembuskan kepadanya daripada Ruhku 
e. Surah Az Zuriat Ayat 21 Dan didalam diri kamu dan kamu tidak melihat 
f. Surah Al Ahzab Ayat 72 Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAH kepada langit, bumi dan gunung gunung, maka semuanya enggan untuk memikul AMANAH itu dan mereka bimbang akan mengkhianati,dan DIPIKULLAH AMANAH itu OLEH MANUSIA. 
g. Surah Al Araf Ayat 172 Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap RUH MEREKA . Allah berfirman : Bukankah Aku ini Tuhanmu ? Ruh manusia menjawab : Benar Tuhan kami menjadi saksi ……… 
h. Surah Al Baqarah Ayat 186 Jika hambaKu bertanya kepadamu tentang Diriku, bahawa sesungguhnya Aku dekat dan mengabulkan seruan mereka jika Aku dipanggil. 
i. Surah Al Baqarah Ayat 87 Aku perkuat manusia dengan RUH AL QUDSI. 
j. Surah Al Fath Ayat 10 Tangan Allah atas tangan mereka. 
k. Surah Al Furqan Ayat 45 Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah memanjangkan bayangannya ? 
l. Surah Al Hadid Ayat 4 Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada. 
m. Surah Al-Kahfi Ayat 16 Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. 
n. Surah Al Khasas Ayat 88 Tiap tiap sesuatu ( termasuk manusia ) adalah KOSONG belaka melainkan ZatNya. 
o. Surah Al Waqiah Ayat 85 Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu tetapi kamu tidak melihat. p. Surah Al Mulk Ayat 3 dan 4 dan Al Najmi Ayat 11 Kemudian pandang sekali lagi, nescaya penglihatanmu akan kembali kepada kamu dengan tidak menemukan sesuatu yang cacat dan penglihatan itupun didalam keadaan tidak berdaya. Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya. 
q. Surah An Nisa’ Ayat 1 Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. 
r. Surah Thaha Ayat 46 Janganlah kamu takut, Aku besertamu. Aku mendengar dan Melihat. 

HURAIAN 
1 Terlalu banyak ayat ayat Al Quran yang menjelaskan apakah sebenar DIRI ITU dan apakah RAHSIA serta AMANAH itu. 
2 Yang dihembuskan oleh Allah kepada Nabi Adam saw dan seterusnya kepada manusia yaitu cucu cicit Adam ialah ROHKU ( Hijr : 29 ) . Roh itu ialah ROH AL QUDSI ( Al Baqarah : 87 ) .Letaknya di-DALAM DIRI MANUSIA itu sendiri ( Az Zuriat : 21 ) tetapi ramai manusia tidak melihatnya atau tidak mengerti kerana tidak mahu mengkaji Al Quran. Kerana itu Allah bertanya tidakkah kamu nampak ? 
3 Ruh Manusia yaitu ROHKU tadi telah bertemu Tuhan dan bersaksi bahawa Zat Wajibul Wujudlah Tuhan mereka yaitu Tuhan Yang Sebenarnya. ( Al A’raf : 172 ) ROHKU itu bersifat Ketuhanan. Tetapi Allah telah menegaskan bahawa YANG LAIN ( tiap tiap sesuatu itu ) adalah kosong YANG ADA HANYALAH ZATNYA. ( Al Khasas : 88) 
4 Yang demikian beranikah saudara saudara sekalian mengatakan bahawa DIRI KITA yang ada didalam itu bersifat Ketuhanan ? Dialah RAHSIA dan DIALAH PEMEGANG AMANAH. Yang diamanahkan kepadanya ialah TUBUH kita. Yang Mengamanahkan ialah ZAT WAJIBUL WUJUD. 
5 Diri RAHSIA itu ialah RUHKU. Ia datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kita katakan Sifat Ketuhanan tetapi bolehkah dipisahkan Sifat dengan Yang Empunya Sifat yaitu Zat? 
6 Oleh kerana RAHSIA tadilah manusia itu menjadi makhluk paling sempurna diciptakan Allah. ( At Tin : 4 ) Sempurna itu adalah cukup malah lebih dari cukup. Yang cukup itu bukan BADAN tetapi DIRI YANG SEBENARNYA DIRI yaitu Nyawa kita yang merupakan ROH ALLAH. 

Yang demikian fahamlah kita maksud ALLAH ITU BESERTA KITA, malah lebih dekat daripada kita. Jadi kenapakah kita masih mengatakan kita ini kita. Allah itu Allah ?. Jawabnya bacalah risalah ini ……dan perhatikan beberapa lagi Ayat Ayat Al Quran. 
a. Al Anfal Ayat 17 Bukan engkau yang melempar tetapi Tuhanmulah yang melempar. 
b. Al Baqarah Ayat 45 Dan 46 …. Orang yang khusu’ ialah orang yang menyukai bahawa mereka akan bertemu dengan Allah dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. 
c. Surah Al Insan Ayat 30 Dan tiadalah kehendak kamu,melainkan kehendak Allah jua. 
d. Surah Ai Isra’ Ayat 13 Dan tiap tiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatannya sebagaimana tetapnya kalung pada leher mereka. 
e. Al Sifat Ayat 96 Allah menjadikan kamu dan apa yang kamu buat. 

RUMUSAN 
1 Ahli Sufi Melayu yaitu Syeikh Abdus Samad Palimbani didalam Sairus Salikin, menyatakan bahawa manusia itu terdiri daripada Tubuh dan Nyawa atau Jasmani dan Ruhani atau Jasad dan Ruh.Kedua-duanya ini mempunyai jalannya sendiri sesuai dengan penerangan Allah melalui Surah Ar Rahman Ayat 19 :- Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya batas yang tidak dilampaui masing masing. 

2 Didalam badan ada Dada, didalam dada ada Hati, Hati itu Jantung. Didalam Hati ada Ruhani dan didalam Ruhani ada Sirr. Sirr maksudnya Rahsia. Apakah Rahsia itu ? Hadith Qudsi menjelaskan bahawa Rahsia itu ialah Allah. FirmanNya “ Akulah Rahsianya “ Ulama memanggil RAHSIA ini dengan pelbagai nama antaranya ialah Ruh, Nyawa, Hati, Nur Muhammad, Muhammad Mustaffa Rasulullah, Tiflul Maani, Al Latifah Rabbaniah dan sebagainya. Hakikatnya adalah satu sahaja yaitu ianya Rohku. Dia datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Dialah yang sebenarnya hidup, badan kita yang mati dihidupkan olehnya dan dia ada bersama kita yaitu DIDALAM badan kita. Dialah yang diperintah oleh Allah supaya kita kenali, bukan Zat Allah kerana kita tidak mungkin dapat mengenali Zat Allah itu. Ianya terlalu ghaib. Dialah ULIL AMRI manusia itu kerana badan atau jasad itu Allah amanahkan kepadanya. Jadi badan itu milik nyawa dan bukan nyawa itu milik badan. Nyawalah yang sepatutnya memerintah bukan badan. Inilah yang menjadi kesilapan ramai manusia.Jadi bos adalah nyawa bukan jasad. 

3 Manusia itu hidup dengan TENAGA. Ada dua tenaga yaitu Tenaga Zahir dan Tenaga Batin. Tenaga Zahir diperolehi dari zat zat makanan. Tenaga Batin dibekalkan oleh Yang Menghidupkan Yang Menghidupkan itu pula HIDUP dengan Yang Maha Menghidupkan. Yang Maha Menghidupkan itulah RAHSIA yaitu Zat Maha Zat didalam Ruhani. Inilah yangdisebut sebagai DIRI YANG SEBENARNYA DIRI. Dalil Dalil berupa Ayat Al Quran dan Hadith banyak, sebahagiannya disebut diatas. 

4 Oleh kerana itu wajiblah kita menafikan Badan dan mengisbatkan Diri yaitu dirujuk oleh Allah sebagai ROHKU. 

5 Kesilapan kita ialah kita beranggapan bahawa segala perbuatan kita dan juga perbuatan orang lain tiada kena mengena dengan Allah. Maka akitalah yang sembahyang, puasa dan sebagainya dan kita jugalah yang berikhtiar,bekerja dengan tenaga fikiran atau tenaga jasad. ITULAH YANG SILAP. 

Anak-anakku,, Risalah ini akan menjelaskan tentang DIRI itu dengan lebih mendalam. Ianya disedut dari buku yang ditulis oleh Dr Bagindo Muchtar tetapi diolah semula oleh Al FakirAbdillah bin Abdullah Al Gemasi. Terpulanglah kepada kalian untuk menerimanya. Betul, salah, benar atau sesat. Itu hak masing masing. Tetapi kebanyakan manusia akan engkar kepada kenyataan Allah didalam Al- Quran kerana mereka takut berbahas dengan guru guru yang mereka anggap ulama’ yang sentiasa betul. Jika Allah yang berbuat maka kepada Allahlah kita pulangkan semuanya sesuai dengan FirmanNya melalui Surah As SyuraAyat 53 :- Kepada Allahlah kembali semua persoalan.

1 comment:

Unknown said...

terima kasih di atas huraian tuan...salam sejahtera daripada pulau borneo

Post a Comment