Zikir Darjat


لاإذتئ لالله بسم الله الرحمن الرحيم 
HAKIKAT DUA KALIMAH SYAHADAH
 

Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap.  Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.
"Ke mana saja kamu memandang,  di situ ada Wajah Allah" (Al-Qur-an)
"Ke mana saja kamu memandang",  sama ada dengan deria atau akal atau khayalan,  maka di situ ada Wajah Allah".  Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah "La ilaha illalLah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah).
Dalam "La ilaha illalLah" semua wujud ada terkandung,  iaitu Wujud Semesta Raya dan Wujud secara khusus;  atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud;  atau wujud Hakiki dan Wujud makhluk.
Wujud makhluk tertakluk kepada kepada "La ilaha" yang bererti bahawa segala-galanya kecuali Allah adalah kosong(batil),  iaitu dinafikan bukan diisbatkan.  Wujud Hakiki termasuk dalam  "illaLlah".  Oleh itu semua kejahatan tertakluk di bawah "La ilaha" dan semua yang dipuji tertakluk di bawah "illaLlah".
Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan anda mesti memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalam mengatakan Muhammadun RasuluLlah).
"Muhammadun RasuluLlah"  ini mengandungi tiga alam.
  • Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut);  iaitu alam yang boleh dipandang dengan deria(senses).
  • Rasul itu  menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut);  iaitu Alam batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan yang mujarad;  dan ini terletak antara yang muhaddas dengan Yang Qadim.
  • Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut).  Lautan darinya terpancar pengertian dan tanggapan.
"Rasul" itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim;  kerana tanpa dia tidak akan ada wujud,  kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim,  maka binasalah yang muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.
Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu,  maka barulah alam ini diperintahkan,  kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat,  tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah.
Pendeknya,  maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputi tanpa diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat,  Sifat dan Lakuan.  Pengisbatan itu difahami dari "Muhammadun RasuluLlah".
Apabila seorang ahli Makrifat berkata "La-ilaha illaLlah"  maka ia ketahui pada hakikatnya  bukan hanya pada majazi sahaja,  iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah.  Oleh itu,  janganlah hanya mengucapkan dengan mulut saja syahadah yang mulia ini,  kerana dengan  itu mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya.  Dan ini bukanlah matlamat yang hendak dituju.  Yang pentingnya ialah Mengenal Allah sebagaimana Ia sebenarnya.
"Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu,  dan Ia sekarang seperti Ia dahulu jua".
Fahamilah ini,  dan tidak akan dibebankan lagi dengan penafian,  dan tidak ada yang tinggal lagi melainkan pengisbatan agar apabila berkata hanya;  "Allah,  Allah,  Allah".  Tetapi penafian ini tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan lidah sahaja.  Jika nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati dengan rahsia yang paling dalam,  maka seluruh alam ini akan lenyap dari pandangan, Yang ada hanya Allah, Allah, Allah....
Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak" dengan lidah sahaja;  dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan,  tetapi akan lenyap dengan pandangan secara langsung dan berhadapan muka.
"Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir" (Al-Qur'an).
Dialah sumber segala-galanya.  Maka tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat.  Ini adalah kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum diisbatkan,  dan yang ghairullah itu sememangnya nafi walaupun sebelum dinafikan.

 لا إله إلا الله
Kerana zikir itu adakalanya zikir Hasanat namanya dan adakalanya zikir Darjat namanya.
Zikir hasanat itu menghasilkan pahala dan tidak berkehandak kepada segala adap zikir yang lagi akan datang ini dan zikir darjat itu berkehandak kepadanya.
Bermula adap zikir darjat itu dua puluh perkara, lima perkara dahulu daripada zikir, dua belas perkara ketika zikir dan tiga perkara kemudian daripada zikir.
Adapun yang dahulu daripada zikir itu:-

1) Taubat daripada segala maksiat dan segala yang sia-sia yang  tiada memberi feadah akan akhirat.
2) Mandi dan atau ambil air sembahayang.
3) Diam dan tetap menghasilkan “sidik” ‎ لا إله إلا الله dengan lafas اللهاللهالله‎ dengan fikir jua tiada dengan lidah hingga tiadalah tinggal segala hadirnya yang lain daripada Allah Taala itu melainkan hadir didalam hatinya itu اللهاللهالله‎ jua. Maka tetakala itu bersama-sama lidahnya dengan hatinya menyatakan لا إله إلا الله‎ yakni supaya benar lidah dengan hatinya dan didahulukan menyatakan
4) Minta tolong dengan hatinya ketika masuk dalam zikir itu dengan hikmah Mursyidnya/Syeikhnya, jikalau diseru akan syeikh itu dengan lidahnya pada minta tolong hajatnya itu harus baginya. (bagi ahli tasauf/sufi)
5) Mengiktikadkan bahawa minta tolong daripada Syeikhnya supaya ia minta tolong daripda Nabi s.a.w kerana syeikh itu hampir kepada Nabi s.a.w (bagi ahli tasauf/sufi)

Adapun adap ketika zikir itu:-
1)  Duduk atas tempat yang sunyi, padahal ia duduk seperti didalam Sembahayang (Tahyaat awal / Tahyaat akhir) jika ia Mubtadi kerana yang demikian itu terlebih banyak memberi bekas dalam hati, atau duduk bersila jika ia Muntahi
2)  Menghantarkan kedua tangannya atas kedua pehanya.
3)  Memakai bau-bauan pada tempat zikirnya
4)  Memakai pakaian yang baik lagi halal lagi harum
5)  Memilih tempat yang kelam
6)  Memejamkan kedua matanya
7)  Menyerupakan rupa Syeikhnya/Mursyidnya antara dua keningnya dan adap ini terlebih muakad pada ahli  tasauf/sufi. 8)  Benar ia pada zikir
9)  Ikhlas yakni dikhosodkan zikirnya semata-mata Allah jua.
10) Memilih ia sifat zikir itu dengan لا إله إلا الله‎  maka disebut ia serta dengan kuat yang sempurna serta takzimnya, dinaikkan lafas لا إله ‎ itu dari atas pusatnya dan menyampaikan akan lafas اللهإلاitu kepada hatinya yang dinamai akan hati sanubari padahal menghantarkan kepalanya kepada limbung yang kiri serta hadir hatinya yang mukamil didalamnya.
11) Menyatakan zikir itu dengan hatinya serta tiap-tiap kali daripada menyatakan zikir itu: 
- Adapun ketika الله‎ إلاitu pada yang tetakala nyata sifat, syak, zhon, wham dan was-was dikatakan dengan lidahnya لا إله إلا الله‎ dan dengan hatinya La Ma'bud Ellallah (tiada yang DISEMBAH melainkan mu yaa Allah)

- Tetakal lemah sifat syak, zhon, waham dan was-was dan suci hatinya daripada yang demikian itu dan menuntut akan suatu daripada “zuki” kepada Allah, tetakaladikatakan dengan lidahnya لا إله إلا الله‎ dan dikata dengan hatinya (الله‎ مطلوبلا) (tiada yang DITUNTUT melainkan mu yaa Allah). 

- Dan tetakala kayalah segala hadirnya sekeliannya, tetakala dikatakan dengan lidahnya akan لا إله إلا الله‎ dan dikata dengan hatinya La Maujud (WUJUD) Ellallah, kerana tetakala itu bahwasanya adalah yang bertutur itu dengan hak Allah Taala.

12)  Menafikan tiap-tiap yang maujud yang lain daripada Allah Taala daripada hatinya dengan kata لا إله إ  ‎supaya tetap taksir اللهإلا itu didalam hati dan supaya mesra kepada segala angota.

Adapun segala Adap yang kemudian daripada zikir itu tiga perkara.

1. Hendaklah ia tetap apabila ia diam daripada zikir itu dengan ikhtiarnya dan hendaklah ia hadir hatinya kerana menanti wirid zikir itu yakni kedapatan yang hasil daripada zikir, mudah-mudahan dengan izin Allah Taala datang atas ia.
2. Hendaklah ia menahan nafasnya daripada keluar masuk kerana ia terlebih segera pada membaiki hati dan membukakan hijab dan memutuskan hawa nafsu.
3. Hendaklah menahan diri daripada minum air kemudian daripada zikir itu kerana minum itu memadamkan panas yang didapati daripada zikir itu dan menghilangkan rasa rindu kepada Allah taala.

Adapun orang yang tiada baginya ikatan maka tiada bagi lazim akan adap dan hanyasanya adap mereka itu taslim bagi wirid yakni menerima bagi barang yang datang daripada zikir itu serta hadir hatinya semata kepada Allah terkadang berlaku atas lidah mereka الله‎ الله‎ الله‎ , هوهوهو,    آآآآآ, إإإإإ, أُأُأُأُأُ, لالالالا, ه ه ه ه ه, هِ هِ هِ هِ, اه اه اه اه  atau suara tampa huruf dan badannya bergetar-getar. 

Adapun adap tersebut diatas bagi zikir lisan dan tiada pada hati.



Bermula kafiat zikir itu atas beberapa bahagi, tetapi dalam kitab ini 3 kafiat iaitu yang disebutkan oleh " Syeikh wastazand ila fahum wa maulana ila karim arifbillah Syaidi al Syeikh Muhammad Lasman dalam kitab Tafhatul Lahiat"

Pertama
  • Bahawa duduk ia mengadap kiblat seperti duduk sembahayang
  • Menaikkan ia dengan  لا إله itu dari atas pusatnya padahal diniatkan dengan  لا إله itu menafikan akan barang yang lain daripada Allah Taala daripada hatinya.
  • Diniatkan إلا الله‎ itu menyampaikan akan dia kepada hatinya yakni kepada hati sanubari.
  • Pada hal memalukan kepalanya kepada pihak kiri dadanya dangan إلا الله‎  serta dihadirkan akan maknanya didalamnya
Kedua
  • Bahawa duduk ia mengadap kiblat seperti duduk sembahayang
  • Ingat ia dalam duduk itu kebesaran Tuhannya yang disembah itu serta ghaib/asyik ia dalam JalanNya dan lenyap ia dalam JamalNya.
  • Padahal ia memandang akan Musyridnya/Syeikhnya/Gurunya itu pada permulaan ia masuk dalam zikir itu.
  • Dimulai dengan pihak tangan yang kiri, padahal menundukkan kepalanya serta ingat ia akan kehinaannya dan harap ia kepada Allah Taala.
  • Dilalukan لا itu daripada lutut yang kiri kepada lutut yang kanan.
  • Dinaikkan إله kepada bahunya yang kanan,
  • Padahal diangkatkan kepalanya itu kepada pihak kanan dan
  • Dipalukan akan kepalanya itu dengan palu yang keras dengan lafaz إلا الله‎ kepada hati.
  • Padahal menghadirkan ia pada permulaan zikir itu daripada lutut yang kiri "La Maa'bud Ellawllah", pada lutut yang kanan "La Maksud Ellawllah" dan bahu yang kanan "La Maujud Ellawllah" dan pada hatinya "La Matlub Ellawllah".
  • Ketika sempurna zikir itu maka diajutkan dengan "Hu Ellawllah" serta menahan ia akan nafasnya pada hal ia menanti faidah zikir yang datang dari Tuhan kita "Azzawajallah" NUR hasil makrifat Allah Taala dengan makrifat yang Yakin, dan hasil segala sifat kepujianNya daripada Sabar, Redo, Zuhud dan Warak, dan barang yang sebagainya daripada rahsia yang ajaib-ajaib yang didapati oleh orang yang berzikir itu dalam satu saat, padahal tiada dapat oleh orang yang mujahadah dan orang yang redo 30 tahun atau lebih.
Ketiga
  • Bahawa hendaklah menyatakan zikirnya itu dengan mulutnya yakni berturut-turut jadilah dua kalimah itu seperti satu kalimah yang satu padahal tiada suatu yang menyalahi antara keduanya itu pada khoriz atau pada zhon supaya tiada boleh masuk syaitan daripadanya itu.
  • Dan inilah terlebih hampir membukakan bagi hati dan terlebih menghampirkan kepada tuhan kita dengan syarat hendaklah di hadirkan makna itu bagi hati pada tiap-tiap kali zikir.
  • Sekurang-kurang zikir itu pada tiap-tiap menyatakan لا إله إلا الله‎ itu tiada didalam hatinya itu suatu yang lain daripada Allah Taala melainkan dinafikan pada hatinya itu dan semata-mata mensabitkan akan Allah Taala dalam hatinya itu.

No comments:

Post a comment